Post Melbourne yang lain
Melbourne - Introduction
Melbourne city - Part2
Melbourne - Philip Island
Melbourne - GOR
Melbourne - Wrap up
Dari 8D/7N di Melbourne, kitaorang cuma ada 6 hari penuh, Hari pertama sampai dah awal malam. Selesai urusan airport, ambik shuttle ke Southern Cross station. Owner ambik kitaorang di station dan hantar ke rumah. Hari last juga burn sebab flight balik awal-awal pagi
Aku spend 4 hari di area city dan 2 hari keluar dari city. Hari-hari keluar dari rumah pagi, balik ke rumah samada malam atau pun lewat petang. Dari rumah ambik bas ke train Footscray train station yang cuma ambik masa 10 minit. Dari Footscray station ambik train ke city, jugak sekitar 10 minit. Ok jugaklah susuk di suburban ni.
Walaupun jauh sikit dari city tapi aku boleh enjoy pemandangan di luar city. Paling aku suka tengok adalah rumah-rumah orang sini. Memang dari dulu aku cukup kagum dengan rumah depa sebab semua cantik dan setiap satu mesti ada keunikan dia. Rumah di Australia rekabentuk dia berbeza sikit dengan Europe. Aku perasan di Melbourne kebanyakan rumah 100% concrete dan kebiasaannya single storey (standard house) dengan pagar kayu yang sangat unik. Kalau bungalow barulah 2 tingkat. Selain tu ada apartment yang macam aku tinggal tu. Tak jemu cuci mata setiap hari bila bas lalu depan rumah orang.
Part ni aku akan focus tempat-tempat yang free untuk diterjah di bandaraya. Antara yang sempat kitaorang terjah hari tu
1. Flinders street & sekitarnya
Kawasan utama di Melborne. Maybe serupa dataran merdeka kita. Orang sentiasa ramai kat sini. Kalau ke sini, korang boleh singgah ke tourist centre. Tourist centre dia memang awesome dan sama macam di Adelaide, service dia sangat mantap. Tourist centre terletak di luar Flinders street train station dan di bawah Federation Square
St. Paul Cathedral yang letak berdepan dengan Flinders street train station.
Salah satu attaraction Melbourne
Federation Square. Tempat wajib singgah di Melbourne. Letak betul-betul di luar
Flinders street. Tram stop
3. Yarra River
3. Carlton Garden
Calrton garden di letak di Victoria street. Ambik free tram je ke sini. Carlton Garden antara family park yang famous di Melbourne. Aku 2 kali ke sini sebab suka dengan park dia. Kalau terus jalan ke hujung park, kita akan jumpa Melbourne Museum.
Entrance ke Carlton Garden. Hadlaju yang tertera kat bawah tu incase kalau
masuk garden naik beskal. Kalo berlari rasanya boleh laju-laju
1 perkataan; Tenang
Ni part paling lawa aku rasa
1 perkataan; Ditinggalkan
4. Queen Victoria market (a.k.a Vic market)
Kata wikipedia Vic market ni adalah pasar terbesar di hemisfera selatan dengan keluasan 7 hektar. Vic market di buka 5 hari seminggu (Selasa & Khamis-Ahad). Aku pergi di pagi ahad, best jugak sebab meriah di hari minggu. Paling aku suka ada busking yang mana geng2 peribumi main music instrument dan seriously sedap. Meremang bulu roma.
Di Vic market ada banyak benda yang di jual, dari sayur biasa hingga lah cheese. Souvenir, kain selimut pun ada. Hehe. Lama jugaklah aku keluar masuk segala bahagian. Memang best jugaklah dapat tengok local lifestyle.
Segala mak nenek ada jual kat sini. Kitaorang end up beli wooden toys
kat baby SJ dan jugak beberapa souvenier.
Yang pasti, carrot tu nampak sedap di makan mentah
Cheese yang macam-macam jenis.
Pelbagai jenis zaiton
Gerai roti
5. Shrine Remembrance
Kitaorang naik free hop-on hop-off shuttle bas dari Flinders street ke Shrine Remembrance. Shrine Remembrance ni pusat peringatan untuk askar-askar Australia yang terkorban semasa dalam tugas. Kebiasaannya yang di hantar melawan askar Jepun di negara-negara Asia pada WWII. Sedih jugak bila tengok gambar masing-masing muda belia. Ada yang first time duty, ada yang kali kedua. Ada yang tinggalkan anak kecik. Macam2 lah.
Shrine Remembrance
Pemandangan ke arah city centre
Entrance masuk
Orang masih hantar bunga-bunga peringatan ke sini
Salah satu memorial garden iaitu Gallipoli Memeriol Garden sebagai memperingati
askar Australia yang terkorban dalam perang dunia pertama. Abaikan muka
masam kat depan tu sebab ini je gambar yang aku ada :)
Royal Botanic Gardens Melbourne ni terletak di Southbank Yarra River dan bersebelahan dengan Shrine Remembrance. Garden nya sangat besar. Aku rasa aku mungkin sempat jelajah satu pertiga sahaja. Tempatnya sangat cantik dan ada pelbagai jenis pokok. Garden ni di bahagikan kepada beberapa lawn tapi hari tu aku main redah aje. Lawn jenis apa pun aku tak ingat.
Barangkali ni palm lawn
Princess lawn??
Ni aku dah lost.. yang penting dia cantik
Masih dalam botanical garden :)
Ni pun masih kat dalam situ
Tasik kecik
Bourke Street
David Jones & Myer
Tok batin terserempak anak buah. Favourite baby SJ. A dream comes true for him :).
Sama ibaratnya kalau aku dapat berjumpa dengan Remy Ishak :))
Tak silap aku ini lah Bourke Street Mall. Banyak mall di Austalia setting macam ni.
Selain dari Bourke Street aku ada pergi ke area Flinders street jugak. Kat situ ada beberapa arcade (jugak ada beberapa kedai makan halal). Kalau nak cari souvenier, ada banyak jual kat area sini.
Arcade di Russell street di area Flinders Street
- Collin Streets
- Swanston Street
- Melbourne Central
- Queen Victoria market
- Southgate
- Dockland
8. Street performance
Native buskers di Vic market. Awesome gila perfomance diaorang.
Kalau korang pergi Melbourne tolonglah cari geng ni.
Buskers di Bourke Street. Yang gambar bawah tu best jugak. International level punya busker.
Antara tempat-tempat lain yang aku belum sampai tapi aku rasa korang patut pergi
1. State library of Victoria di Swanston Street
Next visit, ini antara yang wajib
2. Royal Exhibition building di Carlton Garden
Menyesal tak masuk hari tu sebab bila google image lepas tu interior dia macam cantik je
3. St. Kilda beach
Ini pun aku menyesal kenapa aku tak pergi hari tu. Nak-nak bila tengok orang ambik gambar kat rumah kotak kaler-kaler tu
4. Melbourne Park
Tempat Australian Open merangkap dengan park
5. Puffing Billy Railway - Heritage railway di Dandenong Range
(yang ni di luar Melbourne, dalam 40 km dr city centre). Kawan aku ada pergi, aku nampak macam best aje
Part2 aku akan sambung attractions berbayar di Melbourne yang patut di consider
Wan... Peminat remy ishak ye...
ReplyDeleteEncik Din, pemanis minuman je. Remy Ishak mesti terbelahak :)
DeleteTmpt2 freeee... i like!!! he..he.. blm berkesempatan lah ke melbourne BK.. oher parts of oz tu ade lah p.. like a few years ago gitu...
ReplyDeleteFarikica.. Kalau ko peminat Oz macam aku, melbourne tempat wajib. Sekurang-kurangnya sekali.
DeleteAku suka area Federation Sq tu!! Titik, noktah. Tu pasal tetiba booked hostel area tu je hahaha.
ReplyDeleteBagus tu Bie. Senang, jimat duit transportation. Setakat nak gi botanical garden tu ambik free shuttle aje. Tunggu depan Cathedral depan Federation square tu. Kau ni buat aku rasa nakk usha tiket melbourne lagi sekali
Deleteaku ralat betul sebab tak sepat pergi shrine of remebrance dengan royal botanical garden. Padahal dah masuk itin. Pemandangan malam pulak, sempat usha je sebab aku stay kat luar CBD kan, pergi pulak musim spring, selalu hujan rintik2 bila malam. Gambar federation square at night tu memang lawa!!!
ReplyDeleteelah, next time kena make sure stay dalam CBD. Senang tak payah pening nak pikir susah nak kuar malam, Aku tu hari pun bas paling last ke rumah pukul 9. Jadinya kul 8.30 paling lambat dah kena balik. Ada gak balik naik teksi dr train station. Sib baik tak mahal sgt
DeleteThanks ...saya akan ke sini bulan dis 2015 nanti.
ReplyDeleteHola Hola.. Dah decide dah MKL? bagus nya.. buat saya terasa nak pergi jugak
DeleteGeram saya tengok gambar2 yang cantik-cantik.
ReplyDeleteAkan termakbul bulan Dec nanti encik MKL. Gambar kat oversea senang nak jadi lawa sebab suasananya :)
Deleteapa nama hostel yang admin stay eh?
ReplyDeleteTq... informasi sangat berguna bila nak gi..
ReplyDelete