Selepas 6 bulan, akhirnya aku kembali.
6 bulan yang lepas adalah 6 bulan yang agak sibuk (mungkin paling sibuk dalam sejarah hidup aku) dan aku memohon maaf bagi yang menulis komen, menulis email yang tak berbalas. Kekangan masa yang bertubi-tubi memaksa aku melupakan sekejap blog. Kadang-ada ada terbaca email yang korang hantar tapi aku tak sempat nak reply.
Aku ada beberapa updates mengenai beberapa negara yang aku belum share. Mungkin akan di share pelan-pelan tapi takut nak janji. Antaranya: Norway, Sweden, Denmark, Australia (Perth)
Aku juga nak komen sedikit beberapa issue secara general kat sini. Secara general dan tak di tujukan kepada mana-mana individu secara spesifik.
Issue pertama ialah mengenai AIRBNB. Aku notice dari komen dan email, ramai yang masih samar mengenai AIRBNB. InsyaAllah aku akan revisit cerita dan tips pasal AIRBNB sebab aku rasa ia sangat membantu terutama traveller bajet ciput macam aku. As for now, satu dulu pesanan aku, bila buat booking AIRBNB jangan menipu jumlah orang yang akan tinggal di situ. Tuan rumah mungkin tak akan tahu tapi itu menipu namanya. Tanamkan di dalam diri yang bila kita travel kita membawa 3 nama: Nama bapa kita, nama negara kita dan paling penting nama agama kita. Integrity is crucial.
Issue kedua ialah mengenai itenerary. Semenjak aku menulis blog aku banyak dapat request dari reader untuk share itenerary. Kebanyakannya datang dengan alasan kekangan masa dan nak buat comparison dengan apa yang disediakan.
Ada juga yang minta aku rangkakan itenerary untuk mereka. Don't get me wrong but this is not right. You are supposed to walk your own path. You are suppose to make your own research. Kedekut itenerary kah aku? Tak. Dulu aku selalu share tapi of late terlalu banyak request sampai tak terlayan.
The beauty of traveling starts even before you travel. Trust me. Tak ada masa? Cari masa. Tidur pukul 3 setiap malam untuk buat itinerary. Letih? Tak apa, nanti korang tidur puas-puas dalam flight. Itulah cara aku selama ni. Tidur-tidur ayam adalah common scenario setiap kali aku prepare untuk travel. Kebiasaannya semua urusan itenerary dan booking di serahkan pada aku. Alhamdullilah, setakat ni trip aku tak pernah spoil. And trust me, trip korang adalah lebih manis dengan air tangan korang :). Aku salute seorang reader yang pernah contact aku. A 60 something aunty. Aunty Faridah. Dia akan ke Swiss and Italy April 2019 dan dia contact aku untuk bertanya few things termasuklah cara untuk book tiket flight. Beberapa bulan kemudian, Aunty Faridah datang balik dengan itinerary yang dibuatnya sendiri dan mintak aku komen. Bagi aku, itulah semangat yang seorang traveller perlukan. Jika seorang aunty yang siangnya sibuk menjaga cucu-cucunya sediakan ini semua, semua orang mampu buat.
Sebetulnya ada masa aku travel tanpa itenerary sebab tak sempat nak buat research. Aku ke Jepun dengan kertas A4 yang kosong. Kesnya tak sempat nak buat iternerary. Sampai Japan aku gi tourism centre dan setiap malam sebelum tidur aku plan untuk besoknya. Trip tetap best sebab rupanya travel tanpa iternerary ada keindahannya sendiri.
Ok, some tips pasal itinerary lagi. Aku perasan Malaysian travellers ada satu style (aku adalah silent reader satu group backpacking terbesar di Malaysia). Aku perasan ada yang suka share cost secara detail dan bagitau betapa murahnya kos diaorang. Aku juga perasan ada yang suka share itenerary secara detail juga. Tak salah menjadi contributor. Niat mereka sama macam aku kat sini. Nak membantu traveller dengan niat mendapat sedikit pahala. Cuma aku perasan ramai yang ikut itenerary secara bersungguh-sungguh. Akhirnya akan adalah mungkin 1000 orang atau lebih yang mempunyai itenerary yang sama. Tak best kan. Carilah kelainan. Cari route korang sendiri. Mungkin route korang lagi best. Mungkin korang lagi jimat bajet. Contohnya kes aku masa ke Switzerland, aku decide untuk tak beli Swiss Pass sebagaimana yang dibuat oleh kebanyakan traveller Malaysia. Dan aku jimat lebih dari yang aku sangka. Take Risk.
Ok.. bagi yang not even know how to start an itinerary. Mulakan dengan google. Mulakan dengan tripadvisor. Aku secara umumnya peminat tegar tripadvisor. Contoh yang korang boleh search macam ni: 10 things to do in Perth, interesting activity in Perth, Visit Perth. Mulakan dengan carian umum. Dari situ kembangkan carian korang. Diversify kan carian korang. Jangan fokus 100% kepada Malaysian Traveller sahaja. Cuba ambik idea apa yang non Malaysian traveller buat juga. . Trust me, satu hari korang akan ketagih buat itenerary.
Another issue. Makanan Halal. Ramai yang terlalu takut dengan susahnya nak dapat makanan halal di satu-satu tempat. Memang sesetengah tempat agak sukar mendapat makanan halal tapi ada pelbagai jenama makanan segera yang boleh di bawa . Jangan sampai sebab tak ada makanan halal di satu-satu tempat, kita kansel plan. Be prepared. Bring from home, bawa sedikit bekal dari Malaysia. Tapi my advise jangan bawa terlalu banyak. Bawa sekadar emergency. Tak perlu bawak periuk portable untuk memasak secara curi-curi dalam hotel (ini consider non ethical, aku pernah tulis pasal ni dulu). Banyak jenama sekarang cuma perlukan air panas untuk memanaskan makanan segera. Sampai di sana belajarlah makan roti, jam dan buah.
I shall continue. For now, cukup dulu. Aku masih mencari ilmu dalam merentas bumi Tuhan dan sama-samalah kita belajar.
welcome back
ReplyDeletelama menyepi
looking forward for more of your scandi stories :)
Hihih.. tulah pasal Azra. InsyaAllah saya akan usahakan :)
Delete