London Intro
London #2 - London Bridge, Borough Market, Tower Bridge
London #3 - Green Park, Buckingham Palace, St. James Park, Trafalgar Square, Paddington, Leceister Square
London #4 - British Museum, Canary Wharf, Greenwich
London #5 - Emirates Cable Car, O2 Arena, British Music Experience Museum, Big Ben, Westmister Abbey
London #6 - Shoreditch weekend market, Hyde Park, Harolds, James Street
London #7- Arsenal & Fulham Stadiums, Bishop Park
London #8 - Big Ben, London Sealife Aquarium, Musuem of London, Oxford Street
London #9 - Greenwich, , Science Musuem of London, Oxford Street
16.11.2012
# Hari ke 4 di London
# Hari ke 11 overland Western Europe
Hari ke4 adalah hari Encik D iaitu hari museum. Aku bukan peminat tegar Museum tapi boleh lah masuk sejam dua tu. Encik D bermalam kat museum pun boleh.
Kitaorang mulakan hari dengan British Museum. British museum ni banyak pamerkan barang-barang sejarah dari serata dunia.
Ada 4 underground yang boleh dekat-dekat kalau nak ke sana. Pilih je mana-mana yang sesuai.
1. Totenham Court Rd (Northern Line)
2. Goodge Street (Northern Line)
3. Russel Square (Piccadilly Line)
4. Holborn (Piccadilly)
Entance. Masuk adalah percuma.
Dalam museum
Islamic section - bagus diaorang ni. Walaupun Islam bukan
agama rasmi tapi cara Islam di angkat mengagumkan aku
sini yang original. Maknanya body yang asal masih ada kat dalam.
Aku sebenarnya rasa hairan pun ada. Hairan camana negara-negara pemilik asal mummies ni boleh melepaskan
mummies ke tangan British. Commonwealth issue ke? Tah, aku tak faham sangat. Mummy
cleopatra pun ada. Baru aku tahu rupanya Cleopatra meninggal semasa
remaja &saiz dia sebenarnya sangat kecil. Kurang dari 5"
sahaja.
Cleopatra.
Sebelum meninggalkan museum, kitaorang singgah di satu bilik yang di namakan Englightment section. An old setting library. Perasaannya macam-macam dalam cerita Lord of the ring sikit-sikit. atau macam museum2 yang kita selalu nampak dalam movie klasik.
Keluar dari situ aku aim nak bawak baby SJ gi ke Pollock's Toy Museum. Patutnya dekat-dekat British museum jugak tapi kitaorang tak jumpa. Yang jumpa kedai toy. Ntahlah, confused aku.
Kitaorang decide nak naik train ke Greenwich. Cadang di hati nak berdiri di atas garisan Greenwich tapi rupanya dah tutup semasa kitaorang sampai. Inilah ruginya bercuti semasa winter sebabnya banyak tempat yang tutup awal. On the way nak pergi sana kitaorang lalu area Canary Wharf. Tempat Bursa Saham London. Aku suka dengan underground station Canary Wharf sebab dia sangat moden berbanding lain-lain. Aku rasa tempat ni antara kawasan yang baru di develop.
Canary Wharf
Bandar Greenwich. Kecik & aman. Benda yang boleh di beli dari
sini ialah souvenier termasuk souvenier khas iaitu benda-benda
berkaitan pelayaran. Untuk souvenier biasa, harga berpatutan jugaklah.
sini ialah souvenier termasuk souvenier khas iaitu benda-benda
berkaitan pelayaran. Untuk souvenier biasa, harga berpatutan jugaklah.
Cutty Sark - Restoran & small exhibition hall yang berbentuk kapal.
Antara tarikan utama Greenwich selain garisan Greenwich.
Antara tarikan utama Greenwich selain garisan Greenwich.
Kitaorang call it a day dari situ. Ambik train balik ke Barking. Train journey tak lama sangat sebab dari segi geografinya, Greenwich & Barking dekat-dekat je. Yang penting faham kat station mana nak tukar train supaya tak payah masuk ke area bandar balik.
Sampai Barking beli nasi beriani kat depan station Barking. Sudahlah sedap, murah pulak tu. Sekitar £4-7 satu meal bergantung pada lauk yang di ambik. Aku first time beli, beli 2 bungkus tapi sudahnya banyak yang lebih so kitaorang simpan dan jadikan breakfast esoknya.
Sampai Barking beli nasi beriani kat depan station Barking. Sudahlah sedap, murah pulak tu. Sekitar £4-7 satu meal bergantung pada lauk yang di ambik. Aku first time beli, beli 2 bungkus tapi sudahnya banyak yang lebih so kitaorang simpan dan jadikan breakfast esoknya.
Haaa five sikit ngan Mr D. Let me roam inside a museum, confirm ndak kan perasan masa. Haaa sape punya idea yang letak Cleopatra adalah tinggi lampai & lawa nak mati?!?!? Dongeng betul.
ReplyDeleteHaha. Boleh jadi geng Encik D ni. It was a very good museum dan yang penting free, kalu baik hati masuklah duit seketul dua dalam tabung keluar dari museum tu. tapi Bie, sila cuba scones dia.. aku sampai hari ni teringat kat kesedapan scones sana. Ko perasan tak Cleopatra tu rupa macam orang melayu. Macam nenek-nenek kita dulu pakai baju kurung rambut sanggul. hehe
Delete