Sunday, August 31, 2014

Adelaide 2013 -Aktiviti Carca Merba

Entry hari sebelumnya; Hari ke 4


HARI KE 5 (21.12.2013)

Hari ni birthday ke 3 baby SJ.  Bila aku tanya dia apa dia nak untuk birthday dia, dia cakap dia nak naik train.  Plan asal nak bawak dia pergi botanic garden tapi sebab dia nak naik train aku kansel plan asal.  Kitaorang pun bawak dia naik tram pergi Adelaide Entertainment Centre.  Aku main redah aje & tak tahu apa yang ada kat situ.  Sampai sana aku nampak ada park berdekatan yang buat pameran miniature cerita-cerita fairytales sempena nak krismas.  Nasib baik. 

 Tak boleh pergi dekat tapi oklah boleh lah buat budak-budak enjoy 
sambil makan aiskrim.  Lagipun f.o.c je kalau nak tengok ni.

Lepas lebih sejam kitaorang biar Baby SJ enjoy, kitaorang pun gerak naik train ke City Centre balik.  Sebelum naik train aku sempat jengok park berdekatan.  Aku memang jatuh hati dengan park kat Adelaide.  Aku biasa dengan pokok dan hutan dari kecik.

Bonython Park.  The simple nature attract me most.

Kitaorang turun kat City West station, dekat dengan South Australian Health and Medical Research Institute.  Masa ni dah lewat petang.  Nak pergi ke Botanical Park dah tutup.  Botanical park buka dari 9.00 a.m - 5.00 p.m sahaja. Dari situ kami jalan kaki ke River Torrents Park yang mengadap ke goverment house. 

River Torrents

Tak ada banyak benda sangat boleh buat kat park ni sebab sesetengah dengan dalam proses improvement.  So kitaorang singgah sekejap aje.  


 Kitaorang kemudiannya berjalan menghala ke Adelaide North dan singgah ke Wellington Square park.  Aku suka park yang dekat dengan penginapan kitaorang ni sebab dia luas dan sangat bersih.  Dia sebenarnya macam roundabout sebab keliling dia ada jalan.  Sementara Encik D melayan baby SJ main boomerang yang baru beli pagi tadi, aku duduk atas rumput melayan burung. Masa-masa ni lah nak rasa dalam hati ada taman sebab sejak ada anak susah nak mengelamun :).



Kitaorang balik bila hari dah cukup gelap.  Rumah yang kitaorang duduk tu cuma dalam 200m dari situ.  Tak sampai 5 minit dah sampai.  Malam tu aku tak ingat apa yang kitaorang makan.  Maybe two of the packed foods yang dibawak dari KL.

Ringkasan untuk hari ni,

No comments:

Post a Comment