Saturday, November 5, 2016

Tokyo, Japan




Projet travel aku pada May lepas ialah project Tokyo di musim panas.   Kenapa musim panas?   Tak lain tak bukan, sebab tiket yang murah.  Walaupun hati tak berapa sudi nak travel di musim panas duit kata tiket tu je yang kau mampu.  Minda kata tak usah berangan nak pergi tengok Cherry Blossom atau snow sebab tiket mahal.  Yes or No, pilih salah satu. Last-last jari jemari aku ketip jugak beli tiket Air Asia hari tu sambil hati memujuk-mujuk diri yang pasti aku berpeluang ke Jepun lagi.

Japan memang wujud dalam bucket list aku dari lama dulu tapi tah macamana ada je tarikan ke tempat lain dulu sehingga akhirnya aku berjaya dapat tiket murah hari tu.  Itu pun aku hampir nak kanselkan trip ni sebab kitaorang baru start busines kecik kitaorang dan financially sangat tak stabil.  Tu belum lagi sibuk dengan proses nak memantapkan perniagaan yang sebesar kuman tu.

Sampai last minute aku masih tak berjaya siapkan iternary dan akhirnya dalam keadaan separuh tak ready, kitaorang ke KLIA 2 malam tu untuk ambik flight ke Tokyo.  Aku punya tak ready sampailah iternary yang aku prepare cuma separuh jalan.  Duit aku cuma tukar sehari sebelum kami berangkat. Tapi aku sedapkan hati yang aku mesti boleh survive cara real backpack.  Kali ni betul-betul konsep redah. Bagi aku bila meredah tanpa preparation yang mantap, mental kena kuat & tak boleh sikit2 nak putus asa.  Berkali-kali aku pesan diri sendiri, akan enjoy atau tak, kitaorang yang putuskan.      

 
1.  Pengenalan 

Aku decide untuk fokus satu area dulu kali ni iaitu Tokyo.  Teringin jugal nak ke banyak tempat tapi memandangkan preparation kurang makanya aku cuma hentam sewa satu airbnb apartment sahaja selama 8 hari.  Jadinya kitaorang decide untuk berlegar di area tokyo dan sekitar dia sahaja kali ni.


Kedudukan Geografi Japan.  Tokyo letak di tengah-tengah  

2.  Preparation

Preparation dari segi mengumpulkan maklumat; 50% adalah dari google, 10% dari blog dan bakinya (40%) dari info yang kitaorang korek masa kat sana. 

Macam yang aku cakap awal tadi, preparation untuk ke Tokyo sangat kurang.  Tapi since trip ke Korea yang lepas yang mana aku jugak tak berapa prepare aku seakan-akan dah sedikit seronok travel tanya plan yang rapi.  Macam ni agaknya backpacker-backpacker hebat rasa bila diaorang travel.  

Kitaorang cuma bawak dua trolley bag, 1 camera bag dan 1 backpack 32L yang semuanya check in sebagai hand luggage.  Tak susah pun nak travel light sebab masa ni summer.  Aku cuma bawak dalam beberapa helai T-shirt dan sehelai jeans.  Encik D pun bawak lebih kurang aku. Yang banyaknya barang baby SJ, itupun tak sebanyak sebelum-sebelum ni.  Punya nak jimat timbangan sampaikan susu formula Baby SJ aku cuma isi dalam pastlic bag zip-lock.  Kitaorang juga decide tak nak bawak stroller atas dasar Baby SJ dah besar.  Tapi time dia penat, apaknya jugaklah yang mendukung.  Aku cepat2 melarikan diri di celah orang ramai bila Baby SJ mintak di dukung.. heheh. 

Yang terasa berat sikit cuma bekalan makanan Brahim yang ada dalam 12 pack.  Paling banyak pernah aku bawak sebab aku baca makanan halal mahal sikit dan tak merata sangat.  Dari awal-awal aku dah terasa macam tak akan rajin nak masak masa kat sana so sudi tak sudi angkutlah Brahim.

 
3. Matawang

Matawang Japan ialah Japanese Yen. Tukaran duit masa aku pergi so and so aje lah.  Tak mahal dan tak jugak murah.  Kitaorang kononya nak tukar separuh di Malaysia dan bakinya withdraw masa kat sini.  Maklumlah hari tu masa kat Korea kitaorang find out kalau withdraw dari ATM machine jauh lebih murah dari tukar siap-siap di Malaysia.

Aku cuma tukar RM3000 unuk belanja seharian di Tokyo dan bawak sejumlah duit cash dan juga card ATM yang dah di activatekan. Tapi apa yang aku tak tahu, pengeluaran melalui ATM jauh lebih mahal kat Tokyo.  Sementelah lagi kalau kita ke Money Changing Self Service Kiosk.  Kita keluarkan dari ATM machine ajelah.



4.  Transportation

 Subway map yang berserabai tapi sehari dua mesti korang dah expert


Tokyo Den en Tosyi Line Map.  Station rumah aku Ikejiri Ohashi


Secara general, sistem public transport di Tokyo sangat padat dan yang paling famous ialah train dan bas.  Apa yang boleh buat kita pening kepala ialah ia di selenggara oleh banyak company so tiket Line A tak semestinya valid untuk line B.  Tapi tak perlu berpeluh sangat pasal ni.  Dalam masa 2 hari korang mesti dah expert. 



 Tips 1: 

Macamana nak jimat kos transport di Tokyo
1.  Berjalan kaki ke mana korang pergi.  Aku tak ada kemampuan tenaga kali ni tapi pernah jugak cuba sebab tercampak ke JR line sedangkan yang ada di tangan ialah Metro 2 days Ticket dan masa tu cuba untuk tak nak spend lebih untuk beli tiket baru. 

2.  Beli Day Pass. Korang boleh beli Tokyo Subway 1/2/3 Days Tiket kalau korang nak bergerak dalam laluan Subway. Subway lines terbahagi kepada Metro Lines (yang ada 14 sublines dalam dia) dan Toei Lines (yang ada 4 sublines dalam dia). Tetapi tiket Subway tak valid di guna untuk line-line map aku yang kedua tu (yang ada segala nama Tokyu macam Tokyu Den En Toshi Line).  Atau kalau hanya bergerak di area Metro sahaja, beli Metro Day Pass.  Toei Day Pass juga ada bagi yang hanya nak guna Toei lines sahaja.   Apapun kena ingat yang Tiket Subway,Metro dan Toei tak boleh di gunakan untuk JR line.  JR line kebiasaanya adalah line untuk train yang keluar dari bandaraya dan main station dia adalah di Shinjuku tapi ada juga station yang sedikit terkeluar di Shibuya Station. 

3. Korang plan dulu mana korang nak pergi dan kumpulkan hari tertentu untuk kawasan-kawasan Subway lines dan hari-hari tertentu untuk kawasan line-line lain.  Ringkasan untuk pilhan Day Pass yang korang ada ialah (sumber japanguide)
  • Tokyo Free Kippu (aka Tokyo Tour Ticket) (1590 yen)
    Unlimited use of all subway lines (Toei and Tokyo Metro) and JR trains in the central Tokyo area on one calendar day (i.e. from the first to the last train of the day). It is also valid on buses and streetcars operated by Toei. The pass is overpriced and will unlikely provide any savings over regular tickets or prepaid cards. 
  • Tokyo Subway Ticket (24 hours: 800 yen, 48 hours: 1200 yen, 72 hours: 1500 yen)
    Unlimited use of all subway lines (Toei and Tokyo Metro). Not valid on JR trains. The pass is sold at Narita Airport, Haneda Airport and Bic Camera electronic stores in central Tokyo to foreign tourists only (passport required). Furthermore, it is sold to both foreign tourists and residents of Japan through selected travel agencies outside of the Kanto Region.
  • Toei and Tokyo Metro One-Day Economy Pass (1000 yen)
    Unlimited use of all subway lines (Toei and Tokyo Metro) on one calendar day. The pass only pays off if you use the subways excessively. The pass is not valid on JR trains. Unlike the lower priced Tokyo Subway Ticket (see above), this pass can be purchased at the subway stations in central Tokyo.
  • Tokyo Metro 24-Hour Ticket (600 yen)
    Unlimited use of the nine Tokyo Metro subway lines, but not the four Toei subway lines and JR trains. The ticket is available through ticket machines at Tokyo Metro stations.
  • Toei One-Day Economy Pass (700 yen)
    Unlimited use of the four Toei subway lines, buses and streetcars on one calendar day. It is not valid on the nine Tokyo Metro subway lines and JR trains. The pass is available at ticket machines and ticket counters at Toei stations.
  • Tokunai Pass (750 yen)
    Unlimited use of JR trains in the central Tokyo area on one calendar day. The pass is available at the purple vending machines and ticket counters at JR station
    s.
 4.  Jika korang akan travel keluar dari Tokyo ke banyak destinasi mungkin berbaloi ambik JR Pass.  Dengan JR Pass korang boleh naik apa sahaja train yang ada di Jepun kecuali 2 jenis Shikansens yang paling laju iaitu Nozomi dan Mizuho.  Tapi pasti gunakan JR Pass ni betul-betul sebab harga dia cukup mahal.  


Tips 2:
 Macamana nak tahu korang sebenarnya dah tersalah tiket pada line tertentu.
Bila machine tiket pada entrance gate reject kad kita maknanya kita terguna pass yang salah.  Korang cuma perlu beli tiket yang betul di kiosk ataupun di counter tiket.  


Tips 3:  
Apa akan jadi kalau korang tersalah naik train tanpa tiket yang sah?   Ini kes yang biasa kalau kita transit di dalam station yang sama. 
Contohnya korang ada Subway Pass dan nak masuk ke area Den en Toshi line, makanya by default korang sepatutnya kena beli Den en Toshi ticket.  Since korang dah dalam kawasan platform dan tak jumpa atau malas nak cari ticket machine nasihat aku korang naik aje train Den en Toshi dulu.  Bila dah sampai kedestinasi karang korang bawak tiket Subway korang dan tunjukkan pada pengawai di kaunter tiket, makanya korang akan di caskan apa yang korang hutang. 






Kisah kitaorang untuk pengangkutan yang di guna dari awal hingga ke akhir perjalanan ialah kitaorang guna perkhidmatan AA dari KL-Tokyo-KL.  Beli masa AA sales, dapat sekitar RM700 seorang untuk return ticket.  Tambah meal saja bila dah dekat nak pergi. Travel Insurance kitaorang ambik dari Etiqa sebab macam lagi best. 

Flight dari KLIA2 sepatutnya pukul 2.30 ptg dan akan sampai sekitar 10.30 mlm di Haneda tapi since flight ter delay sejam kitaorang sampai Haneda dah hampir 11.15 malam.  Berlari-lari anak di airport sungguh ironi dengan aku. haha..ye sangatlah. Aku cemas sebab keretapi yang last ke city centre pukul 11.45 malam (public transport yang paling murah) . Walaupun perancangan asal adalah tidur di airport untuk jimat kos tapi hos kitaorang sangat baik hati hadiahkan penginapan percuma untuk malam tu, makanya kitaorang decide ke apartment jugak malam tu walaupun kalau kena bayar public transport mahal.   Nasib baik terbaca ada shuttle bus (jugak di kenali airport limousine bus) kalau sampai airport selepas tengah malam.  Cuma rate dia akan double (dalam 2060 Yen seorang)

Alhamdullillah imegresen tak banyak kerenah dan kitaorang berjaya naik train yang paling last ke city centre (macam biasa, antara orang yang paling last).  Kos ke Shibuya Station cuma 530 Yen kalau tak silap ).  Lega sebab dapat jimat duit. Train dari airport ke bandaraya kena transit di satu station yang aku dah lupa nama dia. Akibat dari masalah bahasa kitaorang ambik masa sikit nak tanya orang nak naik kat platfom yang mana untuk ke Shibuya.  Risau jugak masa tu sebab takut kitaorang akan terlepas last train tapi ok je.  Orang pun masih berpusu-pusu di train station walaupun jam dah tunjuk pukul 12 malam lebih.  Hospitality orang jepun memang hebat, masalah bahasa bukan penghalang diaorang membantu.  Ramai cuba membantu dan walaupun kita berhubung secara ayam dengan itik tapi akhirnya kitaorang sampai ke platform yang betul.  

Sampai Shibuya station (yang sangat besar saiznya) kitaorang teragak-agak tak tahu nak tuju ke entrace yang mana untuk pergi ke platform train ke arah perumahan kitaorang (tak silap aku dia ada lebih dari 15 entrance). Since preparation aku kurang so aku cuma sempat ambik info nak stop kat train station mana untuk ke rumah aku sewa.  Baby SJ dah lembik masa ni sebab dah dekat pukul 1 malam.  Sekali lagi aku mohon bantuan orang tempatan dan kali ni kitaorang dapat orang Jepun yang tahu berbahasa English.  Nah kau, sampai depan gate dia hantar, siap tolong tunjukkan camana nak beli tiket train.  Sangat touching aku tengah-tengah malam tu. 

Dari Shibuya kitaorang ambik subway Tokyo Den en Toshi Line (Den En Toshi Line ni line yang di kendalikan oleh syarikat private dan bukannya Metro line) cuma perlu turun di Station Ikejiri Ohashi.  Sebenarnya kalau ada kederat boleh aje berjalan kaki sebab jarak rumah sewa dengan Shibuya cuma 1.2km tapi tenaga aku memang dah habis malam-malam buta (dan hari-hari berikutpun sama). Tiket sehala ke Ikejiri ialah 130 yen. Memandangkan dia line private kitaorang tak boleh guna card Metro. So keje aku 8 hari kat sana ialah kumpul duit syiling untuk beli tiket train.

Sampai di Ikejiri kitaorang sekali lagi teragak-agak nak keluar exit mana. Tanya stesen master dia tunjuk ke sebelah kanan tapi masalahnya ada pulak dua exit kat situ (exit north dan exit south kalau tak silap).  Nasib baik jumpa orang yang sudi tolong walaupun dia tak faham English.  Aku tunjuk di address dan di tunjukkan jalan sampai nampak building rumah kitaorang (letaknya dalam 400 m dr station).  Bayangkan apa perasaannya di bantu oleh stranger pada pukul 1 malam di kala nak angkat kaki pun dah tak larat. Memang osem gila orang Jepun.  Terus aku rasa nak pindah duduk sini.

Sepanjang 8 hari kat sana macam2 tiket yang aku gunakan.  Metro Day Pass, Subway 1 Day Pass, Subway 3 Days Pass, JR point to point ticket dan yang paling kerap Tokyu point to point ticket untuk balik ke rumah.  Pengalaman guna Day Pass bukanlah pengalaman yang boleh di banggakan sebab ada masa calculation dan planning aku betul tapi ada masanya salah dan tersasar.  Aku belajar dari pengalaman dan mana tahu boleh di gunakan lagi kalau ada ada rezeki lagi aku ke sana.

Tokyo Subway Pass boleh di beli di Tourism Centre di Haneda Airport dan juga Narita Airport.  Tapi kalau korang terlepas beli macam kitaorang (kes nak kejar train), korang boleh dapatkan di mana-mana cawangan kedai BIG CAMERA yang ada di serata Tokyo.  Paling senang ialah di Shibuya Juction.  

Tokyo Metro Pass kitaorang beli di station Meiji Jingomae dan rasanya ada di jual dikebanyakan station besar. 

Bila aku keluar dari city, aku samada akan guna perkhidmatan JR train ataupun bas.  Untuk perkhidmatan JR train, aku cuma beli point to point ticket.  Untuk perkhidmatan bas ke kawasan Fuji Mt, aku cuma beli return tiket masa aku di Tokyo tapi rasa aku kalau korang pergi  peak season elok juga korang beli secara online.  Aku secara peribadinya lebih suka bergerak sendiri tapi kalau korang nak, ada banyak tour bus ke touristy area.

Secara jujurnya, memahami sistem pengangkutan diaorang adalah benda yang paling aku risau sebelum aku pergi.  Walaupun aku ada baca sikit-sikit tapi pengalaman sebenarnya lebih buat aku faham sistemnya.  Bagi korang yang risau macam aku pernah risau dulu, nasihat aku jalan terbaik ialah redah aje.   Kalau korang tersesat dan tersalah naik train akan ada benda yang mengantikan perasaan kesal korang macam keunikan tempat yang korang tersalah pergi.  Kitaorang juga banyak kali tersesat barat tapi aku treasure setiap satu kesesatan. 



5.  Accommodation

Aku pilih Airbnb kali ni.  Kesnya itu je yang murah tapi macam biasa lah, airbnb tak pernah mengecewakan.  Sebab malas nak pikir, aku sewa 1 tempat je selama 8 hari. Mulanya aku book untuk 7 malam dan tak termasuk malam kitaorang sampai.  Cadangnya nak bermalam di airport sebab boleh jimat sikit.  Tapi bila host tahu dia terus offer aku 1 malam free.  Dia kesian agaknya.  Dia siap tolong carikan aku alternative untuk dapatkan public transport yang murah dari airport.

Kitaorang ambik whole apartment yang ada 2 single beds yang melekat.  Ada full kitchen,bilik mandi & toilet yang serupa taraf hotel. Yang paling best betul-betul depan apartment ada 2 supermarket yang sangat osem dan salah satunya tutup pukul 1 pagi setiap hari.  Makanya hampir setiap hari kitaorang pasti singgah sekurang-kurangnya 2 kali di supermaket.  Kali pertama di sebelah pagi untuk beli bekal untuk piknik di waktu tengahari dan sekali lagi bila balik malam.  Yang bestnya lagi selepas pukul 10 malam, kebanyakanan makanannya ada discount dan biasanya kitaorang dapatlah makan malam sushi yang sedikit murah.  Sekali sekala dapat juga aku merasa sashimi yang segar. Aku bayar sebanyak RM1704 untuk 7 + 1 malam.  Satu-satunya benda yang tak ada dalam apartment ni adalah washine machine (yang aku dah sedia maklum).  Tapi di groundfloor building ada prepaid washing machine.  Tak mahal sangat.  Satu load tak silap aku 300 Yen. 

Untuk yang berminat nak ambik apartment yang aku guna tu hari,klik SINI
 
 Building apartment

 
Ni lah supermarket yang super osem tu


6.  Makanan

Makanan adalah satu benda yang aku risau masa nak pergi.  Satu yang aku belajar masa kat Tokyo, kalau kita bukan jenis super was-was kat sana dan boleh hadam seafood sushi dan seangkatan dengannya, maka insyaallah kita tak akan kebulur.  Paling mudah dan agak mengenyangkan Onigiri (pulut tiga segi).  Di mana-mana ada jual dengan harga yang berpatutan.  Kitaorang biasanya beli dari 7-Eleven.  Harga sekitar 100-150 Yen bergantung pada inti.  Tapi sekiranya korang was-was, mungkin boleh konsider beli/masak pulut kosong dan makan dengan serunding.

Tapi oleh kerana aku mulanya ingat kan susah nak dapat makanan yang boleh di makan, aku bawa Brahim dengan jumlah yang agak banyak dan hampir setiap hari aku bawak bekal Brahim yang dah siap2 di panaskan dan beli onigiri. Makanan ruji Baby SJ ialah onigiri dan kadang-kadang buah dan bun.

Satu perkara penting aku aku belajar yang sebenarnya senang nak survive di Tokyo.  Untuk lunch kitaorang kebiasaannya piknik di park dan juga playground.  Untuk dinner kitaorang ada beberapa kali dinner di Halal Restaurant dan selebihnyan beli makanan dari supermarket dekat area rumah dan makan di rumah. In between, sandwich, pisang dan rice biscuits (by the time aku balik ke Malaysia aku dah ketagih rice biscuits)





 Antara pilihan makanan yang ada di Sepermarket kat depan apartment yang kitaorang sewa.  
Hampir 50% adalah seafood range.  Kebiasaanya aku tak ambik yang bergoreng 
sebab risaukan minyak yang di guna tapi sebaliknya aku ambik sushi



 Onigiri dari 7-Eleven.  Intinya Salmon.  Rasanya memang menjilat jari


Antara Halal Restaurant yang kitaorang pernah cuba.  Yang ni di Odaiba Island. 
Damage sekitar 900-1600 Yen seorang kalau tak silap




6.  Lain-lain

Tokyo bagi aku satu city yang menjanjikan pengalaman yang cukup best di serantau ni. Macam yang aku mention sebelum ni, aku ke Tokyo dengan preparation yang kurang tapi kepuasan yang aku dapat memang lain.  Betul kata kebanyakan traveller, sekali kita ke Jepun pasti kita akan merinduinya.  Korang kena simpan duit untuk rasa sendiri pengalaman.