Showing posts with label Northern - Summer - Norway - Trondheim - Suburbs. Show all posts
Showing posts with label Northern - Summer - Norway - Trondheim - Suburbs. Show all posts

Friday, September 19, 2014

Norway summer 2006 - Trondheim, public transport distance - part 2

sambungan dari part 1




4 - Monkolment Island

Atas suggestion kawan-kawan office, satu weekend aku naik ferry pergi ke Munkolment Island.  Satu pulau yang letak 10-15 minit dari muka fjord.  Pulau ni satu masa dulu adalah pernah jadi tempat hukuman, penjara, kubu dan biara.  Tapi sekarang ni dia orang buat tempat show teater dan tempat relak-relak.

Ok lah, untuk merasa pengalaman fjords.  Cruising di fjord sebenarnya adalah dream holiday aku.  Ni aku pergi kerja mana boleh merasa.  Duit pun tak ada.  Kawan aku yang pernah merasa kata memang best. Aku doa yang insyaallah satu hari aku akan dapat peluang.

Back to Munkolment Island, masuk adalah free cuma korang kena bayar harga boat.  Aku dah lupa harga boat dia tapi kurang dari Nok 100.  Tempat nak naik boat adalah sama dengan tempat nak naik boat tour.  Di Jeti di city centre.

 Munkolment dari jauh

Pintu gerbang nak masuk ke compound kubu

 Inilah yang pernah jadi kubu/biara/penjara tu


Pelakun teater

Pantai dia

Antara penunggu pulau. Mesti dia banyak tengok hantu malam-malamkan


5 -Farm visit

Aku nak sangat pergi farm dan kawan ofis tolong carikan aku open farm sekitar Trondheim.  Farm kecik aje tapi ok lah untuk pengalaman.  Sayang aku tak boleh nak share lokasi sebab aku dah hilang details dia.  Cuma aku ingat aku ambik bas dan journey dia dalam 20-30 min dari Trondheim.  
 

 Farm ni sebenarnya lebih sesuai untuk kanak-kanak tapi aku kan kanak-kanak riang, aku tumpang sekali buat muka tak malu.  A very good experience dapat peluang untuk bagi haiwan ternakan makan.  Free aje, xperlu bayar entrance fee.

farm house

 
Farm's little friends

Aku try gugel dan cari info pasal open farm & farm stay kat sini.  Korang boleh consider ni kalau berminat




Untuk yang berminat untuk farm stay sekali dengan memancing Salmon,  try Esgard



6 - visit to Hell

Haha.. Bukan neraka tapi nama tempat tu Hell.  Semua orang suka buat jokes dengan nama dia.  

Hell ni terletak dekat je dengan airport.  Aku berpeluang ke sini sebab satu hari ni aku kena pergi airport untuk jemput client dari Malaysia.  Masa ni dah jadi macam ambassador lah pulak padahal masa baru sampai akulah manusia paling jakun dalam dunia.  So aku keluar awal dan sampai di  airport aku berjalan keluar dari airport compound ke Hell.  Hell  letak dalam 2 km dari Airport.  Very nice place,  a normal kampung area with a nice view.
 
dalam perjalanan ke airport

Hell

7- Trondheim bird view

Satu hari office ada buat aktiviti luar. Kitaorang panggil blue day sebab employee tak tahu mana kitaorang akan di bawa.  Lepas habis office hour, ada beberapa chartered bas datang ambik dan bawak semua staff pergi ke tempat yang kitaorang tak tahu.  One of the tempat adalah di atas bukit.  Aku berpeluang ambik gambar scenery ni.  Tapi aku tak boleh nak ingat nama tempat ni apa.  Yang aku ingat dia macam ada scenery deck dan dalam kawasan perumahan.  Cantik.



Selain itu aku juga di bawa pergi ke Ringve Museum for annual dinner.  Ringve Museum sebenarnya Muzium muzik.  Kat sini ada botanical garden dan cantik cuma aku tak ada ambik gambar.  Aku recommend korang lawat Ringve Museum kalau ke Trondheim.

Maklumat lanjut Ringve Museum klik Ringve_Museum



8- Woods walking & moose hunting (???)

Jungle trekking di Europe adalah impian aku.  Aku memang nak tengok sendiri macamana rupa hutan dia orang.  Kawan office tolong suggest mana patut aku pergi.  So one weekend aku bawak bekal roti & buah naik bas pergi kehutan ni.  Dalam masa yang sama aku berdoa yang aku akan jumpa moose kat dalam hutan.  Kawan aku kata aku gila sebab moose binatangnya besar dan kadang-kadang boleh jadi ganas kalau dia takut (dari cerita dia orang lebih besar dari kerbau kita).  Aku memang berharap sangat nak tengok moose sebab moose ni macam haiwan maskot Norway selain dari reindeer. 

Kebetulan hari tu tak ada orang lain langsung.  Walaupun aku berjalan-jalan sorang-sorang tapi aku tak sempat nak takut sebab aku jatuh hati dengan segala benda kat sini.   Cuma takut akan sesat so aku cuma ikut trail yang sedia ada.  Memang best gila.  Jumpa anak sungai, jumpa small water fall.  Siyes, ini lah aktiviti yang paling aku suka selama 2 bulan aku di sana.  Aku betul-betul menikmati keindahan hutan hari tu.  Siap tertidur di lantai hutan.  Lewat petang baru aku keluar dari situ. Walaupun tak terserempak dengan moose tapi aku sangat puas hati dengan apa yang aku dapat hari tu. 


Tamat sudah journal aku di Trondheim pada summer 2006.  Walaupun ada banyak tempat yang aku tak sempat cover  tapi overall, it was a very memorable trip.  Aku jatuh hati dengan Norway sejak dari tu.  When I went back for the second time, it was like going back to the place where I belong.  

Aku akan sediakan list untuk plan trip ke Norway di entry akan datang.


Norway summer 2006 - Trondheim, public transport distance - part 1

Part ni aku nak share tempat2 yang aku pergi yang jauh sikit dr city centre tapi taklah jauh sangat.  Kalu nak jalan pun boleh lagi, cuma adalah 2,3 jam kut baru sampai

Personally aku rasa ada banyak tempat dan aktiviti yang boleh buat tapi atas sebab kekangan masa dan kewangan aku tak dapat buat.  

Antara yang aku buat that summer ialah;

** panduan untuk nak pergi ke satu-satu tempat kalau korang tak tahu nak naik bas apa atau korang nak dapatkan apa-apa info sekalipun,  tourist centre ada di city centre.  Dekat dengan square market  



1- Melawat Culture museum  - 

Museum budaya dia di kenali dengan nama Trodelag Folkemuseum. Bila aku wikipedia untuk bagi sikit maklumat, tulisan norwegian lah pulak, so aku kena cerita gaya yang aku faham lah.  Kalu salah sorri lah ye.  

Museum ni tentang koleksi gaya hidup orang Norway sejak zaman dulu kala.  Best jugak sebab siap ada amali .  Ada orang buat amali camana buat roti zaman-zaman abad ke 10 dulu agaknya.  Siap bagi aku rasa. 

Nak gi sini tak silap aku kena naik bas no 81.  Tak jauh sangat dari town pun dalam 15 min dengan bas. Entrance Nok 70/ Adult. Walaupun kena korek duit sikit tapi aku recommend sangat tempat ni kalau nak faham sejarah dan culture Norway. Webpage museum klik sini (official) atau sini (semi official).  Kalau korang nak check ongoing event klik FB page sverresborg tapi dalam bahasa norwegian.  Tak susah sangat sebab sesetengahnya ejaan je lain dr ejaan english. Teka-teka lah sikit-sikit ok.  Aku pernah lah tahu beberapa perkataan basic tapi dah lupa pulak.


 First part museum yang macam biasalah.  Indoor museum.  
Tunjuk barang2 museum standard.  Gambar kiri tengah and 
gambar kanan tu adalah sledge.  Yang kalau kita tengok 
cerita-cerita eskimo yang anjing dia oarng tarik tu.

Kemudian boleh bergerak ke oudoor museum.  Kawasan dia sangat besar.  Macam suku saiz kampung kita.  Kat outdoor ni ada building2 lama dalam real size, samada rumah atau pun church lama.

Church tertua di Trondheim.  Di bina di kurun ke 9 tak silap.  
Boleh masuk dalam kalau join museum tour (ada tour dalam 
English).  Dapatlah bayangkan kehidupan dia orang zaman tu.


Ni pun church jugak tapi lebih baru dari yang kat atas.  Tak silap dari kurun ke 13.

Antara rumah-rumah ladang zaman dulu.  Kebanyakannya 
korang boleh masuk & kat dalam lengkap dengan perabut
yang di gunakan pada zaman tu.


Peredaran zaman, rumah jadi semakin moden. Seperti berjalan di 
historical trail. Siap ada aktiviti farming macam keadaan betul-betul. 

 Ni lah amali buat roti yang aku cakap tu.  Lepas tu bakar 
dalam stove batu yang kat belakang dia tu.  Pakaian yang dia pakai 
tu ialah pakaian farmer.  Rasa roti tu macam rasa capati sikit-sikit.

Ada banyak lagi building termasuk bangunan kedai zaman dulu, sekolah so makan jam jugaklah nak habiskan semua.  Aku spend hampir satu hari lah di sini.  Dan kalau datang sini jangan lupa try waffle dia kat cafe.  Sedap jugak.



2 - Marina.  

Tak ada apa sangat kat sini kecuali banyak boat mewah.  Aku hairan dengan dia orang ni.  Macamana dia orang cari duit untuk beli semua benda ni sebab kat sini semua benda mahal & aku rasa sekurang-kurangnya 5% dari penduduk sini ada bot mewah.  Untuk ke sini korang naik aje tram dan dia di tengah-tengah laluan tram





3 - Ilaparken park.  

Tak jauh dari marina bay tadi, ada park.  Masa aku kat sana tu ada banyak gile bunga tulip,  Aku memang rambang mata tengok.  Kat sini juga lah ada local fair yang mana local jual barang-barang dia orang (selected date).  

Aku jumpa an Indonesian lady yang menetap di sini.  Huh, dapat jugak aku buang lenguh mulut aku lama tak dapat bercakap dalam bahasa kita.  Dia bagitau aku yang ada seorang Malaysian menetap di situ.  Aku siap tinggalkan alamat hotel aku mintak dia pass kat Malaysian ni tapi sayang orang tu tak datang jumpa aku.  Aku memang masa tu dah start miss Malaysia.  Itulah satu-satunya masalah aku 2 bulan kat sana.  Tak ada entrance fee, just a normal open park.

 Silalah menjamu mata


 Aktiviti locals

Antara yang di jual


Ilaparken park ni salah satu faveret aku.  Kemeriahan dia memang antara yang terbest.

Untuk elak entry yang panjang sangat dan nanti korang bosan dengan gambar kamera murah aku, maka aku akan buat sambungan entry ni dalam part 2.

Nantikan sambungan ok..