Sunday, December 13, 2015

Western Europe Spring 2015 wrap up




Ringkasan untuk keseluruhan trip Western Europe 2015

  
Iternary

Keseluruhannya kitaorang travel selama 16 hari di 4 buah negara - Netherland (Amsterdam), Germany(Heildelberg & Munchen), Switzerland (Luzerne, Gridelwald, Lauterbrunnen, Interlaken & Geneva) dan menutup tirai di France (Paris).  Kalau korang tanya cukup tak 16 hari.  Memang tak cukup. Kalau boleh dapat lagi 4-7 hari aku akan rasa lebih tenang nak melangkah balik ke Malaysia.



 Expenses
 
Secara kasar kitaorang spend apa yang kitaorang budget.   Bagi yang nak ikut jejak, aku rasa RM10K (seorang) adalah lebih dari cukup.  Untuk single traveller, tinggal di hostel, mungkin RM8K dah cukup.  Kalau nak save lagi korang boleh try coachsurfing. 

Untuk Netherland, Germany & France yang guna matawang Euros, aku serahkan
500 pada CK sebab dia bendahari.  Aku tak pandai nak manage duit.  CK combined duit aku dengan duit dia dan semua perbelanjaan dia yang settlekan.  Since aku dan CK dah macam adik beradik jadi kira oklah sebab kitaorang memang tak kisah mana yang terlebih mahupun terkurang.  Aku mungkin lebih sikit pada public transport sebab di Amsterdam & Paris Baby SJ kena bayar tiket.  Manakala, CK mungkin spend lebih sikit pada souvenier.  Di penghujung trip duit ada masih berbaki €200, makanya CK pulangkan balik kat aku €100.  

Untuk Switzerland, kitaorang tukar CHF 700.  Antara CHF 400-440 di gunakan untuk transportation sahaja dan selebihnya di gunakan untuk makan dan beli souvenier kecik-kecik sikit-sikit.  Bagi yang ikut jejak macam kitaorang, belanja trasportation masih boleh jimat kalau tak naik gunung.  Aku terpaksa spend dalam CHF150 untuk naik dua gunung.  Itupun dengan tiket separuh harga sebab kitaorang ambik Swiss Half Fare Pass.   Di penghujung Switzerland, duit masih berbaki CHF100++ sebelum kitaorang spend beli coklat untuk keluarga dan kawan-kawan di kampung.

 
Ringkasannya kiraan untuk seorang dewasa

Transportation

 Long distance train*
     Amsterdam - Heildeberg = RM156
     Heildelberg - Munchen = RM 103
     Munchen - Luzern (via Zurich) = RM 164
     Geneva - Paris= RM 190

*    Long distance train kitaorang beli se awal 2 bulan dari tarikh trip dan berjaya dapat murah
**  Intercity and intracity train di Switzerland beli on the spot & kitaorang pilih Swiss Half Fare Pass untuk dapat separuh harga.  Harga Swiss Half Fare Card ialah CHF120 dan valid untuk di gunakan selama sebulan.  Refer SINI untuk panduan lanjut.

Keseluruhannya, termasuk return flight  kitaorang spend sekitar RM5800 untuk pengangkutan bagi seorang dewasa.  


Accomodation (on sharing basis)

Keseluruhannya aku spend sekitar RM2100 untuk penginapan di 8 bandaraya, so purata untuk sehari adalah RM131.25 untuk satu malam. Kekurangan aku ialah kitaorang tak boleh stay dorm sebab ada budak kecik tapi bagi yang bujang, korang boleh bajet 20 (dalam RM90) untuk satu malam kalau tak kisah nak stay dorm.



Tips yang penting

1.  Beli tiket public transport awal-awal.


2.  Pastikan banyak google dan baca forum sebelum travel.  Tips dari normal traveller macam kita sangat membantu.


3.  Bagi yang bekeluarga, lebih save ambik AirBNB apartment (entire apartment ataupun kalau nak jimat lagi ambik aje shared apartment).  Kelebihan lain boleh masak & boleh cuci baju free.

4.  Bagi yang bujang, lebih save ambik hostel yang ada dorm.  Kelebihan boleh masak.

5.  Di Amsterdam untuk transportation boleh ambik day ticket.  Kiraannya dia 24 jam dari masa kita beli.   Untuk lebih detail korang boleh refer entry lepas kat SINI.

6.  Di Heidelberg, kalau korang spend lebih dari 24 jam, korang boleh consider untuk ambik day ticket.  Tapi take note yang day ticket dia tamat tempoh pukul 12.00 malam, so esok paginya korang kena beli day pass yang lain pulak.  Untuk lebih detail boleh refer entry SINI

7.  Di Munchen, kitaorang ambik Partner 3day pass yang harganya 23 untuk group 2 orang.  Sebenarnya partner ticket ni lagi untung kalau korang travel dalam group 5 orang sebab dia valid di gunakan untuk maximum 5 orang dalam satu group.  Maknanya kosnya nanti cuma jadi 4.60 untuk naik public transport selama 3 hari ni Munchen.

8.  Bagi yang nak shopping, negara yang terbaik untuk shopping bagi aku ialah Germany.  Aku perasan barang-barang dia jauh lebih murah dari 3 negara lagi.  Tapi jangan tanya aku pasal high end brand.  Aku bukan kaki shopping.  Yang aku tahu secara tak sengaja (sebab filter kamera aku rosak masa kat Switzerland), gadget kamera agak murah kalau beli di Germany (orang kedai kamera bagitau aku macam tu)

9.  Di Switzerland korang kena study betul-betul nak guna pass jenis apa ataupun kalau korang cuma stay kat satu area maybe terbaik ambik point to point tiket.  Makanya buatlah iternari betul-betul dan kemudian kira betul-betul plan mana yang paling jimat.  Jangan lupa stick pada plan korang.

10.  Aku tak beli apa-apa di Switzerland kecuali sepasang kasut Jackwolfskin.  Since aku peminat brand Jackwofskin, pernah beberapa kali aku ushar harga Jackwolfskin di negara-negara lain so rasanya bargain yang aku dapat masa kat Switzerland agak bagus sebab masa tu sales dan aku cuma pilih kasut yang ada 50% diskaun.  Barang-barang lain bagi aku semua mahal.

11.  Di paris, beli tiket metro (public transport harian) secara package iaitu 1 carnet bersamaan 10 tiket.  Kalau beli 1 carnet boleh jimat €5 untuk 10 tiket.  1 tiket boleh guna untuk 1 jam.  Kalau nak guna untuk transit metro line lain atau bus, tak perlu guna tiket baru.  Dengan syarat dalam jangkamasa 1 jam dari naik first kenderaan. 

12. Tak perlu ambik Paris Pass unless betul-betul nak masuk 4,5 museum dalam sehari.  Semua attractions tak jauh.  Kalau mampu jalan baik jalan.  Selain boleh jimat, boleh jugak attraction yang kecik-kecik secara tak langsung 

13.  Book penginapan awal-awal.  Last minute & walk in akan mahal.

14.  Makanan halal mudah je nak dapat di Amsterdam dan Paris.  Cuma hati-hati dengan kedai kebab di Amsterdam sebab ada kedai kebab yang sebenarnya tak halal
 
15.  Di Germany kurang pilihan tapi ada kedai fastfood Nordsea & MCDonald.  Kalau korang was-was dengan MCDonald baik jangan sebab mungkin ada unsur-unsur Ham burger.  Kitaorang cuma makan MCD kalau dah tak ada pilihan lain sangat.  Nordsea selamat di makan sebab semua yang di jual adalah makanan laut.  Selain itu, di Munchen ada banyak kedai kebab yang korang boleh dapat di station-station utama.  

16.  Di Switzerland  ada masalah sikit nak cari makanan halal tapi bukan tak ada, mungkin aku patut berusaha lebih gigih cari.  Sekurang-kurangnya bandar besar seperti  Interlaken & Geneva, agak mudah nak dapat makanan halal.



Lain-lain


Trip Western Europe 2015 ni lain sikit dari trip-trip lain.  Kali ni aku travel tanpa Encik D.  Kali pertama travel bawak Baby J secara solo.  Mencabar jugak sebab anak aku walaupun tak banyak ragam tapi lasaknya tahap pro.  Pengalaman travel tanpa apaknya memang banyak tinggalkan kenangan manis dan jugak tak berapa manis.  Kitaorang banyak spend quality time bersama.  Kalau di rumah, Baby SJ lebih banyak belajar rutin Encik D tapi bila tinggal cuma aku, dia mula belajar rutin aku. 

Pengalaman yang paling menakutkan semasa aku hampir terpisah dengan dia.  Kali pertama di Dusseldorf, Germany dan kali kedua di Airport CDG, Paris.  Semuanya semasa transit dan kedudukan aku yang sangat sarat dengan barang.  Satu pengalaman yang buat aku kalau boleh tak ingat lagi.  Aku rasa Baby SJ pun belajar sesuatu terutamanya pengalaman terakhir di Paris.  Rasa aku dia belajar untuk tak stray too far dari aku.  Tapi seriously, jantung aku rasa macam nak putus masa kejadian.  Sampai ke hari ni bila terpikir kemungkinannya memang aku berdebar-debar.

Kalau korang tanya aku, worth ke bersusah payah bawak anak walaupun aku boleh enjoy tanpa anak, jawab aku.. sangat worth.  Walaupun kitaorang bergaduh berguni-guni (mostly hal-hal nakal dia) tapi  kepuasan yang dapat dari tengok dia enjoy melebihi segalanya.  Aku sebenarnya dah mula plan, in few years aku nak travel berdua dengan dia sahaja.  Mesti penat bergaduh tapi pasti seronok.

 

Maka, dengan ini segala intipati trip pada spring 2015 dah di sampaikan.  Aku harap membantu bagi yang bertujuan nak visit tempat yang sama.  Maafkan aku jika ada yang terkurang.  Maafkan aku jugak sebab lately updatenya sangat slow.  Aku dalam proses melangsungkan satu projek  dan insyaallah akan share dalam masa terdekat.

Till next time



Sunday, November 15, 2015

Paris_Spring 2015_Versailles




Aku taksub sikit dengan tempat ni.  Setiap kali aku datang Paris, inilah tujuan utamanya. Jika CK berhajat untuk ke Paris untuk Eiffel Tower, Palace of Versailles pulak tujuan aku.  Makanya kitaorang meredah hujan sepanjang di Versailles.  Mahu tak mahu, itu aje lah pilihan yang ada.

Dulu hajat nak tengok Palace of Versailles masa autumn, kali ni teringin nak tengok masa Spring. Kalau korang nak baca post pengenalan dan cerita pasal Palace of Versailles masa autumn, boleh klik SINI.

Cara nak ke Versailles boleh refer post lama; klik SINI.  Tiket masuk masih sama macam 2012 iaitu €19.  Sekali lagi aku tak beli di entrance masuk istana sebab aku nak elak dari kena beratur panjang masa nak beli tiket.  Aku beli di kedai Souvenier yang letak dia on the way ke arah gate Istana.  

Lepas beli tiket tanpa berlengah kitaorang terus berjalan ke gate istana.  Hujan memang agak lebat & sejuk tak usah cerita.  Sesampai di kawasan istana, nah.. kitaorang di sajikan dengan barisan orang beratur nak masuk dalam 300m.  Macam ular kena palu sebab barisan terpaksa dilipat-lipat nak bagi ikutan turutan.  Nak back off pun dah terlambat.  Tiket dah beli & hajat dah berapi.  Dekat sejam jugaklah kitaorang beratur dalam hujan.  Nasib baik masing-masing ada baju hujan.  Apapun kasut memang hancur dari awal sebab baju hujan tak cover sampai kasut.


 Inilah rupanya queue yang macam ular kena palu


Bangunan The Grand Palace.  Semua orang berpayung dan berlari dari satu pintu ke satu pintu



1.  The Grand Palace

Main attraction ada The Grand Palace iaitu bangunan istana dan dalamannya. Lagipun ini lah masanya untuk merasa masuk dalam istana.  Satu lagi, ini lah satu-satunya tempat yang kering hari tu.  

Tahun 2012 Baby SJ meragam masa datang sini dan aku tak sempat nak temgok banyak.  Kali ni dia dah besar dan dah boleh di bawa berbincang walaupun dia masih tak suka museum.  Hari tu kitaorang berjaya cover sekitar 2/3 museum tapi ada tempat memang tak boleh masuk lecuali kalau kita ambik special guide.  Kitaorang tak mampu jadinya nganga ajelah.  Yang paling aku terkilan aku tak berjaya tengok Opera Hall.  

Bagi yang nak tahu cerita detail setiap pelusuk dan sudut istana, dia orang ada sediakan audio equipment secara percuma.  Korang boleh dengar sambil berjalan.  Aku tak dapat guna hari tu sebab berebut dengan Baby SJ (kanak-kanak dia orang tak bagi pulak).

 Main hall dari 1st floor


 Main hall dari ground floor.  Agaknya ni lah tempatnya diaorang berparti dulu-dulu


Salah satu hall lagi


 Paintings merata-rata.  Istana yang sangat mewah


Hall ni penuh dengan painting zaman perang. Lukisan yang sangat real.  Dan dia buat aku 
terfikir betapa sengsaranya hidup di zaman dulu dan jadi rakyat bawahan macam kita.

Antara ratusan statues.  Part ni aku memang struggle.  Baby SJ demand untuk 
tahu bagaimana setiap orang yang statue tu meninggal.  Satu dua ok lagi nak 
reka cerita.  Bila dah masuk beratus aku kering idea.  Sampai cerita mati 
sebab terpijak paku pun ada.  Paling selamat heret dia keluar.



Bila aku dan CK dah tak tahu nak reka cerita pasal orang mati, kitaorang cepat-cepat heret Baby SJ keluar dari The Grand Palace.  Sampai luar, hujan masih lebat.  Pilihan ada dua, redah hujan untuk tengok apa yang di hajati ataupun jalan balik ke Station train untuk pegi ke destinasi berikutnya.  Jaminan tak basah memang tak ada sebab seluruh Paris memang hujan lebat hari tu.  Kitaorang pilih pilihan pertama. 

Untuk kurangkan sikit impact kena hujan, kitaorang ambik keputusan untuk ambik mini train dalam kawasan istana.  Aku dah lupa harga exact tiket tapi sekitarEuros 4-7. Mahal sebenarnya untuk poket sempit kitaorang tapi tak ada banyak pilihan.


2.  The Gardens

Kali ni tengok The Gardens dari jauh je.  Mini train tak pulak lalu menyeluruh dan kitaorang tak larat nak meredah hujan lagi.  So tengok dari jauh aje lah.


 The Grand Canal.  Dia orang tengah cat balik statues, maybe persediaan untuk summer's visitor






Hijau yang memukau


3.  The Grand Trianon

The Grand Trianon adalah dewan makan yang besar.  Sekali lagi aku tak berjaya masuk.  Hujan di tambah dengan nak cepat untuk lari ke Eiffel Tower.

Bangunan The Grand Trianon

 Aku suka pintu dan dindingnya

Cuba compare 2 gambar di bawah


 Spring 2015


Autumn 2012


4.  Marie Antoinne's Estate

Favourite aku.  Estate yang di hadiahkan oleh raja kepada permaisuri dia Marie Antoinne yang asalnya orang kebanyakan.  Estate inilah di jadikan Marie sebagai tempat persembunyian dia.  Tempat ni sangat unik yang mana setting asal masih di kekalkan termasuklah masih ada aktiviti perladangan.  Kitorang meredah Marie Antoinne's estate dalam hujan sebab mini Train tak masuk dalamnya.

Kawasan estate besar jugak, macam separuh kampung kita.  

Balairong?

Rumah tuan tanah (Marie)


Rumah-rumah pekerja

 Peralatan untuk kerja-kerja ladang

Ternakan


Bunga & hujan.. sinonim dengan spring

Dulu aku tak perasan ada benda ni.  Best gila tempat ni.  Ada banyak  tempat 
nak sembunyi.  Sangat sesuai untuk orang anti-sosial macam aku


Antara yang menarik hati aku lagi



Kitaorang keluar dari chateau dah pukul 5 lebih. Masih hujan.  Baju, seluar & kasut dah basah.  Aku dah tak peduli sangat.  Kitaorang jalan balik ke train station dan sempat berenti makan ais krim.  Kemudian ambik train ke Trocadero untuk ke Eiffel Tower.

Cerita Chateau of Versailles akan menutup menutup trip Europe 2015 kitaorang.  16 hari yang padat.  Ada yang berjaya buat, ada juga yang tak berjaya.  Macam yang aku pernah tulis dulu, masa buat iternary gila kuasa, lupa umur dan lupa masa yang ada.  Apapun rasanya overall, 80% achieved.  Aku risau CK kecewa tak dapat cover semua sebab kebanyakan masalahnya datang dari pihak aku yang bawak budak kecik tapi CK ok aje.  Not too bad untuk first time bawak budak kecik tanpa pembantu.   Aku akan tulis satu wrap up entry kemudian hari untuk cerita serba sedikit tentang expenses.


 **Nota kaki:  
My thoughts with innocent people and innocent muslims at this hard time.  
 Aku teringat kat Mr Solehuddin & family (RER station Bibliotheque Francois Mittereand employee)

#prayforinnocentmuslimsworldwide
#prayforworldpeace




Wednesday, November 4, 2015

Paris - Spring 2015 - City (Part 2)




Sambungan dari entry lepas

3 Hari di Paris memanglah tak cukup (2 hari sebenarnya sebab hari pertama kitaorang sampai dah petang sangat dan memang tak kemana sebab dah letih).  Aku memang dari awal cuba convince CK untuk stay lagi sehari atau 2 lebih tapi CK tak nak atas sebab-sebab tertentu.  Aku bet CK mesti menyesal lepas tu sebab tak ikut cadangan aku.  Heheh.  

Kitaorang cuba menggunakan sebaik mungkin masa yang ada untuk cover sebanyak mungkin tempat.  Hari pertama basah lencun sampaikan kaki Baby SJ kecut macam kaki orang tua sebab satu hari terendam dengan air hujan. Hari kedua semua orang pakai kasut spare sebab kasut utama dah basah.  Makanya berjalanlah kitaorang dalam bandar Paris samada dengan boot winter atau pun boot hiking yang kitaorang guna masa di switzerand bila naik gunung.  Biarlah apa orang nak kata pun, aku tak peduli.  Lagipun boot winter adalah weather proof dan bila hujan tak adalah kaki terendam lagi.

Ok sambungan apa yang sempat kitaorang cover dalam masa 2 hari; 

** Note kaki - bagi yang dah baca Paris -Part 1, aku suggest korang check lagi sekali.  Aku ada buat penambahan yang agak banyak pada post Paris - Part1



8. Arc De Triomphe

 A giant monument di tengah-tengah jalanraya.  Aku rasa dia sangat cantik dan di tambah lagi dengan saiz dia yang cukup exceptional, Arc De Triomphe memang pelengkap kota Paris.

The triumphal arch is in honor of those who fought for France, in particular, those who fought during the Napoleonic Wars. Engraved on the inside and at the top of the arch are all of the names of the generals and wars fought. There are inscriptions in the ground underneath the vault of the arch which include the Tomb of the Unknown Soldier from World War





9. Ponts des Art bridge

Salah satu dari beberapa Lock bridge yang ada di Paris.  Ramai orang lepak dan bersantai kat sini.  Kalau korang berhajat nak tengok lock bridge jangan tunggu lama-lama sebab ada rumours kunci-kunci nak di buang atas sebab keselamatan jambatan dan juga Parisian dah benci dia.
 
Ponts des Art bridge. Salah satu Lock Bridge


10. Place de la Concorde

 Tugu penghormatan untuk salah seorang raja French, Louis XV.
 
Place de la Concorde.  Tugu yang bentuk dia macam pensil


11.  Quai de la Megisserie 

Jalan Quai de le Megisserie selari dengan Sungai Seine.  Katanya dulu ada banyak butcherie kat sini tapi sekarang ni ada banyak deretan kedai-kedai bunga dan pets banyak di jalan Quai de le Megisserie.  Selain itu ada banyak kedai Souvenier jugak. 


 Kedai bunga di Quai de la Megisserie. 


Kedai Souvenier


Di sebelah tebing Sungai Seine pulak ada gerai buku second hand & souvenier.  Cukup meriah.  Ada banyak lukisan replika kalau nak.  Harga pun agak berpatutan.  Pendapat peribadi aku, cara  yang terbaik untuk explore Paris ialah korang jalan kaki sebab dengan berjalan kakilah korang akan jumpa gerai-gerai macam bookwalks ni


Souvenier dan bookwalks di Quai de la Megisserie

12.  Here and there


Lorong ke lorong (Photo Credit: CK)



13. Rue Marcadet

Kitaorang singgah ke Rue Marcadet, tempat aku pernah tinggal 3 tahun lepas.  Aku miss tempat ni walaupun dia cuma setara Puchong, bukan KL Pavilion area.  Jangan marah orang Puchong sebab aku pun orang Puchong.  Apa yang aku paling miss ialah Butcherie, pasar & Turkish restaurant kat sini.


Marcadet Poisonnier station (Photo credit; CK)

Main reason kitaorang datang Rue Marcadet sebab nak makan kat kedai ni. 

Ada beberapa halal butcheriekat sini.  Buka sampai lewat malam

Local market & mamat handsome (Photo Credit; CK)


14. Pere Lachaice Cemetry

Cerita aku sengaja tinggal paling last.  Ye.. aku pergi perkuburan.  Ini antara yang dah lama di idamkan dan baru trip sekali ni aku berjaya,   Dulu tak pergi sebab Encik D tak minat dan Baby SJ terlalu kecik.  Kali ini, memandangkan Encik D tak ada & Baby SJ dah agak besar, CK dan aku ambik keputusan nak pergi ke perkuburan terbesar dan terfamous di Paris.  Kenapa dia famous?  Sebab dia agak lama dan jugak merupakan tempat persemadian orang-orang terkenal (dan juga orang kebiasaan) termasuklah beberapa presiden Perancis.  

Tanah perkuburan Pere Lachaise masih di gunakan untuk perkebumian sampai hari ini dan sesiapa sahaja boleh memohon untuk di kebumikan kat situ dengan syarat bayar sewa tanah (10/30/50 tahun tenancy based) dan jika keluarga si mati tak bayar selepas tamat tempah, kubur akan di kosongkan dan di beri ruang kepada 'tenant' baru.  Yang aku baca orang muslim (atau sekurang-kurang bernama seolah-olah seorang muslim) pun ada di kebumi kat sini.  Aku pun tak faham konsep dia tapi apa yang membawa aku ke sana adalah fotografi.  Aku memang suka ambik gambar kubur.

Yang jadi masalahnya walaupun aku tak bagitau Baby SJ yang kitaorang nak pergi tanah perkuburan tapi dia dapat rasa.  Dia tak nak masuk sebab dia kata dia takut.  So, aku dan CK terpaksa bergilir-gilir masuk untuk temankan Baby SJ kat luar gate.  Makanya masa yang dapat spend agak pendek berbanding kalau dua-dua masuk sekali.  Tambah pulak hujan renyai-renya masa tu dan pergerakan jadi agak terbatas.  Frust juga sebab tak sempat nak cari kubur Jim Morisson.   Tapi aku bersyukur sebab sekali lagi aku dapat half glass full.


Direction to Pere Lachaise: To stop at Pere Lachaise Metro station 

Main entrance

Memorial to the dead


Laluan di celah-celah tombstone

Kebiasaannya satu tombstone untuk 1 family tapi sesetengahnya untuk 1 individu


 
Tak silap aku Albert Lambert ni seorang actor di kurun ke 18

creative

  Cool tombstones.  Antara berpuluh yang aku dapat capture tu hari. Memang best

Yang ni buat aku seriau sebab keranda dia atas dari level tanah.  
Bayangkan apa yang ada dalam keranda tu

Rasa seram pun ada bila tengok ada tombstone yang ternganga sebab dah lama terbiar

Tak ada sebarang kejadian pelik masa kat situ tapi sebulan selepas balik, masa aku nak start filter gambar yang mana patut di simpan dan yang mana patut di buang, aku ada ternampak benda yang pelik dalam salah satu gambar.  Seriau jugak tapi tak apa lah, aku dah beribu kilometer dari Pere Laichaise Cemetry :)

 Untuk tatapan korang sebagai pencuci mulut :).  Tolong katakan yang aku salah 
nampak apa yang ada dalam tombstone paling kiri dan tengah tu.  Aku harap 
aku salah.  Gambar asal aku terdelete.  Yang ini cuma gambar yang aku 
capture dengan handphone pada screen laptop sebelum aku delete 
gambar asal.