Friday, May 8, 2015

Western Europe 2015 pengenalan



Aku kembali. Bagi yang tengok instagram aku mesti dah tahu aku ke mana trip lepas.  Bagi yang tak ada kesempatan, trip terbaru CK, baby SJ dan aku travel ke Western Europe.  Konon-konon, travel orang bujang.  Bujang lah sangat kan bila dah angkut Baby SJ.  CK yang betul-betul bujang pun dah jadi ropa mak orang jerit sana sini kontrol Baby SJ.

Trip ni sebenarnya trip tertangguh.  Sepatutnya dia adalah trip 2014 tapi akibat dari kekangan kewangan dari pihak aku, kitaorang terpaksa tangguh.  Makanya 2014 tahun aku mengikat perut dan mengikat kaki dari berjalan untuk menyediakan diri bagi trip 2015 (kecuali ke bebarapa trip kecik-kecikan ke negara-negara jiran yang penuh dengan berjimat cermat). 

Travel tanpa other half bagi yang ada anak lasak mencabar sebenarnya.  Bagi yang ada anak super lasak mungkin faham maksud aku.  End of the trip, kitaorang bergaduh berguni-guni tapi aku tetap akan lakukan perkara yang sama kalau kena patah balik masa.  Dia sangat enjoy the whole trip. 

CK dan aku mula plan dari hujung tahun lepas dan kitaorang ada banyak masa untuk tukar iternary.  Plan asal adalah Italy & Switzerland.  Kemudian atas perbincangan yang serius (lansung tak ada senyum-senyum.. haha) kitaorang drop Italy.  Kemudian keluar plan kedua Austria, Germany & Switzerland.  Then  kansel lagi.  kemudian keluarlah plan final Netherland, Germany, Switzerland dan France. CK nak tengok bunga dan Eiffel Tower.  Aku nak tengok castles dan Alps.  Maka kata putus Netherland, Germany, Switzerland dan France. 

Makanya, Iternary start dibuat, segala tiket long journey di beli seawal February, penginapan di book seawal December.  Alhamdullilah pada 16 April, walaupun ada sedikit drama tapi berjaya naik flight.  

Di KLIA airport, baby SJ menangis dan muntah sebab sedih kena tinggalkan apaknya sampaikan baju aku dibasahi muntah sepanjang 12 jam journey ke Amsterdam.  Haha.. nasib muntah air kopi dan taklah berbau masam, idak kalu satu flight pengsan dengan bau masam baju aku.  Nak tukar baju semuanya dalam main luggage.  Nak beli baju baru di KLIA, tak sempat nak cari.  Jadi redha ajelah 12 jam pakai baju muntah kopi.  Udahlah baju aku warna cream.  Sudah semestinya nampak corak kopi.


Kenapa aku pilih Spring walaupun tak sesenang dan tak sepromising (dari segi cuaca) travel di waktu summer?
1.  Sebab nak tengok bunga
2.  Sebab summer orang terlalu ramai
3.  Sebab nak tengok wild meadow
4.  Sebab tak nak terlalu panas
5.  Sebab travel masa spring lebih murah dari waktu summer - dari semua kos; flight, tempat tinggal etc
6. Sebab aku nak tengok satu istana di Paris semasa Spring


Bagi yang berkira-kira nak travel ke negara 4 musim, ada sikit tips yang aku pernah share.  Klik SINI


Overview

Jom layan map


Kitaorang berjaya meredah 4 negara dengan 10 cities/towns sepanjang 16 hari di Europe.  Selain dari return flight dari KLIA, trip ni boleh di katakan ini adalah overland trip yang mana pengangkutan utama kitaorang 90% dengan train & 10% guna bas.  

Aku pilih pengangkutan darat sedangkan aku boleh naik bujet airlines atas sebab preference aje bukan sebab lain.  Aku nak jamu mata sebanyak mungkin dan kalau aku ambik flight aku tak dapat itu.  Kenapa pulak aku tak sewa kereta?  Memang ada plan nak sewa kereta tapi since aku akan travel multicity dan tak plan nak balik ke city asal di hujung journey, makanya kos dia lebih tinggi kalau kita balik city yang kita mula di awalnya dan pulangkan kereta di situ.  Kalau macam tu berbaloi untuk ambik kereta.  Ramai traveler pilih memandu sebab lagi jimat dan lagi best boleh berenti sesuka hati.

**Tip nak dapat tiket murah, beli dari awal tiket di buka sebab konsepnya setiap train atau bas akan ada limited tiket promo, so siapa cepat dia dapat.  Kebiasaanya 2 bulan dari tarikh travel. 

Bagaimana aku beli tiket intercity? Aku guna website www.thetrainline-europe.com.

Agak mudah.  Korang cuma perlu tahu tempat korang nak naik, destinasi korang dan jugak tarikh.  Website ni akan search yang masa & harga yang sesuai untuk semua train yang ada.  Dia akan list down semua train yang ada bersama masa perjalanan, harga dan berapa kali kena tukar train.  So korang boleh decide dari sini.  Beli, bayar dan print eticket (make sure jangan print dengan setting resolution rendah sebab masa nanti eticket tu nak kena scan dekat machine tiket portable masa dia orang datang nak check. 


Selain website www.thetrainline-europe.com. Ada jugak beberapa website lain yang aku guna dan buat comparison harga.  Yang terbaik, buat comparison masa nak guna sebab maybe pengalaman aku cuma bagus time aku travel.  Maybe bila tiba masa korang, website lain yang bagus.  

Antara yang aku guna;
1. www.raileurope-world.com - harga tiket dia agak murah juga tapi yang tak bestnya website ni ada service (€15) & delivery charge (€125) yang agak mahal bagi aku (tiket di hantar kerumah).
2. www.goeuro.co.uk
3. loco2.com

*** Untuk kanak-kanak bawah 6 tahun, free ride di negara Germany & Switzerland.  Di Netherlands dan France, free ride hanya untuk kanak-kanak bawah 4 tahun.

Intercity di Switzerland tak perlu risau sebab semua tiket harganya sama.  Yang membezakan harga tiket bergantung dengan jenis pass yang kita decide untuk ambil.  Aku akan bagi details bila aku sampai topik Switzerland esok-esok. 

Semasa aku buat bajet untuk switzerland terutamanya, aku cek harga tiket melalui website www.rome2rio.com.  Aku sangat suka website ni sebab dia sangat detail dan even kita boleh tukar matawang ke apa unit yang kita suka.




Stay tune ok & hendaklah bersabar.  Macam biasa, aku slow.  




   

8 comments:

  1. Replies
    1. Mekasih MKL. Tgh pening macamana nak start. Bahan byk, masa terhad :)

      Delete
  2. Menanti dengan sabar next entry! Tengok kat ig pun aku dah meroyan kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. ko pun tahu perangai aku Bie, IG updatepun tak sempat nak habiskan lagi.

      Delete
  3. wow...tak sabar nak bc ur experience

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah zila. Tengah menyusun ayat & strategi macamana nak habiskan cepat :)

      Delete
  4. tq share...blog yang sangat membantu...
    Malangnya trip saya cuma 12 hari saja nanti :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. JP,

      12 hari dah kira ok lah. First time ke? Best of luck

      Delete