Friday, August 22, 2014

Mukadimah

Bismillahirahmanirahim

Post #1 utk blog baru. 

Aku selalu teruja dan minat baca travel blog blogger2 lain.  Ada masanya aku boleh habiskan masa baca travel blog orang sampai satu hari.  Dari satu blog ke satu blog.  Kekadang sampai ke tahap buat iternary.  So dari situ lahir idea nak buat blog ni.  Aku harap dapat share cerita macamana budak kampung macam aku travel.  Aku belum jalan rata, tak banyak mana tempat yang aku dah redah tapi mungkin ada satu dua tempat yang jarang di kunjungi dan mungkin boleh jadi guide korang satu hari.  Aku akan buat details tapi kemungkinan expenses setakat conggak kasar aje sebab aku dah tak berapa ingat.  Mungkin di masa depan aku akan berusaha untuk ingatkan diri untuk buat kira-kira expenses.

Ok.. details tentang authors.  Since aku ni tak banyak tempat sangat pun dah pegi, aku akan share blog ni dengan BFF aku, CK.  Aku  pula PK.  Ni nama singkatan yang kami guna untuk blog yang sedia ada.  CK ialah singkatan Cik Kucing atau Cik Kentang.  PK singkatan untuk Puan Kucing.  Kitaorang ni ada 2 hobi - kucing & travel.  So aku rasa itu dah cukup menceritakan tentang kami. Aku & CK dah berkawan lebih dari 20 tahun.  Dari zaman muda sampai dah start beruban.  Sebelum serius menternak kucing kami selalu travel sama-sama tetapi sejak2 jadi penternak kitaorang ambik turn untuk travel.

CK masih single dan selalunya travel bersama-sama kawan2 single.  Aku sudah bertitle mak orang.  Travel biasanya bertiga.  Jadinya watak sampingan dalam blog ni yang mungkin akan kerap di sebut adalah family aku, Encik D (singkatan untuk Encik Drummer) & baby SJ (yang dah tak baby sangat).

Rentak aku & CK pasti akan lain.  Aku ni budak kampung.  CK ni bandar tulin.  Naik basikal pun tak reti.  Jauh sekali main terjun2 sungai macam aku masa kecik-kecik.  CK biasanya lebih tertib bila menulis.  Aku ni banyak terjah.  Rojak lah sikit nanti.  Apapun aku harap korang akan enjoy.  Bagi aku kelebihan dari partnership kitaorang ni, senang bagi yang single mahupun yang dah berkeluarga buat pilihan. 

Satu prinsip yang aku pegang setiap kali travel - Expect the unexpected.  

Harap korang dapat bagi sokongan dan tegur mana yang boleh di ubah.

Terima kasih kerana sudi menjengok blog kitaorang

Yang ikhlas
PK


No comments:

Post a Comment