Showing posts with label Western - Autumn - Belgium - Brussels - City. Show all posts
Showing posts with label Western - Autumn - Belgium - Brussels - City. Show all posts

Sunday, December 7, 2014

Last day in Brussels - Day #4


Entry Brussels yang lepas   
Belgium_Intro   
Brussels #1
Brussels #2 
Bruges #3   

  

25.11.2012 
 # Hari ke 4 di Brussels
 # Hari ke 20 overland Western Europe



Rezeki dari Allah.  Hari ni matahari memancar.  Hari terakhir kitaorang di Brussels.

Kitaorang tak buang masa.  Bersiap, breakfast & cabut dari rumah.  Aim utama aku nak pergi ke Cinquantenaire Park dan Tin-Tin murals.  Satu berjaya cari satu lagi aku tak jumpa cari.  Bukan rezeki aku.

Kitaorang ambik metro pergi ke city centre.  Bandar sunyi sikit sebabkan hari ni hari minggu. Mula-mula jumpa bangunan parlimen Belgium dulu dan kemudian cross Park De Bruxelles ke arah Roral palace.  Park ni di apit oleh bangunan parlimen dan Royal Palace tapi sayang sikit tak terjaga walaupun duduk kat prime area.  Maybe sebab autumn kot.  Summer maybe cantik kot sebab bila aku check google image macam marvelous je.


 Bangunan parlimen. 

 Park De Bruxelles.  Aku xfaham apa motipnya kobis tu. 
Royal palace.  Well maintened dan yang bagusnya tak adapun pagar yang 
berlapis-lapis macam kat tempat kita.  Besar gila. Kalau setakat ada
anak 100 orang tak ada masalahlah nak duduk sini.


Kitaorang sebenarnya tak de concrete iternary,  konon-konon nak cari Tin Tin murals tapi tak jumpa.  Bila fikir-fikir balik rasanya sepatutnya pergi ke brussels yang belah lagi satu.  Kat sini semua bangunan-bangunan serius, mana lah logic nak ada Tin Tin murals.   So jalan aje lah, jumpa macam-macam jugaklah walaupun tak jumpa murals.  Tapi sesungguhnya jauh di sudut hati, aku pegang tisu sambil menyeka air mata.


 In the building of the Royal Museums for Fine Arts of Belgium, visitors will be 
able to discover the world's largest collection of René Magritte's works 

 Place Royal


 Jardin du Mont des Arts


Dari situ kitaorang menapak ke Cinquantenaire Park.  Park terbesar & terfamous di Brussels. Tengok map macam dekat tapi berjalan punya jalan, ada la 3 km agaknya baru sampai.  Nak patah kaki rasanya.  Menyesal tak sudah tak ambik metro padahal kitaorang ambik day fare.


 Apa-apa makan ni dulu,  Dah jadi kemestian kena makan beberapa 
kali sehari.  Sebenarnya kitaorang tak jumpa makanan lain sebab 
kebanyakan kedai tutup so alas perut makanlah waffle dulu.


Sampai kat Cinquantenaire Park, kitaorang cari masjid yang letak dalam park ni.  Masjid ni lengkap & terbesar di Brussels.   Masa sampai, ada satu group sedang belajar kelas agama.  

 Entrance Cinquantenaire Park


Masjid Brussels

Lepas tu baru merayau di dalam Park.  Perasaan aku adalah perasaan dalam hati ada taman.  Aku suka sangat taman ni. Sangat-sangat.  Tak sia-sia kaki aku nak patah jalan ke sini.

Taman


 Bordiau Hall

 Arch.  Nampak simple tapi memang best.  Kadang-kadang kita tak perlukan 
structure yang besar untuk lengkapkan satu-satu tempat.  Bagi aku inilah pelengkap  
Cinquantenaire Park

 Triumpal arch bagi mengenangkan askar-askar Belgium  Sama macam Arc de Triompe di Paris. 
statues atas Triumpal arch

 Pondok jaga kutnya.. hehe



Locals

Kita decide nak patah balik ke Grand Place sebab tempat tu happening dan jugak sebab nak cari tempat makan.  So ambik metro ke Grand Place.  Sampai ke Grand Place, first thing makan dulu,  Lepas tu baru ronda.  Rupanya kat sini hari minggu orang tetap ramai.  Kedai kebanyakkannya pun buka. tak macam kat prime area tadi.

Hasil hari ni.

2,3 jam jugaklah ronda sekitar sebelum kitaorang balik  Bockstael.  Hari yang boleh tahan penat.  Walaupun aku tak jumpa Tin Tin mural tapi aku overall aku sangat puas hati dengan apa yang aku dapat dari Belgium.  Satu pengalaman yang cukup aku hargai.  Maybe satu hari aku akan datang balik ke Belgium sebab list aku untuk Belgium masih bertimbun termasuk nak tengok Bruges masa winter.

Tamat sudah misi Belgium 2012.  Esok aku akan travel ke destinasi terakhir overland Western Europe 2012.


Saturday, December 6, 2014

Brussel yang hujan_Hari ke 2

Entry Brussels yang lepas 
Belgium_Intro 
Brussel #1  

 23.11.2012 
 # Hari ke 2 di Brussels
 # Hari ke 18 overland Western Europe



Bangun-bangun, hujan.  Lepas mandi aku sediakan breakfast.  Kunun-kununnya elok habis breakfast mesti hujan dah stop.  Lepas makan hujan tak stop jugak.  Lebat pulak tu.  Kitaorang tak ada payung.  So Encik D kata, kita tunggulah dulu sebab dia rasa sejam dua mesti hujan stop.   

Tengahari hujan masih tak stop jugak walau ada masa reda sikit.  Encik D keluar beli makanan & kitaorang lunch kat rumah.  Lepas lunch tak reda jugak.  Encik D & baby SJ sampai tertidur.  Aku yang ada perangai hyper terkebil-kebil sebab tak boleh tidur siang.  Tengok TV tak ada cite best.  


Bosan sangat inilah keje aku. Ambik gambar burung yang hinggap 
di balkoni rumah.  Masa ni hujan tapi tak nampak sgt dalam gambar.


Dari tingkap rumah.  Ini ajelah yang mampu. Ambik gambar sambil menyeka air mata.


Lewat petang, hujan dah kurang lebat.  Aku paksa Encik D untuk keluar jugak sebab iternary hari tu dah hampir hancur.  Kitaorang berjaya berlari pergi ke metro station dan dari situ pergi ke Grand Place. Aku rasa Grand Place ni adalah spot terfamous di Brussels.  Masa sampai hari dah gelap.  Hujan rintik-rintik maka kitaorang beli payung.  Aku menyesal sebab lupa bawak rain coat trip ni.  Harga payung boleh tahan jugak dan aku berazam tak nak tertinggal payung tu.  Haha, iye sangat lah tu.  Tak sempat tinggalkan Brussels payung dah hilang.

Di Grand Place ni punyalah ramai traveller.  Grand Place ni UNESCO site, so tak terkejutlah kenapa ramai orang datang sini. Hari hujan pun ramai.  Agak aku kalau masa summer mesti nak melangkah pun payah.   First thing, makan waffle dulu.  Siap makan waffle baru ronda.  

 Presentation sahaja dah superb.  Rasa tak terkira lah.  Harga sekeping €3.80.
 
Saja nak zoom-in.  Mahu kasi jantung kencang

Sebelum pergi ada blogger recommend kedai waffle ni.  Kata dia ini yang paling 
sedap di Brussels.  Tapi kedainya dah tutup masa kitaorang sampai.


Grand Place memang happening.  Ada bangunan City Hall yang cantik dan banyak kedai-kedai kecik sekitarnya.  Kata Wikipedia, setiap dua tahun di bulan august ada event flower carpet kat sini.  Aku tengok gambar memang cantik.


Location in Brussels
The most central place for tourists to meet is slightly off-centre on the Brussels city centre map. It is to the west of Brussels Park, a large green rectangle on the map. The Grand Place is surrounded by main streets: Rue du Midi, Rue Marche aux Herbes and Rue du Lombard but connected by alleys. Walk down one of the alleys such as Rue au Beurre or Rue des Chapeliers towards the Town Hall.


Metro stop: Centrale, Bourse (pre-metro) or De Broukere.

Sumber:  www.brussels.info



 Kalu aku betul, ni Museum Brussels.  Nak masuk apa, hari dah malam.


 Bangunan Brussel city hall. 


Gambaran betapa basahnya hari tu.


Kedai coklat aje berpuluh-puluh agaknya.  Rambang mata tengok.  Macam-macam bentuk coklat.  Bagi aku orang Belgium ni creative.  Kalau tak creative manakan boleh sampai level antara coklat terfamous di dunia sedangkan bahan-bahan coklat semuanya di import dari luar (sumber Wikipedia.  Hebatkan diaorang ni.


Antara kedai coklat.  Nougat sebesar bantal peluk pun ada. 


Coklat dan coklat.  Yang paling aku suka carousel tu.  Kreatif gila.  Nasib baik 
aku bukan peminat terlampau coklat.  Kalu tidak mahu kopak Encik D malam tu.

Sweets. Tak sampai hati nak makan sebab cantik

Desserts

Selain makanan, banyak lagi benda lain ada jual kat situ.  Souvenier semua cantik-cantik.

 Teringin nak beli cat figurine tu tapi kedai tu dah tutup


Lembu

   
Kucing lagi


Dan lagi. Heaven sungguh


Real paintings



Kitaorang kemudiannya redah lorong-lorong sampai jumpa St.  Michael Cathedral.  Kata Wikipedia, dia di bina padaha kurun ke 9.  Pegh. Aku perasan semua cathedral di negara yang aku pernah samapai semua sama je design.  Cuba korang compare St. Michael Cathedral ni dengan Notre Dame di Paris (entry aku Paris #3)




Apa yang aku lupa nak cari malam tu Monument yang famous, The Peeing Boy (Menneken Pis).  Dia sebenarnya dekat aje dengan Grand Place tapi sebab kalut nak kejar masa, kitaorang lupa nak jenguk.  Kata satu website, budak kecik ni di pakaikan baju berganti-ganti sepanjang tahun.  Patung budak kencing ni adalah salah satu kebanggan rakyat Belgium


Mr Bean dengan Manneken Pis (sumber commons.wikimedia.org)


Dari Grand Cathedral kitaorang ambik Metro pergi ke Atomium Brussels.  Ambik Metro line 6 kearah utara bandaraya dan berhenti di last stop.  Atomium ni tak jauh dari tempat kitaorang tinggal, Bockstael, cuma beberapa metro stop.  Sebab itulah dia jadi destinasi terakhir hari tu.  Masa tu malam dah lewat jugaklah, dalam pukul 9 lebih.  Orang pun dah tak ramai.  Bila kitaorang sampai hujan start turun balik.  Mula-mula tak lebat tapi lama kelamaan lebat.  Basah kitaorang. Tengok-tengok lebih kurang kitaorang cabut lari.  Sebenarnya kawasan Atomiun ni sangat besar tapi sebab kekurangan masa dan hujan, kitaorang cuma sempat pergi ke main area aje.




 By the time sampai ke Metro station nak balik rumah tu, ada lah berita yang Metro ada delay sebab ada kemalangan kecik train.  So kena tunggu dalam basah kuyup.  Fuhh, tahap mengigillah dengan suhu lebih kurang 5 degree.

Selepas berjaya naik & balik ke area rumah, kitaorang singgah makan kebab dulu sebelum balik .  

Untuk aku, walaupun hari ni banyak iternary yang terpaksa di batalkan tapi kami enjoy mana yang boleh.  Kita hanya merancang kan. Empat hari mana boleh cover semua.