London Intro
London #2 - London Bridge, Borough Market, Tower Bridge
London #3 - Green Park, Buckingham Palace, St. James Park, Trafalgar Square, Paddington, Leceister Square
London #4 - British Museum, Canary Wharf, Greenwich
London #5 - Emirates Cable Car, O2 Arena, British Music Experience Museum, Big Ben, Westmister Abbey
London #6 - Shoreditch weekend market, Hyde Park, Harolds, James Street
London #7- Arsenal & Fulham Stadiums, Bishop Park
London #8 - Big Ben, London Sealife Aquarium, Musuem of London, Oxford Street
London #9 - Greenwich, , Science Musuem of London, Oxford Street
18.11.2012
# Hari ke 6 di London
# Hari ke 13 overland Western Europe
Hari ke 6 start dengan aktiviti yang aku sangat suka. Malam sebelumnya tu aku berborak panjang dengan Encik SOB. Dia suggest kitaorang pergi ke pasar minggu di Brick Lane. Cuaca hari tu memang best, jadi kitaorang ambik train turun kat station Shoreditch overground kalu aku tak silap. Pasar minggu ni namanya Shoreditch High Street market. Memandangkan hari ni hari minggu, orang sangat ramai. Nak melangkah pun payah. Aku tak sempat ambik banyak gambar sebab manusia ramai sangat. Ada beratus gerai jual macam-macam.
antara gerai-gerai yang ada
Penat round tempat2 orang jual, kitaorang singgah di Bricklane foodcourt. Aku nampak ada gerai Malaysian jual apam balik (rebranded as Malaysian Pancake). Teringin nak tegur tapi segan takut menganggu. Aku tak beli apam balik sebab aku bukannya lama benor tinggalkan Malaysia. Apa pun aku bangga tengok anak Malaysia berniaga kat sini. Kitaorang try benda lain hari tu.
Gerai apam balik
Ada banyak gerai-gerai. Memang meriah. Kitaorang cuba makanan dari beberapa gerai.
Kitaorang makan tengahari kat area sini sebab ada banyak halal restoran. Selepas tu barulah naik underground dari Liverpool street
underground dan turun kat Hyde Park station.Destinasi berikutnya adalah Hyde Park. Selain dapat tengok park yang cantik, dapat tengok gelagat orang bagi speech on apa saja topik yang diaorang pilih. Aku dapat dengar ada speaker yang kutuk Queen openly. Macam-macam gelagat orang di Hyde Park's speaker corner. Kebebasan bercakap katanya. Ketip sini untuk information mengenai speaker corner - Hyde park's speaker corner.
Kitaorang kemudiannya berjalan melintasi Hyde park. Harolds tak jauh dari situ. Makin dekat dengan Harolds makin ramai nampak orang berjalan sambil bawak paper bag Harolds. Ada banyai tupai jugak kat Hyde Park ni. Best betul melayan gelagat tupai.
Pemandangan di Hyde Park
Tupai ni mula-mula tak nak kawan
Jek sikit baru nak kawan
Sampai area Harolds tengok sangat meriah kat sini. Orang dalam Harolds memang terlampau ramai. Maybe sebab hari minggu dan dekat Krismas.
Dari Harolds kitaorang ambik underground (Knightsbridge station) pergi ke James street. James Street ni satu lagi shopping district. Saja nak habiskan masa sebelum balik. Sempat meninjau-nijau kawasan ni kemudiannya ambik underground balik ke Barking.
Dari Harolds kitaorang ambik underground (Knightsbridge station) pergi ke James street. James Street ni satu lagi shopping district. Saja nak habiskan masa sebelum balik. Sempat meninjau-nijau kawasan ni kemudiannya ambik underground balik ke Barking.
James st
Haus tapak kaki aku hari ni. Turun dari Barking station menapak balik kerumah kaki dah berdenyut-denyut.
ramainya beratur nak masuk harrods tuh! sy sendiri pun tak penah sampai ke sana.
ReplyDeleteJohn,
Deletekitaorang masuk cuci mata je. Jangan kata ralat bila balik sini sebab tak masuk. Lagipun, bukan purposely pergi situ. Kitaorang cuma ikut arus orang.. Tapi akak nasihatkan kalau nak beli barang jenama Harrods toksahlah beli kat sana sebab buat berat beg je nak usung balik. Barang dia sama harga dgn Harrods KL. Kalu murahpun 10 dua puluh ringgit kut. Kalau nak beli barang jenama lain dalam tu ok lah kut