Saturday, September 6, 2014

Adelaide 2013 - Barossa Valley day1



HARI KE 11 (27.12.2013)

Kami bertolak ke Barossa Valley hari ni.  Barrossa Valley ni terkenal sebagai Wine region.  Mungkin yang tertanya, kenapa nak pergi ke wine region?  Kitaorang pergi bukan sebab wine tapi sebab Barossa valley ni antara tempat yang tercantik di Adelaide.   

On the way, singgah ke satu pekan kecik, Gawler untuk cari tourist information counter dan juga beli sim card sebab tetiba GPS tak berfungsi.  Lagipun dah 2 hari kitaorang tak ada line internet.  Simpack untuk kegunaan seminggu kosnya AUD30.  Pejam matalah walaupun lagi 4 hari dah nak balik.  Kitaorang jugak piknik kat sini.  Sebelum bertolak tadi, kitaorang sempat tapau lauk pauk dari The Swingging Bowl untuk stok 4 kali makan.  

 Gawler

Kitaorang bertolak ke Barossa dari Gawler dah lewat sikit.  Rumah yang kitaorang sewa letak antara Gawler dengan Barossa.  Kitaorang tersesat sebab Simcard masih dalam activation process, dan GPS masih tak mau jalan.  Aku terpaksa buat SOS call kat tuan rumah & dia datang jemput.  Rupanya aku miss rumah tu dan tempat yang kitaorang tunggu tuan rumah tu tak sampai 1 km pun dari rumah.  Paling best kalau sewa rumah dari airbnb ialah korang tak payah risau tuan rumah asyik spot check.  Kebanyakannya aku cuma jumpa masa nak ambik kunci.  Ada yang tak jumpa langsung.  Tapi kalau ada problem, call aje, insyallah bantuan tiba.

Macam aku update dalam entry 1st, umah ni memang best.  Dari luar nampak macam tempat simpan baja tapi kat dalam awesome.  Siap dengan toiletries wangi-wangi macam kat hotel.  Letak dalam ladang anggur.  Aku tidur sambil senyum malam tu.

  exactly depan rumah.. bayangkan kalau dah masak.

Rehat sekejap kita orang keluar explore Barossa.  Mari layan gambar

 Awal-awal dah jumpa ni.  Kalau yang macam ni maknanya baru 
di tuai dan ready untuk di jual. Macam orang mengantuk di sorong bantal.

lagi ladang anggur.  Seppeltfield.


Jumpa ni, old steam train masa berlegar-legar di pekan Barossa.


 Then kitaorang balik sebab hari pun makin gelap.  Masa on the way balik (lalu highway), kena tahan polis sebab anak aku tak mahu duduk dalam baby seat.  Kebetulanlah pulak, selama ni kat Malaysia ok je dia dengan baby seat.  Nasib baiklah jugak dapat lepas.  Kalau tak, kena saman AUD240.  Banyak gile.  Lepas polis tu slow talk dengan anak aku, sampai ke hari ni dia takdak masalah lagi nak duduk dalam baby seat.  Berkesan sungguh pasukan seragam dengan budak-budak.

Sampai kat rumah, matahari baru je terbenam.. melepas untuk tengok sunset yang kitaorang aim.

 

No comments:

Post a Comment