Tuesday, November 25, 2014

London_Autumn 2012_A goodbye

Entry London yang lepas   
London Intro       
London #2       
London #3   
London #4  
London #5    
London #6
London #7 
London #8


 22.11.2012 
 # Hari ke 10 & terakhir di London

 # Hari pertama di Brussels
 # Hari ke 17 overland Western Europe

 

Trip London aku dah sampai penghujung.  Sesambil aku tulis entry ni pun aku masih rindu London.  Aku suka sebab walaupun dia moden tapi dia jugak berjaya ciri-ciri asal dia.  Seimbang.  Aku jatuh hati pandang pertama.

Okeh, balik ke cerita last day.  Keretapi kitaorang ke Brussels pukul 2 petang dan kitaorang habiskan pack barang di rumah sebelah pagi & check out.  Selepas check out dalam pukul 11 pagi, kitaorang sekali lagi hilang 1500 kalori mengusung beg ke station.  Sempat stop lunch kat kedai nasi beriani kegemaran kitaorang depan station Barking.  Lepas lunch terus ambik train ke King Cross.  

Sampai King Cross aku tebus balik balance kad oyster kitaorang. Dapatlah £12 untuk 2 kad yang kitaorang tebus. Dah Rm60 tu.  Dapatlah beli roti buat bekal dalam train.  

Dari London kitaorang ambik eurostar ke Brussels.  Since aku beli sebulan awal, maka aku bertuah dapat tiket murah.  Aku cuma bayar £40  untuk sorang. Kalau beli last minute harga boleh mencecah 4 kali ganda. Ituah the rules of thumb kalu mahu berjimat di Europe. 


 London - Brussel - kekurangan gambar berkualiti. 

Perjalanan smooth dan kalau tak silap aku ambik masa dalam 3 jam.  Baby SJ ok je sepanjang perjalanan.  Aku hope dia tidur supaya aku pun boleh tidur tapi tak nak tidur juga dia.  Sampai Brussel dalam pukul 5.20 petang.  Train stop di station utama.  Aku nampak signboard Gare de Bruxelles Nord.  Panik aku sebab aku janji  owner rumah nak jumpa dia di Brussels Central Station. Yang aku tak tahu, central station dia ada macam-macam panggilan; Brussel Midi, Gare de Nord, Gare de Bruxelles Nord, Brussels Guid.  Bila aku tanya orang, semua pulak jawab dalam bahasa Perancis.  Di Belgium ada 2 bahasa.  Southern belgians cakap french & Northern cakap Dutch.  Dekat setengah jam baru kitaorang jumpa information centre dan kena beratur lama untuk tanya satu soalan sahaja iaitu Gare de Bruxelles Nord sama tak dengan Central Station. Orang di kaunterpun setakat lepas2 saja english dia.  Rupa-rupanya sama.  Tarik nafas lega kejap. 

Kemudian aku perasan yang owner (Philippe) baru hantar message mintak maaf sebab dia tersangkut traffik di Rotterdam (Belanda) on the way balik dari meeting dan dia tak sempat nak balik ke Brussel untuk jemput kitaorang. Dia direct kitaorang ambik train pergi sendiri ke rumah dia.   Terbanggak-banggak aku nak faham nak ambik train mana sebab message dari owner rumah ringkas sangat.  

Maka aku pun try selongkar bag nak cari kertas booking apartment untuk nak dapatkan alamat rumah.  Aku tak jumpa kertas yang aku cari.  Mungkin sebab panik atau mungkin aku terselit kat tempat lain masa kemas bag.  Kenalah pulak selongkar bag besar untuk cari 2nd copy, nasib baik ada. 

Dapat kertas alamat, sekali lagi kena beratur panjang kat information counter nak tanya platform mana nak ambik train.  Kitaorang tunjuk kertas yang menulis address dan di suruh naik upperground train. Kitaorang tunggu kat platform upperground train dekat setengah jam tak sampai-sampai train.  Baby SJ dah letih masa tu, kesian aku tengok dia.  Sedang aku diskas apa nak buat dengan Encik D, adalah seorang wanita tempatan local yang tahu berbahasa english menyapa.  Aku pun apa lagi, mintak lah nasihat dia.  Rupanya  sepatutnya kitaorang ambil Metro bukannya upperground. Rupanya orang dekat information counter silap.  Platform metro ada di wing lain dalam station yang sama.  Metro di Belgium adalah underground di London.  Sama konsep, nama aje lain. Perjalanan Metro dari central station ke penginapan cumalah 10 minit tetapi kitaorang spend lebih dari 2 jam mencari arah.

Sampai-sampai di Apartment, ayah Phillipe sudah tunggu.  Rumah, kitaorang sewa melalui www.airbnb.com.  Rumah yang sangat cantik tapi maybe kali ni aku terlupa nak tanya, rumahnya di tingkat 4, tanpa lif.  Kesian Encik D kena mengangkut barang sebondong.  Ayah Phillipe offer nak tolong angkat sekali tapi kesian nak susahkan orang tua.  Tapi overall, aku sangat berpuas hati.  Klik SINI untuk explore apartment.

Kata ayah Phillipe, anak  dia suruh dia hantarkan kunci.  Baik orangnya walaupun cakap basic english.  Kitaorang di beritahu yang Phillipe kemalangan kecik dan ayah dia kena rush ke tempat kemalangan.  So dia terangkan sikit-sikt dan dia pergi.  Lepas tu baru kitaorang perasan yang heater & wifi tak berfungsi.  Nak tak nak terpaksalah aku call Philippe mohon dia datang selepas semua urusan kemalangan dia selesai.  Selepas sejam barulah Phillipe sampai.  Aku masa tu dah rasa macam nak beku sejuk. By the time dia balik kitaorang dah kebulur sebab dah pukul 9 malam kitaorang tak ada makan apa-apa sejak dari London.  






Makanan halal tak susah nak dapat di sekitar Brussels & ada beberapa kiosk kebab di sekitar apartment kami.  Sebenarnya masa di Brussels aku dah muak sangat dengan kebab tapi apakan daya, itulah makanan asasi aku sepanjang 3 minggu ni.

By the time dinner selesai hari dah lewat malam.  Kitaorang dah pancit tak ada fikir lain kecuali katil.  Balik, mandi, tengok TV sekejap & tidur.  Baby SJ kegirangan sebab ada banyak mainan.  Aku suka sebab tilam dia empuk sangat dan inilah rumah paling best sekali untuk trip kali ni.

Hari yang agak drama tapi ok lah, yang penting kitaorang selamat sampai & dapat tidur di tilam yang empuk.

2 comments:

  1. Dapat tilam empuk lepas letih seharian mencari arah or mengukur jalan, heaven! Rasa semua urat automatik mengendur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Urat xberapa nak kendur sebab kena panjat tangga tinggi. Tapi apartment tu memang osem. Aku strongly suggest kalu ko singgah sana lagi. Tuan rumah dia baik gila dan senang nak ke mana-mana.

      Delete