Kitaorang dikejutkan dengan heatwave di hari kedua. Aku memang tak pernah lagi pergi ketempat yang yang suhu lebih dari 40 degree. Kat KL pun paling-paling 36-37 degree dan biasanya aku jarang keluar jauh-jauh kalau panas sangat. Tapi suhu hari tu 43 degree. Rasa macam terjatuh dalam toaster masa orang bakar roti.
Dari penginapan di Adelaide North, kitaorang ambik free shuttle bus untuk ke bandar. Best jugak sebab bas bawak keliling jauh-jauh dan dapatlah sekilas mark mana yang nak datang balik. Lalu depan Adelaide University & Adelaide zoo. Driver bus memang baik gila. Naik bas jangan lupa cakap Hello kat driver sebab itu cara orang sini. Nak turun pun jangan lupa cakap Thank you. Driver bas agaknya nampak kitaorang muka confused tak tahu nak turun mana, dia tolong cari map laluan bas & bagi kita orang satu.
Kitaorang try ikut iternary iaitu pergi SA Museum. Lagipun ni hari yang tak boleh buat aktiviti luar sebab memang bahang gile. Sikit lagi aje nak pengsan. Turun bas betul-betul depan Museum. Kami berlari masuk museum. Kebanyakan museum kat sini masuk free, tapi kalau korang nak donate untuk tabung maintenance museum bila keluar karang letak lah duit kat dalam tabung yang disediakan dekat dengan pintu museum. Tapi jangan ingat sementelah free, museum dia cikai. Keseluruhan ada 4 tingkat.
Tingkat bawah, hal-hal haiwan. Pastu tingkat 2 hal-hal sejarah Austalia . Pastu tingkat 3 hal-hal mining dan geologi. Ni lah floor paling best sebab aku ni geologist.. sejam lebih lah aku duduk kat section ni. Inilah museum bahan geologi yang terbaik pernah aku jumpa. Tingkat sama jugak ada fosil, jadi memang lah rasa macam nak bergolek sebab suka. Tingkat paling atas ada marine life. Kitaorang memang leka. Alih-alih tengok jam dah pukul 3 petang. Patutlah perut dah kempis dan baby SJ dah mintak susu.
Tingkat bawah, hal-hal haiwan. Pastu tingkat 2 hal-hal sejarah Austalia . Pastu tingkat 3 hal-hal mining dan geologi. Ni lah floor paling best sebab aku ni geologist.. sejam lebih lah aku duduk kat section ni. Inilah museum bahan geologi yang terbaik pernah aku jumpa. Tingkat sama jugak ada fosil, jadi memang lah rasa macam nak bergolek sebab suka. Tingkat paling atas ada marine life. Kitaorang memang leka. Alih-alih tengok jam dah pukul 3 petang. Patutlah perut dah kempis dan baby SJ dah mintak susu.
Tingkat 1
Tingkat 2
Tingkat 3.
Tingkat 4.
Keluar dari SA museum, kitaorang jalan cepat2 cari tempat nak makan
sebab selain dah lapar kitaorang nak cepat-cepat masuk ke building yang
ada aircond. Iternary no 2 postpone ke esoknya sebab dah lapar. Kitaorang tuju ke Rundle Mall area yang letaknya cuma seberang jalan besar. Kemudiannya, ambik keputusan nak makan kat Rundle Place (sebuah shopping complex)
sebab Encik D nampak ada sebuah gerai Malaysian - namanya Warong (other
half aku ni tekak melayu tulin, kena makan nasi setiap hari).
So kitaorang makan kat situ. Macam aku tulis kat Adelaide-Mukadimah
entry, food dia tu ok cuma aku tak boleh makan tak ada pedas, so aku struggle sikit. Rundle place ni memang sangat selesa & kami habiskan masa dalam 2 jam kat situ. Bilik salin diaper baby pun siap ada play area untuk kanak-kanak. Situpun ada hypermarket yang besar. Kitaorang keluar bila Rundle Place tutup iaitu pukul 5.
Dari situ kitaorang naik tram pergi ke South Glenelg beach. Stesen tram tak jauh pun dari Rundle Mall. Jalan dalam 200-300 meter nampaklah station tram. Tak usah takut sesat kat area sini sebab Rundle Mall ni senang je. Tram agak kerap & cuma ada 2 hala. Satu hala ke Glenelg, satu hala lagi ke arah Entertainment centre.
Sampai station aku ada nampak machine tiket cuma untuk beli tiket kena pakai card. Tak silap dia ada agent somewhere situ yang jual card juga tapi aku malas nak lintas jalan dan cari. Aku try bayar guna card credit aku tapi dia tak accept. Kat machine tu tulis, dalam tram nanti ada machine yang accept duit.
Makanya aku cuba membeli tiket di dalam tram tapi aku tak pandai nak guna machine. Manusia pulak agak ramai sebab time orang balik keje. Nak panggil Encik D dia jauh & susah untuk dia datang sebab kena tolak stroller celah-celah orang. Aku pun try dapat bantuan dari local tapi tak ada sorang pun yang tahu. Semua yang berdiri di tepi ticket machine suruh aku tak payah bayar tiket. Ada sorang ni siap bagitau aku yang dah 30 tahun dia naik tram tapi tak pernah pun terserempak dengan ticket inspector. Aku memang rasa cuak sekali dengan rasa berdosa. Akhirnya kitaorang sampai dengan selamat di Glenelg beach. Perjalanan dari Rundel Mall sekitar setengah jam.
Glenelg beach ni tempat yang wajib pergi kalau ke Adelaide. Kawasan jajahan dia besar juga. Siap ada hotel 5 star. Kedai pun berderet-deret. Memang happening gile.
Bangunan & monument yang letak betul-betul depan tram stop.
Top left busker buat performance.
Seagul / camar
Menjelang dan semasa sunset (lebih kurang pukul 8 p.m). Perfect.
Aku memang ada penyakit sayu setiap kali tengok sunset.
Sindrom dalam hati ada taman kah?
Jangan lupa makan aiskrim kalau pergi Glenelg. Ais krim Glenelg memang jadi sebutan kalau baca forum. Aku tak makan sebab aku tak suka makanan manis tapi anak aku makan. Dia memang enjoy. Kali kedua pergi dia sendiri pergi order kat kaunter. So agaknya memang sedaplah tu. Tapi harga boleh tahan sikit, sekitar AUD6. Terbeliak jugaklah biji mata masa nak bayar. Tapi bukan selalu kan.
Overall, bagi aku, Glenelg is a beautiful beach. Aku seriously love this beach.
Kami kemudiannya ambik tram balik. Kali ni kitaorang beli tiket tram kat station. Sampai di city centre Aku & Encik D decide untuk jalan kaki je balik ke North Adelaide. Sesambil tu kitaorang singgah di Mekong Restaurant untuk tapau tom yam dengan nasi. Sampai rumah makan, mandi, solat & berborak sekejap dengan housemate tuan rumah sebelum berlabuh. Hari yang panjang & penat tapi best.
Perjalanan aku hari ni
Perjalanan aku hari ni
No comments:
Post a Comment