Showing posts with label Cakap-cakap. Show all posts
Showing posts with label Cakap-cakap. Show all posts

Thursday, January 31, 2019

Cerita Tin Kosong

Selepas 6 bulan, akhirnya aku kembali.

6 bulan yang lepas adalah 6 bulan yang agak sibuk (mungkin paling sibuk dalam sejarah hidup aku) dan aku memohon maaf bagi yang menulis komen, menulis email yang tak berbalas.  Kekangan masa yang bertubi-tubi memaksa aku melupakan sekejap blog.  Kadang-ada ada terbaca email yang korang hantar tapi aku tak sempat nak reply.  

Aku ada beberapa updates mengenai beberapa negara yang aku belum share.  Mungkin akan di share pelan-pelan tapi takut nak janji.  Antaranya:  Norway, Sweden, Denmark, Australia (Perth)

Aku juga nak komen sedikit beberapa issue secara general kat sini.  Secara general dan tak di tujukan kepada mana-mana individu secara spesifik.

Issue pertama ialah mengenai AIRBNB.  Aku notice dari komen dan email, ramai yang masih samar mengenai AIRBNB.  InsyaAllah aku akan revisit cerita dan tips pasal AIRBNB sebab aku rasa ia sangat membantu terutama traveller bajet ciput macam aku.  As for now, satu dulu pesanan aku, bila buat booking AIRBNB jangan menipu jumlah orang yang akan tinggal di situ.  Tuan rumah mungkin tak akan tahu tapi itu menipu namanya.  Tanamkan di dalam diri yang bila kita travel kita membawa 3 nama:  Nama bapa kita, nama negara kita dan paling penting nama agama kita.  Integrity is crucial.

Issue kedua ialah mengenai itenerary.  Semenjak aku menulis blog aku banyak dapat request dari reader untuk share itenerary.  Kebanyakannya datang dengan alasan kekangan masa dan nak buat comparison dengan apa yang disediakan.  

Ada juga yang minta aku rangkakan itenerary untuk mereka. Don't get me wrong but this is not right.  You are supposed to walk your own path.  You are suppose to make your own research.  Kedekut itenerary kah aku?  Tak. Dulu aku selalu share tapi of late terlalu banyak request sampai tak terlayan.   

The beauty of traveling starts even before you travel.  Trust me.  Tak ada masa?  Cari masa. Tidur pukul 3 setiap malam untuk buat itinerary. Letih?  Tak apa, nanti korang tidur puas-puas dalam flight.  Itulah cara aku selama ni.  Tidur-tidur ayam adalah common scenario setiap kali aku prepare untuk travel.  Kebiasaannya semua urusan itenerary dan booking di serahkan pada aku. Alhamdullilah, setakat ni trip aku tak pernah spoil.  And trust me, trip korang adalah lebih manis dengan air tangan korang :).  Aku salute seorang reader yang pernah contact aku.  A 60 something aunty.  Aunty Faridah.  Dia akan ke Swiss and Italy April 2019 dan dia contact aku untuk bertanya few things termasuklah cara untuk book tiket flight.  Beberapa bulan kemudian, Aunty Faridah datang balik dengan itinerary yang dibuatnya sendiri dan mintak aku komen.  Bagi aku, itulah semangat yang seorang traveller perlukan. Jika seorang aunty yang siangnya sibuk menjaga cucu-cucunya sediakan ini semua, semua orang mampu buat.

Sebetulnya ada masa aku travel tanpa itenerary sebab tak sempat nak buat research.  Aku ke Jepun dengan kertas A4 yang kosong. Kesnya tak sempat nak buat iternerary.  Sampai Japan aku gi tourism centre dan setiap malam sebelum tidur aku plan untuk besoknya.  Trip tetap best sebab rupanya travel tanpa iternerary ada keindahannya sendiri.

Ok, some tips pasal itinerary lagi.  Aku perasan Malaysian travellers ada satu style (aku adalah silent reader satu group backpacking terbesar di Malaysia).  Aku perasan ada yang suka share cost secara detail dan bagitau betapa murahnya kos diaorang.  Aku juga perasan ada yang suka share itenerary secara detail juga.  Tak salah menjadi contributor.  Niat mereka sama macam aku kat sini.  Nak membantu traveller dengan niat mendapat sedikit pahala.  Cuma aku perasan ramai yang ikut itenerary secara bersungguh-sungguh.  Akhirnya akan adalah mungkin 1000 orang atau lebih yang mempunyai itenerary yang sama.   Tak best kan.  Carilah kelainan.  Cari route korang sendiri.  Mungkin route korang lagi best.  Mungkin korang lagi jimat bajet.  Contohnya kes aku masa ke Switzerland, aku decide untuk tak beli Swiss Pass sebagaimana yang dibuat oleh kebanyakan traveller Malaysia. Dan aku jimat lebih dari yang aku sangka. Take Risk.

Ok.. bagi yang not even know how to start an itinerary.  Mulakan dengan google.  Mulakan dengan tripadvisor.  Aku secara umumnya peminat tegar tripadvisor.  Contoh yang korang boleh search macam ni:  10 things to do in Perth, interesting activity in Perth, Visit Perth.  Mulakan dengan carian umum.  Dari situ kembangkan carian korang.  Diversify kan carian korang.  Jangan fokus 100% kepada Malaysian Traveller sahaja.  Cuba ambik idea apa yang non Malaysian traveller buat juga.  .  Trust me, satu hari korang akan ketagih buat itenerary. 

Another issue.  Makanan Halal.  Ramai yang terlalu takut dengan susahnya nak dapat makanan halal di satu-satu tempat. Memang sesetengah tempat agak sukar mendapat makanan halal tapi ada pelbagai jenama makanan segera yang boleh di bawa . Jangan sampai sebab tak ada makanan halal di satu-satu tempat, kita kansel plan.  Be prepared. Bring from home, bawa sedikit bekal dari Malaysia.  Tapi my advise jangan bawa terlalu banyak. Bawa sekadar emergency.  Tak perlu bawak periuk portable untuk memasak secara curi-curi dalam hotel (ini consider non ethical, aku pernah tulis pasal ni dulu).  Banyak jenama sekarang cuma perlukan air panas untuk memanaskan makanan segera. Sampai di sana belajarlah makan roti, jam dan buah.

I shall continue.  For now, cukup dulu.  Aku masih mencari ilmu dalam merentas bumi Tuhan dan sama-samalah kita belajar.

 




Monday, September 19, 2016

Small Tips untuk booking AIRBNB apartment



Mungkin ada antara korang yang suka pilih servis airbnb bila travel. Mungkin ada yang baru nak belajar berjinak-jinak dengan airbnb.  Post ni bertujuan experience sharing yang sangat tak seberapa.  Dalam belajar guna servis airbnb aku dengan tak sengaja belajar beberapa trick.  Tah boleh di guna pakai orang lain tah tidak tapi harap korang boleh faham apa yang aku bakal merapu dan kalau bernasib baik boleh lah tiru style aku.  Again, post ni tak sesuai di baca oleh hardcore airbnb sebab aku rasa korang lebih handal dari aku.


Bagi yang tak berapa tahu apa tu airbnb, wikipedia cakap 

Airbnb is an online marketplace that enables people to list, find, then rent vacation homes for a processing fee. It has over 1,500,000 listings in 34,000 cities and 191 countries. Founded in August 2008 and headquartered in San Francisco, California, the company is privately owned and operated.


Kenapa nak pilih airbnb sedangkan hotel atau hostel ada?  Kebiasaanya airbnb dipilih sebab dia lebih murah dari hotel dan kemudahhanya menyamai atau lebih baik dari hostel dan juga privacy lebih terjaga.  Aku secara peribadinya mengunakkan ketiga-tiganya- hotel, hostel dan private apartment; bergantung pada masa dan keadaan semasa.

Aku nak share beberapa tips dan langkah-langkah yang aku dapat based kepada experience aku. 


1. Sign up

Pertamanya korang kena sign up dengan airbnb.  Ambik masa sikit sebab korang kena masukkan detail korang termasuklah payment detail dan akan ada proses verification.  Bertabahlah sikit, lagipun proses ini sekali aje.  

Untuk sign up korang boleh boleh guna account fb ataupun account google.  Korang boleh sign up direct guna website airbnb.  Kalau ada kawan-kawan atau sedara mara refer korang lagi bagus sebab first time guna korang akan dapat diskaun. Kalau belum ada orang refer korang boleh guna aku sebagai tukang refer. Just klik SINI dan korang ikut aje instruction yang di beri.  

Satu aku nak pesan, profile picture yang korang nak letak kalu boleh biarlah berjenis sikit sebab host akan selidik siapa kita bila kita nak book apartment/rumah diaorang.  Kang nanti tengok korang gaya death metal atau rock kapak terus kena reject.  Kisahnya ada banyak kes rumah host ranap sebab guest berparti tak ingat dunia. Jadinya kalau tak nak ada masalah biarlah gambar profile picture gambar korang dengan rambut tengah basah dan belah tengah. Bagi yang bertudung biarlah gambar bertudung yang anak tudungpun belah tengah :).  Maka katanya, apapun  diri sebenar korang, cubalah letak gambar yang paling sopan atau nerd kat profile picture.  

Korang juga di minta untuk cerita serba sedikit tentang diri korang.  Cerita lah sikit macam berapa umur, status korang dan kalau nak share pekerjaan pun boleh.  Kena ingat kalau kita pemilik rumah, bukan senang kita nak bagi orang asing duduk rumah kita walaupun berbayar.  Mesti kita ada terbayang, buatnya guest kita tu penagih dadah ke, rapist ke.  Makanya begitulah jugak pemilik rumah yang lain.  

 
2.  Cari penginapan

Setelah selesai urusan sign up, maka bolehlah start cari penginapan.  Mula2 search bandaraya pilihan.  Kemudian masukkan tarikh check in/check out. dan jangan lupa masukkan bilangan guest yang akan check in.  



 Contoh carian aku.
 

Untuk jimat masa korang boleh guna filter seperti, jenis bilik dan price range.  Carian bermula.   Kalau korang tengok ada satu lagi butang filter di sebelah kiri screen dimana korang boleh pilih amenities & jenis property secara detail. Sesapa kalu malas dan rasa nak upah aku silakan.. Satu proses yang aku sangat suka.


Pilihan korang based pada apa yang korang filter akan keluar di sebelah kiri screen. 
Sebelah kanan map yang tunjuk lokasi rumah beserta dengan harga


Aku biasanya browse satu persatu dan baca desription sebelum buat pilihan. Cara aku (kes travel bertiga dengan Encik D dan Baby SJ atau bertiga dengan CK & Baby SJ).  



Tips and tricks:

1.  Bahagian bilangan guest aku biasanya letak 2 orang (bukan 3)- aku akan terangkan tricknya nanti.  

2.  Pilih beberapa penginapan yang rasanya sesuai dengan selera aku.  Aku biasa pilih sekitar 5-10 penginapan masa awal dan slowly akan filter out mana yang tak menepati citarasa dan budget. Same applies kalau aku nak book hotel.

3.  Filter lagi secara peribadi di mana aku akan ambik kira amenities dan jarak penginapan dengan  access to public transport terdekat (dalam kes nak guna public transport).  Dalam kes aku yang travel dengan budak kecik, dari awal aku akan cari rumah yang Family/Kid Friendly. 

4.  Bila dah ada beberapa yang berkenan di hati aku akan private message hosts satu persatu dan mulakan dengan introduce diri dan cerita serba sedikit tujuan aku ke sana.  Aku juga akan reveal yang aku akan travel bertiga termasuk seorang kanak-kanak (bukan berdua macam yang aku letak kat bilangan guest masa awal tadi) dan tricks nya aku akan tanya dia samada akan ada extra charges atau tak untuk kanak-kanak*.  Jika aku letak 3 orang siap-siap, kanak-kanak biasanya akan di chargekan sebagai 1 dewasa.  Bila aku tanya dalam message dengan ayat yang lemah lembut biasanya aku tak perlu bayar extra untuk Baby SJ walaupu kadang2 dalam descrption dah di letak akan ada extra charges untuk additional guest.  Konsepnya ialah mengembira dan menghormati host.  Dengan cara begini kita dapat jimat tapi dalam masa yang sama kita amanah.  Ada host yang sampai ke extend pernah provide baby crib secara percuma (ada satu kes dia siap bawa kan baby Crib dari rumah dia sendiri ke rumah sewa airbnb tanpa cas aku extra).  Ada kes yang bagi pinjam kan toys cucu mereka pada Baby SJ (sekali dengan bahagian Baby SJ adalah f.o.c)

 *Same applies kalau aku booking hotel (aku biasa guna booking.com) 

5. Baca each desription betul2 supaya ada tak tersalah faham di kemudian hari.  Penting jugak korang tahu jenis cancelation sebab Airbnb jenis pre payment maknanya once korang book korang kena bayar full payment.  Kalau ada kes kena kansel dan korang dah terpilih penginapan yang strict cancelation, korang cuma akan dapat 50% refund walaupun korang kansel 3 bulan sebelum trip.  Aku biasanya akan pilih penginapan yang moderate cancelation yang mana kebiasaannya cancelation policy dia masuk akal untuk kedua pihak.  Apapun korang jugak kena ingat, walaupun korang boleh dapat balik refund, booking fee oleh airbnb akan hangus.

Al kisahnya dulu aku sebenarnya pernah tersalah booked masa nak ke Adelaide pada 2013. Masa tu aku tak perasan yang rumah aku pilih, bathroomnya adalah di main building iaitu rumah yang diduduki host (rumah yang kami booked adalah bahagian atas garage kereta yang dah di ubahsuai cantik sebab kekononnya nak merasa camana duduk di garaj kereta).  Walaupun ada private access ke rumah host tapi masih tak selesa.  Masa aku decide nak kansel barulah aku sedar cancelation policy adalah strict.  Aku cancel lebih sebulan sebelum perjalanan dan tetap kena deduct 50% dari jumlah keseluruhan bayaran yang aku buat.  Aku private message host merayu dia pulangkan balik baki 50% dan akhirnya dia pulangkan balik duitnya.  Sipi-sipi jugaklah nak kerugian hampir RM1000.  Fuhh.. bayaran atas satu kecuaian. 

Ok jom.. aku tunjuk contoh aku buat carian



 Selected rumah.  Desription kat sini ialah private room (maknanya akan ada kemungkinan 
korang akan share rumah dengan guest lain).  Untuk tengok gambar dalam rumah secara 
detail, klik pada gambar timeline tu dan akan keluar slides gambar2 lain dalam rumah. 
Korang boleh baca dan selidik background host (klik pada gambar host).  Untuk 
private message, klik pada contact host button


Harga charged tu adalah harga untuk 2 orang.  Additional charge atau tak untuk kanak-kanak 
kita akan tahu selepas kita hantar message pada host. Kalau korang belum decide tarikh
korang boleh save pilihan rumah kegemaran dalam Save to Wish List. 
Favourite button aku.


 Contoh review.  Spendkan masa baca review dan airbnb rate (di beri semasa guest 
review setiap host).  Setiap review counts.  Mana tahu rumah yang korang 
bakal duduk berhantu.. haha


6.  Tunggu host response message kita.  Biasanya akan ambik masa beberapa jam. Paling lamapun 24 jam.  Host biasanya akan mintak detail kalau kita lupa nak introduce diri kita dan kalau kita bernasib baik (selalunya aku bernasib baik), host akan counter offer kita dengan rate yang lebih murah.  Aku juga biasanya juga akan dapat free charge untuk Baby SJ.  Dalam satu kes masa aku ke Tokyo baru-baru ni, kitaorang dapat 1 free night stay.  Kata orang, orang berbudi kita berbahasa.  It works each time aku guna airbnb.  

Jika host counter offer rate yang lebih murah dalam private message tu, korang klick accept button dan dia akan lead korang ke payment.  Mudah sangat.  Lepas tu simpan payment slip dan teruskan bermessage dengan host jika ada apa2 pertanyaan.  

Penting jugak korang guna host untuk suggestkan korang attractions kat city yang korang akan tinggal.  Biasanya aku akan tanya tentang nearest halal restaurant dan less touristy attractions (locals are expert kan).  Setakat ni semua host aku baik-baik dan layan pertanyaan aku sepenuhnya.  Ada host yang sanggup bersusah payah datang jemput (f.o.c) di train station.  Ada juga host yang boleh tolong jadi tour guide korang kalau berminat.  Aku tak pernah try tapi rasanya macam best untuk ditry satu hari.  Aku baca ada host yang akan bagi guest pengalaman macam local yang mana guest akan berpeluang bercampul gaul dengan kawan-kawan host.  Idea menarik untuk orang yang suka bersosial.

7.  Sampai masa korang nak travel (biasanya 2,3 hari sebelum travel aku akan contact host dan exchange no phone dan jika aku tak ada data masa sampai nanti aku akan bagitau dia supaya tak jadi salah faham bila dia contact kita tapi tak dapat).  Kebiasaannya kita jarang sekali akan bertemu host bila sewa airbnb.  Aku sangat suka sebab kadang-kadang aku grumpy terutama bila aku kepenatan baru turun dari flight.  Kebiasaanya kunci akan di tinggalkan di dalam mail box ataupun di bawah alas kaki nak masuk rumah.  Tapi ada juga satu dua kes yang mana kami bertemu host tapi semua kes tu proses yang menyenangkan.  Sementelah lagi dapat host yang hensem kan.  Pengalaman aku hos memang best dan membantu.  Selalunya  I came as as guest but I left as a friend.

Kalau korang jakun macam aku bila masa nak guna barang-barang canggih kat rumah host, kebiasaannya ada je manual kat mana-mana.  Tapi kalau tak ada korang boleh message host tanya.  Insyaallah masalah korang selesai.  Ada satu kes aku masa kat Brussels kitaorang tak tahu nak on heater.  Last2 terpaksa call host dan tak sampai setengah jam dia sampai.  Kaka.. buat malu je.  Tak apa lah malu sikit asalkan tak meninggal sebab hypotermia.  Exagerrate.

8.  Semasa stay korang gunalah peluang untuk merayau dan mengenali kawasan sekitar rumah host dengan baik.  Rasanya sangat lain berbanding kalau korang tinggal di hotel.  Formality tu tak lagi penting dan perasan ke'local'an akan timbul.  Biasanya aku yang peminat local market, inilah masanya aku akan guna peluang cari pasar dan mini market dan berlakun sikit macam orang tempatan.  Konon-kononya nak sembunyikan kejakunan kitaorang dengan satu-satu bandaraya tu. 

9. Bila nak serahkan kunci terpulanglah pada korang nak serahkan dalam keadaan kemas atau tak tapi apapun kalau malas nak kemas camanapun, biarlah di peringkat berpada-pada.  Itu cara aku ucap terima kasih kepada host dan cara aku jaga nama negara kita. Lagipun kalau kita pandai jaga hati host, hadiahnya host akan bagi review yang cantik pada kita kemudian hari.  Review host untuk guest berguna untuk penginapan akan datang sebab future host boleh baca review terhadap kita. 


Contoh 2 ways review antara host dengan guest


Aku harap post ni dapat membantu bagi yang baru nak berjinak-jinak dengan private apartment servis.  Sebenarnya selain dari airbnb ada beberapa lagi website yang lebih kurang sama dan ada antaranya yang aku pernah juga cuba macam wimdu dan hometogo. Cuma bagi aku airbnb kegemaran aku sebab pilihannya lebih banyak.

Till next time




Tuesday, August 23, 2016

Etiqa dan Etika



Kita sering kali bercerita pasal travel.  Kita bercerita tentang preparation untuk travel.  Kita bercerita tentang tentang tempat-tempat menarik, pantang larang di negara orang dan yang paling kerap kita bercerita ialah tentang bajet yang perlu di sediakan semasa travel.  Ada orang bajetnya tebal, ada jugak yang bajetnya nipis macam aku.  Ada orang suka beli tiket flight dulu baru pikir pasal bajet.  Ada jugak yang kira bajet dulu sebelum beli tiket.   

Travel bagi aku bukanlah perkara main-main.  Bukan sekadar beli tiket, masuk baju dalam beg dan naik flight.  Dalam suka ada seriusnya.  Dalam seronok ada gentarnya. Dalam gembira ada tangisnya.  Bukan semua output yang aku dapat adalah positive tapi ada juga yang negative.  Sebab suka travel lah aku dulu gaji tak naik-naik hampir 3 tahun.  Aku melawan bos setiap kali aku mintak cuti tapi tak dapat  Travel buat aku tak serik untuk cuba mintak lagi cuti walaupun dah tahu akibatnya.  Travel lah mendewasakan aku.   Aku yakin travel jugak banyak mendewasakan ramai dari kita kat sini.
   
Sementelah aku baru sebut perkataan dewasa, jom kita diskas topik orang dewasa sikit ini kali.. Etiqa & Etika. Dua (2) perkataan yang seakan sama tapi berbeza maksud. Dua perkara yang selalu dilepas pandang tapi sebenarnya amat penting.



1. Etiqa dulu

Senang cerita, ini cerita pasal insuran travel dan Etiqa ialah salah satu insurans travel untuk orang Malaysia.  Kalu ada pembaca dari negara lain aku yakin ada banyak lagi jenis insuran travel di negara korang.  Eh ada ke pun pembaca dari negara lain?  Mesti tak faham baca ayat tunggang langgang aku.

Sebelum korang ingat aku ni agen insuran Etiqa, baik aku bagitau, tak! aku tak jual mana-mana insuran.  Aku pilih Etiqa sebab nama dia lebih keMalaysiaan berbanding nama insuran-insuran lain.  Ini kan bulan kemerdekaan dan aku masih dalam semangat memburu medal sukan Olympic 2016 :).  Aku sokong Datuk Lee Chong Wei sampai berpeluh malam tu. 

Apa yang aku nak highlight kat sini ialah betapa pentingnya kita beli travel insurans sebelum travel.  Aku selalu sebut dalam post-post lepas, dalam travel aku pegang beberapa perkara dan antaranya adalah Expect the unexpectedIni kali kita diskas sikit the unexpected punya cerita - kes emergency, kes jatuh sakit dan kes kematian semasa travel.  Korang-korang yang hardcore mungkin tak terlepas pandang tapi aku tahu masih ada segelintir yang kadang-kadang terleka dan sedikit mengambil mudah pasal insuran travel.

Aku pernah terdengar ada orang kata buat apa nak beli insuran sebab duit bukan dapat kat kita pun kalau kita meninggal.  Betul tu, aku sangat setuju.  Siapa yang nak pun mengira duit pampasan dalam kubur.  Tapi insuran travel bukan semata duit pampasan, bro.  Yang lebih penting itu modal untuk korang incase korang sakit atau di timpa kecemasan semasa travel terutamanya di luar negara.  Kita kena ingat bayaran hospital di negara orang lain tak semurah negara kita.  Europe mengamalkan kos perubatan percuma.. HANYA untuk rakyatnya.  Begitu juga UK dan negara-negara lain.  Sementelah lagi US yang mana rakyatnya sendiri tanpa insuran nyawa tak mampu mendapat rawatan hospital.  Aku dengar ada beberapa negara yang bagi kos percuma untuk orang asing tapi rasa aku boleh kira dengan jari je.  

Itu belum cerita selepas meninggal. Puluhan ribu ringgit kena sedia untuk kos nak bawak balik jenazah ke Malaysia.  Jadinya baik korang prepare serba sedikit kalau tak nak susahkan keluarga korang nanti kalau jadi apa-apa semasa travel.  Untuk diri aku, kebumi di bahagian mana di bumi ni pun ok.  Itu aku lah..  Tapi jangan ingat kebumi kat negara luar free.  Mungkin lebih mahal dari bawa jenazah balik ke Malaysia.  Itu belum masuk isu permit lagi.  Dan bukan mudah nak dapat permit pengebumian bagi bukan pemastautin.  Apapun kita masih perlu insuran nak cover expenses.  Pendek kata, meninggal pun guna banyak duit.  Jangan kata nanti mak pak kita yang kena bergolok bergadai semata nak tanggung kos perubatan kita yang jatuh sakit di oversea dan lagi parah kalau kena bawa bawa jenazah kita balik ke tanah air.  Pedas kan.. pedas sikit tapi itulah realiti kehidupan.

Cara paling mudah ambik lah travel insuran, bayaran untuk travel insuran paling tinggipun sekitar RM300-400.  Kalau nak coverage tinggi, ambik lah yang mahal sikit.  Terbaru aku guna insuran travel Etiqa  untuk ke Jepun selama 8 hari, kos untuk insuran pakej keluarga cuma sekitar RM100 (selepas diskaun).    Aku pernah jugak ambik insuran travel AIG ke Europe untuk lebih dari 20 hari, kosnya sekitar RM300 lebih sikit untuk satu sekeluarga.  Untuk pakej single (bujang) lagi murah.   

Ok, bagi yang tak tahu nak beli insuran apa dan macamana prosedurnya.  Senang aje, semuanya di hujung jari.  Aku maksudkan ni, betul-betul di hujung jari.  Google aje - sekali petik sepuluh syarikat datang nak offer korang insuran travel.  Study yang mana berkenan di hati dan compare price masing-masing, decide, beli dan buat bayaran secara online.  Korang juga boleh refer tips dari RINGGITPLUS untuk compare.  Atau kalau nak compare secara manually (macam yang aku buat), di bawah ni ada beberapa link travel insurance yang korang boleh refer.  Sekali lagi aku bukan agen mana-mana insurance dan apa yang aku tulis cuma berdasarkan experince aku yang tak seberapa.

1. Etiqa - Reliable.  Big sister Etiqa adalah Maybank. Aku pernah guna sekali dan walaupun payment method agak leceh (orang Etiqa akan call untuk pengesahan debit) tapi aku suka sebab semuanya lancar.  Dan juga lebih murah compare yang lain-lain.  Aku tak de buat claim tapi Aku suka! Aku suka!

2. AIG. Berdasarkan pengalaman reliable jugak.  Aku start guna insuran ni sebab inilah yang company aku guna setiap kali employee travel.  Maka setiap kali aku nak travel aku mintak admin office tolong belikan.  Masa nak ke Korea (masa tu dah tak bekerja) aku ada beli sendiri secara online.  Rupanya sangat mudah dan tak sampai 5 minit aku dah dapat slip polisi yang dihantar ke email aku.  Beli tudung secara online pun tak semudah ni.   

3. AXA. Aku tak ada experience tapi AXA ni company besar, jadi boleh lah check

4. TUNEPROTECT.  Tune Protect ni bekerjasama dengan AirAsia dan aku rasa yakin kalau nak beli satu hari.  jadi kalau korang malas nak search insuran mana yang ok, boleh terus beli insurance dari TuneProtect semasa korang beli tiket AirAsia.  Tapi korang check betul-betul coverage masa korang kat ground nanti.

5. CHUBB TRAVEL INSURAN

6. ACE
   
7. CITIBANK smarttraveller 

8. ALLIANZ Travelcare 

9. TOKIOMARINE


Aku rasa ni sebahagian sahaja yang aku masukkan.. ada banyak lagi.  Korang google memang ada banyak untuk buat pilihan.  Untuk aku, aku utamakan coverage untuk hospitalization berbanding yang lain.  Aku pilih insurance mana yang boleh cover yang terbaik dengan bajet yang rendah. Untuk korang, korang kena pilih kriteria apa yang korang nak.  Tepuk dada tanya selera sebab pilihan sangat banyak dan luas.

Tips tepi
*   Pastikan korang pilih region yang korang akan travel dengan betul.  contonnya kalau korang nak ke Australia, janganlah tersilap pilih untuk beli region South Africa.  Silap pilih tak laku polisi korang.  
** Jangan lupa print dan bawak polisi insurans semasa travel.  Paling busuk printscreen polisi dan simpan dalam phone korang.  Kenapa kena bawak?  Sebabnya di situ ada contact number syarikat insuran dan juga no polisi korang jika ada kes emergency.



2. Etika

Ok.. ni aku rasa korang tahu apa maksud dia.  Etika kalau ikut DBP ialah prinsip moral atau nilai-nilai akhlak (adat sopan santun dsb) yg menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan manusia.  


Since topik etika ni agak panas, aku tak mau memanjangkan cerita dengan contoh-contoh yang boleh buat orang terasa.  Kita dah cukup dewasa dan sepatutnya dah tahu yang mana betul yang mana salah.  Apa yang kita was-was atau takut nak buat itulah yang tak betul biasanya.  

Contohnya, macam masa kat boarding school dulu, aku selalu takut-takut tapi masih menyorok dalam locker untuk ponteng PREP (kelas study).. aku takut-takut sebab aku tahu aku buat salah.  Aku takut sebab aku tahu aku tak beretika masa tu.  Cuba kata warden mengalakkan student sembunyi dalam locker masa orang PREP, mesti aku tak ada perasaan takut masa menyorok sebab dalam kes ni menyorok adalah perbuatan beretika.  Haha.  Contoh aje.  

Jadi kita faham2 sendirilah apa yang perlu di perbaiki.  Kalau sebelum ni kita pernah amalkan illegal hotel room sharing, maybe in future kita boleh beransur-ansur hapuskan amalan tu.

 
Ok.. Kenapa perlu beretika bila travel?
1.  Kita membawa nama agama. Kita adalah duta pada agama kita.  So jagalah.  
2.  Kita membawa nama negara.  Buruk etika kita, buruklah nama negara
3.  Kita bawa nama ibu bapa atau surname kita
4.  Kita bawa nama kita sendiri. 
5.  Kita memegang satu panji-panji yang bernama kejujuran.  Peganglah dia sekemas-kemasnya.


Aku jumpa ni masa naik bas dari Munich ke Zurich.  Secara spontan darah naik ke 
muka sebab malu.  Aku malu sebab aku tahu instruction ni di tujukan kepada orang 
Malaysia.  Kalau korang perhatikan di bawah, ada tulisan di tujukan ke pada orang 
Mainland juga.  So, adakah level etika orang Malaysia sama dengan orang dari Mainland. 
 Apa perasaan korang? Perasaan aku memang ke laut masa tu. 



Ada lagi beberapa experince yang agak memalukan yang aku pernah dengar. Antaranya, sebuah hotel di Australia agak keberatan menerima orang Malaysia sebab orang Malaysia suka masak dalam hotel room dan meninggalkan bau yang busuk.  

Kadang-kadang etika yang baik yang kita belajar di luar negara elok kita istiqamahkan bila balik ke negara kita.  Lama kelamaan kita boleh ubah mungkin sorang dua orang sekeliling kita dan orang itu boleh lagi ubah sorang dua orang sekeliling dia.  Contohnya, buang sisa makanan ke dalam tong sampah bukan amalan orang Malaysia kalau makan di restauran Fast Food tapi amalan biasa di luar negara.  Aku belajar dari situ dan aku istiqamahkan di Malaysia.  Sekarang Baby SJ pun sudah mula buat benda yang sama.  Simple kan.  Pada masa yang sama kita dapat bantu makcik cleaner di restoran Fast Food berehat. 

Contoh lain, berdisiplin dalam membuang sampah.  Di Tokyo contohnya, nak cari tong sampah memang sangat susah.  Aku cuma jumpa sekali dua.  Tapi walaupun tong sampah tak di sediakan, bandaraya Tokyo sangat bersih sebabnya rakyat Jepun bawa balik sampah ke rumah untuk di asingkan dan dibuang  Alangkah indahnya negara kita kalau semua orang macam tu.   Tak ada apa yang mustahil.  So jom kita start dari sekarang dan cuba ubah sorang dua orang di sekeliling kita.  Anyway, kita travel untuk belajar dan mengajar kan..


Till next time.  TQ






Sunday, April 3, 2016

Post mencelah



Kalau ada yang perasan, post aku sangat slow lately.  Aku pernah bagitau aku sekarang tengah buat satu project dan sebab itulah ada sedikit kesempitan masa.  

Beginilah ceritanya lebih kurang

Aku suka describe diri aku dengan 3 perkataan - Travel, Kucing & Kamera, so project aku & Encik D kali ni berkaitan dengan ketiga-tiga perkataan di atas.  Kami cuba untuk combine ketiga-tiga untuk perniagaan kami.  Maka dengan itu, tertubuhlah Urban Cats Centre sejak November 2015 & alhamdullilah pada 1 April 2016 aku & Encik D selamat merasmikan pernigaan kami selepas berbulan-bulan berhempas pulas menyiapkan segalanya.  

Apa kaitan kucing dengan travel?   Service yang kitaorang offer ialah Hotel Kucing untuk mereka-mereka yang nak nak travel dan mencari-cari hotel kucing yang sesuai dan cat sitter yang boleh percayai.  Aku sendiri pemilik kucing dan aku meletakkan diri aku di tempat traveler lain.  As simple as that. Travel dengan Kamera memang tak dapat di pisahkan tapi apa pulak kaitannya Kucing & Kamera?  Haha.. kitaorang suka ambik gambar termasuklah gambar kucing & plannya satu hari nak offer service cat photography.. berminat? 

Makanya, di kesempatan ni aku nak jemput korang datang ke kedai aku.  Tak payah nak tunggu minat kucing untuk datang. Minat travel pun dah cukup.  Boleh sembang-sembang pasal travel.  Boleh kenal-kenal.  Ada reader kata aku mistik, so inilah masanya nak kenal betul ke aku ni mistik.




Play & Cuddle area


Para VVIC

Cat rooms

Section produk kucing



Detail kedai & Operating Hours


TUE - SAT, 10:30–19:30
SUN, 10:30–15:00
MON by appointment only
PUBLIC HOLIDAY, open on selected holiday; 10.30 - 14:00.


Address:   
URBAN CATS CENTRE
1-39, Jalan Puteri 4/6
Bandar Puteri
47100 Puchong
(150m dari Station LRT Bandar Puteri; Ampang - Putra Height line) atau waze/google map Urban Cats Centre)

website:urbancatscentre.com
ig: urbancatscentre
fb:  urban cats centre

Aku harap sangat ada antara korang yang sudi datang..  Kalau datang, satu je aku nak mintak tolong.. tolong kenalkan diri korang pada aku yang korang baca post aku.  Aku mmg teringin nak kenal kawan2 travel dan bagi aku itu satu penghormatan jika ada rakan travel sudi datang ke kedai kitaorang








Friday, January 1, 2016

Tahun Baru. Diri Baru



Bismillahirahmanirahim..

Happy New Year pada kawan-kawan seangkatan. 

2015 meninggalkan banyak kenangan manis buat aku.  Berjaya kembali ke Europe antara yang termanis.  First time menjejakkan kaki ke Korea juga kenangan yang agak manis.  Rasa aku semua orang ada kenangan manis masing-masing.  Bestkan bila dapat hilangkan life stress bila travel.  AKu bersyukur walaupun aku tak pernah dapat travel cara mewah tapi aku masih mampu dapat kenal bumi orang dengan cara aku.

2015 juga meninggalkan secalit kenangan tak berapa manis pada aku.  Aku kehilangan kerja yang aku sangat sayang dan taburkan hampir seluruh jiwa selama hampir 10 tahun.   Kemelesetan ekonomi memberi kesan yang besar pada company aku so here I am.. rebah di awalnya tapi bangkit untuk berjalan balik.  Allah menjanjikan yang lebih baik. 

Pada kawan-kawan, semoga 2016 menjanjikan sesuatu yang lebih baik untuk kita.  Semoga 2016 menjanjikan semangat dan jiwa yang kuat pada semua.  Semoga kita semua mampu meneroka dunia yang kita hajatkan.  

Juga terima kasih sudi berkawan secara online dengan aku.  Terima kasih sudi baca tulisan caca-merba aku.



4 tahun lepas.. 01-01-2012.  Lokasi yang aku paling rindu and 
mimpi untuk balik ke sana satu hari





Friday, October 2, 2015

Jobless and me


 
 So, I'm officially jobless.  Since yesterday.  First time in 17 years, I suddenly lost source of income.

Apa aku patut buat sementara land new job?  Travel walaupun duit cuma sekangkang kera?  I wish I have a gut to spend my last penny.  All these years aku struggle untuk dapat cuti and now suddenly I have so much time.  Haruskah menongkah arus?  Haruskah aku menolak kebimbangan tentang kelangsungan hidup aku yang berkeluarga?  Apa kata aku tak berjaya dapat kerja dalam tempoh yang aku aim? 

Kalau korang jadi aku apa korang buat?

Persoalan kedua.. sekiranya aku tak berjaya dapat kerja selepas ni, apa yang kerja yang aku perlu buat.  Pilihan yang aku ada

1.  Niaga barangan travel secara online
2.  Niaga barangan kosmetik kpop (aku sediri tak pakai make up)
3.  Buka Cat Cafe
4.  Buka taska


atau

1.  Mancari peluang untuk jadi personal tour guide
2.  Mencari peluang untuk ambik upah sebagai penulis iternary
3.  Mencari peluang untuk jadi travel organizer


atau

Cuba approach goverment body untuk misi solo cycling di negara pilihan di summer akan datang? Trip yang aku sedang rancak merancang tapi tarikh perlaksanaannya masih kabur.  Semuanya bergantung kepada fund dan juga kesediaan dari segi mental (termasuk meninggalkan Baby SJ dalam masa yang agak lama) dan fizikal.  Plannya, aku mahu membuat sedikit pertukaran dengan diaorang, aku promote Malaysia dan diaorang sponsor sebahagian dari expenses aku.  Budget 1 1/2 - 2 bulan.  Aku tahu bukan senang tapi jika aku tak cuba, sampai bila aku tak tahu.  Kata arwah abah aku, jangan mengalah sebelum cuba.

So, jika ada sesiapa yang tahu cara dan gaya untuk approach Malaysia Tourism body, boleh tolong share? Aku tahu korang lebih berpengalaman berbanding aku so aku harap ada pembaca yang sudi berkongsi pengalaman.

Terimalah kasih dari seorang penganggur :)



Sunday, June 7, 2015

Tributes to 05/06/2015 Mount Kinabalu climbers


It's has been 3 days since the 5.9 magnitude earthquake in Ranau, Sabah.  So far, 19 Mt Kinabalu climbers lost their lives, almost 100 injured and some are still missing.

We, as traveler might be one of them.  Our family might be the one who is mourning now.  My deepest condolence to the family of the deceased.  Although I do not know any of the climbers, my heart aches.

Special thanks to unsung heroes especially guides who who gave all their life to save the climbers. 



Wednesday, April 15, 2015

Update & Invitation



Aku ada 2 benda nak update. 


Pertama

Budakkampung akan bertambah ahli.  Seorang kawan aku baru bersetuju untuk menyumbangkan kisah travel dia selepas berbulan-bulan di pujuk.  Makanya ini menjadikan kitaorang kepada tiga sekarang; PCK atau Pakcik (terbaru), CK (dah lama menyumbang secara paksa rela) dan aku sendiri (PK).

Aku sangat teruja dengan tambahan ahli baru sebab ada masanya aku sejuk dari menulis- tak ada idea, kekurangan masa sebab kena tolong baby SJ buat homework dan lately ada beberapa kematian dalam ahli keluarga, makanya kehadiran ahli baru harapnya akan dapat mengisi kekosongan di atas. 

Sedikit bibliography Pakcik.  Dia adalah kawan rapat aku masa study dulu.  Kawan jatuh bangun selama lebih 15 tahun.  Itu belum sebut lagi sejarah kami merempit.  Seorang yang kelakar tapi ramai yang tak tahu yang sebenarnya di dalam hatinya ada sebuah taman yang berwarna warni.  Aku harap korang akan enjoy dengan kehadiran author ketiga Budakkampung dan hendaklah bersabar menunggu post pertama dia.   Katanya dia tak pandai nak login blogspot.  Sedikit berbau ikan ye tak :).  Yang pastinya cerita dia akan meriah sebab dia akan bercamping di Europe bulan May akan datang dan katanya lagi dia sebenarnya nak pasang khemahpun tak pandai.  Heheh.

**** Bagi yang tertanya-tanya siapa PK dan siapa CK, maybe boleh refer post Mukadimah


Kedua

Instagram.  Kitaorang decide nak cuba nasib dengan buka account instagram untuk Budakkampung.   Sebagaimana tak konfidennya aku semasa nak start travel blog ni, sebegitulah tak konfidennya aku nak buka account instagram.  Tapi kalau tak cuba kita tak tahukan.  So aku nak jemput (macam mak-mak nak jemput jiran tetangga datang majlis tahlil pulak) korang lawat account instagram Budakkampung.  Instagram ini juga akan di rasmikan secara realtime lagi 2 hari.  Aku akan cuba update secara realtime untuk future trip aku.   

https://instagram.com/bilabudakkampungtravel/ 


Sekian.  Terima kasih.

Thursday, February 12, 2015

Backpacker kah aku?


Menurut wikipedia, maksud sebenar backpacker adalah:

Backpacking is a form of low-cost, independent international travel. It includes the use of a backpack that is easily carried for long distances or long periods of time; the use of public transport; inexpensive lodging such as youth hostels; a longer duration of the trip when compared with conventional vacations; and an interest in meeting the locals as well as seeing the sights. It is typically associated with young adults who generally have fewer obligations and thus more time to travel.

Backpackers typically are price-conscious but due to the length of time they spend in particular countries many services and the economy as a whole benefit. Backpacking may include wilderness adventures, local travel and travel to nearby counties while working from the country in which they are based.




Backpacking is another world. A world of no schedules, new friends every day, freedom, festivals, love, fun, extreme adventures and doing whatever the hell takes your fancy that day. But even if you start your backpacking adventure as a normal person, as the weeks turn to months I can guarantee you’ll start to become… A REAL BACKPACKER. You’ll feel it happening as you tick off more of this list (sumber blog.hostelbookers.com)



How did you score?
Score 1-5? You’re just on a little holiday, awww hope you’re having fun!

6-11? I think I can smell you from here, I bet you left home about six weeks ago right?

12-16? Definitely approaching Real Backpackers status, but you’re just a little too generous with the £$€ and if you haven’t bungee jumped, go do it now!

17-21? I am so PROUD! Well done my little backpacking cherub. You are a Real Backpacker with dreads, bracelets, friends from around the world and no care for a life without travelling. Applaud yourself, and get a tattoo to mark this momentous occasion.


How did I scored?  Ish.. malu nak cakap markah aku


Cerita aku

Korang backpacker ke? Aku mengaku aku belum layak masuk dalam group backpacker.  Kalau layak memanglah nak sebab kata forumers, kau cool kalau kau dah jadi backpacker. 

Aku panggil diri aku traveller.    Aku juga bukan tourist sebab cubaan pertama sebagai tourist macam tak masuk dengan jiwa dan poket comot aku. 

Macam-macam pendapat yang aku pernah dengar pasal title backpacker.  Ada yang masuk akal, ada jugak yang tak masuk akal.  Ada satu online discussion (among Malaysian) yang katanya kau tak layak di panggil backpacker sehinggalah kau ke Krabi.  Huh, ada gitu.  Kalau gitu aku memang gagal lah sebab aku memang belum sampai ke Krabi.

Kisahnya aku baru beli backpack baru December lepas sebagai preparation untuk trip ke Bangkok yang lepas dan paling penting untuk coming trip April depan.  Itu sebab aku terpikir pasal status backpacker.  Backpack sudah ada, rasa teringin nak cuba travel style backpacker sejati.  Bukan tak pernah cuba sebelum ni tapi rasanya kalau ambik test mesti pegawai peperiksaan bagi aku markah gagal.  Banyak syarat aku gagal. 

Backpack pertama aku beli kira-kira 10 tahun lepas sebab begitu teringin nak berbackpack. Siapa tak nak jadi cool kan. Dulu masa aku beli Deuter 40+10L comfort,  hati cukup berbunga-bunga.  Masa tu baru graduate, duit sangat ciput dan beli  bag yang kos dia 1/3 gaji aku memanglah satu benda yang sangat besar. Dengan backpack Deuter itulah aku berjaya ke Taman Negara, Tioman dan Perhentian.  Dengan bag dueter itulah juga aku duduk di penginapan yang berbagai jenis, dari khemah hinggalah bilik store mahupun budget hotel.  Macam dah layak di panggil backpacker kan.  Tapi belum cukup.  Kalau ikut wikipedia  aku masih gagal dalam banyak sudut.  Itu belum cakap pasal trip-trip selepas tu yang tak guna pengangkutan awam dan baju cuma di isi di dalam beg plastik dan sekali-sekali merewardkan diri untuk tidur di hotel 4 bintang.  

 

Aku buat analisis sikit hujung minggu lepas.  10 sebab kenapa aku gagal.  Antaranya

Point 1
Backpacking is an extremely social experience.  Backpackers stay in cheap hostels which are full of other travelers.  Once you've made some friends you get to hang around with them until you or they move on to the next destination. Sometimes this is for a few days, sometimes it's a few weeks. At other times you'll travel with them for a while. Your social relationships tend to be shorter, but more intense, compared to back home. Once you arrive at the next location the process starts over again. (sumber succeedsocially.com)

Aku wish aku ni peramah dan ada social skill yang bagus.  But I don't.  Cukup-cukup makan aje.  Enough untuk bertegur sapa dan start light conversation tapi tak cukup untuk hang around dan berparti dengan kawan baru.  


Backpacker test: Moderately GAGAL


Point 2
Try not to fill your pack with too much junk (sumber   succeedsocially.com)  and A loaded backpack should weight no more than 25% of a person's weight (sumber wikipedia)

Masa bujang selalunya walaupun travel dengan backpack, aku masih ada bawak berbagai mak nenek sampingan.  Aku memang jenis tak pandai nak bawak 2,3 helai baju untuk pakai berkali-kali sepanjang seminggu atau 4,5 helai untuk 2 minggu.  Walaupun aku tahu boleh di cuci tapi ada suara-suara jahat dalam hati menyuruh aku bawak lebih sikit.  Manalah tahu tak sempat cuci.  Manalah tahu tak sempat kering.  Manalah tahu tak bersih nanti.  Yang lebih sikit akhirnya jadi lebih banyak.  Yang sepatutnya ngam-ngam akhirnya jadi terlebih bila balik esok.  Saiko.

Bila dah bekeluarga, kitaorang ada juga bawak backpack semasa travel tapi banyaklah beg sampingannya.  Yang beroda dua, yang beroda 4.  Mananya tidak, suara-suara jahat macam kan nanti bila sampai destinasi tak sempat nak beli pampers.  Itu belum lagi bab baby formula yang berpack-pack.  Manalah cukup satu backpack 50L aku nak isi 3 orang punya keperluan.

Backpacker test:  GAGAL


Point 3
Backpackers want to experience the "real" destination rather than the packaged version often associated with mass tourism, which has led to the assertion that backpackers are anti-tourist (sumber wikipedia)

Aku biasanya ke satu-satu tempat mesti tuju ke tourism area sebab bagi aku itulah real destination dan real purpose kenapa aku pergi.  Skip Tanah Lot jika ke Bali?  Atau skip Paris kalau ke France kerana Paris hanya untuk tourist?  Tempat yang popular biasanya ada sebab dia sendiri kenapa dia popular.  Aku tak akan skip Tanah Lot kalau aku ke Bali buat kali pertama.

Backpacker test:  GAGAL


Point 4
Backpackers usually think that they are about as “local” as you can get without actually being local (Sumber  www.dangerous-business.com)

Aku biasanya  try travel like local atau sekurang-kurang menanya diri aku kalau aku orang local apa yang aku akan buat untuk jimat expenses.  Aku makan kat tempat-tempat less tourist (kes nak jimat pun ada).  Aku suka market dan walaupun tak beli aku suka pergi market untuk tengok local lifestyle. Aku bukan kaki shopping & jarang sekali shopping like a rich tourist.  

Backpacker test:  Mungkin aku lulus


 Point 5 
 Backpacking is perceived as being more than a holiday, but a means of education (sumber wikipedia)

Aku rasa travelling itself is an education.  Aku belajar dari setiap trip.  Belajar tentang kehidupan dan belajar bersyukur dengan rahmat Allah. 

Backpacker test:  Mungkin aku lulus


Point 6  
Backpackers are searching for experiences (Sumber dangerous-business.com) 

Betul, aku mencari experience setiap kali aku travel tapi sejujurnya aku belum lagi sampai ke tahap maksimum.  Aku belum pernah hitch hike.  Aku belum pernah couchsurfing. Aku belum pernah hiking dan camping di negara luar.  Aku teringin nak buat itu semua.  Mungkin satu hari aku akan buat dan mungkin juga aku tak akan berjaya buat sampai bila-bila.    

Backpacker test:  Mungkin aku gagal

 
Point 7  
Backpack flag. 

Praktis kebiasaan backpacker.  Bukan kegemaran aku tapi aku hormat pada sesiapa yang decide nak pamirkan sticker flag negara yang dia dah pergi.  Masing-masing punya cara tapi aku kurang minat.

Backpacker test:  Gagal 


Point 8  
Spontaneous in making plan

Praktis kebiasaan backpacker.  Aku terbalik.  Aku suka plan sebab aku tahu tak ada masa yang banyak seperti backpacker.  Aku tulis segala-gala sebelum pergi dan jarang sekali pergi tanpa bekal iternaries. The worst plan masa  trip ke London tanpa iternary yang tetap tapi aku dah list siap-siap attractions dan decide masa kat sana. Selainnya, semua ada dalam iternaries, siap dengan back up plan kalau ada halangan untuk plan utama.

Backpacker test:  Gagal 


Point 9 
A longer duration of the trip when compared with conventional vacations (wikipedia)

Sebetulnya aku belum pernah berkesempatan nak travel lama.  Reason utama kekangan ekonomi dan cuti.  Paling lama aku travel 23 hari.  Kalau tanya aku apa yang aku menyesal dalam hidup, satunya adalah aku tak berbackpack selepas aku graduate.  Itu sepatutnya yang aku buat sebelum menjejakkan kaki ke alam pekerjaan tapi mungkin sebab kurang pendedahan aku tak terfikir.  Idak kalu, boleh lah travel lama sikit & buat part time bila duit habis (aku kerja part time semasa belajar untuk tampung kos sara hidup di KL makanya adalah sikit-sikit duit dalam tangan).  Maklumlah aku ni orang kampung.  Dunia aku selain dari sekolah dan universiti, cumalah kampung aku.  Aku pulak dari dari keluarga yang tak pandang travel sebagai keperluan, makanya aku tak ter motivate.  Aku patut simpan duit yang dari gaji kerja part time untuk travel dan hitch hike.  


Point 10 
Backpacker tend to be younger (www.dangerous-business.com)

Haha.  Sebab kecuaian di point 9, aku sekarang dah terlambat nak penuhi Point 10.  Tapi on the positive side, aku decide nak tak setuju dengan point ni sebab.. aku plan nak berbackpack bila aku retire esok-esok.  Harap-harap masih kuatlah nak galas backpack yang mengandungi 25% berat isi compare dengan berat badan aku.  Aku pernah suarakan isi hati pada Encik D pasal ni.  Encik D memandang aku cukup sinis :). 

 Kata aku: Jangan mengalah sebelum tiba masanya.  Itu pesan arwah abah aku


 Sumber www.maion.com

 

Tuesday, December 30, 2014

QZ8501



I'm greatly saddened by the demised of Air Asia QZ8501 passengers and crews.

Deep condolences to the families and friends of those on board.



Sunday, September 28, 2014

Travel Family vs Travel Bujang. Dari mata PK



PK menulis

Semasa single.  Aku banyak travel dengan CK.  Agaknya memang dengan dia ajelah aku travel banyak kali.  Konsep aku dengan dia sangat simple.  Kitaorang tak pernah on-spot split expenses.  Kitaorang gilir-gilir bayar.  Untuk bayaran yang besar macam hotel atau flight, kebiasaanya seorang akan bayar dahulu dan kemudiaanya seorang lagi akan bayar cash kemudiannya. Tapi aku tak kondem kalau ada orang yang pilih untuk pilih untuk book flight dan hotel asing-asing.  Masing-masing punya keselesaan.  Yang penting mana setiap orang selesa.

* Bagi yang nak brief introduction siapa PK dan siapa CK boleh refer entry aku yang mula-mula.  Klik SINI

So, untuk aku itu salah satu kriteria yang penting.  Untuk itu aku kena make sure travel partner aku sama peel. Aku pernah try dengan beberapa kawan lain tapi tak berapa serasi.  

Then status SINGULAR jadi PLURAL dan aku start travel berdua kemudiannya bertiga.  Ok kah atau leceh kah?  Terus terang travel masa single memang sempoi sebab tunggang terbalik pun kira ok.  Habis duit atau terkandas pun kira ok sebab kurang-kurangnya kita sorang je yang lapar. 

Sejujurnya, aku hadapi masalah nak sesuaikan diri yang agak kronik lepas bertukar status PLURAL  tapi aku built perasaan suka tu secara perlahan-lahan.   Take years sebenarnya untuk aku dapat terima keadaan dan situasi baru. Sebelum tu dah samapai ke tahap masuk bilik air, hantuk-hantuk kepala kat dinding, keluar dan buat-buat macam tak ada apa.  Haha.  

Tapi itulah marriage, semuanya datang satu bakul. Ada yang best dan ada juga yang kurang best.  Setiap orang pun ada kelemahan.  Aku pun ada.  Aku kemudiannya start tengok things dari sudut positive seperti Encik D sentiasa beri aku kebebasan memilih lokasi holiday.  Setakat ni 100% pilihan aku.  Kalau ada kucar kacir masa holiday pun Encik D tak salahkan aku.  Itulah bestnya berPLURAL dengan orang yang tak banyak angin.  Itu belum masuk hal dia yang uruskan packing barang, dia yang jadi porter dan dia juga yang jadi driver.  

Sekarang kitaorang bertiga.  Baby SJ dah di latih travel dari umur 3 bulan dan aku yang tak berdosa ni berjaya buat dia ketagih.  Kali pertama travel keluar negara masa dia umur 9 bulan dan terakhir tengah tahun ni.    

Kali pertama keluar negara dia menghadapi winter dengan suhu mencecah -16 degree.  Aku sesungguhnya kesian tengok anak aku menggelupas kulit muka tapi one thing aku belajar, kanak-kanak lagi cepat adapt diri berbanding kita yang tua ni.  Semasa belajar bertatih dia belajar semasa kami main snow dan jatuh tenggelam di dalam snow dengan jayanya.  Encik D lebih protective berbanding aku.  Pantang anak jatuh dia akan berlari mengangkat tapi aku biarkan aje. 

Cabaran paling besar bila travel masa winter ialah nak pakaikan anak dengan baju sekurang-kurangnya 4 lapis.  Belum lagi bila nak pakai glove.  Untuk pengetahuan semua tahap kelasakan baby SJ agak maksimum jugaklah.  Sangat mencabar.  Percayalah.  

Kali kedua aku travel dengan anak masa autumn.  Suhu kurang sejuk, sekitar 10-12 degree.  Aku rasa by this time baby SJ dah mula ketagih travel dan dia dah boleh tolerate dengan perkara-perkara yang tak selesa.  Tahap tak selesa agak tinggi sebenarnya, bayangkan korang kena ikat di stroller lebih dari 6 jam berturut setiap hari selama 1 - 2 minggu. Jangan bayangkan stroller yang fancy.  Stroller yang aku guna bila travel oversea adalah stroller payung iaitu stroller yang paling simple yang aku beli dari kedai second hand.  Cuma ada kain keras untuk alas tempat duduk (no sponge ye). 

Kenapa aku kejam?  Bukan kejam tapi itu stroller paling handy dan di sesetengah negara, public facility nya tak mesra pengguna. Ada negara untuk masuk ke laluan subway terpaksa sorang mengangkat stroller (yang ada anak di dalamnya) melepasi laluan mesin tiket dan seorang parent lagi menunggu di seberang mesin tiket.  Laluan juga sangat kecik dan korang pasti tak mahu mengejutkan anak yang sedang tidur sebab terpaksa melipat stroller.  So sebaiknya adalah bawak stoller yang simple dan tak lebar.

Be prepared untuk semua cabaran-cabaran ni.  Itu belum lagi masuk kena bawak susu, pampers dalam beg dan bila nak kena buat susu rupanya air dalam flask dah sejuk macam air dalam peti sejuk. Masa tu anak dah merengek-rengek nak susu dan kat tempat orang bukannya ada kedai makan yang kita boleh mintak air panas sesuka hati. 

Ada satu lagi separate kes, masa tu suhu sekitar dalam 6-8 degree dan kami di timpa hujan masa cari hotel yang sepatutnya kami check in.  Selimut yang aku bawak untuk selimutkan baby SJ dah basah kuyup tapi baby SJ tersengih-sengih walaupun bibir dah biru.  Setengah jam lebih jugaklah baru kami terjumpa hotel dan aku terus mandikan dia dengan air panas.  Air mata aku menitik jugaklah sebab tengok jati diri anak aku (masa tu umur dia baru dalam 1 tahun 10 bulan). 

Kesimpulannya, travel dengan anak kecil kadang-kandang mencabar tetapi rewarding jugak kiranya.  Hubungan kitaorang semakin rapat dan tahap social anak aku jugak improve banyak bila dia start ikut aku travel.  Baby SJ selalu dapat perhatian terutama dari elderly.  Selalu ada je orang datang menegur dia dan itu buat dia lebih confident untuk bersosial.  Sebelum tu adik beradik aku gelar baby SJ budak masam sebab dia agak reserved dengan orang lain kecuali aku & Encik D.  Moralnya travel is a good way to invest on your child social skills.  Sambil-sambil tu mak pak boleh berjimba. Hehe

Penutupnya, dengan izin Allah CK & aku plan backpacking tahun depan.  Another single trip after 8 years.  Sepatutnya pergi summer 2014 tapi sebab ada kekangan kewangan so kitaorang decide untuk tangguh ke tahun depan.  Insyaallah Encik D akan izinkan aku bawak baby SJ sekali.  Aku cuma harap dia tak nangis rindukan pak dia sebab diaorang  tak pernah terpisah.  Yang pastinya aku rasa sekali sekala aku perlu bebas.