Wednesday, April 15, 2015

Update & Invitation



Aku ada 2 benda nak update. 


Pertama

Budakkampung akan bertambah ahli.  Seorang kawan aku baru bersetuju untuk menyumbangkan kisah travel dia selepas berbulan-bulan di pujuk.  Makanya ini menjadikan kitaorang kepada tiga sekarang; PCK atau Pakcik (terbaru), CK (dah lama menyumbang secara paksa rela) dan aku sendiri (PK).

Aku sangat teruja dengan tambahan ahli baru sebab ada masanya aku sejuk dari menulis- tak ada idea, kekurangan masa sebab kena tolong baby SJ buat homework dan lately ada beberapa kematian dalam ahli keluarga, makanya kehadiran ahli baru harapnya akan dapat mengisi kekosongan di atas. 

Sedikit bibliography Pakcik.  Dia adalah kawan rapat aku masa study dulu.  Kawan jatuh bangun selama lebih 15 tahun.  Itu belum sebut lagi sejarah kami merempit.  Seorang yang kelakar tapi ramai yang tak tahu yang sebenarnya di dalam hatinya ada sebuah taman yang berwarna warni.  Aku harap korang akan enjoy dengan kehadiran author ketiga Budakkampung dan hendaklah bersabar menunggu post pertama dia.   Katanya dia tak pandai nak login blogspot.  Sedikit berbau ikan ye tak :).  Yang pastinya cerita dia akan meriah sebab dia akan bercamping di Europe bulan May akan datang dan katanya lagi dia sebenarnya nak pasang khemahpun tak pandai.  Heheh.

**** Bagi yang tertanya-tanya siapa PK dan siapa CK, maybe boleh refer post Mukadimah


Kedua

Instagram.  Kitaorang decide nak cuba nasib dengan buka account instagram untuk Budakkampung.   Sebagaimana tak konfidennya aku semasa nak start travel blog ni, sebegitulah tak konfidennya aku nak buka account instagram.  Tapi kalau tak cuba kita tak tahukan.  So aku nak jemput (macam mak-mak nak jemput jiran tetangga datang majlis tahlil pulak) korang lawat account instagram Budakkampung.  Instagram ini juga akan di rasmikan secara realtime lagi 2 hari.  Aku akan cuba update secara realtime untuk future trip aku.   

https://instagram.com/bilabudakkampungtravel/ 


Sekian.  Terima kasih.

6 comments:

  1. semakin meriah blog ne..tahniah BK..sabar menanti entry dari Pakcik *ehhh :D harap dgn kehadiran insta tidak akan mengoyah kedudukan blog ne BK..maaf, saya takde akaun insta, lawat insta pun jaranggggg sekali..jadinya saya tak berpeluanglah nak menjenguk insta BK... apa pun, gud luck & jgn berhenti menulis :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah.. Thanks Zilla. Hendaklah bersabar. Instagram tu cuma menambah gula di dalam teh. Harap2 rajinlah

      Delete
  2. Wah baby SJ dah ada homework! Aku xsabar nak baca entry Pakcik pasal camping kat Europe. Untuk Pakcik, silakan rajin. Haha. Ko kena gigih ajar dia login wei.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bibie..

      Homework yang aku pun nak pengsan setiap kali nak tolong. Ada satu kali cikgu dia bagi homework math sebanyak 12 helai A4 paper. Bayangkan budak tu nak pegang pensil pun tak berapa pandai lagi. Itu belum masuk homework bahasa mandrin :)

      Haha.. hendaklah bersabar. Dari trip panjat Kinabalu sampailah trip nak pergi Europe baru berjaya pujuk Pakcik. Knowing personality dia, aku pasti mesti cerita dia jadi kelakar.

      Delete