Tuesday, August 23, 2016

Etiqa dan Etika



Kita sering kali bercerita pasal travel.  Kita bercerita tentang preparation untuk travel.  Kita bercerita tentang tentang tempat-tempat menarik, pantang larang di negara orang dan yang paling kerap kita bercerita ialah tentang bajet yang perlu di sediakan semasa travel.  Ada orang bajetnya tebal, ada jugak yang bajetnya nipis macam aku.  Ada orang suka beli tiket flight dulu baru pikir pasal bajet.  Ada jugak yang kira bajet dulu sebelum beli tiket.   

Travel bagi aku bukanlah perkara main-main.  Bukan sekadar beli tiket, masuk baju dalam beg dan naik flight.  Dalam suka ada seriusnya.  Dalam seronok ada gentarnya. Dalam gembira ada tangisnya.  Bukan semua output yang aku dapat adalah positive tapi ada juga yang negative.  Sebab suka travel lah aku dulu gaji tak naik-naik hampir 3 tahun.  Aku melawan bos setiap kali aku mintak cuti tapi tak dapat  Travel buat aku tak serik untuk cuba mintak lagi cuti walaupun dah tahu akibatnya.  Travel lah mendewasakan aku.   Aku yakin travel jugak banyak mendewasakan ramai dari kita kat sini.
   
Sementelah aku baru sebut perkataan dewasa, jom kita diskas topik orang dewasa sikit ini kali.. Etiqa & Etika. Dua (2) perkataan yang seakan sama tapi berbeza maksud. Dua perkara yang selalu dilepas pandang tapi sebenarnya amat penting.



1. Etiqa dulu

Senang cerita, ini cerita pasal insuran travel dan Etiqa ialah salah satu insurans travel untuk orang Malaysia.  Kalu ada pembaca dari negara lain aku yakin ada banyak lagi jenis insuran travel di negara korang.  Eh ada ke pun pembaca dari negara lain?  Mesti tak faham baca ayat tunggang langgang aku.

Sebelum korang ingat aku ni agen insuran Etiqa, baik aku bagitau, tak! aku tak jual mana-mana insuran.  Aku pilih Etiqa sebab nama dia lebih keMalaysiaan berbanding nama insuran-insuran lain.  Ini kan bulan kemerdekaan dan aku masih dalam semangat memburu medal sukan Olympic 2016 :).  Aku sokong Datuk Lee Chong Wei sampai berpeluh malam tu. 

Apa yang aku nak highlight kat sini ialah betapa pentingnya kita beli travel insurans sebelum travel.  Aku selalu sebut dalam post-post lepas, dalam travel aku pegang beberapa perkara dan antaranya adalah Expect the unexpectedIni kali kita diskas sikit the unexpected punya cerita - kes emergency, kes jatuh sakit dan kes kematian semasa travel.  Korang-korang yang hardcore mungkin tak terlepas pandang tapi aku tahu masih ada segelintir yang kadang-kadang terleka dan sedikit mengambil mudah pasal insuran travel.

Aku pernah terdengar ada orang kata buat apa nak beli insuran sebab duit bukan dapat kat kita pun kalau kita meninggal.  Betul tu, aku sangat setuju.  Siapa yang nak pun mengira duit pampasan dalam kubur.  Tapi insuran travel bukan semata duit pampasan, bro.  Yang lebih penting itu modal untuk korang incase korang sakit atau di timpa kecemasan semasa travel terutamanya di luar negara.  Kita kena ingat bayaran hospital di negara orang lain tak semurah negara kita.  Europe mengamalkan kos perubatan percuma.. HANYA untuk rakyatnya.  Begitu juga UK dan negara-negara lain.  Sementelah lagi US yang mana rakyatnya sendiri tanpa insuran nyawa tak mampu mendapat rawatan hospital.  Aku dengar ada beberapa negara yang bagi kos percuma untuk orang asing tapi rasa aku boleh kira dengan jari je.  

Itu belum cerita selepas meninggal. Puluhan ribu ringgit kena sedia untuk kos nak bawak balik jenazah ke Malaysia.  Jadinya baik korang prepare serba sedikit kalau tak nak susahkan keluarga korang nanti kalau jadi apa-apa semasa travel.  Untuk diri aku, kebumi di bahagian mana di bumi ni pun ok.  Itu aku lah..  Tapi jangan ingat kebumi kat negara luar free.  Mungkin lebih mahal dari bawa jenazah balik ke Malaysia.  Itu belum masuk isu permit lagi.  Dan bukan mudah nak dapat permit pengebumian bagi bukan pemastautin.  Apapun kita masih perlu insuran nak cover expenses.  Pendek kata, meninggal pun guna banyak duit.  Jangan kata nanti mak pak kita yang kena bergolok bergadai semata nak tanggung kos perubatan kita yang jatuh sakit di oversea dan lagi parah kalau kena bawa bawa jenazah kita balik ke tanah air.  Pedas kan.. pedas sikit tapi itulah realiti kehidupan.

Cara paling mudah ambik lah travel insuran, bayaran untuk travel insuran paling tinggipun sekitar RM300-400.  Kalau nak coverage tinggi, ambik lah yang mahal sikit.  Terbaru aku guna insuran travel Etiqa  untuk ke Jepun selama 8 hari, kos untuk insuran pakej keluarga cuma sekitar RM100 (selepas diskaun).    Aku pernah jugak ambik insuran travel AIG ke Europe untuk lebih dari 20 hari, kosnya sekitar RM300 lebih sikit untuk satu sekeluarga.  Untuk pakej single (bujang) lagi murah.   

Ok, bagi yang tak tahu nak beli insuran apa dan macamana prosedurnya.  Senang aje, semuanya di hujung jari.  Aku maksudkan ni, betul-betul di hujung jari.  Google aje - sekali petik sepuluh syarikat datang nak offer korang insuran travel.  Study yang mana berkenan di hati dan compare price masing-masing, decide, beli dan buat bayaran secara online.  Korang juga boleh refer tips dari RINGGITPLUS untuk compare.  Atau kalau nak compare secara manually (macam yang aku buat), di bawah ni ada beberapa link travel insurance yang korang boleh refer.  Sekali lagi aku bukan agen mana-mana insurance dan apa yang aku tulis cuma berdasarkan experince aku yang tak seberapa.

1. Etiqa - Reliable.  Big sister Etiqa adalah Maybank. Aku pernah guna sekali dan walaupun payment method agak leceh (orang Etiqa akan call untuk pengesahan debit) tapi aku suka sebab semuanya lancar.  Dan juga lebih murah compare yang lain-lain.  Aku tak de buat claim tapi Aku suka! Aku suka!

2. AIG. Berdasarkan pengalaman reliable jugak.  Aku start guna insuran ni sebab inilah yang company aku guna setiap kali employee travel.  Maka setiap kali aku nak travel aku mintak admin office tolong belikan.  Masa nak ke Korea (masa tu dah tak bekerja) aku ada beli sendiri secara online.  Rupanya sangat mudah dan tak sampai 5 minit aku dah dapat slip polisi yang dihantar ke email aku.  Beli tudung secara online pun tak semudah ni.   

3. AXA. Aku tak ada experience tapi AXA ni company besar, jadi boleh lah check

4. TUNEPROTECT.  Tune Protect ni bekerjasama dengan AirAsia dan aku rasa yakin kalau nak beli satu hari.  jadi kalau korang malas nak search insuran mana yang ok, boleh terus beli insurance dari TuneProtect semasa korang beli tiket AirAsia.  Tapi korang check betul-betul coverage masa korang kat ground nanti.

5. CHUBB TRAVEL INSURAN

6. ACE
   
7. CITIBANK smarttraveller 

8. ALLIANZ Travelcare 

9. TOKIOMARINE


Aku rasa ni sebahagian sahaja yang aku masukkan.. ada banyak lagi.  Korang google memang ada banyak untuk buat pilihan.  Untuk aku, aku utamakan coverage untuk hospitalization berbanding yang lain.  Aku pilih insurance mana yang boleh cover yang terbaik dengan bajet yang rendah. Untuk korang, korang kena pilih kriteria apa yang korang nak.  Tepuk dada tanya selera sebab pilihan sangat banyak dan luas.

Tips tepi
*   Pastikan korang pilih region yang korang akan travel dengan betul.  contonnya kalau korang nak ke Australia, janganlah tersilap pilih untuk beli region South Africa.  Silap pilih tak laku polisi korang.  
** Jangan lupa print dan bawak polisi insurans semasa travel.  Paling busuk printscreen polisi dan simpan dalam phone korang.  Kenapa kena bawak?  Sebabnya di situ ada contact number syarikat insuran dan juga no polisi korang jika ada kes emergency.



2. Etika

Ok.. ni aku rasa korang tahu apa maksud dia.  Etika kalau ikut DBP ialah prinsip moral atau nilai-nilai akhlak (adat sopan santun dsb) yg menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan manusia.  


Since topik etika ni agak panas, aku tak mau memanjangkan cerita dengan contoh-contoh yang boleh buat orang terasa.  Kita dah cukup dewasa dan sepatutnya dah tahu yang mana betul yang mana salah.  Apa yang kita was-was atau takut nak buat itulah yang tak betul biasanya.  

Contohnya, macam masa kat boarding school dulu, aku selalu takut-takut tapi masih menyorok dalam locker untuk ponteng PREP (kelas study).. aku takut-takut sebab aku tahu aku buat salah.  Aku takut sebab aku tahu aku tak beretika masa tu.  Cuba kata warden mengalakkan student sembunyi dalam locker masa orang PREP, mesti aku tak ada perasaan takut masa menyorok sebab dalam kes ni menyorok adalah perbuatan beretika.  Haha.  Contoh aje.  

Jadi kita faham2 sendirilah apa yang perlu di perbaiki.  Kalau sebelum ni kita pernah amalkan illegal hotel room sharing, maybe in future kita boleh beransur-ansur hapuskan amalan tu.

 
Ok.. Kenapa perlu beretika bila travel?
1.  Kita membawa nama agama. Kita adalah duta pada agama kita.  So jagalah.  
2.  Kita membawa nama negara.  Buruk etika kita, buruklah nama negara
3.  Kita bawa nama ibu bapa atau surname kita
4.  Kita bawa nama kita sendiri. 
5.  Kita memegang satu panji-panji yang bernama kejujuran.  Peganglah dia sekemas-kemasnya.


Aku jumpa ni masa naik bas dari Munich ke Zurich.  Secara spontan darah naik ke 
muka sebab malu.  Aku malu sebab aku tahu instruction ni di tujukan kepada orang 
Malaysia.  Kalau korang perhatikan di bawah, ada tulisan di tujukan ke pada orang 
Mainland juga.  So, adakah level etika orang Malaysia sama dengan orang dari Mainland. 
 Apa perasaan korang? Perasaan aku memang ke laut masa tu. 



Ada lagi beberapa experince yang agak memalukan yang aku pernah dengar. Antaranya, sebuah hotel di Australia agak keberatan menerima orang Malaysia sebab orang Malaysia suka masak dalam hotel room dan meninggalkan bau yang busuk.  

Kadang-kadang etika yang baik yang kita belajar di luar negara elok kita istiqamahkan bila balik ke negara kita.  Lama kelamaan kita boleh ubah mungkin sorang dua orang sekeliling kita dan orang itu boleh lagi ubah sorang dua orang sekeliling dia.  Contohnya, buang sisa makanan ke dalam tong sampah bukan amalan orang Malaysia kalau makan di restauran Fast Food tapi amalan biasa di luar negara.  Aku belajar dari situ dan aku istiqamahkan di Malaysia.  Sekarang Baby SJ pun sudah mula buat benda yang sama.  Simple kan.  Pada masa yang sama kita dapat bantu makcik cleaner di restoran Fast Food berehat. 

Contoh lain, berdisiplin dalam membuang sampah.  Di Tokyo contohnya, nak cari tong sampah memang sangat susah.  Aku cuma jumpa sekali dua.  Tapi walaupun tong sampah tak di sediakan, bandaraya Tokyo sangat bersih sebabnya rakyat Jepun bawa balik sampah ke rumah untuk di asingkan dan dibuang  Alangkah indahnya negara kita kalau semua orang macam tu.   Tak ada apa yang mustahil.  So jom kita start dari sekarang dan cuba ubah sorang dua orang di sekeliling kita.  Anyway, kita travel untuk belajar dan mengajar kan..


Till next time.  TQ






Thursday, August 11, 2016

Seoul Wrap up




Ringkasan untuk Seoul trip 2015

  
Iternary

Keseluruhannya kitaorang travel selama 6 hari focusing kepada Seoul City.  Kalau korang tanya cukup tak 6 hari, aku personally rasa tak cukup sebab kitaorang banyak berjalan secara kasual kali ni.  Aku secara peribadinya tak rasa terdesak nak habiskan iternari dan Encik D pun sama.  Kalau boleh dapat lagi 2-3 hari aku rasa lagi best.   Tapi itu kes aku, aku tengok ramai orang boleh pergi seluruh korea dalam masa 8-10 hari.  Untuk aku, aku selesa tepuk dada sendiri dan tanya selera sendiri.  Apa yang penting,kenali apa yang kita suka & apa yang kita tak suka.  
    

Expenses


Secara kasar kitaorang aim untuk travel secara super budget.  Berjaya lah juga walapun tak pasti dah cukup budget atau tak.  Akan tetapinya selama ni aku pegang prinsip dalam berjimat jangan lah sampai hilang tujuan sebenar nak kenal negara orang.  Bagi yang nak ikut jejak, rasanya RM3000 dah cukup dan untuk single traveller RM2000-2500 dah cukup.   

Aku tukar duit dari Malaysia dan sebahagian lagi di Seoul.  Aku find out masa tu yang kalau withdraw duit di sana sebenarnya lagi murah berbanding tukar di Malaysia.  Walaupun aku jarang guna kad ATM di oversea tapi pengalaman beberapa kali sebelumnya menunjukkan inilah rekod yang pertama withdraw duit lebih murah.  




Tips yang penting

1.  Beli tiket flight masa sale untuk budget macam aku kat atas tu. Kalau korang beli last minit memang Hai Hai Bye Bye lah budget macam tu.


2.  Pastikan banyak google dan baca forum sebelum travel.  Tips dari normal traveller macam kita sangat membantu tetapi sekali lagi, korang perlu tepuk dada tanya selera.  Aku perasan kebanyakan orang terlalu ikut trend dan perlu pergi ke tempat semua orang pergi.  Contohnya dalam kes aku, aku buat keputusan untuk ke Nami Island sebab semua orang ke sana kalau ke Seoul.  Aku sebenarnya tak heran sangat pasal filming location Winter Sonata  tapi hati aku cakap kena lah try sebab semua orang macam enjoy ke sana. Aku agak Encik D tak tahu menahupun pasal cerita Winter Sonata jadi influence dari dia memang tak ada.haha.   


Aku find out hari tu Nami Island cuma indah kabar dari rupa (kecuali buku & library) & hati asedikit menyesal pilih Nami.  Ini pendapat peribadi aku ye, lain orang lain citarasa. Maybe aku patut pilih destinasi lain atau aku patut cari tempat untuk trekking di luar Seoul (cita2 yang tak pernah tercapai sebab tak ada kesungguhan).  Satu yang aku sedang cuba belajar praktikkan sekarang iaitu kadang-kadang kita kena pilih sesuatu yang di luar kotak.


3.  Tak banyak aku boleh komen pasal penginapan kali ni.  Kitaorang cuma pilih hotel dan terus terang agak tinggi untuk bajet aku tapi lokasinya cemerlang dan aku enjoy hotel yang aku duduk.  Tak mustahil aku akan menginap di Philstay Myeondong lagi kalau aku ke sana lagi.

But again, bagi yang bekeluarga, lebih save ambik AirBNB apartment (entire apartment ataupun kalau nak jimat lagi ambik aje shared apartment).  Kelebihan lain boleh masak & boleh cuci baju free. 

Klik SINI untuk daftar airbnb secara free dan boleh dapat sedikit diskaun untuk 1st time user.


4.  Bagi yang bujang, lebih save ambik hostel yang ada dorm.  Kelebihan boleh masak juga.

5.  Duit hangus untuk transportation agak tinggi sebab tak macam negara-negara lain yang aku pernah sampai, Seoul tak ada kaedah day ticket atau tourist friendly ticket.  Aku cuma dapat ticket murah dari airport ke city centre dari KTO.  Korang boleh melawat KTO office di bangunan HUP SENG di Jalan Raja Chulan,KL kalau ada masa.  Ada banyak voucher yang korang boleh dapat tapi nasihat aku kalau kos untuk korang datang ke KTO office di KL dah melebihi RM20 lupakan lah.  Tak berbaloi. 

7.  Bagi shopaholic mungkin ada banyak benda yang korang boleh beli di Korea terutama barang-barang make-up.  Cuma satu yang aku nak pesan (di pesan oleh kawan aku yang pergi Korea dulu dari aku), jangan lah berharap nak dapat kulit semulus orang korea hanya dengan pakai product kecantikan diaorang.  Semuanya momokan semata.  Yang berkulit bak telur tu kebanyakannya plastic surgery.  Kawan aku mintak aku perhatikan rupa orang2 kebiasaan Korea dan makanya aku pun perhatilah.. kesimpulannya rupa orang-orang awam diaorang 'biasa-biasa' je.  Elok lah dari muka aku yang berkerak ni tapi maybe ada cuma sekitar 10% yang cantik macam yang kat drama korea tu.  Moral of the story.. dont spend thousands on cosmetic.  baik korang simpan duit pergi travel negara lain pulak.  Jangan marah ye peminat fanatik product korea

8. Lagi komen pasal shopping.  Aku sebenarnya nak cite yang aku survey harga kasut Timberland kat sana tapi jauh lagi mahal dari KLSince aku bukan peminat shopping, aku memang tak tahu nak beli apa kecuali barang kiriman CK iaitu produk kecantikan CK pesan dan terjebak beli jugak kat aku sikit sebab CK cakapboleh jadi lawa kalau guna bedak brand korea (untuk aku memang tak berkesan.. so sila patah balik ke komen point no 7 aku tadi.. haha).   Moralnya, kalau korang aim nak beli apa2 brand kat oversea sila survey di Malaysia dulu sebelum korang pergi ke oversea.  Beli hanya kalau barangnya jauh lebih murah. Ini aku rasa ramai yang tertipu dan terpedaya.

9.  Book penginapan awal-awal.  Last minute & walk in akan mahal.

10.  Makanan halal tak susah mana nak dapat di Seoul.  Kalau nak mudah boleh pergi Itaewon sebab itu memang area muslim.  Kalau korang nak mudah maybe boleh cari penginapan sekitar situ.



Lain-lain


Trip Seoul adalah trip pertama aku ke negara utara Asia (kecuali Thailand yang tak berapa utara).  Aku pergi dengan minat yang tak berapa mendalam tetapi alhamdullillah aku enjoy trip ni.  Ini adalah trip yang paling leisure aku pernah buat dan expectation aku pada Seoul dan juga travel partner juga agak sederhana kali ni.  Iternary memang aku sediakan cuma kami tak stick sangat pada iternary.  Kata orang kampung aku, trip ikut dan.  But surprisingly, it was an excellent experince.  Aku dah adapt style yang baru sekarang iaitu style real backpacker.. haha, ye ke pun.  Refer SINI kalau berminat dengan post aku pasal backpacker.

Pengalaman merasa autumn di Korea sangat berbaloi.  Walaupun ada harinya hujan tak henti tapi aku sangat puas hati dapat menyaksikan sendiri kecantikan autumn kat sana.  Aku memang tak pernah jemu dengan autumn dan barangkali itu musim yang aku akan pilih lagi kalau ke Korea lagi.  Atau barangkali Winter. 


Maka, dengan ini segala intipati trip pada Autumn 2015 dah di sampaikan.  Aku harap membantu bagi yang bertujuan nak ke Korea di masa akan datang.  Aku harap one day aku berpeluang balik ke Korea tapi aim aku next time, ke less well known area.  Juggle trekking barangkali & ataupun cycling ke utara Korea Selatan.. pergh berangan mesti ke langit walaupun stamina tak berapa nak ada.  

Maafkan aku jika ada yang terkurang.  Maafkan aku jugak sebab lately updatenya sangat slow. 

Till next time






Wednesday, August 3, 2016

Seoul Outing - Nami Island





Janji tinggal janji kan.  Dulu katanya nak tulis cepat-cepat tapi hapah pun kan.  Itulah aku pun perasan.  Tak dak apa nak cakap cuma sorry kalu ada yang tertunggu.


Ok, tanpa melengah masa, jom aku cite pengalaman aku gi ke Nami Island.  Pulau kegilaan tourist & traveller.  Cuba ko tanya ada tak orang Malaysia yang gi Seoul tapi tak pergi Nami.  Aku tak pernah lagi jumpa.  Makanya aku pun menjebakkan lah diri juga dalam statistik.  Sementelah lagi dulu-dulu akulah orangnya yang duk tengok series Winter Sonata sama kesat-kesat air mata kat belakang CK sebab tak mo CK ejek aku jiwang.  Tak cukup dengan tengok kat TV, beli lagi CD pirate kat kedai VCD.  Gitu lah ceritanya.  Makanya hujah aku kali ni kuat dan tebal untuk pergi Nami. KAN!!

Incase ada di kalangan anak-anak muda yang tak tahu sejarah Nami menjadi famous (Aku faham bagi anak-anak yang lahir tahun 2000 ke atas, idea maybe suram sikit dengan sejarah awal cerita Korea di tanah melayu) boleh klik SINI.

Bagi aku sejarah asal Nami lebih menarik dari kisah Winter Sonata.  Sayang aku tak sempat nak cari kubur King Sejo

Namiseom Island was formed as a result of the construction of Cheongpyeong Dam. It is a half moon-shaped isle, and on it is the grave of General Nami, who led a great victory against the rebels in the 13th year of the 7th king of the Joseon Dynasty, King Sejo (reign 1455-1468).


Kitaorang ke Nami sepakej dengan Garden of Morning Calm (GOMC).  Dari GOMC, kitaorang naik bas Gapyeong of City Bus Tour ke Nami.  Perjalanan dari GOMC ke Nami ambik masa sejam dan sempatlah aku terlelap sebab kepenatan berjalan jauh di GOMC sebelum tu. Sampai Nami dah agak lambat, dalam pukul 3 lebih.  Bas berenti tak jauh dari Nami Wharf (jetty untuk ferry).  

Rupa-rupanya Nami tu pulau yang kecik aje & jarak dia dalam 0.5km agak aku dari main land.  Aku rasa kelakar sebab aku ingat dia pulau besar dan jauh lah sikit dari mainland.  Ini kalau korang bawak canoe sendiri mesti boleh sampai dalam masa 10 minit.  

Kitaorang bergegas beli tiket ferry.  Harga tiket ferry sekali Admission fee ialah 10,000 KRW.  Dalam perut berkeroncong (belum lunch yang proper) kitaorang beratur untuk naik ferry.  Ferry ada dengan kekerapan setiap setiap 10-20 minit jadi aku tak risau, cuma yang aku risau ialah orang terlalu ramai.  Sedikit terganggu kosentrasi.  


Rupa bentuk ferry.  Aku rasa ada dalam 200 orang dalam satu masa.  
Ferry dia mantap tapi terbayang-bayang jugaklah aku pasal kemalangan ferry 
di Jeju 2 tahun sebelum tu.  Padahal naik ferry tu cuma sepelaung.  Kalau makan 
roti bun pun tak sempat habis sebiji.  Haha.


Sampai di pulau, aku bawa Baby SJ ke toilet.  Pegh.. sebak aku sebab ada banyak buku tersusun rapi dalam toilet.  Walaupun kebanyakan buku dalam toilet adalah buku kanak-kanak tapi bab-bab buku aku memang longgar lutut.  Terpaksa mengingatkan diri yang kitaorang datang untuk tengok Nami bukan buku.


Then sambil cari tempat boleh makan, kitaorang merayau.  Kes merayau ada satu cerita kelakar.  Aku konon2nya cubalah menjejak filming location Winter Sonata macam kebanyakan orang buat, tapi aku kan set-set blur, satu pun aku tak jumpa.  Orang lain siap jumpa bangku tempat pelakon Winter Sonata duduk, aku usahkan bangku yang kecik tu, Redwood line road yang besar gedabak pun aku macam tak sure jumpa tak.  Takpe, aku dah maafkan diri aku. Bukan semua di anugerahkan mata bionik kan.  Hahah.

Jom aku belanja korang gambar yang tak seberapa.  


 Here and there

Kitaorang kemudiannya singgah makan di Restoran Asian Cuisine (HALAL certified). Tak susahpun nak cari restoran ni.  Korang ikut je orang ramai-ramai jalan di jalan utama, korang akan nampak bangunan library dan restorannya betul-betul bersebelahan library.  Hal library aku cerita kemudian,  Keputusan untuk makan di Asian Cuisine sangat tepat.   Makanan dia superb dan pendapat peribadi aku itu yang tersedap yang aku makan masa di Seoul.  Selain dari Asian Cuisene ada beberapa lagi restoran Halal kat Nami.  Agak aku sebab ramai orang muslim Malaysia ke situ everyday.


Hidangan kiaorang hari tu.  Baby SJ?  Seperti biasa, pisang & biskut kering.  
Dia bukan pengemar nasi


Selesai makan, jamak Zuhur & Asar.  Bilik solat bersebelahan dengan restoran juga, sama entrance dengan library.  


Aku sempat mengintai dan mengagumi Nami library.  Walaupun librarynya lebih kepada library dan pusat sumber kanak-kanak tapi aku memang sangat kagum & sangat suka.  Setengah jam lebih aku berlegar kat dalam library sampailah aku tiba-tiba sedar kat luar dah gelap.  



Nami Library. Memang best.  Ada beribu-ribu buku


Kitaorang kemudiannya bergegas nak cari Redline wood yang famous.  Aku jumpa satu laluan yang nampak seakan dia tapi tah lah betul ke tak.  Ambik gambar lebih kurang sebelum buat keputusan untuk balik ke pengkalan ferry.


Which one is Redline wood road?  Mungkin bukan kedua-duanya.  
Aku seriously tak tahu.  Kedua-dua laluan menepati ciri-ciri pokok lurus.


Ini salah satu lokasi Winter Sonata yang aku ambik dari google image


Kita orang decide untuk meninggalkan Nami sekitar jam 6 petang sebab tiket kitaorang ke Seoul pada pukul 7 malam.  Dari Nami Wharf kitaorang naik bas Gapyeong (masih free) ke Gapyeong train station.  Tak jauh, dalam 2km dari ferry station.

Kitaorang selamat sampai di Seoul sebelum pukul 9 malam.  Makan malam di Yoogane Myeondong sebelum balik hotel untuk berlabuh.  Hari yang panjang dan sangat best.  Lepas ni tak ada siapa boleh kelentong aku lagi pasal Winter Sonata.  Kaka 



Saja nak selit gambar hidangan kami di Yoogane malam tu.  Nak bagi korang terliur :)


Maka dengan ini habislah cerita trip korea aku.  Aku akan buat post penutup soon. Harap korang enjoy experience sharing aku dan dapat membantu korang yang berhajat ke Seoul satu hari nanti.