Showing posts with label Australia - Adelaide - Exploring Valleys. Show all posts
Showing posts with label Australia - Adelaide - Exploring Valleys. Show all posts

Sunday, September 7, 2014

Adelaide 2013 - Barossa Valley --> city

Untuk entry hari yang sebelum ni, klik sini



HARI KE 13 (29.12.2013)

Hari ni kami check out dari Barossa Valley.  Kami check out pukul 11 dan beransur tinggalkan Barossa.  Instead guna highway, aku  mintak Encik D guna trunk road, Gomersal Rd. Keputusan yang tepat.


 
 

 Sajian untuk hari ni.  










Sajian terakhir dari Barossa.

Sampai balik di city dalam pukul 3.  Lepas check in untuk kali kedua di Ambassador hotel, baru kami lunch.  Aku dah panaskan siap-siap packet food sebelum check out kat Barossa tadi.  Siap dengan buat telur rebus.  Berehat sejam dua, then dalam pukul 5 kitaorang keluar.  Kitaorang ambik tram (atas permintaan baby SJ) ke arah Glenelg.  Stop kat last tram stop yang xperlu bayar tiket.  Aku ternampak ada garden sebelah tram station.  Aku ajak Encik D pergi.  Memang tak rugi.  Cantik gile park ni, bunga beratus-ratus.  Nama taman ni Veale Garden.



Kitaorang kemudian bergegas ambik train balik ke area hotel dan dari situ drive ke Pantai South Glenelg.  Kami jumpa satu pantai lain, North Glenelg.  Nice beach, orang pun tak seramai South Glenelg.

 North Glenelg beach

Encik kemudian ajak aku pergi South Glenelg beach untuk tengok sunset, so kitaorang bergegas.  South Glenelg bukannya jauh, boleh nampak pun dari North Glenelg tapi nak mencari parkingnya memang teruk.  Hampir setengah jam berlegar baru dapat parking, maybe sebab hari ahad.  Itupun jauh sikit. 




Menjelang sunset di South Glenelg beach.  
Sunset betul-betul tak ada sebab hari ni mendung. 

Sebelum balik baby SJ request nak makan aiskrim & kami sempat tapau Nando's untuk makan di hotel.  Malam tu kami kemudiannya serahkan balik kereta kepada penyewa.

Bagi aku hari ni cukup best.  Aku tak perlu lebih dari ni untuk birthday aku. 

Saturday, September 6, 2014

Adelaide 2013 - Barossa Valley day2

Aku harap aku tak membosankan korang. Tolong bersabar untuk cerita-cerita lain. 

Entry hari sebelum ni klik sini



HARI KE 12 (28.12.2013)

Hari kedua di Barossa adalah hari yang sangat pack.  Lepas breakfast kitaorang keluar.   Breakfast aku masak nasi goreng dan makan roti.  Bawak bekal nasi dengan lauk yang dah di tapau semalam.  Cuaca sikit panas, dalam 30 degree lebih.  Tapi aku missed Barossa farmer market sebab masa kitaorang sampai pasar dah tutup.  Pasar kat sini start awal pagi dan by 11 pagi dah tutup.  Dengan anak kecik tak senanglah nak berkejar.

Tanpa buang masa jom kita layan gambar sepanjang hari ni.


 sekitar Barossa

Jacob Creek Vineyard

Dari Barossa kitaorang bergerak ke Lyndoch. 30 minit drive dari Barossa .

 Lyndoch

Lyndoch Lavender farm

Kitaorang piknik di park di kawasan Lyndoch.  Kemudian ke Nariopta. Pekan kecik dalam jajahan Barossa. 

Bangunan-bangunan yang cantik ni adalah vineyards yang 
kitaorang jumpa dalam perjalanan.


Mengler Hill lookout, Nariopta, Barossa


Sajian untuk hari ni

By the time iternary untuk hari ni tamat, aku dah penat.  Kami berenti rehat di playground dan singgah beli sikit barang di hypermarket sebelum berangkat balik.

Kitaorang sempat enjoy sunset di belakang rumah hari ni. Puas hati :)


Adelaide 2013 - Barossa Valley day1



HARI KE 11 (27.12.2013)

Kami bertolak ke Barossa Valley hari ni.  Barrossa Valley ni terkenal sebagai Wine region.  Mungkin yang tertanya, kenapa nak pergi ke wine region?  Kitaorang pergi bukan sebab wine tapi sebab Barossa valley ni antara tempat yang tercantik di Adelaide.   

On the way, singgah ke satu pekan kecik, Gawler untuk cari tourist information counter dan juga beli sim card sebab tetiba GPS tak berfungsi.  Lagipun dah 2 hari kitaorang tak ada line internet.  Simpack untuk kegunaan seminggu kosnya AUD30.  Pejam matalah walaupun lagi 4 hari dah nak balik.  Kitaorang jugak piknik kat sini.  Sebelum bertolak tadi, kitaorang sempat tapau lauk pauk dari The Swingging Bowl untuk stok 4 kali makan.  

 Gawler

Kitaorang bertolak ke Barossa dari Gawler dah lewat sikit.  Rumah yang kitaorang sewa letak antara Gawler dengan Barossa.  Kitaorang tersesat sebab Simcard masih dalam activation process, dan GPS masih tak mau jalan.  Aku terpaksa buat SOS call kat tuan rumah & dia datang jemput.  Rupanya aku miss rumah tu dan tempat yang kitaorang tunggu tuan rumah tu tak sampai 1 km pun dari rumah.  Paling best kalau sewa rumah dari airbnb ialah korang tak payah risau tuan rumah asyik spot check.  Kebanyakannya aku cuma jumpa masa nak ambik kunci.  Ada yang tak jumpa langsung.  Tapi kalau ada problem, call aje, insyallah bantuan tiba.

Macam aku update dalam entry 1st, umah ni memang best.  Dari luar nampak macam tempat simpan baja tapi kat dalam awesome.  Siap dengan toiletries wangi-wangi macam kat hotel.  Letak dalam ladang anggur.  Aku tidur sambil senyum malam tu.

  exactly depan rumah.. bayangkan kalau dah masak.

Rehat sekejap kita orang keluar explore Barossa.  Mari layan gambar

 Awal-awal dah jumpa ni.  Kalau yang macam ni maknanya baru 
di tuai dan ready untuk di jual. Macam orang mengantuk di sorong bantal.

lagi ladang anggur.  Seppeltfield.


Jumpa ni, old steam train masa berlegar-legar di pekan Barossa.


 Then kitaorang balik sebab hari pun makin gelap.  Masa on the way balik (lalu highway), kena tahan polis sebab anak aku tak mahu duduk dalam baby seat.  Kebetulanlah pulak, selama ni kat Malaysia ok je dia dengan baby seat.  Nasib baiklah jugak dapat lepas.  Kalau tak, kena saman AUD240.  Banyak gile.  Lepas polis tu slow talk dengan anak aku, sampai ke hari ni dia takdak masalah lagi nak duduk dalam baby seat.  Berkesan sungguh pasukan seragam dengan budak-budak.

Sampai kat rumah, matahari baru je terbenam.. melepas untuk tengok sunset yang kitaorang aim.