London, Mind the Gap City #1
Selepas 8 hari di Paris, kami meninggalkan kota fashion untuk destinasi kedua. London.. Part ni aku akan cerita sikit sebanyak pengenalan based pada pengalaman aku yang tak seberapa
Kenapa aku pilih London? Aku rasanya sama je macam rata-rata traveller, London memang ada dalam bucket list sejak lahir. Siapa tak hingin nak pergi ke the most famous city in the world. Aku jenis tak suka kota besar tapi London (& Paris) tetap dalam bucket list. Tak lengkap Europe tanpa 2 city terbesar ni. Oleh itulah aku pilih London selepas Paris.
Aku curi kata-kata kat bawah ni masa aku gi Museum of London, so aku nak share dengan semua untuk gambaran pasal London dari mata orang-orang famous
In London you Live, in the country you breathe - Eliza Lynn Linton, writer, 1893
When a man is tired of London, he is tired of Life; For there is in London all that life can afford - Dr Johnson, 1777
Up to this time I have been crushed under a sense of the sheer magnitude of London.. The place sit on you, broods on you, stamps on you
- Henry James, writer, 1869
Political map of London (dari londonparents.net)
(dari mapsofworld.com)
Cerita serba ringkas apa yang berlaku di hari travel dari Paris to London. Paris- London, kitaorang naik Eurostar.
Harga tiket: £40 (non flexible ticket, maknanya takde refund kalau kansel perjalanan & juga tak boleh tukar tarikh & perlu di beli sebulan dua lebih awal sebab seat tiket murah adalah terhad)
Smooth journey walaupun hampir tertinggal train. Ingatkan masa yang di sparekan antara penginapan & Paris Train station sudah cukup rupa-rupanya ngam-ngam aje. Proses yang cukup remeh. Borang nak kena isi, semua barang nak kena check. Hatta, stroller baby SJ pun di periksa. Sorry, takde gambar langsung di ambik kat Gare du Nord sebabnya kitaorang kelam kabut dan kemudiannya bila di dalam perjalanan, beg kamera tersimpan nun jauh di atas rak. Yang dalam phone dah hilang tah ke mana.
Baby SJ sangat kegirangan di sepanjang perjalanan; bercakap & menyanyi tanpa henti adanya sehinggakan sesampainya kitaorang di King Cross station di London, ada penumpang menegur akan keramahannya.. Aku sebenarnya tak tahu itu sindiran ataupun ikhlas. Aku buat-buat gelak bodoh ajelah. Harap2 tiada yang menyumpah kitaorang. Perjalanan mengambil masa kurang sikit dari 2 jam setengah. Best tu memang best naik speed train sebab ni first time aku naik speed train tapi aku sebenarnya wish aku naik train biasa sebab aku nak tengok scenery. Dengan speed train, scenery tah ke mana. Tapi tak tahulah aku ada tak train biasa dari Paris ke London. Nak tidur pun tak boleh sebab baby SJ sibuk menyanyi dan kena make sure dia lekat kat seat.
Sampai di King Cross Station, kitaorng beli osyter card- kad untuk naik public transport. Osyter card ni samalah macam myRapid atau touch&go kita. Plan untuk membeli paper card (another form of travel card yang mananya ada kalanya yang ini lagi berbaloi sebab kita boleh dapat 2for1 entrance untuk sesetengah temnpat berbayar) tetapi aku tangguhkan dahulu. Lagipun hari dah petang. Tak berbaloi ambik 1 day travel card. dengan Oyster card boleh pergi point to point.
King cross ni macam KL central kitalah, siap ada hotel bagai. Station ni adalah station subway tertua di dunia, di buka pada 1863. Tak ke bangga gitu kalau dapat sampai.
Dari King Cross, kitaorang mangambil underground untuk ke tempat kami akan tinggal, Barking. Masa ni dah dekat pukul 8 malam. Sampai di station barking aku text tuan rumah dan dia bagi aku address rumah. Jenuh jugaklah aku cari rumahnya. Dengan segugus luggage, bukan lah pengalaman terindah dalam hidup aku. Akhirnya jumpa selepas berjaya bakar lemak sebanyak 1500 kalori.
Kitaorang sampai dulu dari tuan rumah. Perut dah menyanyi masa ni. Bila tuan rumah sampai dia briefing sikit-sikit dan ambik payment dari aku. Dalam pada aku panik-panik takut-takut dia mintak aku bayar cash sedangkan aku tak ada cash yang banyak, tiba-tiba dia keluarkan mesin kredit card. Canggih juga. Selepas tuan rumah balik, terus keluar balik untuk cari makanan. Tak susah pun sebab masa berjalan nak datang datang tadi kitaorang dah nampak kedai kebab yang halal dalam 200m dari rumah. Kitaorang makan kebab dan kemudian balik rumah. Masa untuk test bilik air dan katil. Begitulah berakhirnya cerita untuk hari transit tu.
Okey, info basic yang kena prepare kalau ke London
1. Bahasa
Yang ni tak usah cakap lah kan. satu dunia pun tahu orang UK cakap bahasa apa. Yang pastinya selepas 8 hari ada masalah language barrier, terasa lawas sekali bila masuk London. Gi kedai pun tak rasa nak nangis lagi.
2. Matawang
Mata wang yang di guna di UK adalah Pound Sterling (£). Nilai yang aku tengok untuk hari ni adalah £1 = RM 5.20. Sekarang duit £ jauh mahal dari masa aku pergi dulu. Dulu nilai cuma £1 = RM 4.50. Aku
tukar € kat Malaysia siap-siap sebab tak nak pening. Ada orang bawak
ATM card dan keluarkan kat sana. Macam biasa, jangan lupa bagitau bank kalau nak travel oversea untuk
mengelakkan kesulitan nak keluarkan duit.
3. Penginapan
Kitaorang sewa rumah di Barking di London East. Jauh sikit dari city centre iaitu letak dalam Zone 4. Naik train dalam 30 minit dari city centre. Private property yang kawan aku kenalkan. Klik SINI untuk reference. Harga memang cun, aku tak ingat dah exact harga yang aku bayar tapi tak silap aku sekitar RM2000 untuk 9 malam. Kat Malaysia pun takkan dapat harga segitu. Kitaorang booked apartment 1 bilik tapi kitaorang dapat rumah double storey 2 bilik. Duduk cuma di rumah atas sahaja. Rumah lengkap dengan segala kemudahan dan kejiranannya sangat selamat. Aku memang sangat suka rumah dan package yang kitaorang dapat.
Dari segi nak cari makan di sekitar penginapan, makanan halal berlambak-lambak dan jauh lebih sedap dari Paris mahupun Amsterdam.
Cuma ada beberapa kekurangan rumah kitaorang ni, tapi dengan sewa seciput yang aku bayar, aku tak layak nak komplen. Lagipun masalah-masalah ricihan aje. Tapi untuk dijadikan reference orang lain di satu hari , aku listkan di bawah ni;
1. Jarak dari city centre yang agak jauh so, kitaorang kena bayar tiket train yang lebih mahal. Tapi bagi aku dengan mengambik daily tiket tak banyak sangat ruginya.
2. Jarak rumah dengan station train jauh sikit compare yang aku duduk di Paris yang cuma sepelaung. Jarak dalam 500m dan paling terasa masa first time sampai sebab kitaorang ada banyak beg. Masa nak tinggalkan London dah kurang terasa kejauhan dia sebab aku dah serahkan separuh barang kepada kawan aku yang menetap di UK, Encik SOB (gelaran bagi Steven of Birmingham) yang tak sabar-sabar menunggu biskut cap pingpong yang dikirimnya.
3. Tv yang super kecik. Besar Tv CCTV. Tapi kita bukan nak mai London untuk tengok TV. Yang bestnya walo Tv dia kecik, sekurang-kurangnya aku faham bahasa segala program kat TV.
4. Satu-satunya benda yang aku personally rasa agak kurang selesa kat sini adalah water heaternya
kurang stabil. Ada masanya di tengah mandi air panas, air tiba2
bertukar sejuk. Dan boleh jugak dari super sejuk jadi panas yang berasap. Tu yang suspense. Dan aku perasan di UK kepala paip ada 2 iaitu paip panas & paip sejuk. Susah sikit bila nak cebuk. Hehe. Aku mulanya ingat rumah ni je yang ada 2 kepala paip, bila aku tanya kawan aku, Mr SOB, katanya rumahnya pun sama.
Kejiranan
Dari luar
Ayat yang paling famous untuk underground adalah Mind The Gap. Rerasanya sepanjang 10 hari di sana, adalah 500 kali kami dengar. Seolah2 lagu yang tergiang2 di telinga. Tapi 1 thing yang aku boleh cakap.. the underground system was awesome. Facility memang superb walaupun ada station yang tak ada lift untuk bawak stroller turun tapi 90%nya ada dan rasanya semuanya ada elevator so kitaorang curi-curilah bawak stroller.
Underground map. Tak susah nak faham sebab dia setiap laluan
di bahagikan ikut color. Ikut aje mesti tak sesat punya.
Kalau nak print atau download tube map, klik SINI tapi boleh aje pergi mana-mana station mintak kat kaunter. Kadang-kadang ada je kat tepi tangga station.
Since kami menyewa apartment di Barking yang berada di Zone 4 makanya kitaorang terpaksa membayar transportation yang agak lebih - dalam RM80 sehari untuk transportation (kos untuk 2 dewasa). Klik SINI kalau nak download. Dengan paper card kita boleh guna untuk daily, 7 hari, monthly capping. Rate bergantung pada zone mana kita nak redah. Kalau cuma dalam city centre (city centre Zone 1 & 2), rate sehari dalam £4.70 (untuk 2014). Kalau untuk kitaorang yang duduk di Zone 4 ni, untuk masuk dan bergerak dalam city centre kena bayar dalam £6.70 untuk 1 day pass (tahun 2012) atau £7.00 (2014). Mulanya aku plan nak beli paper card 7 hari sebab jimat (£10 sorang kalau compare ambik 1 day travel card selama 7 hari) tapi since kitaorang ada plan nak pergi ke Birmingham jumpa dan berjimba dengan Encik SOB, maka kitaorang belilah 1 day pass setiap hari. Alih-alih tak jadi. Rugi £20.
Selain dari lebih murah ambik capping hari atau minggu, kelebihan paper card berbanding dengan osyster card adalah kat sesetengah tempat boleh dapat 2for1 entrance fee kalau tunjuk paper card. Dalam kata mudahnya beli 1 tiket percuma 1 tiket. Aku ada guna beberapa kali dan dapat jimat banyak. Syaratnya paper card tu valid di hari kita nak dapatkan 2for1 entrance fee tu. As simple as that. Camana nak tahu mana tempat yang offer 2for1 tiket? Google website tempat yang kita nak pergi tu dan cari bahagian ticket fares, kalau ada mesti dia tulis kat situ.
Inilah keretapinya. Sama macam LRT kita
Subway* towards underground. Aku jatuh hati dengan art works kat sesetengah subway.
* Term subway di London maksudnya laluan ke underground
station. Some countries (seperti Norway) subway tu adalah underground
systems tu sendiri. Aku memang confused sampai last.
CharingCross Underground
Antara koleksi, banyak yang missed sbb malu nak amik gambar. Try cover gaya kampung kunun.
Sama jugak dengan bas. Aku takde naik bas jugak. sebabnya mana yang aku nak pergi ada perkhidmatan train. Bas 2 tingkat di ketahui umum adalah icon London & walaupun dah di tiru di mana-mana, bas 2 tingkat dan London tetap bersatu. :)
5. Makanan halal
Makanan halal tak susah nak dapat kat London. Sesetengah restoran Subway (bukan semua) halal tapi pastikan perhatikan tanda halal sebelum terjah. Kedai kebab ada banyak. Selain sedap, harga makanan di sini dan kebanyakan area di London sangat berpatutan. Sebiji kebab cuma dalam £4. Di Barking, satu set meal nasi beriani yang sangat sedap cuma £4 ataupun di tengah-tengah city, 1 foot long Subway bersama drinks cuma £5. Kitaorang spend dalam £15-20 satu hari untuk makan. Sebelah pagi aku biasanya buat roti toast ataupun nasi goreng.
Seingat aku cuma sekali aku susah nak jumpa makanan halal dan kitaorang end up makan egg sandwich dari Mark and Spencer. Kat KL M&S tu tempat budak-budak banyak duit shopping tapi kat London supermarket biasa aje.
6. Cuaca
Cuaca semasa late autumn di London
lebih kurang macam di Paris, sekitar 6-10 degree. Kitaorang kena tempias hujan beberapa hari kat sana tapi ada harinya panas memancar. Kiranya ikut nasib ajelah. Satu aku belajar dari Paris iaitu aku cuba bawak bekal extra baju untuk baby SJ bila kami keluar jejalan supaya kalau terkena hujan dapatlah kitaorang tukarkan baju untuk dia. Selain itu, redahkan aje.
7. Lain-lain
Semua yang aku teringin pun aku dapat pergi. Cuma satu yang aku terkilan sebab aku teringin nak jumpa seorang penulis buku kucing yang asalnya seorang homeless; James Bowen. Puas aku pergi ke tempat-tempat yang dia selalu buat busking dan jual Big Issue (majalah mingguan yang homeless biasa jual) tapi nasib aku tak baik. Aku balik Malaysia dengan hampa.
Selain dari tu tak ada apa dah rasanya, just enjoy the city as it will offer you the best.
Update aktiviti caca merba aku di entry akan datang.. tunggu ye
Keseluruhan entry London
London Intro
London #2 - London Bridge, Borough Market, Tower Bridge
London #3 - Green Park, Buckingham Palace, St. James Park, Trafalgar Square, Paddington, Leceister Square
London #4 - British Museum, Canary Wharf, Greenwich
London #5 - Emirates Cable Car, O2 Arena, British Music Experience Museum, Big Ben, Westmister Abbey
London #6 - Shoreditch weekend market, Hyde Park, Harolds, James Street
London #7- Arsenal & Fulham Stadiums, Bishop Park
London #8 - Big Ben, London Sealife Aquarium, Musuem of London, Oxford Street
London #9 - Greenwich, , Science Musuem of London, Oxford Street
Walau aku xsuka big city, tapi first time gi negara tu memang lah harus terjah juga. I miss London to be honest. Nampak macam moden tapi banyak lagi tinggalan sejarah dalam kota tu sendiri.
ReplyDeleteAku pun. Miss London. Aku siap ada apply keje kat sana lepas balik tu. Tak sangkut aje. Kalu sangkut terpaksa angkut semua anak2 bulu. Itulah kelebihan Europe kan, sebesar dan semoden manapun city, the 'old part' tetap di jaga. Aku rasa selamat masa kat London.
Delete