Sunday, May 10, 2015

Netherlands_Spring 2015_Pengenalan



Netherland amnya dan Amsterdam khasnya adalah negara dan city pertama yang kitaorang redah.  Tak termasuk flight transit, ini kali kedua Baby SJ & aku dan pertama bagi CK sampai Amsterdam.  Masa yang kitaorang spend di bandaraya bawah paras laut ni cuma dua hari.  Pertamanya untuk memenuhi hajat CK nak tengok lautan munge Tulips (aku malu nak mengaku suka munge jugak sebab takut korang kata aku jiwang) .  Keduanya meneroka bandaraya terusan.  

Dua hari sebenarnya singkat sangat dan kitaorang cuma dapat laksanakan cuma 60-70% dari iternary.  Masa buat iternary memang tak ingat dunia dan tak ingat umur.  To do list macam nak duduk seminggu dan macam bionic women .. berlari aje tak payah jalan, tak payah tunggu public transport datang dan tak payah tidur.  Inilah katanya tak sedar diri. 

Plan mula2 sampai Amsterdam nak pergi check in dulu, mandi dan segarkan badan then baru berjalan.  Tuan rumah dah setuju nak bagi kitaorang check in di awal pagi.  Kemudian ketamakan akal fikiran dan sifat kedekut haji bakhil mula datang, kitaorang pun ubah plan.  Dari Schipol Airport terus gerak ke Keukenhof Garden.  Plan asal nak mandi di free shower di Airport (forum kata ada, makanya aku konfiden).  Makanya, CK siap bawak selipar jepun hup seng semata itu.  

Sampai-sampai Schipol aku nampak Schipol tengah under renovation.  Tanya dekat infodesk katanya no free shower at this moment.  Nganga jap.  Terus rasa berdenyut kepala - itulah saiko namanya.  Ada 2 airport hotel yang sediakan service shower dengan bayaran Euros 15 (€) sorang. Di kali 3 maknanya €45.  Kedekut jugak nak spend banyak tu.  Nak gi check in dah terbagitau tuan rumah yang kitaorang nak check in petang.  Lagipun cara paling mudah dan paling murah ke Keukenhof adalah dari Airport. Makanya keputusan muktamad ialah pergi Kenkenhof tanpa mandi.  First time dalam hidup aku buat benda macam ni.  Lepas ambik beg, aku masuk toilet airport gosok gigi, cuci muka & tukar baju muntah (klik SINI untuk cerita muntah).  Kemudiannya kitaorang simpan barang di locker room (Locker saiz XL, rate €9.50 untuk 24 jam).  Cerita Keukenhof akan di share di next entry.

Aku nak share info yang aku dapat sebelum ke Amsterdam

Baggage can be stored in the designated lockers for a maximum of 168 hours (7 days). You will find baggage lockers throughout the Terminal: at Departure Lounges 1, 2 and 3, the Departure Lounge at Pier D, Arrival Hall 3 and the Baggage Basement Square at level -1 between Arrival Halls 1 and 2.

The storage fee is to be paid by debit or credit card. Please note that in Europe, credit cards with chips need to be verified by a PIN code. Baggage storage in the Baggage Depot (between Arrival Halls 1 and 2) can be paid for in cash.


Aku dah pernah tulis secara info am pasal Netherlands sebelum ni (Klik SINI) so aku try fokus benda yang aku tak pernah sentuh lagi.  Kali ni aku akan cuba cerita pasal public transport secara lebih detail dan sentuh sikit pasal penginapan.


1. Preparation

Tak banyak beza dengan trip-trip lain kecuali kena mentally prepared yang kali ni tak ada porter.  Biasanya Encik D lah porter aku.  Jadinya, kali ni barang yang nak bawak kenalah secara sederhana.  Kalu korang pernah baca entry aku pasal backpacker (Klik SINI kalau nak baca), backpack kita haruslah cuma diisi 25% dari jumlah berat badan kita.  Memandangkan berat aku cuma 45kg, makanya aku cuma boleh bawak 11.25kg.  Buntu I tau.  Mana nak buat untuk jadikan berat baju untuk 2 orang (untuk 2 minggu) seberat 11.25kg aje.   

Last-last aku buat muka kesian dan CK setuju nak tolong bawakkan satu trolley bag kecik bagi pihak aku sebab tangan aku kena sentiasa pegang tangan Baby SJ.  Hampir selesai masalah.  Then atas pertolongan sorang kawan, aku beli vacum bag dan disamping dapat jimat ruang, dapat jugak kurangkan berat sikit walaupun tak banyak.

Information untuk trip, 60% adalah dari google dan forum, 15% dari blogs, 15% dari pengalaman sendiri dan 10% aku tanya host dan kawan-kawan yang pernah ke Amsterdam.


2. Pengangkutan Awam

Pengangkutan awam yang paling biasa di Amsterdam adalah Tram, train dan bus.  Sesetengah tempat pulak boleh guna passanger boat (bukan tourist boat) - aku cuma baca tapi tak ada peluang nak naik sebab tak cukup info nak naik dari mana.  


 Tram


 Public Bus yang sangat selesa (photo credit: CK)


 Train (photo credit: CK)

Public transport dia memang awesome tapi kadang-kadang confused nak naik dari mana.  Bersimpang siur lokasinya terutamanya kalau nak naik tram atau bas dari depan Amsterdam Central (Amsterdam main train station).  Tapi jangan risau, ada banyak map untuk pengangkutan awam kat area-area situ.  Korang cuma kena tenung lama-lama dan telengkan kepala sikit-sikit, mesti boleh faham.  
 
Kalau kat situ tulis Bus stop F, korang carilah mana signboard biru tulis huruf F besar-besar dan pergi tunggu bas kat situ.  Cuma kena ingat kadang-kadang ada beberapa huruf F di sekitar situ.  Yang tu kena creatif cari mana yang betul.  Aku dua tiga kali tersalah tunggu bawah huruf sama tapi rupanya kena tunggu tempat lain sikit.  Tak susah mana sebab semuanya dekat-dekat.


 Amsterdam Central (photo credit: CK)

Contoh signboard biru tempat tram/bus stop (photo credit: CK)


Kalau perlukan bantuan, korang boleh pergi ke pejabat GVB (nama company yang handle pengangkutan awam yang letak dia betul betul depan bangunan Amsterdam central ataupun ke Tourist information Centre di sebelahnya.  Tiket pun boleh beli kat situ.


 GVB opis depan Amsterdam Central (photo credit: CK)


GVB Opening hours (photo credit: CK)


 Tourist Information Centre


Pilihan tiket yang ada banyak sebenarnya.  Dapatkan info betul-betul dan buat pilihan.  Aku boleh share sini setakat mana yang aku tahu.  Aku korek info semasa buat iternary dan at least sampai sana tak ada lah terpinga-pinga mana satu nak pilih untuk jimat duit.  Kitaorang pilih GVB day tiket sebab kitaorang decide nak keluar dari Amsterdam guna train. 

** Tiket train tak termasuk dalam GVB pakej.


Ini aku copy and paste dari beberapa website

GVB Single ticket
1 ticket - 2.50


GVB Day ticket
GVB day tickets are only valid in GVB metros, trams and buses.  Thus not valid in the regional buses of Connextion and EBS or on the train

GVB tickets are available from
1. Drivers and conductor bus & tram
2. Ticket vending machines (no child day ticket)
3. GWK in Ams & Schipols


24hours -
7.50
48hours - 12.00
72hours - 16.50 
 

Amsterdam and Region Day Card
The Amsterdam & Region day card provides you with unlimited travel with bus, tram, and metro in Amsterdam and region, day and night. This card is valid for GVB and regional carriers Connexxion and EBS. It the ideal card for visitors to the region of Amsterdam. Visit Amsterdam and surrounding areas, such as Volendam, the Zaanse Schans, Haarlem, and so on with one ticket. The card is not valid in the train.

The day card is valid for 24 hours starting at the first check in. With this OV-chipkaart, you must check in and check out when boarding and disembarking on and of the tram, bus, and metro.



 

Amsterdam Travel Ticket
Travel Ticket includes a 2nd class return ticket to and from Schiphol Amsterdam Airport by NS train, to any station in Amsterdam. Combined with unlimited travel on all trams, buses, night buses, metros and ferries operated by GVB, this is the perfect ticket for exploring Amsterdam.  The Amsterdam Travel Ticket includes a handy map of Amsterdam, showing all the highlights of the city.

1D travel Ticket: €15, 2D-€20
Points of sales in Schipols
NS Tickets & Service- main hall at Schipol Plaza
Holland Tourist Info-  Arrival Hall2
AKO Books and Travel – Arrival hall 4
Points of Sales in Central
GVB Tickets & Info – Stationplein, Opposite central Station



**Pesanan dari forumers: If buy a day ticket, consider to go for ride on tram 2 – according to national geographic, route 2 is most beautiful in the world.  The first part is from Central Station to Hoofddorplein takes you along plenty of sights worth seeing such as Voldelpark, the canal, the Rijkmuseum, Stedelijk and van gogh museums
 


*** Kanak-kanak lebih dari 4 tahun wajib beli tiket dengan harga reduced


 
Untuk ke Keukenhof Garden dari Schipol, korang pergi ke Arrival Hall 4 (untuk 2015).  Pergi paling hujung dan keluar dari building terus nampak ada orang beratur naik bas (siang aje tapi kalau sampai malam tak payahlah tunggu sebab bas dah balik tidur).  Korang jangan terus naik bas sebab tiket kena beli sebelum naik bas,  Ada van tulis ARRIVA jual tiket dalam 20m dari situ.  Beli tiket dulu baru beratur.  Tak payah risau tertinggal bas sebab bas dia sangat kerap.  Aku rasa 5-10 minit satu.



Schipols yang bersimpang siur, cari Arrival 4


Towards Arrival Hall 4



ARRIVA van


Harga Tiket.  Rugi betul sebab Baby SJ (4y4m) dah start kena bayar



Untuk travel intercity yang dekat-dekat, kalau nak cepat ambik train tapi kalau tak kisah tentang masa dan nak murah sikit boleh naik bas.  Aku cuma sempat pergi satu bandar nama Haarlem dan memandangkan masa kitaorang tak berapa ada kitaorang ambik train.  Kalau naik bas ambik masa dalam sejam tapi dengan train dalam 20 minit untuk sampai.  Beza harga antara €2-4 (aku tak ingat secara exact).



3. Penginapan

Sekali lagi aku guna perkhidmatan airbnb.  Kitaorang ambik studio apartment di North Holland.  Letak apartment tak jauh dari city, iaitu kurang 10 minit naik tram. Masa check in kitaorang tersalah langkah.  Turun dari tram (no 17) terjalan ke arah yang bertentangan.  Bila tanya orang baru tahu salah jalan & patah balik.  Beratnya beg di bahu tak usah cerita sampaikan ada satu ketika aku terduduk atas jalan. Semua orang dah letih sementelah lagi sebaik flight mendarat dah berlari pergi ke Keukenhof garden.

Akhirnya lebih setengah jam baru sampai dan baru perasan yang apartment yang aku booked rupanya di tingkat 4.  Nasib baik host tolong angkat beg.  Tiba-tiba pulak baby SJ menangis, rupanya dia takut tengok tangga yang sempit sangat.  Bila sampai atas, lega aku rasa.  Seperti selalunya aku tak di hampakan bila booked airbnb.  Apa yang di gambarkan dalam airbnb selalunya tepat.  Cantik rumahnya dan di serikan lagi dengan host yang cukup hensem.  Haha.  Esoknya bila kitaorang try guna tram lain (tram no 1) barulah terasa dekat dengan tram stop.  Tak sampai 5 minit dah sampai rumah.

Aku pilih apartment sebab lebih murah dan dapat ruang lebih besar berbanding hotel.  Termasuk service charge, kitaorang bayar €132 untuk 2 malam (RM 564).  Tahun 2012 aku tinggal hotel dan walaupun tengah city centre  tapi terasa sangat banyak kekurangannya.  Kecik dan tak ada wifi (masa booked katanya ada wifi).  Kali ni besar, bersih, boleh masak dan wifi yang kuat.  Kekurangannya cumalah di tingkat 4.  Aku lupa nak ambik gambar sebab terlalu penat masa sampai tapi boleh klik SINI kalau nak consider tinggal sini jika ke Amsterdam.  Anyway ada banyak lagi apartment dan juga hotel yang best di Amsterdam.  Petik jari aje nak yang macamana.

Review host pada aku:  
xxxx was a great guest! Very very friendly and communicative. She even cleaned the room before she left.


Response aku: I love the stay. Leon was very helpful, help us to lift our heavy bags. Will definitely stay here again in future.

Rasanya itu dah menerangkan segalanya :)


4. Makanan halal

Aku tak berhajat nak komen panjang pasal makanan halal di Amsterdam sebab aku dah tulis dalam entry sebelum INI, cuma aku nak highlight satu penemuan baru untuk korang konsider kalau ke Amsterdam.  Kalau 2012, aku agak struggle nak menikmati makanan di Amsterdam.  Bagi aku yang cerewet sikit pasal makanan ni, aku rasa kebab (itu ajelah makanan halal yang mudah dapat) di Amsterdam kurang sedap berbanding negara lain.  

Kali ni kitaorang jumpa satu kedai kebab yang sangat sedap dan aku nak rekomen kalau korang ke sana.  Kedai kebab ni letak di Jalan Lange Niezel, Damrak tak silap aku.  Exact location aku lupa tapi kedudukannya tak jauh dari jetty Canal Cruise Damrak.

Kebanyakan kedai nama lebih kurang tapi ada kedai rasa sederhana je, 
kedai ni aku puji rasa dia, baik kebab mahupun pizza dia.

Damage 1 meal sekitar €8-12.


5. Lain-lain

Aku enjoy trip ke Amsterdam.  Baik dari segi tengok bunga sampailah ke aktiviti meredah sana sini.  Amsterdam adalah satu bandar yang cantik dan baru pagi tadi aku rekomen sepupu aku yang baru-baru nak mula travel ke Europe untuk pilih Amsterdam sebagai destinasi pertama.  Amsterdam adalah bandar yang mudah di dekati dan disukai.  

Pesanan sampingan aku, jangan lupa try stoopwafel kalau ke Amsterdam.  Dari dulu aku ketagih stroopwafel.  Sekarang, Baby SJ and CK pun dah join club stroopwafel.

To be continued..


 

11 comments:

  1. cuaca nampaknya sangat best! langittt biru. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullilah John. Kitaorang bernasib baik kecuali masa kat Paris. Lencun kat Paris

      Delete
  2. Amsterdam....memang kotaraya yang cantik dan meriahkan... ? dulu p sana sekejap sangat.. 3 hri mcm tu... x sempat nak cover bnyk2 tempat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farikica.. samalah kita. Aku pun tak pernah pergi lebih dari 3 hari ke Amsterdam. SIngkat-singkat agaknya sebab tahu tak susah nak singgah ke sini kalau ke Europe, sebab itu yang aku ambik mudah. Aku memang suka Amsterdam. Baru 2 bulan lepas ada apply lagi kerja kat sini tapi tak dapat-dapat.

      Delete
  3. Memang. Kalau suruh aku pilih between Paris & Amsterdam, tanpa fikir panjang aku pilih the latter. Sangat tenang & lawa! Rindu lak bila tengok Centraal tu. Btw beb berat ko 45 kg je!?!? Argh jeles wei.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, sama kita Bie. Lepas kali kedua pergi Paris, aku rasa cukuplah dulu. Maybe lama lagi pulak. Haha..

      Delete
  4. I baru balik Amsterdam sempat lagi round RLD dalam hujan hahhahaha..memang Ams tak menjemukan.

    ReplyDelete
  5. Jayne,

    Makanya terkena hujan ye? Samalah kitaorang masa pergi masa autumn dulu. Aku cuba tak nak minat dah dengan Amsterdam tapi ada kemungkinan next trip singgah lagi.. terlalu memanggil best dia :)

    ReplyDelete
  6. Aahhhh, this post makes me wanna go there now! As in now! Haha

    ReplyDelete
  7. yeah..i wanna go there next year..19 june cause i wanna go celebrate go skateboarding day there at 21 june..

    ReplyDelete