Ringkasan untuk Seoul trip 2015
Iternary
Keseluruhannya kitaorang travel selama 6 hari focusing kepada Seoul City. Kalau korang tanya cukup tak 6 hari, aku personally rasa tak cukup sebab kitaorang banyak berjalan secara kasual kali ni. Aku secara peribadinya tak rasa terdesak nak habiskan iternari dan Encik D pun sama. Kalau boleh dapat lagi 2-3 hari aku rasa lagi best. Tapi itu kes aku, aku tengok ramai orang boleh pergi seluruh korea dalam masa 8-10 hari. Untuk aku, aku selesa tepuk dada sendiri dan tanya selera sendiri. Apa yang penting,kenali apa yang kita suka & apa yang kita tak suka.
Expenses
Secara kasar kitaorang aim untuk travel secara super budget. Berjaya lah juga walapun tak pasti dah cukup budget atau tak. Akan tetapinya selama ni aku pegang prinsip dalam berjimat jangan lah sampai hilang tujuan sebenar nak kenal negara orang. Bagi yang nak ikut jejak, rasanya RM3000 dah cukup dan untuk single traveller RM2000-2500 dah cukup.
Aku tukar duit dari Malaysia dan sebahagian lagi di Seoul. Aku find out masa tu yang kalau withdraw duit di sana sebenarnya lagi murah berbanding tukar di Malaysia. Walaupun aku jarang guna kad ATM di oversea tapi pengalaman beberapa kali sebelumnya menunjukkan inilah rekod yang pertama withdraw duit lebih murah.
Tips yang penting
1. Beli tiket flight masa sale untuk budget macam aku kat atas tu. Kalau korang beli last minit memang Hai Hai Bye Bye lah budget macam tu.
2. Pastikan banyak google dan baca forum sebelum travel. Tips dari normal traveller macam kita sangat membantu tetapi sekali lagi, korang perlu tepuk dada tanya selera. Aku perasan kebanyakan orang terlalu ikut trend dan perlu pergi ke tempat semua orang pergi. Contohnya dalam kes aku, aku buat keputusan untuk ke Nami Island sebab semua orang ke sana kalau ke Seoul. Aku sebenarnya tak heran sangat pasal filming location Winter Sonata tapi hati aku cakap kena lah try sebab semua orang macam enjoy ke sana. Aku agak Encik D tak tahu menahupun pasal cerita Winter Sonata jadi influence dari dia memang tak ada.haha.
Aku find out hari tu Nami Island cuma indah kabar dari rupa (kecuali buku & library) & hati asedikit menyesal pilih Nami. Ini pendapat peribadi aku ye, lain orang lain citarasa. Maybe aku patut pilih destinasi lain atau aku patut cari tempat untuk trekking di luar Seoul (cita2 yang tak pernah tercapai sebab tak ada kesungguhan). Satu yang aku sedang cuba belajar praktikkan sekarang iaitu kadang-kadang kita kena pilih sesuatu yang di luar kotak.
3. Tak banyak aku boleh komen pasal penginapan kali ni. Kitaorang cuma pilih hotel dan terus terang agak tinggi untuk bajet aku tapi lokasinya cemerlang dan aku enjoy hotel yang aku duduk. Tak mustahil aku akan menginap di Philstay Myeondong lagi kalau aku ke sana lagi.
But again, bagi yang bekeluarga, lebih save ambik AirBNB apartment (entire apartment ataupun kalau nak jimat lagi ambik aje shared apartment). Kelebihan lain boleh masak & boleh cuci baju free.
Klik SINI untuk daftar airbnb secara free dan boleh dapat sedikit diskaun untuk 1st time user.
4. Bagi yang bujang, lebih save ambik hostel yang ada dorm. Kelebihan boleh masak juga.
5. Duit hangus untuk transportation agak tinggi sebab tak macam negara-negara lain yang aku pernah sampai, Seoul tak ada kaedah day ticket atau tourist friendly ticket. Aku cuma dapat ticket murah dari airport ke city centre dari KTO. Korang boleh melawat KTO office di bangunan HUP SENG di Jalan Raja Chulan,KL kalau ada masa. Ada banyak voucher yang korang boleh dapat tapi nasihat aku kalau kos untuk korang datang ke KTO office di KL dah melebihi RM20 lupakan lah. Tak berbaloi.
7. Bagi shopaholic mungkin ada banyak benda yang korang boleh beli di Korea terutama barang-barang make-up. Cuma satu yang aku nak pesan (di pesan oleh kawan aku yang pergi Korea dulu dari aku), jangan lah berharap nak dapat kulit semulus orang korea hanya dengan pakai product kecantikan diaorang. Semuanya momokan semata. Yang berkulit bak telur tu kebanyakannya plastic surgery. Kawan aku mintak aku perhatikan rupa orang2 kebiasaan Korea dan makanya aku pun perhatilah.. kesimpulannya rupa orang-orang awam diaorang 'biasa-biasa' je. Elok lah dari muka aku yang berkerak ni tapi maybe ada cuma sekitar 10% yang cantik macam yang kat drama korea tu. Moral of the story.. dont spend thousands on cosmetic. baik korang simpan duit pergi travel negara lain pulak. Jangan marah ye peminat fanatik product korea
8. Lagi komen pasal shopping. Aku sebenarnya nak cite yang aku survey harga kasut Timberland kat sana tapi jauh lagi mahal dari KL. Since aku bukan peminat shopping, aku memang tak tahu nak beli apa kecuali barang kiriman CK iaitu produk kecantikan CK pesan dan terjebak beli jugak kat aku sikit sebab CK cakapboleh jadi lawa kalau guna bedak brand korea (untuk aku memang tak berkesan.. so sila patah balik ke komen point no 7 aku tadi.. haha). Moralnya, kalau korang aim nak beli apa2 brand kat oversea sila survey di Malaysia dulu sebelum korang pergi ke oversea. Beli hanya kalau barangnya jauh lebih murah. Ini aku rasa ramai yang tertipu dan terpedaya.
9. Book penginapan awal-awal. Last minute & walk in akan mahal.
10. Makanan halal tak susah mana nak dapat di Seoul. Kalau nak mudah boleh pergi Itaewon sebab itu memang area muslim. Kalau korang nak mudah maybe boleh cari penginapan sekitar situ.
Lain-lain
Trip Seoul adalah trip pertama aku ke negara utara Asia (kecuali Thailand yang tak berapa utara). Aku pergi dengan minat yang tak berapa mendalam tetapi alhamdullillah aku enjoy trip ni. Ini adalah trip yang paling leisure aku pernah buat dan expectation aku pada Seoul dan juga travel partner juga agak sederhana kali ni. Iternary memang aku sediakan cuma kami tak stick sangat pada iternary. Kata orang kampung aku, trip ikut dan. But surprisingly, it was an excellent experince. Aku dah adapt style yang baru sekarang iaitu style real backpacker.. haha, ye ke pun. Refer SINI kalau berminat dengan post aku pasal backpacker.
Pengalaman merasa autumn di Korea sangat berbaloi. Walaupun ada harinya hujan tak henti tapi aku sangat puas hati dapat menyaksikan sendiri kecantikan autumn kat sana. Aku memang tak pernah jemu dengan autumn dan barangkali itu musim yang aku akan pilih lagi kalau ke Korea lagi. Atau barangkali Winter.
Maka, dengan ini segala intipati trip pada Autumn 2015 dah di sampaikan. Aku harap membantu bagi yang bertujuan nak ke Korea di masa akan datang. Aku harap one day aku berpeluang balik ke Korea tapi aim aku next time, ke less well known area. Juggle trekking barangkali & ataupun cycling ke utara Korea Selatan.. pergh berangan mesti ke langit walaupun stamina tak berapa nak ada.
Maafkan aku jika ada yang terkurang. Maafkan aku jugak sebab lately updatenya sangat slow.
Till next time
Thank you encik MKL
ReplyDelete