Sunday, November 23, 2014

London_Autumn 2012_Hajat yang kesampaian

Keseluruhan entry London 
London Intro     
London #2 - London Bridge, Borough Market, Tower Bridge    
London #3 - Green Park, Buckingham Palace, St. James Park, Trafalgar Square, Paddington, Leceister Square 
London #4 - British Museum, Canary Wharf, Greenwich
London #5  - Emirates Cable Car, O2 Arena, British Music Experience Museum, Big Ben, Westmister Abbey 
London #6 - Shoreditch weekend market, Hyde Park, Harolds, James Street
London #7- Arsenal & Fulham Stadiums, Bishop Park
London #8 - Big Ben, London Sealife Aquarium, Musuem of London, Oxford Street
London #9 - Greenwich, , Science Musuem of London, Oxford Street




21.11.2012 
 # Hari ke 9 di London
 # Hari ke 16 overland Western Europe



Hari kedua terakhir di London.  Esok kitaorang akan tinggalkan London, so hari ni kitaorang kena pulun habis-habisan.

Dulu masa buat iternari rasa macam cukup spend 10 hari di London.  Bila sampai hari terakhir rasa macam tak cukup.. rasa sedih pulak nak meninggalkan London.

Aku request nak gi Greenwich centre yang tak kesampaian beberapa hari lepas.  Encik D ok je.  Dia faham kenapa aku taksub sangat nak gi Greenwich ni.  Sebabnya ada kaitan dengan kerja aku. Hujan renyai2  semasa kami sampai.  Dahlah kena jalan agak jauh,  basah jugaklah baby SJ walaupun dah di bungkus.

Greenwich adalah pusat penentu masa standard seluruh dunia.  Asal-asal dulu banyak negara berebut nak jadi penentu masa standard dunia termasuklah France.  Cuma lewat 1800an, British berjaya dapat persetujuan dari international untuk jadi penentu masa standard melalui pusat Greenwich Mean Time ni.  Dari sinilah asalnya sistem GMT yang mana kat pusat ni adalah GMT zero.

Incase kalau nak rujuk  Wikipedia


 Keadaan autumn di Greenwich

 Greenwich centre.  Kena bayar £7 untuk masuk.

 Sebelah pintu ni GMT-, sebelah lagi GMT+



  Sebelah kaki di sebelah GMT-, sebelah lagi GMT+.  Perasaannya, 
pegh! bangga gila dapat letak kaki sebelah sebelah gitu.  Senyum seharian aku.



Paling best aku dapat sijil datang sini.  Tak ada lah apa, masukkan duit £1 dalam mesin printer maka dia print sijil bagitau kita dah sampai Greenwich Time Meridien tapi aku punya suka mengalahkan apa.  Sampai hari ni aku simpan lagi sijil tu.


 Bandaraya dari jauh



Dari Greenwich, kitaorang naik train ke Science Museum of London.  Aku kalah.  Aku nak gi shopping kasut, Encik D nak pergi museum sains ni. Tapi lepas masuk museum, aku dah hilang rasa ralat sebab best pulak.  Aku kasi 5 bintang lah.


Apa yang ada dalam Science Museum.  Keseluruhan ada 4 
tingkat tapi kitaorang tak pergi semua pun.



Virtual ripple.

Keluar dari Science museum, Encik D agaknya kesian tengok muka aku ajak aku pergi Oxford street. Ada 3 jam aje masa untuk aku shopping.  Kalau kat KL aku biasanya shopping setengah jam ke sejam je sebab aku dah tahu nak masuk kedai mana untuk beli apa.  Ini kat Oxford sepanjang jalannya kedai, mana aku tahu nak masuk mana.  Last-last kasut tah kemana.  Aku cuma sempat beli baju selai dua untuk baby SJ & sling bag untuk aku dan CK.  Encik D tak beli apa.


Bila kedai start tutup kitaorang merayau2 sekitar city sebelum bertolak balik ke Barking untuk pack luggage untuk destinasi seterusnya.

Aku jatuh hati dengan London (siapa yang tidak?).  Kalau ada rezeki aku akan ke sini lagi insyaallah. Next time nak stay london 2,3 hari pastu nak drive jelajah UK.  Mungkin juga jumpa kawan-kawan kucing aku yang ramai kat sini.  Insyaallah.









4 comments:

  1. Aku jeles tengok gambar kaki di antara garisan GMT. Memang faham sangat perasaan happy tu sebab ko memang nak jejak sini kan. Next visit, nak juga aku gi Greenwhich ni lah. Once in a lifetime orang kata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bie, aku senyum sampai telinga dapat pergi sini. Yang kesian baby SJ lah.. basah dia hari tu. Memang awesome Greenwich ni.

      Delete
  2. Tempat ni menarik betul ... ok boleh masuk list utk pegi kot2 terjejak london one fine day

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azra.. Insyaallah dapat lah pergi kalau dah masuk dalam wish list. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan ;) London is a great place.

      Delete