Saturday, March 21, 2015

Philip Island


Post Melbourne yang lain
Melbourne - Introduction 
Melbourne city - Part1
Melbourne city - Part2 
Melbourne - GOR
Melbourne - Wrap up 


Ni cerita yang aku malas sebenarnya nak cerita.  Aku pun sebenarnya ingat pun tak banyak.  Cuma yang aku ingat hujan seharian masa kitaorang ke Philip Island.  Kitaorang ambik day tour ke sana.  Masa singgah di Information centre di hari kedua di Melboune, aku ambik contact number dan arrange untuk day tour.  Bayar AUD 100 seorang termasuk free lunch dan all entrance tickets.

Apa ada di Philip Island?  Philip Island famous dengan Penguin dan Sea lion dalam habitat yang sebenar.  Bab kata website www.penguins.org.au, Discover Your Wild Side

Kata google Map, Philip Island ni kira-kira 138km je dari Melbourne tapi maybe sebab hujan sepanjang jalan dan banyak menyinggah, lama gila aku rasa baru sampai.  Kitaorang naik dari Flinders street, kemudian driver menyinggah ambik orang di hotel masing-masing dan baru bertolak.

Aku belanja map dulu


Melbourne-Philip Island

Pit Stop pertama tak silap aku Ferntree Gully (kalu silap mintak maaf banyak2).  Masa ni hujan dah start hujan kucing anjing.  Aku masih positive yang bila sampai Philip Island karang mesti hujan tak ada sebab jaraknya masih jauh.  Tujuan singgah di Ferntree Gully ni sebab nak tengok species burung yang cuma ada di Australia.  Tak silap aku ada nampak seekor dua cuma tak banyak.  Tak ada gambar sebab takut rosak kamera CK

Pitstop kedua Maru Koala Park.  Maru Koala Park ni santuary private yang kecik je, lebih kepada family farm.  Kalau drive sendiri alamat dia Maru Koala Park, 1650 Bass Highway, Grantville VIC 3984, Australia.   Kedudukan dia kira-kira 100km atau sejam perjalanan dari Melbourne dan nak cari dia tak susahpun sebab betul-betul tepi highway menuju ke Philip Island. Kat sinilah kitaorang lunch dan kemudian dapat tengok haiwan2 marsupial.  Antara yang aku ingat, kangaroo, wallabies, koala dan burung merak. Best jugak walau kecik tapi di sebabkan hujan dah semakin lebat tak dan sangat nak bergurau senda dengan haiwan2 kat sini kecuali yang duduk di kawasan berbumbung.  


 Koala

 Wallabies

Kangaroo

Pitstop ketiga adalah kilang coklat just before nak sampai ke Philip Island.  Kilang yang merangkap kedai.  Masa ni aku dah basah agak lencun sebab asyik terkena hujan.  Mood agak ke laut jugaklah.  Dapatlah beli air panas dan coklat sekeping dua untuk panaskan badan.

Pitstop ke empat Philip Island Nobies Centre.  Kat sini sepatutnya dapat tengok sea lion kat habitat dia orang ( ada pulau berbatu kat depan Nobies centre) tapi since hujan di campur dengan angin badai, memang tak nampak apa.  Redha ajelah.  Jadinya lama jugaklah kitaorang lepak dalam Nobies Centre ni sementara nak pergi ke tempat nak tengok penguin. Sebenarnya selain Nobies Centre, korang jugak boleh ambik Ecoboat tours kalau nak tengok sealion dari dekat.  Tiket antara AUD85-110 untuk adult.

Pitstop terakhir ialah tempat nak tengok penguin.  Aku tak berapa positif dapat tengok tak sebab hujan lebat gila tapi since ini tujuan utama, kitaorang gagahkan jugak.  Beli raincoat dan bungkus baby SJ dalam raincoat Encik D.  Nak tengok penguin kena jalan ke arah pantai dari Penguin Parade centre.  Pantai dijaga rapi dan di bina laluan  berkayu untuk orang berjalan supaya manusia tak ganggu penguin. Info lanjut klik SINI.  Kalau pergi sendiri, harga tiket AUD 23.80 untuk dewasa atau AUD 11.90 untuk kanak2 4 tahun ke atas.  Kalau nak premium class mahal lagi.   Premium rasanya boleh tengok lagi dekat.

Penguin parade cuma sekali sehari, di masa sunset bila penguin naik untuk balik ke sarang so kalau korang drive sendiri kesini, aim untuk sampai ke sini sebelah petang.  Masa kitaorang sampai orang dah ramai tapi kelibat penguin seekor pun tak ada.  Sejuk gila dengan seluar & kasut yang dah basah tapi nasib baik ada sesetengah laluan ada bumbung jadi dapatlah berteduh.  

Selepas 15 minit kitaorang berlegar2 tiba2 dengar orang ramai bercakap-cakap.  Rupanya penguin dah mula naik ke sarang.  Sama macam gaya itik berjalan berkumpulan.  Mula-mula seekor dua, tak sampai 10 minit ada beratus-ratus ekor.  Macam awesomelah.  Hilang segala rasa ralat berhujan seharian.  Sorrylah aku tak ada gambar langsung sebab memang tak di benarkan ambik gambar.  Tak silap aku ada tulis, flash kamera boleh rosakkan mata penguin, so tak payahlah nak ambik gambar curi-curi.

Sejam dua jugaklah kitaorang kat situ sebelum bertolak balik ke Melbourne.  Nak kata puas hati tu tak adalah sangat.  Bukan sebab tempat tu tak best tapi sebab hujan banyak melimitkan pergerakan.  Tapi itulah takdir kitaorang untuk hari tu.  Mahu tak mahu, redah aje lah.  Selain dari penguin dan sea lion, Philip Island sebenarnya offer banyak lagi attractions.  Dia ada it's own koala Conservation Centre (Adult - AUD11.90), Churchil Island Heritage Farm (Adult - AUD11.90) dan birdwatching di Swan Lake.  Agaknya kalau drive sendiri di hari yang cerah mesti rasa nak bermalam kat situ. Bila aku cek Booking.com, ada banyak hotel di Philip Island.

Aku sampai Melbourne dah lewat malam tu, so kitaorang kena ambik teksi dari Footscray station untuk balik ke rumah. 


6 comments:

  1. Replies
    1. Sama-sama encik Din. Enjoy tau. Kalau perlu apa2 suggestion lagi boleh email saya: tummybird13@gmail.com

      Delete
  2. As salam. Saya nk tanye psl package ni. Kalau ambik disana lebih murah ke beli on line lebih jimat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam,

      saya beli kat sana. Rasanya tak banyak beza. Tapi kalau nak selesa dan nak tour among malaysian maybe ambik dari local. Kalau tak kisah campur multi national ok je ambik kat sana.

      Delete
  3. Salam en.saya nak tanya tòur pakej ke gor n philip island.ada ke pakej among malaysian..mcm mana nak dapatkan.mohon pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam,

      Encik/Cik blh contact hamzah M Shamsudin fi facebook. dia ada buat tour sekitar Melbourne

      Delete