Friday, August 22, 2014

Adelaide 2013 - Panduan travel bajet ke Adelaide

PK menulis

  Penutup 2013 aku dan family bercuti ke Adelaide dalam 15 hari.  Kenapa Adelaide?  Hee.. reason utama tiket Airasia murah.  Reason kedua, plan asalnya  Adelaide hanyalah pit stop untuk ke NZ tapi last minute plan NZ terpaksa di batalkan sebab tak cukup duit.  Plan asal nak drive di South Island NZ selama 3 minggu tapi bila di kira simpanan untuk travel, duit tak cukup.  So aku postpone plan ke NZ.  Tapi alang2 dah beli tiket ke Adelaide, maka aku plan sebaiknya.  Mulanya aku memang beli tiket satu hala dulu sebab masa plan NZ tu ada kemungkinan kitaorang akan transit di Melbourne dari NZ. Since tak jadi, aku terus beli tiket balik dari Adelaide. 

Kata orang kenapa nak spend sampai 15 hari kat bandar kecik? Tahlah.  Mungkin masa aku beli tiket flight, aku tengah biol.  Tapi aku nekad untuk redah aje.  Kata orang lagi, Adelaide tak ada apa, sementelah lagi nak spend 2 minggu.  Cuak jugak sebenarnya tapi bila aku start gugel-gugel aku jadi teruja pulak dan dapat rasakan yang aku akan suka Adelaide.  Aku betul.. aku jenis orang yang tak perlukan bandar besar.

Encik D seperti biasa.  Dia tak masuk campur bab-bab travel ni.  Itu yang aku suka sebab tak payah nak berperang.  Semuanya dia serahkan aku yang buat.  Dari reservation sampailah ke iternary.

Sedikit overview trip aku


1. Penginapan
 
Kitaorang menginap di 3 tempat sepanjang di Adelaide

9 hari pertama kitaorang menyewa private room di Adelaide North yang letaknya cuma 2 km dari city centre.  Maksudnya kitaorang sewa 1 bilik tetapi owner tinggal sekali dengan kami.  Apapun kitaorang bebas menggunakan amenities rumah.

Sebenarnya ni adalah kali pertama aku menyewa private room.  Agak cuak tapi since accomodation di Australia memang mahal sikit dari tempat lain dan kitaorang agak sengkek, jadi aku gagahkan juga untuk satu pengalaman baru. Dalam cuak-cuak tu aku sebenarnya looking forward dengan experience baru.

Aku sekali lagi guna khidmat Airbnb.  Aku memang puas hati dengan Airbnb selepas guna beberapa kali.  Pada aku yang ada anak kecik ni, tinggal di apartment atau rumah persendirian banyak untungnya.  Satu boleh masak jika terdesak.  Dua boleh basuh baju.  Tahu ajelah, anak aku comot.  Ketiga walaupun aku cuma ambik private room tapi aku boleh guna keseluruhan amenities rumah (kecuali barang kat bilik owner la).  Mahal ke murah?  Bagi aku lebih murah dan lebih selesa dari hotel.  Dan bila masak sikit sebanyak boleh jimat duit for foods. Aku bayar RM1548 untuk 9 malam (termasuk airbnb service charge).  Purata untuk satu malam ialah RM 172. 

Owner rumah sempoi.  Aku lupa nama dia sebab aku banyak berurusan dengan housemate dia. Owner rumah kerja sebagai doktor.  Housemate dia yang banyak tolong kita orang. Seriously, I love the stay. Rumah cantik dan bersih dan peralatan lengkap.


Private room di Adelaide North.  Ada arnab yang suka orang.  Suka aku.

Kitaorang kemudiannya pindah ke Ambassador hotel yang terletak betul-betul di city centre.  Reason aku decide untuk booked hotel sebelum pergi tu adalah kerana aku nak buat back up plan sebenarnya.  Takut-takut private room tu tak best.  Kurang-kurang takde lah spoiled kan keseluruhan percutian kami.  Kalau tahu dari awal, aku terus je tinggal di private room.  Encik D agak keciwa bila kena pindah duduk di hotel sebab dia suka rumah tu tapi since hotel ni aku booked thru groupon Australia, aku dah postpaid awal-awal.  Hotel ni hotel kecik dan setting lama tapi sangat bersih. Aku dapat dengan harga separuh harga iaitu AUD60 satu malam (lebih kurang RM 177 saru malam)

Aku agak suka juga bilik hotel cuma tak habis nak tergelak sebab bilik kita orang, Room 207 tak ada wardrobe tapi ada kabinet serupa kitchen kabinet.  Overall, ok lah sebab dia betul-betul di tengah bandar cuma nasib kami tak baik, internet down sepanjang kami stay kat sini.  Busan tahap gaban & akhirnya kitaorang beli prepaid simcard (AUD 30 untuk seminggu).  Rugi sebab masa tu kami 4 hari lagi dah nak balik Malaysia.

Nasib kita orang agak baik sebab kita orang pilih untuk duduk masa public holiday & parking kat depan hotel jadi free (milik majlis perbandaran Adelaide).  Kalau di hari weekday, tak boleh parking kat depan hotel  & kena cari private parking.  Parking rate kat Australia memang mahal.  Masak jugalah kalau sekali masuk kena charge AUD 13.


Room 207.  Baby SJ cukup suka dengan selimut geli-geli

Dari Ambassador hotel, kitaorang menyewa studio apartment semasa ke Barossa Valley.  Ini yang paling best sebabnya studio kitaorang terletak di tengah-tengah ladang anggur. Memang bestlah.  Depan pintu aje dah pokok anggur berderet-deret.  Nasib baik anggur dia muda lagi.  Kalau tahu harus aku cerry berry sebab banyak makan anggur free.  Belakang rumah pulak ada padang yang saujana mata memandang.  Aku agak itu hays field tapi hays dah di tuai.  Bila sunset, scenery memang cantik.  Siyes.. memang kelas kabin yang dari luar nampak macam tempat orang simpan baja ni. Sekali lagi aku guna airbnb untuk buat booking.  Ok kos untuk dua malam RM626 (termasuk service charge). Purata untuk satu malam ialah RM 313.


Top left - studio dari luar.  Serupa macam tempat simpat baja kan.
Top right-  buah-buahan and ginger biscuits percuma. 
Middle right - bedroom (ada 1 chest drawer & 1 wardrobe).  
Bottom right & bottom left - living & kitchen

Sekeliling kabin.
Top three - bahagian depan studio. 
Middle left to right - anggur muda, tractor &anggur lagi. 
Bottom three - bahagian belakang studio

2 malam terakhir di Adelaide, kitaorang balik ke Ambassador hotel.  Kali ni kitaorang dapat bilik yang ada wardrobe tapi tak ada kitchen kabinet. Selimut geli-geli bertukar warna.  Kali ni dapat hitam.  Harga sama macam sebelumnya AUD60 satu malam.


Room 205.



2. Transportation
 
Kitaorang banyak guna public transport untuk the first part.  Bus dan Tram dan kebanyakannya adalah f.o.c. 

Ada free shuttle bas dari penginapan kami ke hampir semua part di dalam bandar Adelaide dalam kadar setiap 30 minit.  Setiap shuttle driver yang aku jumpa baik dan peramah. Ini adalah kesan dari duduk di bandar kecil, semua orang masih berminat untuk ada human contact dengan orang lain.  Lagipun, ini lah sebabnya aku suka Australia, dia orang dpat menerima kita yang bermuka asia dengan baik. Tapi limitationnya perkhidmatan shuttle ni cuma hingga pukul 5 petang.  Selepas itu samaada naik bas berbayar atau jalan kaki.  Tempat kitaorang tinggal jauh dari laluan tram, kitaorang jalan kaki aje kalau mahu balik ke rumah.  Alah, 2 kilometer macam keliling shopping kat KLCC dua kali aje (walaupun aku bukan kaki shopping)

Perkhidmatan tram merentasi West North ke South East  bandar Adelaide.  Hentian terakhir samada di Adelaide Entertaiment Center atau South Glenelg beach di sebelah bertentangan.  Dari city centre menghala ke Adelaide Entertaiment centre tak perlu bayar tiket some part of the journey.  Tapi kalau mahu ke South Glenelg beach kena bayar dalam AUD4.30 satu hala. Kitaorang naik tram berpuluh-puluh kali agaknya sebabnya baby SJ suka sangat naik tram. Terkena pulak Ambassador hotel betul-betul letak di depan tram stop.

 Top and 2 bottom photos - tram. 
Middle left photo - normal bus bukan shuttle bus.  Saya terlupa nak  
capture gambar shuttle bus tapi saiznya sebesar bas mini kita dulu-dulu.  
Inner city shuttle bus saiz sama macam rapid KL kita.  

Part kedua trip, kitaorang sewa kereta. Ni sebenarnya first time kitaorang drive kat abroad.  Sila ingat sewa sekali GPS dan baby seat (jika ada anak macam kami).  Kanak-kanak di bawah 4 tahun wajib duduk di car seat.  Memandu di Oz tak perlukan lesen international, cukup sekadar lesen Malaysia yang masih valid.  Yang penting ikut peraturan jalan raya terutama had laju dan sila bersopan. Cara memandu adalah sama seperti Malaysia iaitu left lane.  

Aku sewa kereta dari Malaysian yang duduk di Adelaide.  Aku kenal dia melalui adiknya yang aku pernah jumpa di Melbourne.  Sewa yang aku dapat sangat murah okeh.. Tak silap, cuma AUD25 satu hari.  GPS dan baby seat lain charge tapi masih consider separuh dari harga kalu sewa dari syarikat sewa kereta.  Korang boleh contact aku kalau nak tahu bagaimana nak contact brother yang sewakan kereta dia kat aku ni.  Aku nak letakkan link facebook account dia kat sini tak elok lah.  Tip aku kalau menyewa dari brother ni, jangan lah kedekut nak bagi tips pada pekerja dia yang terdiri dari adik-adik student Malaysia.  Aku berpeluang jumpa 2,3 orang srtudent Malaysia masa kat sana, semuanya helpfull.  Overall, nasihat aku, kalau korang nak gi mana-mana, korang try cari network Malaysian yang tinggal kat tempat tu.  Ramai jugak Malaysian yang tinggal abroad buat duit dengan menyewa kereta. Aku cuma bayar sekitar AUD275 untuk 8 hari (rough figure) termasuk airport transfer.

Satu tips pasal nak isi minyak di Australia & kebanyakan negara lain.  Harga minyak berbeza-beza dari satu petrol station ke station lain. Beza harga tak banyak, 10-20 sen untuk satu liter tapi masihlah kan. .  Jadi korang kena pandai-pandai plan.  Yang aku perasan, tengah-tengah bandar memenag mahal sikit dari sub urban tapi bila aku travel ke pendalaman, minyak lebih mahal.  Jadi sebelum memulakan perjalanan plan betul-betul.

 Kereta sewa kami tua sikit tapi conditionnya masih tiptop.  
Yang penting ok & jimat minyak.  Kami cuma spend 
AUD140 untuk minyak selama 8 hari menggunakannya. 
Padahal guna  agak extensive juga, maybe 700-1000 km 
selama 8 hari, tapi minyak sangat jimat bagi aku.

Sementelah bercakap pasal transport, satu benda yang menarik perhatian aku di Adelaide iaitu nombor plat.  Aku perhati dia orang kat sini bebas memilih nomber plat ciptaan sendiri ataupun mungkin yang di providekan secara standard.  Aku pernah ternampak satu kereta dengan plat nombor IlovU. Sangat sesuai untuk orang berjiwa dalam hati ada taman. 
 
 Antara yang berjaya aku capture.  Yang paling aku suka plat JF  & ER. 

3. Makanan halal
  
Makanan halal tak susah nak dapat di Adelaide.  Paling senang nak tahu, bila jumpa student Malaysia kat mana-mana, tanya dia orang.  Student Malaysia kat sini baik-baik dan yang aku jumpa kebanyakannya sudi membantu.  Sampaikan ada seorang student perempuan ni siap bagi aku numbor telefon dia incase aku tak jumpa restoran yang dia cakapkan.  Nasib baik lah baby SJ kecik lagi, kalau dah besar harus aku jadikan menantu.

Halal meat boleh dapat di Central Market (menurut student sini).  Bila aku ke central market saya memang perasan ada 2,3 butcher yang jual halal meat.  Since senang dapat makanan halal di Adelaide, aku tak ada masak secara serius kat sini.  Setakat nasi goreng untuk breakfast ada lah.  

Sebelum pergi aku ada buat sikit study pasal makanan halal dan tempat-tempat yang di recommend oleh local  Korang boleh refer sini; weekendnotes.com.

Antara yang pernah kitaorang makan
1.  The swingging Bowl.  
Restoran melayu dan makanannya memang sangat sedap dan harga sangat berpatutan. Terletak di Rundle Mall area.  Ini hampir menjadi makanan ruji kami dan menjelang weekend kami biasanya akan tapau stok untuk 2 hari.  Sambal belacan & sotong goreng dia memang kaw. Below AUD10 untuk satu meal.  Siyes, aku suka gila makanan sini.  Milik orang melayu dan pekerjanya terdiri dari adik-adik student yang cari duit poket.



2.  Warong di Rundle place foodcourt.  
Makanannya lebih kepada Malaysian Chinese.  Aku  struggle sikit sebab tak pedas.  Tapi aku suka sini sebab super cozy. A five star foodcourt.  Ada sofa & ada satu hari baby SJ nap kat sini sementara kitaorang makan. Foodcourtnya terletak di open basement, dan senang kitaorang nak kawal pergerakan baby SJ. Baby changing room pun sangat ok, so sesiapa yang travel dengan anak kecik, please consider this place. AUD 8-12 per meal.

3. Rashan stall di Adelaide Central mall di Rundle street.  
Chinese Malaysian tapi makanannya boleh tahan sedap. Ada noodle, ada rice dengan pilihan 1-3 lauk pauk.  Below AUD10 untuk satu medium size meal

4.  Yiros Kebab di dalam David Jones juga. 
Sedap.  Aku dapat tahu dari adik student ada banyak franchise Yiros Kebab di Adelaide tapi bukan semuanya halal.  Kalau ragu-ragu tanya pada jurujual.  Kitaorang pernah makan di 2 franchise, kitaorang ambil pendekatan tanya.  Harga in between AUD 8-14 kalu tak silap.

5.  Burger di Harvey Norman foodcourt (tak ingat nama stall dia). Sekali lagi student Malaysia yang suggest kitaorang try burger ayam.  Boleh tahan sedap.  Burger daging aku tak pasti halal ke tak. Harganya pun berpatutan.  Below AUD10 untuk satu set meal. Aku perasan ada Malaysian mamak di foodcourt yang sama tapi kami tak sempat test makanan dia.

4.  Mekong restaurant di Hindley street.  
Kami makan tom yum kat sini. Bagi yang kurang tahan pedas, sini mungkin tempatnya.  AUD 13-20++ per meal. 

5.  North Indian Cuisine di Hindley street.  
Aku ada  satu pengalaman kelakar di sini.  Aku mintak small size rice dengan 3 lauk.  Lauknya memang banyak tapi masalahnya waiter tu  bagi aku nasi yang di tambah ketiga-tiga lauk di atasnya di dalam piring cawan.  Macamana nak makan.  Sudahnya aku tak makan sebab aku rasa geli tengok nasi bercampuk aduk dengan kuah yang banyak.  Encik D yang order nasi medium dapat dalam piring kuih.  Konsep small, medium & large betul-betul di guna pakai di restoran ni.  AUD 6-15++ per meal.

6. Domino pizza.  
Biasanya pizza akan jadi pilihan kami kalau tak jumpa restoran yang terang-terang halal.  Kami pilih makan pizza seafood.  Sedap dari Domino di tempat kita.  Price start from AUD 8. 

7.  Nandos.  
Nandos di OZ adalah halal menurut student Malaysia.  Nandos di sini juga jauh lebih murah dari Nandos di KL.  Sedap dari Nandos kita.  Price starts from AUD 8. 

Bila kitaorang travel outside Adelaide kitaorang biasanya bawa bekal, samada masak yang simple ataupun tapau terlebih dahulu dari The Swingging Bowl.  Kemudiannya piknik kat park dia yang memang merata.  Best tau sebab local pun ramai.

Overall, sepanjang 15 hari di Adelaide, makanan bukanlah masalah bagi kitaorang.


4. Cuaca

Time kitaorang pergi, Adelaide baru start summer.  Tak banyak beza dari Malaysia cuma ada harinya terlebih panas.  
Datang waktu summer banyak kelebihannya.  
Pertama, jimat dari saiz luggage. 
Kedua, tak payah nak beli winter clothes, jimat duit.  
Ketiga, senang nak adapt diri dengan cuaca. 
Keempat, siangnya panjang so ada banyak masa nak berjalan.

Kitaorang bernasib baik sebab summer baru bermula dan cuaca tak sepanas january-march tapi ada jugalah  terkena heatwave yang suhu mencecah sampai 44 degree selama 2 hari.  Panas sampai muka kitaorang hitam legam.  Kitaorang terpaksa menghadkan aktiviti luar sebab tak tahan panas.  Kata student Malaysia, bulan Jan-March kadang boleh mencecah 50 degree.  Tergolek.  The best time rasanya antara Apr-Jun atau Sep-Nov.

5. Lain-lain
  
Tak ada apa lagi yang aku nak highlightkan secara general.  Cuma pastikan korang ada simpan duit spare untuk emergency atau make sure ada dalam atm card.   Kitaorang ada kes kecemasan di mana kunci kereta sewa jatuh & dengan bantuan owner kereta, kitaorang terpaksa panggil tukang kunci.  Kosnya memang masak iaitu AUD270.  Aku tak ada lah mintak discount tetapi owner kereta decide untuk share kos.  Memang sempoi sangat brother tu.  

Umumnya, kami mengamalkan cara redah jaya seperti biasa dengan sedikit preparation & study.  Satu je yang aku nak highlight iaitu Adelaide bukanlah tempat terbaik untuk shopping tapi kalau korang nak enjoy nature aku memang syor sangat2 sini.  Insyaallah ada rezeki aku akan pergi lagi.

13 comments:

  1. Assalam... Blh x sy dptkn contact no tuan .. Sy nk tanya beberapa perkara ttg adelide...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zamnah,

      Boleh email saya di tummybird13@gmail.com :). Saya akan cuba bantu apa yang mampu

      Delete
  2. Perkongsian yang menarik...sangat2 bermanfaat utk mereka yang bercadang ke Adelaide...

    ReplyDelete
  3. byk info... klau blh sy nk share.. tq

    ReplyDelete
  4. Salam, Puan,
    Perlu visa tak untuk ke Adelaide?

    ReplyDelete
  5. Salam Encik/Puan/Cik,

    Visa di perlukan untuk ke Australia termasuk Adelaide

    ReplyDelete
  6. slm, hi . boleh minta contact malaysian yg ada servis sewa kereta ? emel: theliuchz@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, boleh tolong share contact malaysian yg ada servis sewa kereta? Email saya: asrulyaman@gmail.com

      Terima kasih atas pertolongan

      Delete
    2. Assalamualaikum Encik Asrul

      Encik search umar faruq muhamad shamsudin di fb. TQ


      Delete
  7. Salam,

    Perkongsian yg sgt membantu dan membuatkan sy teruja. Terima kasih.
    Boleh tlg share contact no kreta sewa malaysian yg murah tu.
    Emel sy: sitisalwamohd@gmail.com

    ReplyDelete