Tuesday, August 23, 2016

Etiqa dan Etika



Kita sering kali bercerita pasal travel.  Kita bercerita tentang preparation untuk travel.  Kita bercerita tentang tentang tempat-tempat menarik, pantang larang di negara orang dan yang paling kerap kita bercerita ialah tentang bajet yang perlu di sediakan semasa travel.  Ada orang bajetnya tebal, ada jugak yang bajetnya nipis macam aku.  Ada orang suka beli tiket flight dulu baru pikir pasal bajet.  Ada jugak yang kira bajet dulu sebelum beli tiket.   

Travel bagi aku bukanlah perkara main-main.  Bukan sekadar beli tiket, masuk baju dalam beg dan naik flight.  Dalam suka ada seriusnya.  Dalam seronok ada gentarnya. Dalam gembira ada tangisnya.  Bukan semua output yang aku dapat adalah positive tapi ada juga yang negative.  Sebab suka travel lah aku dulu gaji tak naik-naik hampir 3 tahun.  Aku melawan bos setiap kali aku mintak cuti tapi tak dapat  Travel buat aku tak serik untuk cuba mintak lagi cuti walaupun dah tahu akibatnya.  Travel lah mendewasakan aku.   Aku yakin travel jugak banyak mendewasakan ramai dari kita kat sini.
   
Sementelah aku baru sebut perkataan dewasa, jom kita diskas topik orang dewasa sikit ini kali.. Etiqa & Etika. Dua (2) perkataan yang seakan sama tapi berbeza maksud. Dua perkara yang selalu dilepas pandang tapi sebenarnya amat penting.



1. Etiqa dulu

Senang cerita, ini cerita pasal insuran travel dan Etiqa ialah salah satu insurans travel untuk orang Malaysia.  Kalu ada pembaca dari negara lain aku yakin ada banyak lagi jenis insuran travel di negara korang.  Eh ada ke pun pembaca dari negara lain?  Mesti tak faham baca ayat tunggang langgang aku.

Sebelum korang ingat aku ni agen insuran Etiqa, baik aku bagitau, tak! aku tak jual mana-mana insuran.  Aku pilih Etiqa sebab nama dia lebih keMalaysiaan berbanding nama insuran-insuran lain.  Ini kan bulan kemerdekaan dan aku masih dalam semangat memburu medal sukan Olympic 2016 :).  Aku sokong Datuk Lee Chong Wei sampai berpeluh malam tu. 

Apa yang aku nak highlight kat sini ialah betapa pentingnya kita beli travel insurans sebelum travel.  Aku selalu sebut dalam post-post lepas, dalam travel aku pegang beberapa perkara dan antaranya adalah Expect the unexpectedIni kali kita diskas sikit the unexpected punya cerita - kes emergency, kes jatuh sakit dan kes kematian semasa travel.  Korang-korang yang hardcore mungkin tak terlepas pandang tapi aku tahu masih ada segelintir yang kadang-kadang terleka dan sedikit mengambil mudah pasal insuran travel.

Aku pernah terdengar ada orang kata buat apa nak beli insuran sebab duit bukan dapat kat kita pun kalau kita meninggal.  Betul tu, aku sangat setuju.  Siapa yang nak pun mengira duit pampasan dalam kubur.  Tapi insuran travel bukan semata duit pampasan, bro.  Yang lebih penting itu modal untuk korang incase korang sakit atau di timpa kecemasan semasa travel terutamanya di luar negara.  Kita kena ingat bayaran hospital di negara orang lain tak semurah negara kita.  Europe mengamalkan kos perubatan percuma.. HANYA untuk rakyatnya.  Begitu juga UK dan negara-negara lain.  Sementelah lagi US yang mana rakyatnya sendiri tanpa insuran nyawa tak mampu mendapat rawatan hospital.  Aku dengar ada beberapa negara yang bagi kos percuma untuk orang asing tapi rasa aku boleh kira dengan jari je.  

Itu belum cerita selepas meninggal. Puluhan ribu ringgit kena sedia untuk kos nak bawak balik jenazah ke Malaysia.  Jadinya baik korang prepare serba sedikit kalau tak nak susahkan keluarga korang nanti kalau jadi apa-apa semasa travel.  Untuk diri aku, kebumi di bahagian mana di bumi ni pun ok.  Itu aku lah..  Tapi jangan ingat kebumi kat negara luar free.  Mungkin lebih mahal dari bawa jenazah balik ke Malaysia.  Itu belum masuk isu permit lagi.  Dan bukan mudah nak dapat permit pengebumian bagi bukan pemastautin.  Apapun kita masih perlu insuran nak cover expenses.  Pendek kata, meninggal pun guna banyak duit.  Jangan kata nanti mak pak kita yang kena bergolok bergadai semata nak tanggung kos perubatan kita yang jatuh sakit di oversea dan lagi parah kalau kena bawa bawa jenazah kita balik ke tanah air.  Pedas kan.. pedas sikit tapi itulah realiti kehidupan.

Cara paling mudah ambik lah travel insuran, bayaran untuk travel insuran paling tinggipun sekitar RM300-400.  Kalau nak coverage tinggi, ambik lah yang mahal sikit.  Terbaru aku guna insuran travel Etiqa  untuk ke Jepun selama 8 hari, kos untuk insuran pakej keluarga cuma sekitar RM100 (selepas diskaun).    Aku pernah jugak ambik insuran travel AIG ke Europe untuk lebih dari 20 hari, kosnya sekitar RM300 lebih sikit untuk satu sekeluarga.  Untuk pakej single (bujang) lagi murah.   

Ok, bagi yang tak tahu nak beli insuran apa dan macamana prosedurnya.  Senang aje, semuanya di hujung jari.  Aku maksudkan ni, betul-betul di hujung jari.  Google aje - sekali petik sepuluh syarikat datang nak offer korang insuran travel.  Study yang mana berkenan di hati dan compare price masing-masing, decide, beli dan buat bayaran secara online.  Korang juga boleh refer tips dari RINGGITPLUS untuk compare.  Atau kalau nak compare secara manually (macam yang aku buat), di bawah ni ada beberapa link travel insurance yang korang boleh refer.  Sekali lagi aku bukan agen mana-mana insurance dan apa yang aku tulis cuma berdasarkan experince aku yang tak seberapa.

1. Etiqa - Reliable.  Big sister Etiqa adalah Maybank. Aku pernah guna sekali dan walaupun payment method agak leceh (orang Etiqa akan call untuk pengesahan debit) tapi aku suka sebab semuanya lancar.  Dan juga lebih murah compare yang lain-lain.  Aku tak de buat claim tapi Aku suka! Aku suka!

2. AIG. Berdasarkan pengalaman reliable jugak.  Aku start guna insuran ni sebab inilah yang company aku guna setiap kali employee travel.  Maka setiap kali aku nak travel aku mintak admin office tolong belikan.  Masa nak ke Korea (masa tu dah tak bekerja) aku ada beli sendiri secara online.  Rupanya sangat mudah dan tak sampai 5 minit aku dah dapat slip polisi yang dihantar ke email aku.  Beli tudung secara online pun tak semudah ni.   

3. AXA. Aku tak ada experience tapi AXA ni company besar, jadi boleh lah check

4. TUNEPROTECT.  Tune Protect ni bekerjasama dengan AirAsia dan aku rasa yakin kalau nak beli satu hari.  jadi kalau korang malas nak search insuran mana yang ok, boleh terus beli insurance dari TuneProtect semasa korang beli tiket AirAsia.  Tapi korang check betul-betul coverage masa korang kat ground nanti.

5. CHUBB TRAVEL INSURAN

6. ACE
   
7. CITIBANK smarttraveller 

8. ALLIANZ Travelcare 

9. TOKIOMARINE


Aku rasa ni sebahagian sahaja yang aku masukkan.. ada banyak lagi.  Korang google memang ada banyak untuk buat pilihan.  Untuk aku, aku utamakan coverage untuk hospitalization berbanding yang lain.  Aku pilih insurance mana yang boleh cover yang terbaik dengan bajet yang rendah. Untuk korang, korang kena pilih kriteria apa yang korang nak.  Tepuk dada tanya selera sebab pilihan sangat banyak dan luas.

Tips tepi
*   Pastikan korang pilih region yang korang akan travel dengan betul.  contonnya kalau korang nak ke Australia, janganlah tersilap pilih untuk beli region South Africa.  Silap pilih tak laku polisi korang.  
** Jangan lupa print dan bawak polisi insurans semasa travel.  Paling busuk printscreen polisi dan simpan dalam phone korang.  Kenapa kena bawak?  Sebabnya di situ ada contact number syarikat insuran dan juga no polisi korang jika ada kes emergency.



2. Etika

Ok.. ni aku rasa korang tahu apa maksud dia.  Etika kalau ikut DBP ialah prinsip moral atau nilai-nilai akhlak (adat sopan santun dsb) yg menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan manusia.  


Since topik etika ni agak panas, aku tak mau memanjangkan cerita dengan contoh-contoh yang boleh buat orang terasa.  Kita dah cukup dewasa dan sepatutnya dah tahu yang mana betul yang mana salah.  Apa yang kita was-was atau takut nak buat itulah yang tak betul biasanya.  

Contohnya, macam masa kat boarding school dulu, aku selalu takut-takut tapi masih menyorok dalam locker untuk ponteng PREP (kelas study).. aku takut-takut sebab aku tahu aku buat salah.  Aku takut sebab aku tahu aku tak beretika masa tu.  Cuba kata warden mengalakkan student sembunyi dalam locker masa orang PREP, mesti aku tak ada perasaan takut masa menyorok sebab dalam kes ni menyorok adalah perbuatan beretika.  Haha.  Contoh aje.  

Jadi kita faham2 sendirilah apa yang perlu di perbaiki.  Kalau sebelum ni kita pernah amalkan illegal hotel room sharing, maybe in future kita boleh beransur-ansur hapuskan amalan tu.

 
Ok.. Kenapa perlu beretika bila travel?
1.  Kita membawa nama agama. Kita adalah duta pada agama kita.  So jagalah.  
2.  Kita membawa nama negara.  Buruk etika kita, buruklah nama negara
3.  Kita bawa nama ibu bapa atau surname kita
4.  Kita bawa nama kita sendiri. 
5.  Kita memegang satu panji-panji yang bernama kejujuran.  Peganglah dia sekemas-kemasnya.


Aku jumpa ni masa naik bas dari Munich ke Zurich.  Secara spontan darah naik ke 
muka sebab malu.  Aku malu sebab aku tahu instruction ni di tujukan kepada orang 
Malaysia.  Kalau korang perhatikan di bawah, ada tulisan di tujukan ke pada orang 
Mainland juga.  So, adakah level etika orang Malaysia sama dengan orang dari Mainland. 
 Apa perasaan korang? Perasaan aku memang ke laut masa tu. 



Ada lagi beberapa experince yang agak memalukan yang aku pernah dengar. Antaranya, sebuah hotel di Australia agak keberatan menerima orang Malaysia sebab orang Malaysia suka masak dalam hotel room dan meninggalkan bau yang busuk.  

Kadang-kadang etika yang baik yang kita belajar di luar negara elok kita istiqamahkan bila balik ke negara kita.  Lama kelamaan kita boleh ubah mungkin sorang dua orang sekeliling kita dan orang itu boleh lagi ubah sorang dua orang sekeliling dia.  Contohnya, buang sisa makanan ke dalam tong sampah bukan amalan orang Malaysia kalau makan di restauran Fast Food tapi amalan biasa di luar negara.  Aku belajar dari situ dan aku istiqamahkan di Malaysia.  Sekarang Baby SJ pun sudah mula buat benda yang sama.  Simple kan.  Pada masa yang sama kita dapat bantu makcik cleaner di restoran Fast Food berehat. 

Contoh lain, berdisiplin dalam membuang sampah.  Di Tokyo contohnya, nak cari tong sampah memang sangat susah.  Aku cuma jumpa sekali dua.  Tapi walaupun tong sampah tak di sediakan, bandaraya Tokyo sangat bersih sebabnya rakyat Jepun bawa balik sampah ke rumah untuk di asingkan dan dibuang  Alangkah indahnya negara kita kalau semua orang macam tu.   Tak ada apa yang mustahil.  So jom kita start dari sekarang dan cuba ubah sorang dua orang di sekeliling kita.  Anyway, kita travel untuk belajar dan mengajar kan..


Till next time.  TQ






5 comments:

  1. yuuuu, kena setempek kat muka hehehe..

    dulu2 mmg tak kisah pun pasal insuran tapi bila tgk mcm2 jadi lately, nak tak nak mmg akan beli insuran juga..takutttt wooo :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zilla

      Aku dulupun gitu juga tapi nasib baik kerja kat company yang ambik berat pasal kebajikan employee. Dr situ lah aku belajar. Betul.. macam2 lah lately. Meninggal tapi family tak mampu nak bawak jenazah balik. sakit masa travel sampai bil beratus ribu.

      Delete
  2. salam, saya nak apply insurans etiqa untuk ke south korea. tapi bila saya pilih destinasi ke republic of korea, tak boleh proceed sbb ada pop out muncul dn menyatakan negara trsebut bahaya so mereka x cover. bila pilih democratic republic of korea oleh pulak proceed. so mcm mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam Tuan,

      Tak silap saya mmg tuan kena pilih Deocratic Republicof Korea. Nak pasti Tuan cuba call pihak Etiqa

      Delete