Sunday, April 12, 2015

Melbourne 2012_wrap up

Post Melbourne yang lain
Melbourne - Introduction 
Melbourne city - Part1
Melbourne city - Part2 
Melbourne - Philip Island
Melbourne - GOR

 

Itinerary keseluruhan

  Keseluruhannya 8 hari di Melbourne tapi 2 harinya lebur untuk journey.  6 hari yang selebihnya di gunakan sebaiknya untuk cover sebanyak mana yang kitaorang mampu
 


Expenses
 
  Secara kasar aku listkan expenses aku di bawah;


1. RM900 seorang untuk return ticket (beli masa sales)
2. AUD100 satu malam untuk 7 malam. Convert duit kita dalam RM2100, so atas sorang jatuh RM1050.
3. Expenses sekitar AUD300-400 seorang (~ RM1200-1600)

Secara keseuruhannya kitaorag spend sekitar RM3200-3600 untuk 8D7N.



  Tips yang penting 


1.  Beli tiket Airasia masa sale :)

2.  Declare barang larangan pada kastam.  Kastam dia walaupun strict tapi masa yang di ambik untuk 'lepaskan' kita masuk ke nagara diaorang sangat difahami. Isi borang immigration siap-siap supaya tak buang masa beratur untuk  melepasi pintu keluar

2.  Harga penginaan di city centre agak mahal, so boleh pilih accomodation yang keluar dari city centre sedikit.  Tapi terbaik jangan pilih yang terlalu jauh dari city centre sebab dia akan buang masa dan kos pengangkutan jugak akan tinggi.  Satu cara lagi ialah dari ambik whole apartment, boleh cuba untuk ambik private room.  Pengalaman aku tinggal di private room (berkongsi rumah dengan owner) memang bagus.  Ataupun hostel (make sure book awal untuk elak dari fully book).  Kalau berani maybe boleh try couch surfing.  Aku belum cuba tapi teringin gila nak cuba.

3.  Naik free city tram dan free shuttle bas (refer post Introduction untuk cerita pasal free public transport) untuk teroka Melbourne city.

4.  Ada banyak free attractions dan walaupun free tapi terjaga rapi. 

5.  Kalau perlu untuk commute dengan train, better beli tiket train secara tiket harian.

6. Sediakan info yang cukup tentang mana nak dapat makanan halal.  Nasihat aku, google atau print info dari travel blogger.  Di sekitar Flinders station ada satu atau dua kedai arab.  Damage untuk street foods antara AUD10 - AUD20 seorang untuk satu meal.    

  
7.  Sediakan pen untuk isi borang immigration dalam flight

8.  Jika pergi di musim autumn macam kitaorang, sediakan pakaian yang sesuai sebab agak sejuk.  tempature sekitar 10-12 degree.

9.   Jika plan untuk sewa kereta, better sewa di hari mahu keluar dari city centre sahaja.  Attractions di dalam bandar semuanya reachable dengan public transport.  Dan apa yang aku perasaan, harga parking di dalam city tersangat mahal (dah lupa exact figure tapi yang aku ingat memang mahal)

10.  Jika plan nak masak, aku rasa tak susah untuk cari halal meat.  Salah satu tempat yang ada jual halal meat adalah betul-betul di depan Footscray train station. Just ambik train ke situ dan perjalanan train dari city centre sekitar 10-15 minit sahaja.

11.  Bagi yang pergi tanpa preparation ataupun iternaries, boleh ke Melbourne tourism centre di Federation Square.   Apapun, walaupun tak ada apa persediaan pun, mesti korang akan tetap jumpa aktiviti yang best kat sana. 

12.  Bagi yang ada plan untuk ke Philip Island tanpa ikut tour, bolehlah aim untuk sampai sebelum sunset sebab penguin cuma akan pulang ke sarang di waktu senja.

13.  Jika kehabisan duit, korang boleh cuba berbusking.  Ini untuk mereka yang berjiwa senilah, bukanlah macam aku yang buta musik.



Lain-lain

Aku tak ada pesanan lain.  Melbourne mungkin bukan bandar yang 100% perfect tapi aku tak jumpa apapun yang aku tak suka atau tak senang masa aku kat sana.

Dari segi keselamatan, Melbourne adalah bandar selamat dan aku tak ingat pernah baca any forum yang sebut pasal pick pocket.  

Akhir kata, pada pendapat peribadi aku, bagi yang baru nak mencuba Australia, Melbourne sangat sesuai di jadikan bandar pertama di lawati.  Tapi ini cuma pendapat aku.  Mungkin betul mungkin tak sebab masih banyak bandar yang aku masih belum berpeluang nak teroka.  Apapun, Melbourne memang best.




6 comments:

  1. boleh dijadikan panduan...saya bakal pi sana 2015.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullillah kalau saya dapat membantu MKL. Enjoy yourself MKL.

      Delete
  2. aku setuju dgn last paragraph tu, aku pun rasa senang dan suka dekat melben. transportation yg bagus, mesra pelancong jugak, halal food everywhere, tak terlalu crowded..mmg best la..
    adoii..tetiba rindu.
    about expenses, saya bertuah sikit sebab duduk rumah kawan, budget 5 hari just around RM1500 je. Kalau sesiapa duduk hotel,mmg kena add up around 500-600 jugak la kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dzuchan,

      Hehe. Tu pendapat aku yang tak rata pun redah OZ ni. Kawan Australian aku kata Brisbane is the best. Tahlah sebab aku tak sampai lagi. Tu yang masuk wish aku aku dah tu. Hotel biasa2 bajet dalam RM300 semalam so bagi yang travel solo, cari hostel pun ok. Hostel banyak sana. Dalam kes aku tak boleh lah sebab ada budak kecik.

      Delete
  3. Replies
    1. Ebncik MKL.

      Hahaha.. cuba try. Tah-tah lebih lumayan dari kerja 9-5. Anyway, saya harap Encik din enjoy the trip. Ni buat saya rindu Melbourne ni

      Delete