HARI KE 4 (20.12.2013)
Lepas Breakfast, kitaorang naik bas pergi Tourist Information Centre di King William Rd. Kitaorang cuba dapatkan information terutama pasal luar dari Adelaide. Banyak jugaklah info yang dapat terutama pasal whether & kebakaran hutan. Kitaorang di ingatkan berhati-hati incase ada kebakaran. Kebakaran hutan agak kerap jadi di musim panas kat sini. Sebab tu kena hati-hati. Sebenarnya sepanjang aku kat Adelaide, ada beberapa kejadian kebakaran yang aku dengar. Kat tempat yang aku pergi ada 2 tempat terbakar selepas beberapa hari aku tinggalkan tempat tu.
Kemudian kitaorang ambik intercity sguttle bus pergi ke Central Market. Bila sampai taklah sebesar yang aku ingat. Kami spend sejam dua ronda-ronda. Aku memang suka pasar sebab bagi aku pasar adalah tempat terbaik kalau nak mengenali locals. Terus terang kali ni aku agak kecewa. Tak yang macam aku expect. Maybe sebab CM letaknya sebelah Chinatown & kat CM sendiri ramai peniaga Chinese so aku rasa macam pergi ke pasar biasa aje. Maybe ada yang tak setuju dengan aku. Tapi janganlah korang ambik serius sangat dengan komen aku sampai tak nak pergi langsung. Kitaorang pun pergi 2 kali. Kali kedua untuk beli souvenier.
Aku seronok tengok harga buah kat pasar. Summer adalah musim strawberries so strawberries boleh dapat dengan harga yang murah. Aku beli dengan harga AUD3.99 sepeket. Rasa strawberries sini memang fresh. Maha sedap. Encik D & Baby SJ tak suka strawberry, so kejap je aku habiskan sepeket. Aku jugak suka tengok gerai Cheese sebab diaorang susun cantik. Kat dalam CM ada tempat makan & satu gerai makan yang halal (Arab). Kalu korang nak datang sini langsung dengan makan kira bolehlah. Aku ada beli Lebanese bread. Sedap gila sampaikan housemate tuan rumah pun kata sedap. Kitaorang selalu share makanan. Bila kali kedua aku pergi bila nak beli lagi, roti tu dah habis stok. Terkilan gila aku.
Antara gerai-gerai yang ada
Apa yang ada kat gerai buah. Cuba compare harga strawberry dan harga
rambutan. Buat aku hargai rambutan bila balik kampung. Kat lampung aku
orang biar buruk atas pokok je kalu dah banyak sangat dan tak termakan.
Kalau aku tinggal sini maybe lah sekali sekala mengagahkan diri beli sebab
aku memang alah dengan rambutan. Pantang nampak mesti nak.
rambutan. Buat aku hargai rambutan bila balik kampung. Kat lampung aku
orang biar buruk atas pokok je kalu dah banyak sangat dan tak termakan.
Kalau aku tinggal sini maybe lah sekali sekala mengagahkan diri beli sebab
aku memang alah dengan rambutan. Pantang nampak mesti nak.
Aku perasan harga pokok bunga tak murah compare kat negara kita. Tapi memang cantik.
Dari CM kitaorang decide untuk balik Ke Rundle Street & makan kat situ. Aku rasa Rundle Street ni tempat yang sangat selesa untuk berlegar sebab tulah kita orang suka kat area ni. Nak makan dan nak gi changing room sangat senang. Kitaorang makan kat The Swingging Bowl. Klik sini kalau nak tahu komen aku pasal kedai makan nama The Swingging Bowl ni; Food. Lepas makan lepak-lepak jap dan sempat lah enjoy beberapa busking performance. Aku memang penggemar street performance. Then petang sikit kitaorang berjalan meninggalkan Rundle street, kununnya nak pergi ke East End area sebab nak cari Summer Night Market. Jalan punya jalan sampai ke hujung jalan tapi tak jumpa apa. Aku tak sure aku dah salah ke apa. Kaki dah sakit so aku ajak Encik D patah balik ke Rundle street.
Masa on the way nak gi East End
Kitaorang makan malam kat Rashan Corner di Adelaide Central Mall. Klik link atas kalau nak tahu pasal Rashan Corner. Lepas makan sambung tengok busking. Then aku ajak Encik D cari bas untuk balik ke North Adelaide. Kemudian barulah kitaorang sedar yang kitaorang sebenarnya tak tahu apa nombor bas dan kat mana nak naik kalau nak balik ke rumah. Selama ni kitaorang cuma naik free shuttle dari rumah ke city centre dan shuttle service cuma sampai 5 petang aje. Lanjut baca entry pasal transportation. Aku ajak Encik D slow-slow jalan dan naik bas kalau ada nampak tulis lalu kat North Adelaide tapi sampai last tak ada. Lama-lama kitaorang pun sampai rumah. Penat sikit lah tapi kurang-kurang sampai. Taklah teruk sangat,sempatlah lah capture some good photos.
Clockwise dari kiri; St Peter Cathedral masa malam, Adelaide Oval
(stadium Kriket yang femes kat Australia) & Cathedral dari side lain.
Sebab kepenatan, aku tidur macam kayu malam tu.
No comments:
Post a Comment