Monday, September 19, 2016

Small Tips untuk booking AIRBNB apartment



Mungkin ada antara korang yang suka pilih servis airbnb bila travel. Mungkin ada yang baru nak belajar berjinak-jinak dengan airbnb.  Post ni bertujuan experience sharing yang sangat tak seberapa.  Dalam belajar guna servis airbnb aku dengan tak sengaja belajar beberapa trick.  Tah boleh di guna pakai orang lain tah tidak tapi harap korang boleh faham apa yang aku bakal merapu dan kalau bernasib baik boleh lah tiru style aku.  Again, post ni tak sesuai di baca oleh hardcore airbnb sebab aku rasa korang lebih handal dari aku.


Bagi yang tak berapa tahu apa tu airbnb, wikipedia cakap 

Airbnb is an online marketplace that enables people to list, find, then rent vacation homes for a processing fee. It has over 1,500,000 listings in 34,000 cities and 191 countries. Founded in August 2008 and headquartered in San Francisco, California, the company is privately owned and operated.


Kenapa nak pilih airbnb sedangkan hotel atau hostel ada?  Kebiasaanya airbnb dipilih sebab dia lebih murah dari hotel dan kemudahhanya menyamai atau lebih baik dari hostel dan juga privacy lebih terjaga.  Aku secara peribadinya mengunakkan ketiga-tiganya- hotel, hostel dan private apartment; bergantung pada masa dan keadaan semasa.

Aku nak share beberapa tips dan langkah-langkah yang aku dapat based kepada experience aku. 


1. Sign up

Pertamanya korang kena sign up dengan airbnb.  Ambik masa sikit sebab korang kena masukkan detail korang termasuklah payment detail dan akan ada proses verification.  Bertabahlah sikit, lagipun proses ini sekali aje.  

Untuk sign up korang boleh boleh guna account fb ataupun account google.  Korang boleh sign up direct guna website airbnb.  Kalau ada kawan-kawan atau sedara mara refer korang lagi bagus sebab first time guna korang akan dapat diskaun. Kalau belum ada orang refer korang boleh guna aku sebagai tukang refer. Just klik SINI dan korang ikut aje instruction yang di beri.  

Satu aku nak pesan, profile picture yang korang nak letak kalu boleh biarlah berjenis sikit sebab host akan selidik siapa kita bila kita nak book apartment/rumah diaorang.  Kang nanti tengok korang gaya death metal atau rock kapak terus kena reject.  Kisahnya ada banyak kes rumah host ranap sebab guest berparti tak ingat dunia. Jadinya kalau tak nak ada masalah biarlah gambar profile picture gambar korang dengan rambut tengah basah dan belah tengah. Bagi yang bertudung biarlah gambar bertudung yang anak tudungpun belah tengah :).  Maka katanya, apapun  diri sebenar korang, cubalah letak gambar yang paling sopan atau nerd kat profile picture.  

Korang juga di minta untuk cerita serba sedikit tentang diri korang.  Cerita lah sikit macam berapa umur, status korang dan kalau nak share pekerjaan pun boleh.  Kena ingat kalau kita pemilik rumah, bukan senang kita nak bagi orang asing duduk rumah kita walaupun berbayar.  Mesti kita ada terbayang, buatnya guest kita tu penagih dadah ke, rapist ke.  Makanya begitulah jugak pemilik rumah yang lain.  

 
2.  Cari penginapan

Setelah selesai urusan sign up, maka bolehlah start cari penginapan.  Mula2 search bandaraya pilihan.  Kemudian masukkan tarikh check in/check out. dan jangan lupa masukkan bilangan guest yang akan check in.  



 Contoh carian aku.
 

Untuk jimat masa korang boleh guna filter seperti, jenis bilik dan price range.  Carian bermula.   Kalau korang tengok ada satu lagi butang filter di sebelah kiri screen dimana korang boleh pilih amenities & jenis property secara detail. Sesapa kalu malas dan rasa nak upah aku silakan.. Satu proses yang aku sangat suka.


Pilihan korang based pada apa yang korang filter akan keluar di sebelah kiri screen. 
Sebelah kanan map yang tunjuk lokasi rumah beserta dengan harga


Aku biasanya browse satu persatu dan baca desription sebelum buat pilihan. Cara aku (kes travel bertiga dengan Encik D dan Baby SJ atau bertiga dengan CK & Baby SJ).  



Tips and tricks:

1.  Bahagian bilangan guest aku biasanya letak 2 orang (bukan 3)- aku akan terangkan tricknya nanti.  

2.  Pilih beberapa penginapan yang rasanya sesuai dengan selera aku.  Aku biasa pilih sekitar 5-10 penginapan masa awal dan slowly akan filter out mana yang tak menepati citarasa dan budget. Same applies kalau aku nak book hotel.

3.  Filter lagi secara peribadi di mana aku akan ambik kira amenities dan jarak penginapan dengan  access to public transport terdekat (dalam kes nak guna public transport).  Dalam kes aku yang travel dengan budak kecik, dari awal aku akan cari rumah yang Family/Kid Friendly. 

4.  Bila dah ada beberapa yang berkenan di hati aku akan private message hosts satu persatu dan mulakan dengan introduce diri dan cerita serba sedikit tujuan aku ke sana.  Aku juga akan reveal yang aku akan travel bertiga termasuk seorang kanak-kanak (bukan berdua macam yang aku letak kat bilangan guest masa awal tadi) dan tricks nya aku akan tanya dia samada akan ada extra charges atau tak untuk kanak-kanak*.  Jika aku letak 3 orang siap-siap, kanak-kanak biasanya akan di chargekan sebagai 1 dewasa.  Bila aku tanya dalam message dengan ayat yang lemah lembut biasanya aku tak perlu bayar extra untuk Baby SJ walaupu kadang2 dalam descrption dah di letak akan ada extra charges untuk additional guest.  Konsepnya ialah mengembira dan menghormati host.  Dengan cara begini kita dapat jimat tapi dalam masa yang sama kita amanah.  Ada host yang sampai ke extend pernah provide baby crib secara percuma (ada satu kes dia siap bawa kan baby Crib dari rumah dia sendiri ke rumah sewa airbnb tanpa cas aku extra).  Ada kes yang bagi pinjam kan toys cucu mereka pada Baby SJ (sekali dengan bahagian Baby SJ adalah f.o.c)

 *Same applies kalau aku booking hotel (aku biasa guna booking.com) 

5. Baca each desription betul2 supaya ada tak tersalah faham di kemudian hari.  Penting jugak korang tahu jenis cancelation sebab Airbnb jenis pre payment maknanya once korang book korang kena bayar full payment.  Kalau ada kes kena kansel dan korang dah terpilih penginapan yang strict cancelation, korang cuma akan dapat 50% refund walaupun korang kansel 3 bulan sebelum trip.  Aku biasanya akan pilih penginapan yang moderate cancelation yang mana kebiasaannya cancelation policy dia masuk akal untuk kedua pihak.  Apapun korang jugak kena ingat, walaupun korang boleh dapat balik refund, booking fee oleh airbnb akan hangus.

Al kisahnya dulu aku sebenarnya pernah tersalah booked masa nak ke Adelaide pada 2013. Masa tu aku tak perasan yang rumah aku pilih, bathroomnya adalah di main building iaitu rumah yang diduduki host (rumah yang kami booked adalah bahagian atas garage kereta yang dah di ubahsuai cantik sebab kekononnya nak merasa camana duduk di garaj kereta).  Walaupun ada private access ke rumah host tapi masih tak selesa.  Masa aku decide nak kansel barulah aku sedar cancelation policy adalah strict.  Aku cancel lebih sebulan sebelum perjalanan dan tetap kena deduct 50% dari jumlah keseluruhan bayaran yang aku buat.  Aku private message host merayu dia pulangkan balik baki 50% dan akhirnya dia pulangkan balik duitnya.  Sipi-sipi jugaklah nak kerugian hampir RM1000.  Fuhh.. bayaran atas satu kecuaian. 

Ok jom.. aku tunjuk contoh aku buat carian



 Selected rumah.  Desription kat sini ialah private room (maknanya akan ada kemungkinan 
korang akan share rumah dengan guest lain).  Untuk tengok gambar dalam rumah secara 
detail, klik pada gambar timeline tu dan akan keluar slides gambar2 lain dalam rumah. 
Korang boleh baca dan selidik background host (klik pada gambar host).  Untuk 
private message, klik pada contact host button


Harga charged tu adalah harga untuk 2 orang.  Additional charge atau tak untuk kanak-kanak 
kita akan tahu selepas kita hantar message pada host. Kalau korang belum decide tarikh
korang boleh save pilihan rumah kegemaran dalam Save to Wish List. 
Favourite button aku.


 Contoh review.  Spendkan masa baca review dan airbnb rate (di beri semasa guest 
review setiap host).  Setiap review counts.  Mana tahu rumah yang korang 
bakal duduk berhantu.. haha


6.  Tunggu host response message kita.  Biasanya akan ambik masa beberapa jam. Paling lamapun 24 jam.  Host biasanya akan mintak detail kalau kita lupa nak introduce diri kita dan kalau kita bernasib baik (selalunya aku bernasib baik), host akan counter offer kita dengan rate yang lebih murah.  Aku juga biasanya juga akan dapat free charge untuk Baby SJ.  Dalam satu kes masa aku ke Tokyo baru-baru ni, kitaorang dapat 1 free night stay.  Kata orang, orang berbudi kita berbahasa.  It works each time aku guna airbnb.  

Jika host counter offer rate yang lebih murah dalam private message tu, korang klick accept button dan dia akan lead korang ke payment.  Mudah sangat.  Lepas tu simpan payment slip dan teruskan bermessage dengan host jika ada apa2 pertanyaan.  

Penting jugak korang guna host untuk suggestkan korang attractions kat city yang korang akan tinggal.  Biasanya aku akan tanya tentang nearest halal restaurant dan less touristy attractions (locals are expert kan).  Setakat ni semua host aku baik-baik dan layan pertanyaan aku sepenuhnya.  Ada host yang sanggup bersusah payah datang jemput (f.o.c) di train station.  Ada juga host yang boleh tolong jadi tour guide korang kalau berminat.  Aku tak pernah try tapi rasanya macam best untuk ditry satu hari.  Aku baca ada host yang akan bagi guest pengalaman macam local yang mana guest akan berpeluang bercampul gaul dengan kawan-kawan host.  Idea menarik untuk orang yang suka bersosial.

7.  Sampai masa korang nak travel (biasanya 2,3 hari sebelum travel aku akan contact host dan exchange no phone dan jika aku tak ada data masa sampai nanti aku akan bagitau dia supaya tak jadi salah faham bila dia contact kita tapi tak dapat).  Kebiasaannya kita jarang sekali akan bertemu host bila sewa airbnb.  Aku sangat suka sebab kadang-kadang aku grumpy terutama bila aku kepenatan baru turun dari flight.  Kebiasaanya kunci akan di tinggalkan di dalam mail box ataupun di bawah alas kaki nak masuk rumah.  Tapi ada juga satu dua kes yang mana kami bertemu host tapi semua kes tu proses yang menyenangkan.  Sementelah lagi dapat host yang hensem kan.  Pengalaman aku hos memang best dan membantu.  Selalunya  I came as as guest but I left as a friend.

Kalau korang jakun macam aku bila masa nak guna barang-barang canggih kat rumah host, kebiasaannya ada je manual kat mana-mana.  Tapi kalau tak ada korang boleh message host tanya.  Insyaallah masalah korang selesai.  Ada satu kes aku masa kat Brussels kitaorang tak tahu nak on heater.  Last2 terpaksa call host dan tak sampai setengah jam dia sampai.  Kaka.. buat malu je.  Tak apa lah malu sikit asalkan tak meninggal sebab hypotermia.  Exagerrate.

8.  Semasa stay korang gunalah peluang untuk merayau dan mengenali kawasan sekitar rumah host dengan baik.  Rasanya sangat lain berbanding kalau korang tinggal di hotel.  Formality tu tak lagi penting dan perasan ke'local'an akan timbul.  Biasanya aku yang peminat local market, inilah masanya aku akan guna peluang cari pasar dan mini market dan berlakun sikit macam orang tempatan.  Konon-kononya nak sembunyikan kejakunan kitaorang dengan satu-satu bandaraya tu. 

9. Bila nak serahkan kunci terpulanglah pada korang nak serahkan dalam keadaan kemas atau tak tapi apapun kalau malas nak kemas camanapun, biarlah di peringkat berpada-pada.  Itu cara aku ucap terima kasih kepada host dan cara aku jaga nama negara kita. Lagipun kalau kita pandai jaga hati host, hadiahnya host akan bagi review yang cantik pada kita kemudian hari.  Review host untuk guest berguna untuk penginapan akan datang sebab future host boleh baca review terhadap kita. 


Contoh 2 ways review antara host dengan guest


Aku harap post ni dapat membantu bagi yang baru nak berjinak-jinak dengan private apartment servis.  Sebenarnya selain dari airbnb ada beberapa lagi website yang lebih kurang sama dan ada antaranya yang aku pernah juga cuba macam wimdu dan hometogo. Cuma bagi aku airbnb kegemaran aku sebab pilihannya lebih banyak.

Till next time




22 comments:

  1. Thanks for sharing. I did used airbnb services for quick sometimes. Starting using it way abck in 2014 when i did my visit to Seoul Korea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana sudi membaca tulisan merapu saya. AIRBNB takpernah mengecewakan. Saya baru booked airbnb untuk future trip :)

      Delete
  2. salam.. thanks for sharing.. sgt membantu.. tp kan ade certain review yg posted "The host canceled this reservation 75 days before arrival. This is an automated posting.".. ape maksudnye?.. tq in advance.

    ReplyDelete
  3. Salam Encik/Cik,

    Maksudnya tiba2 host tukar fikiran & kanselkan booking kita. Kami pernah terkena sekali, tak silap masa di Paris. Tapinya AIrbnb tak ambik ringan benda ni. selain duit yang kita dah bayar di pulangkan balik Airbnb jugak akan denda host yang mana kita akan dapat extra bayaran yang kita boleh guna untuk next booking.

    Bagi aku ok je kalau jadi sebab pilihan banyak tapi mintak2 jangan lah jadi sehari sebelum kita nak pergi. Takut nanti menggagau nak cari tempat baru

    ReplyDelete
  4. Idea best ni.. Rezeki anak dpt free service charge. Host pun nak customer :)

    ReplyDelete
  5. salam. Nak tanya, time bayar tu boleh guna debit card tak ? Sebab dah try letak details credit card dekat payment method tapi dia cakap tak boleh authorize. kena call bank ke camana ? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam dilazul,

      Debit card tak berapa pasti.. sepatautnya ok sebab credit card ok. Satu cara you call bank dan tanya.

      Delete
  6. tq sir sharing yr experience with airbnb, now tgh research sebanyak mungkin utk first trip hujung thun ni. �� hari tu try sign up ngn airbnb tp failed link email nak tnya kalau nk booking dekat perth email kita kena letak .my ye sbb sya just letak .com je x bleh dpt email dr airbnb.. confuse sikit la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Irma,

      Sorry lambat respond. Tak perlu. Guna Email yang biasa Irma guna. Sign up biasanya straight forward. Try lagi, if tak dapat email saya at tummybird13@gmail.conm

      Delete
  7. Hi,tq sharing. Just nak tanya kalah kita letak guest 2 org tp masuk 5org boleh x? Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dinasihatkan jangan buat. Integrity adalah culture kita kan

      Delete
  8. Sy xfaham booking pakai airbnb ni..contoh nye kite nk book entire house. Bile sy letak guest 2 person.harga lain..4 person harga lain..tp sama rumah..so dia bkn kire per house..tp per head jgk kan..pening pulak..sbb ni 1st time nk book gune airbnb..sy nk book g seoul..so klau sy book je guest 2 org sbb lebeh murah kan..nanti ble sampai sana mcm mne ye..dia akan cas lg ke tok another 2 person..hihi..ke dia terus kasi masuk..hihi..maaf lah sy byk tanye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika mahu check in 4 orang sebetulnya cik masukkan 4 lah. Integrity itu budaya kita orang Malaysiakan. Kecuali ada antara participant tu kanak2. Boleh guna konsep orang berbudi kita berbahasa macam saya tulis kat atas tu. Tanyakan dulu melalui private message. Tapi sekirantya kesemua peserta adalah peserta dewasa masukkanlah numbor yang betul.

      Delete
  9. assalamualaikum, maaf bertanya, airbnb boleh buat payment pakai debit ke? sebab saya takde credit card.. thank you

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusslam,

      Saya rasa no issue untuk guna debit card. Saya belum pernah cuba tapi saya yakin tak ada masalah

      Delete
  10. Assalamualaikum😅 saya tak faham la😂😂
    Help meee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Part mart tak faham tu.. senang je proses nak register. Ikut langkah2 yang saya dah tulis kat atas tu

      Delete
  11. Jai..nk tny Airbnb memang xleh guna debit card ke?

    ReplyDelete