Post Melbourne yang lain
Melbourne - Introduction
Melbourne city - Part1
Melbourne - Philip Island
Melbourne - GOR
Melbourne - Wrap up
Macam yang aku janji sebelum ni, part ni aku akan sambung dengan attractions yang kena bayar di Melbourne. Nak gi semua masak jugak dari segi masa dan jugak cost jadi korang pandai-pandailah filter mengikut selera masing2.
Aku cuma pergi 2 dari beberapa. 1 aku pilih museum dan 1 lagi aku pilih zoo.
Antara museum yang boleh di pilih
- National sport museum di Yarra Park. Entrance fee AUD 20
- National Gallery of Victoria (International) di St Kilda Road - Free entrance fee tapi ada charge untuk exhibition. Exhibition fee berbeza dari satu pameran dengan yang lain.
- National Gallery of Victoria (The Ian Potter Centre) di Federation Square - Free entrance fee tapi ada charge untuk exhibition. Exhibition fee berbeza dari satu pameran dengan yang lain.
- Old Melbourne Gaol - museum merangkap bekas penjara di Russell street. Lebih kurang penjara Pudu kita lah agaknya. Entrance fee AUD 25
- Royal Exhibition building di Carlton garden. Guided tour AUD 10
- Melbourne museum di Carlton Garden. Entrance fee AUD 12
- Immigration museum di Flinders street. Entrance fee AUD 12
- Sciencework di Booker street. Entrance fee AUD 12
Antara zoo dan sanctuary yang boleh di pilih
- Melbourne zoo di Parkville, 4 km N dari bandar Melbourne. Entrance fee AUD 30.80
- Sealife Melbourne Aquarium, di King street. Entrance fee AUD 38
- Werribee open range zoo terletak di tempat nama Werribee, 32km SW dari Melbourne city. Entrance fee AUD 30.80
- Healesville sanctuary letak di Healesville, 65 km NE dari Melbourne. Entrance fee AUD 30.80
**Entrance fee yang aku tulis tu setakat March 2015. Maybe rate akan naik in future
Pilihan kitaorang hari tu
1. Melbourne museum
Kitaorang spend setengah hari di sini tapi frankly setengah hari pun tak cukup. Tempat ni memang awesome. Tak rugi keluarkan duit AUD 24 untuk 2 adult. Nak ke sini tak susah. Ambik CBD circle tram, stop kat Carlton. Then jalan cross Calrton garden yang cantik tu, sampailah sana.
Menghala ke museum, bangunan museum tak nampak kat sini
Dalam..
Future paleontologist? Mudah-mudahan
Antara bahan pameran.. memang best
tahun nak enjoy, tapi pendedahah awal tu penting
Ethnic section. Banyak painting dari aborigines
Kalau tak kerana museum tu tutup pukul 5 petang, rasa mahu spend beberapa jam lagi kat sana. Kitaorang keluar bila museum tutup. Ada banyak section yang sempat jenguk je. Ralat jugak rasa. Kalau korang berniat nak gi sini, bajet at least separuh hari. tempat ni memang best. Kalau lapar diaorang siap ada cafe. Bolehlah setakat nak makan sandwich.
2. Melbourne zoo
Melbourne zoo pilihan berbayar ke2 kitaorang. Tujuan asal nak bagi babj SJ enjoy tapi tak sangka pulak, mak pak yang lebih dari anak. Untuk ke Melbourne zoo, kitaorang ambik train dari station Park Royal ke city centre dan train betul2 stop luar zoo. Dari flinder street station, less than 15 minutes. Balik kitaorang naik bas sebab nak merasa route bas. Satu lagi option ambik Melbourne shuttle bas. Cuma bayar AUD 5 untuk satu hari dan Melbourne zoo ada dalam salah satu destinasi. Tiket boleh beli kat Melbourne visitor center di federation square.
Entrance fee masa aku pergi AUD 24 sorang (baby SJ free) tapi sekarang AUD 30.80. Mahal? Mahal sikit tapi sangat berbaloi kecuali untuk orang yang tak suka haiwan. Zoo dia sangat besar, memang letih lah nak perabiskan semua tempat. Aku spend sekitar 6 jam kat sini. Siap lunch bagai. Ada restoran dan baby changing room yang lengkap. Dan jugak ada banyak kiosk makan ringan merata kalau tiba2 rasa lapar. Sambil makan burung camar datang mintak makan.
Cuma satu aku nak pesan. Kalau datang sini jangan sentap sebab dia orang buat kempen besar-besaran ke atas Malaysia on minyak kelapa sawit issue. Kempen against palm oil sebenarnya bukan setakat dari kerajaan Australia tapi memang meluas di serata dunia atas dasar menganggu habitan haiwan liar. Aku tak mau komen lebih-lebih pasal ni sebab lain orang lain interpretation.
Jom aku belanja gambar
Zoo yang berkonsep taman. Kebanyakan burung di lepaskan so kalau
bernasib baik blh lah main dgn burung
Antara yang pertama jumpa. Hensem Tok penghulu ni
Closure zirafah & zebra. Besar dan selesa untuk haiwan
Experience kedua beliau dengan kangaroo. Yang pertama masa dalam perjalanan ke Philip Island
Pak pandir yang tidur 20-22 jam sehari. Peluang untuk bertentang mata ada tapi tak banyak
Ni aku lupa nama apa haiwan ni
Meerkat
Sea lion
Penguin
Bear
Indoor aquarium
Orang Utan
Kitaorang betul-betul enjoy masa di Melbourne zoo. Antara zoo yang terbaik yang aku pernah pergi. Aku jarang ke zoo sebab pengalaman di Zoo negara kita buat aku rasa kasihan haiwan yang di kurung dalam closure kecik tapi lepas ke Melbourne zoo, aku puas hati.
Maka aku dah setel bahangian Melbourne city centre. Harap membantu bagi yang berhajat ke Melbourne di masa akan datang. Update akan datang aku nak share pasal trip ke Philip Island dan Great Ocean Road.
bersambung..
boleh dijadikan contoh bila ke Melbourne nanti.
ReplyDeleteThanks MKL
DeleteBanyak jenis binatang kat zoo dia ye.
ReplyDeleteBanyak siti. Complete jugaklah.
ReplyDeletenice sharing..
ReplyDeleteLawat lagi..tengah buat persiapan ke Melbourne Dis 2015 ni.
ReplyDelete