London Intro
London #2 - London Bridge, Borough Market, Tower Bridge
London #3 - Green Park, Buckingham Palace, St. James Park, Trafalgar Square, Paddington, Leceister Square
London #4 - British Museum, Canary Wharf, Greenwich
London #5 - Emirates Cable Car, O2 Arena, British Music Experience Museum, Big Ben, Westmister Abbey
London #6 - Shoreditch weekend market, Hyde Park, Harolds, James Street
London #7- Arsenal & Fulham Stadiums, Bishop Park
London #8 - Big Ben, London Sealife Aquarium, Musuem of London, Oxford Street
London #9 - Greenwich, , Science Musuem of London, Oxford Street
15.11.2012
# Hari ke 3 di London
# Hari ke 10 overland Western Europe
Hari ke3 bermula dengan baik. Cuaca sangat cantik dan kitaorang dah dapat rentak. Ambik train dari Barking station dalam pukul 9 lebih dan kitaorang pilih Buckingham palace sebagai destinasi pertama. Stop di underground station Green Park (Piccadilly line) & berjalan seberang Green Park kira-kira 400-500m untuk sampai ke Buckingham Palace (taman ni sangat cantik jadi aku tak sedar pun aku kena jalan dalam 400-500m). Kitaorang berhenti beli belgian waffle di Green park. Hmm, sedap sungguh.
Mula-mula frust jugak tengok ke'autuman' sini sebab kurang kuning
Jalan depan sikit.. nah kau. Mula rasa nak lambung-lambung daun.
Jalan depan sikit.. nah kau. Mula rasa nak lambung-lambung daun.
Kitaorang sampai lambat sikit untuk upacara tukar guard. Aku dapat tengok celah-celah orang je. Dahlah aku ni pendek. Dapatlah tengok belakang guard yang tengah berjalan. Ralat jugak tapi tak apalah. Jumpa ramai gak orang Malaysia. Kitaorang sempat berborak dengan student Malaysia yang datang mintak tolong betulkan kamera dia yang meragam.
Ini ajelah yang sempat. Jadilah dari tak dapat tengok langsung
Istana
Lepas tu Encik D ajak singgah ke Queen's Gallery tengok cenderamata yang di jual tapi tak beli apapun sebab tak mampu. Cuci mata cukup. Queen's gallery letak di sebelah belakang istana.
Dari situ kitaorang susuri St. James's Park. St James park ni letaknya betul-betul bersebelahan istana. Dalam banyak-banyak benda di London sebenarnya ini favourite aku. Park dia memang cantik dan ada banyak tupai. Beratus-ratus rasanya dan jinak sangat-sangat. Buruk, itik, angsa, pelican pun banyak. Kagum sungguh aku dengan haiwan kat sini sebab diaorang langsung tak takut orang.
Bila dah puas di James's Park, kitaorang ikut map menghala ke ke Trafalgar Square. Trafalgar square ni macam dataran merdeka kitalah. Satu dataran yang cukup besar. Kalau naik train nak ke sini, berhenti di station Charing Cross - Bakerloo atau Northern lines. Seberang jalan dari Trafalgar square ada Malaysian Tourism office. Kita ingat nak pergi tapi kebetulannya hari tu cuti umum di Malaysia so pejabat tourism ni pun turut tutup.
lalu di admiralty arch dalam perjalanan ke Trafalgar Square.
Admirally arch ni bukan setakat pintu gerbang biasa. Dia pintu gerbang merangkap building. Dibina in memory of Queen Victoria. Dulu kat sini office kerajaan tapi sekarang dah jadi hotel mewah.
Trafalgar
Square, bangunan kat belakang tu adalah National Gallery.
Kat trafalgar square kitaorang jumpa satu keluarga dari KL juga. Brother ketua family tu ajar macamana nak cari makanan halal yang dekat-dekat. Dia suggest kitaorang ambik train pergi ke Paddington. Tengok-tengok jam dah pukul 3 petang. Patutnya langkah aku semakin pendek. Lapar rupanya. So kitaorang ikut cadangan brother tu. Ambik train ke Paddington station (Bakerloo line) dan jumpa banyak restoran halal di Paddington. Akhirnya decide untuk lunch di restoran Northern Indian Muslim. Lepas makan merayau sekejap di Paddington town sebelum bertolak balik ke Trafalgar Square. By the time sampai balik ke Trafalgar Square dah gelap.
Trafalgar square lebih cantik di waktu malam. Kitaorang
sempat masuk sekejap je ke National Gallery.. masuk F.O.C
sempat masuk sekejap je ke National Gallery.. masuk F.O.C
Cinta
antara benua. Baby SJ dan gadis benua X.
Masing-masing excited dapat lepas dari stroller sekejap.
Masing-masing excited dapat lepas dari stroller sekejap.
Dari Traffalgar Square, kitaorang berjalan ke Leicester Square. Tak jauh pun tapi masa tu tapak kaki aku nak start nipis sebab dah satu hari kitaorang berjalan. Sampai di Leicester Square, nampak ramai ramai gila. Rupanya sini tempat filem-filem selalu di launched & premier show. Malam tu giliran Filem Rise of Guardian (cerita ni selalu ada kat Astro sekarang) jadi ramai betul mak pak bawak anak. Sayang kitaorang missed premier show Twilight malam sebelumnya. Oh ya, kitaorang makan malam kat sini. Ada kedai kebab kat area sini.
Suasana di Leicester Square
Launching event untuk Rise of Guardian. Siap dengan backdrop yang cun
Tengok map, kitaorang dah tak jauh dari Convent Garden underground station (Piccadilly line). Aku paksa Encik D menapak ke situ. Bagi yang pernah baca buku Bob A Street Cat: How He Saves My Life by James Bowen mesti faham kenapa aku beria-ria ke sini. Sinilah tempat James Bowen selalu busking masa dia belum famous dan walaupun dia dah famous dan dah stop busking tapi dia selalu juga ke sini buat surprise kat peminat. Manalah tahu aku antara yang bertuah. Tapi tak. Aku tak jumpa dia. Hampa tau sebab aku siap bawak buku nak mintak dia tandatangan. Hajat nak jumpa Bob mebuak-buak. Aku belum putus asa sebab aku ada 7 hari lagi nak cari.
By the time kitaorang decide nak balik ke Barking, masa tu dah agak lewat. Kaki aku pun dah nipis sangat. Penat gila tapi hari tu antara hari yang paling best di London.
.. bersambung
Kena jejalan ronda city of London during nightime. Aku busy benor ukur tempat lain haritu xsempat pun menghayati kota ni waktu malam. Lawa ah gambar2 ko amik.
ReplyDeleteKena gi balik Bie. Aku banyak gak tak sempat. Malam dia cantik, maybe lebih meriah sebab dah dekat nak chrismas. ada banyak lampu liplap. Aku kalu boleh nak repeat semua tempat siang dengan malam.
Delete