Sunday, April 5, 2015

Great Ocean Road (GOR)

Post Melbourne yang lain
Melbourne - Introduction 
Melbourne city - Part1
Melbourne city - Part2 
Melbourne - Philip Island
 

Kitaorang ambik day tour ke Great Ocean Road masa kat Melbourne.  Aku booked tour dari awal.  Kebetulan jumpa OZ yang kawin dengan Malaysian masa aku google cari tour package. Rate a day tour pada 2012 ialah AUD100 untuk sorang (free untuk baby SJ. Nasib baik)

Apa ada di GOR?  GOR di kenali antara world's most scenic coastal drive.  Memang pun cantik.  Perjalanan melalui beberapa pekan kecik, harbour, hutan, ladang biri-biri dan yang paling famous pantai yang cantik.   Asalnya jalan ni di bina untuk askar-askar yang balik dari perang WWII untuk balik ke rumah masing-masing di bahagian barat Victoria. Sekarang GOR adalah salah satu tarikan pelancungan penting di Victoria.

Jom layan Map


 Melbourne - Great Ocean Road

Keseluruhan ada 8 pitstops hari tu dan kitaorang travel lebih kurang 500km 2 hala.   Kitaorang dijemput dari apartment di awal pagi.  Aku struggle untuk paksa semua orang bangun awal sebab van datang ambik kitaorang pukul 6.30 pagi.  Masing-masing terpaksa tunggu kenderaan tour dengan mata yang terkebil-kebil.  Kemudian driver bawak kitaorang pick orang-orang lain. 


1.  Geelong Waterfront
 
Pit stop pertama Geelong waterfront yang letaknya di Corio Bay.  Geelong waterfront pernah satu masa dulu ialah port tapi terbengkalai sehinggalah di baik pulih 20 tahun lepas.  Sekarang fungsi dia lebih kepada tempat tarikan pelancong, taman rekreasi dan mini marina.  Nice area yang mana ada banyak rumah-rumah orang kaya di sekitar sini.



 Geelong Waterfront


 Steampacket Quay


The famous timber painted sculptures reflecting local history and identities



2.  Bell beach

Pitstop kedua ialah Bell beach.  Bell beach famous sebagai tempat surf.  Masa kitaorang sampai, ada segerombolan anak muda tengah prepare untuk surf.


 Bell beach


Aku suka dengan flora kat sini.  Sesetengahnya di tanam oleh persatuan 
surfer tempatan untuk menjaga ekologi sekitar.  Baguskan.




3.  Split Point lighthouse
 
Pitstop ketiga ialah Split Point lighthouse di Airey Inlet iaitu sebuah pekan kecik di GOR.  Kitaorang decide untuk tak naik atas sebab driver bagi masa yang singkat je kat sini. Malas sebenarnya.




Pantai dekat lighthouse pun cantik


4.  GOR memorial Arch

 
Pitstop keempat ialah pintu gerbang GOR. Van berenti untuk cuma beberapa minit untuk bagi peluang orang bergambar di pintu gerbang.

 pintu gerbang GOR. 



5.  Kenneth River Vacation Park

Dari situ driver bawak kitaorang ke pitstop kelima ialah Kenneth River Vacation Park. Kat sini kalau bernasib baik boleh tengok koala di wildlife.  Korang boleh camping kat sini ataupun menyewa cottage atau juga jika drive cravan, ada jugak carawak park.  Kitaorang di beri masa kira-kira setengah jam berjalan sekitar park.  Maka kitaorang berjalan dengan gerombolan ahli rombongan dan nasib hari tu baik sebab akhirnya nampak beberapa ekor koala kat atas pokok.  Kepuasannya lain berbanding dengan tengok di zoo atau sanctuary.  


wild koala

Satu lagi speciality Kenneth River ni adalah wild parrot.  Sangat banyak dan jinak katanya.  Sangat cantik dengan warna merah ang.    Kalau kat tempat kita yang jenis liar macam ni mesti dah lama pupus kena tangkap.  Memang jinak sampaikan boleh main dalam jarak 1m dengan kita.  Rasanya aku berjaya tengok lebih dari 50 ekor hari tu. 




Dari situ kitaorang di bawak pergi lunch (halal meal) di satu bandar kecik yang aku dah lupa nama dia.  Oklah untuk perut yang lapar dan makanan yang free (dah termasuk dalam tour package).  Selesai makan sempat tukar diaper baby SJ dan jalan-jalan di park sekejap sebelum gerak ke destinasi berikutnya.


6.  The Twelve Apostles
 
Pitstop keenam adalah peak tour ni, the Twelve Apostles.  Masa ni dah petang sikit dan agak jauh dari stop sebelumnya.  Dalam perjalanan ke Twelve Apostles, kitaorang lalu area ladang biri-biri dan kawasan bukit-bukit yang cantik.  Nak share gambar pun tak dapat sebab gambar-gambar yang aku ambik guna phone hilang sekali dengan phone selepas balik dari Melbourne. 

Sampai di Twelve Apostles, hujan sikit2 jadi kitaorang berteduh di information building sambil minum kopi.  Sangat sejuk sebab berangin gila.  Aku agak suhu masa tu mesti dalam 8-10 degree.  Hujan reda kitaorang pun redah ke arah pantai yang letak dia dalam 500m dari centre.  Laluan di buat cantik dan pokok-pokok sekeliling memang awesome. 

Sikit info tentang Twelve Apostle dari wikipedia

The Twelve Apostles is a collection of  limestone stacks off the shore of the Port Cambell National Park, by the Great Ocean Road in Victoria, Australia. Their proximity to one another has made the site a popular tourist attraction. Currently there are seven apostles left, the eighth one of the stacks collapsed dramatically in July 2005. The name remains significant and spectacular especially in the Australian tourism industry.

The apostles were formed by erosion: the harsh and extreme weather conditions from the Southern Ocean gradually eroded the soft limestone to form caves in the cliffs, which then became arches, which in turn collapsed; leaving rock stacks up to 45 metres high. Now because of this erosion there are fewer than ten remaining.





 Laluan & flora di laluan ke arah pantai


Twelve apostles

Since sejuk yang ke tulang sum-sum kitaorang tak bertahan lama kat pantai.  Bergegas balik ke centre dan sementara menunggu ahli rombongan lain balik, kitaorang berborak-borak dengan satu group Malaysian yang jumpa kat sana.  Sesetengah yang aku jumpa kat sana aku masih baik sampai ke hari ini.  

Salah seorang yang aku jumpa adalah former Malaysian student yang ambik keputusan untuk menetap di Melbourne.  Kalau korang perlukan tour guide Malay muslim, boleh email aku untuk tanya detail adik ni (aku cuma ada facebook dia so rasanya tak sesuai aku tampalkan kat sini secara terbuka).  Adik inilah jugak yang kenalkan aku dengan abang dia untuk aku sewa kereta masa aku di Adelaide.  Nice people.


7.  Port Campbell Foreshore

Pitstop ketujuh ialah Port Campbell. A small town yang aku rasa masa summernya mesti ramai pelancung dari penduduk sebenar kat sini.  Kata wikipedia, jumlah penduduknya cuma 599 orang.  Kat celah mana-mana pun aku nampak motel dan cottage.  Aku sebenarnya tak nampak pelabuhannya kecuali satu teluk yang besar & cantik di area pekan.  Mungkin memang sekadar nama.  Nak tanya driver pun masa ni dah malas sebab dah letih dan mulut pun dah berat :)


Terjumpa anak orang maori kat Port Campbell.  Hehe.  Sorrylah ini aje 
gambar yang aku ada.  Aku nak tunjuk rupa Port Campbell kat backgound



8.  London Arch
Dari situ bergeerak ke last pistop.  Local panggil London Arch ataupun London Bridge Is Falling Down. Aku sampai kat situ memang dah malam.  Gelap tapi masih boleh nampak rupanya.  Jengok lebih kurang dan kemudian balik ke van tunggu yang lain-lain.  Seram jugak tempat ni sebab dia terpencil.  Katakan aku datang drive sendiri rasanya aku tak pergi ke situ sorang-sorang.

Sikit info dari wikipedia  : 

London Arch (formerly London Bridge) is an offshorenatural arch formation in the Port Campbell National Park. The arch is a significant tourist attraction along the Great Ocean Road . This stack was formed by a gradual process of erosion, and until 1990 formed a complete double-span natural bridge.
The span closer to the shoreline collapsed unexpectedly on 15 January 1990, leaving two tourists stranded on the outer span before being rescued by helicopter. No one was injured in the event. Prior to the collapse, the arch was known as London Bridge because of its similarity to its namesake.

London Arch


 Dari situ kitaorang bergerak balik ke Melbourne. Perjalanan pergi sahaja hampir 300km.  Hala balik driver guna highway jadinya tak sejauh hala pergi.  Driver stop untuk kitaorang ambik dinner dan kemudian hantar kitaorang balik ke Melbourne,  Nasib aku baik sebab boss dia dah pesan siap-siap suruh driver hantar kitaorang sampai ke rumah,  Sampai rumah dah dekat pukul 11 malam, mandi dan terus tumbang.

A very long day but worth spent.


In general, habis sudah cerita melbourne aku.  Aku akan cuba wrap up trip ni di post akan datang.  Harap dapat membantu untuk yang berhajat untuk ke Melbourne satu hari nanti.






7 comments:

  1. rasanya itinerary pakej yg aku ambik untuk GOR lebih kurang je. GOR trip ni memang memuaskan hati. jatuh tahap wajib dah kalau ke melben hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dzuchan,
      Rasanya macam sama je semua. GOR ok, at least sekali seumur hidup kena pergi tapi somehow aku rasa aku nak pergi Philip Island balik. Maybe sebab hati aku more pada penguin :): Next time kena drive sendiri

      Delete
  2. Correct if i'm wrong, harga package GOR ni AUD 100? Apa tour provider? Boleh share tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI Zaraab,
      Yes, harga package GOR pada 2012 adalah AUD100. maybe dah naik sikit skrg. Aku tak ingat nama tour company tu tapi cuba search Colim May di Skype. dia owner company tu. Jika perlu bantuan email aku at tummybird13@yahoo.com. Aku boleh tlg tanya.

      Satu lagi boleh search fb account Hamzah Mshams. Dia adalah budak melayu yang aku cerita aku jumpa kat The Twelve Apostle tu. Nice guy. Nak sewa kereta dari dia pun boleh

      Delete
    2. Salam Zaraab,

      Aku kena buat correctyion sikit pada reply lepas.

      Ko kena search Colin May kat skype bukan Colim. Dan email aku tummybird13@gmail.com.

      Delete
  3. Teman akan cuba hubungi Hamzah fb. Tulisan anda kemas dan menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Encik Din,

      Kalau encik din tak dapat contact Hamzah tu bagitau saya. Saya boleh tolong contact dia. Dia ada dalam contact list saya. Email me at tummybird13@gmail.com :)

      Delete