Sunday, September 28, 2014

Western Europe Capitals 2012 - Pengenalan


Aku menangguh-nangguh untuk start travellog overland Western Europe aku selama ni.  Sebabnya aku tahu aku akan stress nak perabis semuanya.  23 hari & 4 buah negara kesemuanya.  Tapi rasanya dah sampai masa aku start.

Okeh.. camana journey ni boleh start?  Sebenarnya this is the journey yang aku dah plan lama.  My lifetime dream.  Aku cuba mintak cuti berkali-kali tapi tak berjaya.  So hujung 2012, aku dengan muka tegas masuk ke bilik bos aku bagitau dia aku ada lebih 30 hari untuk di clear dan by hook or by crook dia kena bagi aku cuti sebab sudah setahun dia sekat cuti aku.  Dengan muka kelat dia ambik form cuti aku dan simpan kat meja dia.  

Esoknya aku pergi tanya dia lagi, dia kata dia belum fikir.  Lusanya aku pergi lagi.  Last-last selepas beberapa hari aku tak pernah gagal masuk bilik dia, dia pun sign leave form aku dengan muka yang penuh cekang.  Begitulah caranya journey aku start. Risikonya, faham-faham sendirilah.  Heheh.

Masa tu aku ada cuma sebulan lebih untuk prepare.  Tiket flight tengah sales tapi dah nak habis, maka aku bergelutlah buat calculation untuk berapa hari di perlukan untuk cover 4 capitals.  Aku berjaya beli dua hari sebelum sales habis.  Sejujurnya aku main redah aje.  Duit cukup tak pun aku takut nak pikir sangat.  Aku pun booked tiket KLM untuk Encik D, baby SJ dan aku.  

Encik D pun terpinga-pinga bila aku cakap tiket return tu jaraknya 23 hari sebab walaupun dia tahu yang kitaorang akan pergi Europe tapi dia tak jangka akan selama tu.  Yang dia tahu selama ni, kitaorang kena pergi sebelum December 21 sebab baby SJ akan celebrate hari jadi ke 2 pada hari tu dan maknanya dari tarikh tu kitaorang akan kena bayar tiket flight untuk dia.  Aku pilih tarikh perjalanan antara Nov 6, 2012 (KUL-AMS-CDG) hingga Nov 28, 2012 (AMS-KUL) sebab belum terlambat nak enjoy autumn masa tu.

Start dari situ aku mula buat iternary, beli tiket train dan dapatkan accomodation.  Kelebihan pergi musim yang bukan summer, accomodation tak susah nak dapat sebab set-set mat salih lebih prefer travel masa summer.  Agak extensive jugaklah research aku.  Mana nak cari yang murah, mana nak cari yang dekat dengan city centre sebab nak jimat transportation dan mana nak cari accomodation yang family friendly (dan semestinya ada mesin basuh).  Walaupun selama ni aku memang dah start tengok area of interest tapi buat iternary is another thing.  Nak susun aturkan mana yang dekat dengan mana. Berpeluh jugak.  

Hampir setiap malam aku tidur pukul 2 pagi siapkan iternary.  Aku banyak baca forum termasuk dari trip advisor.  Trust me, itu tool yang paling membantu.  Aku juga membaca buku-buku travel.  Malam minggu kadang-kadang tidur sejam dua aje nak siapkan semua.  Encik D seperti biasa, serahkan semua pada aku.  Itu yang aku suka tu, aku tak payah bertekak.

Bandaraya pertama yang akan kitaorang akan singgah adalah Paris, kemudian London, dituruti Brussels dan finally Amsterdam.

Kenapa aku pilih hujung tahun sedangkan masa tu sejuk?  Kalau korang ada baca entry aku pasal pemilihan musim dulu, musim favorite aku adalah autumn walaupun dia leceh. Yang belum baca dan berminat nak baca, boleh klik SINI.


Sedikit Overview trip aku

 Kuala Lumpur  KLIA ke Amsterdam schipol airport by KLM

 Amsterdam Schipol airport ke Paris CDG airport by KLM

 Paris ke London by Eurostar


London ke Brussels by Eurostar

Brussels ke Amsterdam by Intercity train


Please stay tune ok.  Aku akan cuba share bagaimana aku dapat travel secara bajet masa kat Europe. Maybe aku akan ambik masa berbulan-bulan nak siapkan semua cerita tapi insyaallah dengan izinNya aku akan siapkan jugak walaupun aku agak akan ada banyak iklan in between yang mana aku akan tulis some other light things.



Travel Family vs Travel Bujang. Dari mata PK



PK menulis

Semasa single.  Aku banyak travel dengan CK.  Agaknya memang dengan dia ajelah aku travel banyak kali.  Konsep aku dengan dia sangat simple.  Kitaorang tak pernah on-spot split expenses.  Kitaorang gilir-gilir bayar.  Untuk bayaran yang besar macam hotel atau flight, kebiasaanya seorang akan bayar dahulu dan kemudiaanya seorang lagi akan bayar cash kemudiannya. Tapi aku tak kondem kalau ada orang yang pilih untuk pilih untuk book flight dan hotel asing-asing.  Masing-masing punya keselesaan.  Yang penting mana setiap orang selesa.

* Bagi yang nak brief introduction siapa PK dan siapa CK boleh refer entry aku yang mula-mula.  Klik SINI

So, untuk aku itu salah satu kriteria yang penting.  Untuk itu aku kena make sure travel partner aku sama peel. Aku pernah try dengan beberapa kawan lain tapi tak berapa serasi.  

Then status SINGULAR jadi PLURAL dan aku start travel berdua kemudiannya bertiga.  Ok kah atau leceh kah?  Terus terang travel masa single memang sempoi sebab tunggang terbalik pun kira ok.  Habis duit atau terkandas pun kira ok sebab kurang-kurangnya kita sorang je yang lapar. 

Sejujurnya, aku hadapi masalah nak sesuaikan diri yang agak kronik lepas bertukar status PLURAL  tapi aku built perasaan suka tu secara perlahan-lahan.   Take years sebenarnya untuk aku dapat terima keadaan dan situasi baru. Sebelum tu dah samapai ke tahap masuk bilik air, hantuk-hantuk kepala kat dinding, keluar dan buat-buat macam tak ada apa.  Haha.  

Tapi itulah marriage, semuanya datang satu bakul. Ada yang best dan ada juga yang kurang best.  Setiap orang pun ada kelemahan.  Aku pun ada.  Aku kemudiannya start tengok things dari sudut positive seperti Encik D sentiasa beri aku kebebasan memilih lokasi holiday.  Setakat ni 100% pilihan aku.  Kalau ada kucar kacir masa holiday pun Encik D tak salahkan aku.  Itulah bestnya berPLURAL dengan orang yang tak banyak angin.  Itu belum masuk hal dia yang uruskan packing barang, dia yang jadi porter dan dia juga yang jadi driver.  

Sekarang kitaorang bertiga.  Baby SJ dah di latih travel dari umur 3 bulan dan aku yang tak berdosa ni berjaya buat dia ketagih.  Kali pertama travel keluar negara masa dia umur 9 bulan dan terakhir tengah tahun ni.    

Kali pertama keluar negara dia menghadapi winter dengan suhu mencecah -16 degree.  Aku sesungguhnya kesian tengok anak aku menggelupas kulit muka tapi one thing aku belajar, kanak-kanak lagi cepat adapt diri berbanding kita yang tua ni.  Semasa belajar bertatih dia belajar semasa kami main snow dan jatuh tenggelam di dalam snow dengan jayanya.  Encik D lebih protective berbanding aku.  Pantang anak jatuh dia akan berlari mengangkat tapi aku biarkan aje. 

Cabaran paling besar bila travel masa winter ialah nak pakaikan anak dengan baju sekurang-kurangnya 4 lapis.  Belum lagi bila nak pakai glove.  Untuk pengetahuan semua tahap kelasakan baby SJ agak maksimum jugaklah.  Sangat mencabar.  Percayalah.  

Kali kedua aku travel dengan anak masa autumn.  Suhu kurang sejuk, sekitar 10-12 degree.  Aku rasa by this time baby SJ dah mula ketagih travel dan dia dah boleh tolerate dengan perkara-perkara yang tak selesa.  Tahap tak selesa agak tinggi sebenarnya, bayangkan korang kena ikat di stroller lebih dari 6 jam berturut setiap hari selama 1 - 2 minggu. Jangan bayangkan stroller yang fancy.  Stroller yang aku guna bila travel oversea adalah stroller payung iaitu stroller yang paling simple yang aku beli dari kedai second hand.  Cuma ada kain keras untuk alas tempat duduk (no sponge ye). 

Kenapa aku kejam?  Bukan kejam tapi itu stroller paling handy dan di sesetengah negara, public facility nya tak mesra pengguna. Ada negara untuk masuk ke laluan subway terpaksa sorang mengangkat stroller (yang ada anak di dalamnya) melepasi laluan mesin tiket dan seorang parent lagi menunggu di seberang mesin tiket.  Laluan juga sangat kecik dan korang pasti tak mahu mengejutkan anak yang sedang tidur sebab terpaksa melipat stroller.  So sebaiknya adalah bawak stoller yang simple dan tak lebar.

Be prepared untuk semua cabaran-cabaran ni.  Itu belum lagi masuk kena bawak susu, pampers dalam beg dan bila nak kena buat susu rupanya air dalam flask dah sejuk macam air dalam peti sejuk. Masa tu anak dah merengek-rengek nak susu dan kat tempat orang bukannya ada kedai makan yang kita boleh mintak air panas sesuka hati. 

Ada satu lagi separate kes, masa tu suhu sekitar dalam 6-8 degree dan kami di timpa hujan masa cari hotel yang sepatutnya kami check in.  Selimut yang aku bawak untuk selimutkan baby SJ dah basah kuyup tapi baby SJ tersengih-sengih walaupun bibir dah biru.  Setengah jam lebih jugaklah baru kami terjumpa hotel dan aku terus mandikan dia dengan air panas.  Air mata aku menitik jugaklah sebab tengok jati diri anak aku (masa tu umur dia baru dalam 1 tahun 10 bulan). 

Kesimpulannya, travel dengan anak kecil kadang-kandang mencabar tetapi rewarding jugak kiranya.  Hubungan kitaorang semakin rapat dan tahap social anak aku jugak improve banyak bila dia start ikut aku travel.  Baby SJ selalu dapat perhatian terutama dari elderly.  Selalu ada je orang datang menegur dia dan itu buat dia lebih confident untuk bersosial.  Sebelum tu adik beradik aku gelar baby SJ budak masam sebab dia agak reserved dengan orang lain kecuali aku & Encik D.  Moralnya travel is a good way to invest on your child social skills.  Sambil-sambil tu mak pak boleh berjimba. Hehe

Penutupnya, dengan izin Allah CK & aku plan backpacking tahun depan.  Another single trip after 8 years.  Sepatutnya pergi summer 2014 tapi sebab ada kekangan kewangan so kitaorang decide untuk tangguh ke tahun depan.  Insyaallah Encik D akan izinkan aku bawak baby SJ sekali.  Aku cuma harap dia tak nangis rindukan pak dia sebab diaorang  tak pernah terpisah.  Yang pastinya aku rasa sekali sekala aku perlu bebas. 



Saturday, September 27, 2014

Travel Bujang vs Travel Family. Dari mata CK

CK says

I've known PK since we were studying.  We worked together in the earlier parts of our career.  We still tag along now; the same working community, same path to work although different work place.  Knowing each other for a long time has brought us together in many trips during our single life - her single life i meant.  We only travelled within Malaysia at that time.  We don't have that much money to spend, flight tickets were something very luxury at those times.  But we enjoyed our vacations nonetheless.  When we don't have much we always find our way to make things possible within the expenditure capacity.  I guess planning were made easy since we've known and comfortable with each other.

I still find PK the best travel partner ever.  Now that PK is married and we have commitments with our furry companions, we can't go on holidays at the same time.  I don't quite trust anyone with my cats.  Well, I don't trust anyone in anything kan? hehee...  Saya sangat cerewet.  I don't simply go on holidays with anyone randomly.  So that certainly limits my vacation opportunity.

Once, I planned to go to Bali with a friend, A.  A's friend, B wanted to join us.  So there were three of us.  I didn't meet B until our first day at Bali.  I was very sceptic.  I don't know B, and I wasn't very close to A.  It was the first holiday without PK.   These are my conclusions after the holiday :

1.  Find a travel partner who have the same kind of attitude, same inclination towards the plan.  You don't want to be arguing all the time.  Blaming one another will only deteriorate the mood.  If your travel partner's idea of holidaying is shopping, while yours is arts & culture; tak payah la ajak dia pergi Bali.  Ask someone else, or go alone.

2.  Things will be simpler if you don't have to be very particular about everything.  For example, everyone of us have different spending patterns.  If your friend loves to shop sampai tak muat beg, you are not oblige to do the same and blame your friend later for not reminding you to bring enough money.  Remember, it is not just about yourself and your needs; adjust yourself to also fit to your travel companion's holiday pattern.

3.  We can't always expect everything to be as planned.  Some places had to be cancelled due to weather, time, accessibility or even human capability.  Sometimes you are just too tired to push yourself to the next location.

4.  Split the cost; senang kalau kita tak terlalu berkira sampai ke sen when you have to share transportation or meal costs.  Instead of paying your own meal everytime, I prefer one person to pay at a time.  To do that, kena cari orang yang tak berkira.

5.  Timing.  One of the reason why I don't prefer to go on holidays with some of my female friends is because I'm aware of their punctuality.  Yes, I don't like waiting but I'm also in a phase of understanding and giving tolerances.  Some people just need to have extra sleeping hours, or extra time to make themselves look pretty on holidays.

Other option than having to go through those difficulties, is to travel alone.  You have full control over the plans, costs and timing.  You can decide where and when to go out.  No waiting involves.  Stop anywhere anytime when you are tired.  Eat or don't eat - it's your choice.  Stop, talk to anyone, make friends.  I find it enjoyable.  The only downside is that you'll get bored talking to yourself most of the time.  Well, you have to share opinions right?  When I was in Hatyai, I wanted to taste their many kinds of foods they sell on the floating market.  I can only buy a few, knowing that it'll go wasted since I can't eat them all.  Ohh... and you can't split your transportation cost.  The taxi cost will be just on you. Well, there's always a plus and minus side of everything.  

I can't comment on the 'travel with family' part. Travel dengan husband memang tak pernah ;p Travel dengan kucing memang tak boleh.  Travel dengan adik beradik or parents... honestly, I don't quite enjoy. Selain PK I couldn't find any suitable potential female travel companion. ...Sesungguhnya saya manusia yang cerewet kan....


Jogjakarta 2009; Magelan ke Jogjakarta



Sambungan dari entry sebelum ni.  Kalau nak baca entry sebelum ni klik Jogjakarta ke Magelan

Hari kedua

Ok, kitaorang terlepas sunrise.  Haha.  Tak mampu bangun.  Aku boleh dengar orang lalu lalang tepi bilik aku dalam puku 6 pagi tapi tak berjaya jugak aku.  Tapi berjaya lah jugak pergi awal pagi.  Dalam pukul 7 pagi gitu.  Bila sampai di Borobudur orang dah ramai. 


 Langit sangat cerah.  Hari yang baik untuk panjat Borobudur

 Masih berkabus.  Nyaman sungguh kampung ni.  Dari 
atas Candi boleh nampak sawah-sawah terbentang

Patung Buddha Borobudur yang femes.  Tak caya sila google image

Candi dari level bawah sikit

Dua tiga jam kitaorang berlegar-legar.  Dari level atas menurun ke level bawah.  By the time kitaorang turun orang dah makin ramai.  Fuh, lega, kalau tak bersesak-sesak.  Hari pun dah makin panas, 

Borobudur dari sudut yang tak femes.  Aku tak habis-habis 
kagum dengan buruh yang bersengkang tenaga buat ni

Kitaorang kemudiannya pinjam basikal hotel lagi, berkayuh sekeliling compound Borobudur.  Besar jugak tempat ni. Dari satu tempat ke satu tempat.  Sempat naik Gajah lagi (yang ni aku menyesal sekarang sebab dulu ilmu kurang, tak fikir pasal penganayaian haiwan).  

Kitaorang sempat singgah ke Museum Borobudur dan kalau korang nak beli souvenier banyak jugak jualan kat sini.  Aku tak tahu harga murah atau tak sebab aku tak beli apa-apa.



Boleh join main gamelan kalau nak,  di perkarangan museum

Lepas tu kitaorang kayuh basikal pergi lunch kat tempat makan yang sama kitaorang dinner malam tadi.  Balik hotel, pack barang dan tunggu driver sampai dari Jogjakarta. 

Driver datang ambik kitaorang dalam pukul 2, gerak balik ke Jogjakarta.  Sempat singgah di kaki Gunung Merapi.

Aku ambik gambar dengan berdiri betul-betul di tengah alur laluan 
sisa gubung berapi.  Baru 2 tahun sebelum tu gunung Merapi meletup.
Lohong tempat sisa gunung berapi berkumpul.  Debu2 tu seme dari sisa dari letusan.


Dari situ, Driver bawak kitaorang pergi ke Candi Prambanan, candi kedua terbesar selepas Borobudur.  Sayang masa tu Prambanan sedang dalam kerja2 baik pulih (kesan dari letusan gunung Merapi, banyak runtuhan di sekitar). 

Candi Prambanan ni adalah Candi Hindu dan di bina pada kurun ke 9 dan another UNESCO site.  Rujuk sini untuk info lanjut Prambanan.  So jangan lepaskan peluang kalau ke sini. Kena bayar certain fees untuk masuk. Terkini USD18.  Jauh lebih mahal berbanding masa aku pergi dulu. Aku tak ingat dah tapi aku tahu tak semahal tu. 


Entrance


 Longgokan batu yang runtuh akibat dr gegaran masa gunung Merapi meletup.



Kemudiannya driver hantar kami ke hotel dan malam tu sekali lagi aku demam teruk. so banyak plan terpaksa kansel.  

Flight JOG-KUL kitaorang petang esoknya dan sepatutnya aku dan Encik D nak ber Free & Easy di sebelah paginya tapi aku dah lembik masa tu so terpaksa kansel.  Aku suruh Endik D pergi tanpa aku tapi dia malas.  Kesian dia tapi bukan aku suruh dia tunggu aku kat bilik.  

Kitaorang selamat sampai ke KL lewat petangnya.  Ok lah kiranya untuk delayed honeymenoon trip.


Wednesday, September 24, 2014

Jogja 2009 - Dari Jogjakarta berkelana ke Magelan




Trip Ke Jogja bukanlah trip yang di rancang berbulan-bulan.  Seperti banyak-banyak kali yang lainnya, aku pilih Jogja sebab tiket flight yang murah.  Was with Encik D.

Trip dari KL sebenarnya bermula dengan flight ke Bali.  Kitaorang stay di Bali selama 4 hari dan kemudiannya kitaorang naik flight Merpati Air ke Jogja.   Aku serahkan pada CK untuk ceritakan hal Bali sebab CK ada pengalaman lebih menarik berbanding aku.

Tujuan utama aku ke Jogja lebih kepada nak pergi ke Borobudur.  Dah lama aku teringin nak melawat tapak UNESCO ini.  Sikit ringkasan mengenai Borobudur.  Borobudur adalah buddist temple yang di bina di kurun ke 9.  Agaknya masa tu pengaruh Buddist tinggi di Jogja.  Sekarang pengaruh terbesar di Jogja adalah Hindu. Cerita detail korang boleh wikipedia Borobudur

Aku sewa kereta bersama driver.  Ada kawan yang rekemenkan driver ini.  Bila kitaorang sampai di Airport Jogja, driver dah tunggu dan dia terus  bawak kitaorang meronda-ronda sekitar bandar Jogja sekejap sebelum bergerak ke Borobudur.  Since kitaorang sampai awal pagi jadi kami ada banyak masa sebelum bertolak pergi ke Borobudur yang ambik masa lebih kurang 2 jam perjalanan.

Aku nak mintak maaf sebab aku betul-betul dah lupa harga kereta sewa.  Khidmat yang aku terima adalah full day di hari pertama dan half day di hari kedua dan airport transfer di hari ke tiga. 

Tanpa berlengah kami di bawa ke  tapak candi pertama.  Aku sebenarnya dah terlebih sajian temple kerana di Bali aku dah melawat antara 15-20 temple.  Sedikit hilang keterujaan di Jogja sebab temple di Jogja kurang ber'warna' berbanding di Bali dan cuaca sangat panas. Tahap kepanasan Jogja jauh bezanya dari Bali.  Di tambah lagi aku sebenarnya demam & sakit tekak yang teruk.  Aku ikutkan jugak lah iternary yang di susun driver kitaorang.  Bukan senang nak datang balik ye dak.  Lagipun aku memang minat sejarah, just keadaan je yang kurang mengizinkan untuk aku enjoy betu-betul macam masa kat Bali.

Candi pertama yang kitaorang singgah adalah Candi Sambisari.  Cerita Sambisari lebih kurang gini.  Candi ni adalah candi Hindu yang tenggelam di dalam tanah dan dia cuma di jumpai by accident oleh petani yang dalam proses bercucuk tanam.  Kejadian ni dalam 50 tahun lepas.  Cerita lanjut dari wikipedia klik  Sambisari.  Aku suka juga candi ni sebab terjaga baik.  Entrace fee cuma sikit aje.  Aku dah lupa jumlah dia tapi kurang dari RM 5 kita untuk 1 kereta (lebih kepada sedekah lah).


Sekitar kawasan temple, masih gagah walaupun dah beribu tahun duduk dalam tanah.
   Ukiran.  Telitikan ukiran dia.

Kedua kitaorang di bawa ke candi Ratuboko.  Kata wikipedia, Ratuboko ini adalah bekas tapak istana.  Logiklah sebab kawasan ni besar gila.  Masa kitaorang pergi lenggang tempat tu.  Cuma ada beberapa orang mat salih dan kitaorang.  Aku rasa the only place yang tak ada orang di Indonesia ni mungkinlah candi. Nyaman.  Nak ambik gambar pun tak terganggu.






Candi Ratuboko dan sekitarnya


Kemudiannya driver bawak kami ke Kraton Palace.  Kitaorang sampai dalam pukul 11.  Kraton ni adalah istana tradiotional raja zaman dulu.  Apa yang aku faham sultan yang terakhir yang memerintah wilayah Jogja baru recently habisnya.  Sultan kat sini bukanlah orang berdarah raja semata tapi yang akhir-akhirnya rata-ratanya gabenor Jogja adalah memerangkap juga Sultan.  Mungkin fakta aku tak betul

Kat sini ada show wayang kulit agak kerap.  Aku rasa setiap setengah jam sekali.  Macam Bali topeng-topeng untuk wayang kulit ni muka dia ganas-ganas.  Berbeza dengan yang ada kat tempat kita yang aku duk tengok masa aku kecik.  Masa tu kat tempat aku ada setiap tahun ada pesta pantai dan dapatlah aku merasa kenal permainanan dan pertunjukan tradisional.  Aku kan budak kampung. Semuanya aku dapat rasa dan buat masa aku kecik



Patung-patung wayang kulit.  Gila ganas watak-watak 
dia.  Jalan cerita pun agak ganas jugak sikit.


Pertunjukan sedang on.  Best jugak.  Aku tengok mat salih macam kagum gila.

Driver kemudiannya bawak kami ke istana yang lagi satu.  Tak jauh dari main palace & tak silap ada org claim yang sebenarnya ada tunnel untk sambungkan kedua-dua istana ni.  Istana kedua ni lebih kepada kediaman dan tempat raja berhibur dengan ahli keluarga dia orang.  Cantik tempat ni.  Istana pertama tadi lebih kepada kediaman rasmi dan ofis.

Ni tapak kolam istana.  Sebelah kanan tu pintu gerbang ke arah ruang utama istana.
 

Tengoklah corak pintu gerbang.  Aku tak faham-faham kenapa ukiran mesti muka garang.


Selepas spend lebih kurang 2 jam di kedua-dua Kraton Palace, perut kitaorang pun dah lapar.  Kitaorang mintak driver bawak kitaorang makan.  Since duit kitaorang dah tinggal sikit, Encik D mintak driver untuk bawak kitaorang makan ke gerai aje.  Masam muka driver sambil bawak kitaorang sebab dia dah plan nak bawak kitaorang ke kedai yang mahal sebenarnya (nota:  makan driver atas kami, tak macam di Bali yang mana driver sangat professional).  So korang kalau ke Jogja jangan terperangkap ok kecuali kalau fund tengah banyak, eloklah bersedekah. Makan kat gerai murah pun ok jugak.  Makanan kat sini adalah makanan padang. Satu tips penting, makan kat sini hati-hati sikit sebab majoriti penduduknya adalah hindu dan memang tak boleh nak bezakan langsung antara islam atau hindu.  Pendekatan terbaik adalah korang bagitau driver atau tanya kedai.

Selepas makan, driver  mula drive tuju ke Borobudur.  Aku masa tu bersyukur sangat dapat naik kereta dan dapat tidur sekejap walaupun kereta yang sepatutnya ada aircond rupanya tak ada AC.  Banyak ngelatnya driver aku ni.  Ni belum janji nak bawak jalan-jalan ke satu dua lagi tempat tapi cut short aje.  Nasib baik badan aku tengah seram sejuk, jadi aku taklah cerewet sangat.   Dapatlah lelap sekejap dalam berpeluh-peluh.  Jalan  pun bukanlah rata tapi ok lah.  Normal problem kalau travel.

Sampai di Magelan (daerah terletaknya Borobudur), kitaorang check in Hotel Manohara. Ada beberapa lagi hotel berhampiran Borobudur tapi Manohara adalah satu-satunya hotel di dalam pagar kawasan Borobudur.  Walaupun rate dia tinggi sikit je dari satu dua hotel (sekitar RM 240 kalu tak silap) yang dekat-dekat tapi kitaorang sebenarnya jimat banyak sebab kitaorang tak payah bayar entrance fee ke Borobudur.  Entrace fee pada 2009 adalah IDR70,000.  Dua orang IDR 140,000.  Kalau naik dua kali macam kitaorang dah IDR 280,000 (RM 100).  

Terbaru (2014), entrance fee ialah USD20.  So kalu dua kali naik dah USD 40.  2 orang dah USD 80 (RM 240).  Aku strongly suggest korang naik 2 kali sebab kecantikanyna beza antara petang dan pagi.  Satu untuk sunset and satu lagi untuk tengok sunrise.  




Manohara

Selepas berehat sekejap, kitaorang tak berlengah lagi terus panjat Borobudur untuk tengok sunset.  Hotel Manohara dengan Borobudur cuma dua ratus meter agak aku.  Aku boleh nampak Borobudur dengan jelas dari bilik.  

Ada banyak jugak hotel2 kecik kat area ni (lebih sesuai di panggil challet). Antaranya korang boleh google Omah Rling Hotel, Omah Garengpoeng Guesthouse, Cempaka Borobudur Guesthouse & Graharu Butique Hotel.  Harga sekitar RM100 satu malam.  
On the way nak panjat Borobudur

 Ukiran di kaki candi.  Bayangkan semua ni ukiran tangan.  

Berpeluh jugak aku nak sampai kat atas.  Nasib baik hari dah semakin sejuk.  Nasib baik jugak demam aku dah nak kebah time ni.  Mahu pengsan kalau belum ataupun kalau tengahari buta.  Bila sampai atas, orang sudah ramai.  Masing-masing ready untuk tengok sunset.  Sekitar sini pemandangannya cantik, penuh dengan gunung ganang. kitaorang pusing2 di bahagian atas candi.  Sangat besar & luas candi ni.
Puncak Borobudur (sebelum sunset)
 


Menghampiri sunset
 


Finally,  the sun was set.  Allah maha besar.  Sangat cantik.

Semua orang terdiam sekejap bila matahari jatuh.  Masing-masing leka menikmati keindahan bumi Allah.  Sunset dalam pukul 6 petang. Tak lama lepas tu kami turun sama orang ramai.  Tak ada lampu kat atas sini so kenalah turun sebelum betul-betul gelap. 

Malamnya kitaorang pinjam basikal hotel dan keluar cari makanan kat luar. Tak susah pun sebab hotel ni dalam kawasan kampung.  Lepas makan kami ronda-ronda kampung tu kejap sebelum balik tidur.  Lena aku malam tu sebab malam sebelumnya aku cuma tidur-tidur ayam sebab flight kitaorang pukul 6 pagi dari Bali dan kitaorang kena keluar dalam pukul 4 dari hotel.


**bersambung

Sunday, September 21, 2014

20++ Top Interest in Trondheim (Summer version)

Okay, Part ni aku nak recap perkara-perkara atau tempat-tempat yang korang shouldn't miss bila melawat bandar ke 3 terbesar negara Viking ni.  Tapi aku tak akan bercerita panjang sebab kebanyaknnya aku dah cerita dalam entry-entry lepas.



1.  Trondheim Grand Palace

Tanpa ragu-ragu, aku rasa inilah istana yang paling simple yang pernah aku jumpa.  Tanpa pagar, tanpa guard duduk tercancang jaga pintu dan juga tanpa signboard ini kawasan istana.  Even untuk standard Europe.  Terletak di tengah bandar Trondheim





2.  The popular Trondheim View

Tak lengkap kalau tak dapat enjoy scenery ni.  Inilah kebanggaan penduduk Trondheim. 





3.  Nidaros Cathedral

Antara church yang paling penting di Norway.   Antara landmark terpenting Norway  

 

4.  Gamle Brybo

Jugak di kenali sebagai Trondheim Old Bridge atau Gate of Hapiness




5.  Kristiansten Fortress






6.  Scenery dari Kristiansten Fortress






 7.  Norwegian University of Science and Technology (NTNU)
 





8.  Olaf Tryggvason Monument




9.  Shopping

Trondheim maybe bukan untuk shopaholic sebab  aku tak nampak premium brands outlets macam LV, Coach, Burberry etc but they have their own premium brands -  aku tak tak ingat sangat sebab aku tak shopping langsung.  

 Shopping bulding 'baru'

shopping building 'lama'

shopping building 'lama yang lama'

Apapun, kaki shopping jangan bimbang sebab ada banyak barangan yang korang boleh beli.  Sediakan duit aje.

 But at least you can buy this

 If not this.. apa gunanya pun kat Malaysia



10.  The alleys






11. Enjoy the midnight sunsets


Jam 2330



12. Enjoy the after midnight sunrise

Jam 0300



13.Flowers hunting

Tulip is almost everywhere.  Yelah taklah sebanyak di Amsterdam & Turkey kedengarannya tapi kalau buka mata luas-luas, insyaallah jumpa.

Tepuk dada tanya selera nak kaler apa.  Ini kat taman

Ini kat mini roundabout
Ini kat depan rumah orang
 Ini kat graveyard




Bunga-bunga lain pun sangat banyak.  Standard Europe kan, sampai kan padang pun berbunga.








14.  Jungle trekking






13.  Trodelag Folkemuseum





15.  Melawat ladang ternakan




16.  Munkolment Island






17.  Kayuh basikal






18.  Fjords Cruising






19.  Memancing Salmon





20.  Cultural show






21.  Farmer or square market






22.  Local fair





 
23.  Local free concert





 
24.  Tram ride ke Liam

Aku cuma ada gambar Tram tapi tak sampai ke Liam sehinggalah visit kedua.  Liam memang cantik, so aku highly suggest korang pergi



25.  Army Museum






26. Pintu

Satu hari masa aku merayau-rayau aku terperasan yang setiap rumah ada pintu yang unik.  Aku pun mula mengumpul gambar pintu dan aku ada sekitar 50 pintu yang berbeza.  Aku percaya setiap kita ada citarasa masing-masing & mungkin ada orang kat luar sana minat benda yang sama macam aku.




 Antara koleksi



27.  Melawat Neraka Dunia (Hell)

Tempat ni famous sebab namanya - Hell.  The only place dalam dunia yang ada nama seganas tu.

 Tempatnya tak seganas namanya.  Aman Damai je pun.  
Station keretapi dia cantik tapi aku tak ada gambar



28. Thyholt Tower


Menara tinjau Trondheim.  Macam KL Towerlah cuma tak setinggi KL Tower.  Sejujurnya aku tak pergi sana Summer 2006 tapi beberapa kali selepas tu.  Ada restoran berputar juga.  Korang kena  try Pizza dia - vegetarian atau seafood.  Nallet rasa dia.  The best in town.  Tapi kena bersedia sikitlah dengan harga.  Entrace fee adalah free.


Gambar aku ambik pada 2011



 29.  Bicycle Lift


Yang terakhir, ssomething yang aku lupa nak mention dalam entry lepas.  Di area Nedre (tak jauh dari Gamle Brybo) ada bicycle lift.  Lift untuk basikal sahaja.  Lebih tepat lift ni untuk bawak naik basikal ke puncak bukit iaitu residential area.  Dia orang kata itu the only lift khas untuk basikal kat dunia.  .  Aku ada lah pergi dekat-dekat tapi tak pernah try.  Seriau takut tergolek. 

Korang kena jegil mata sikit tengok ke arah bukit tu.  
Nampak tak ada satu line menaiki bukit.  Situlah letaknya 
bicycle lift tu.  Tak silap ada cas tapi tak mahal sangat.



-Tamat sudah.  Satu hari aku akan cerita pengalaman di masa winter-