Sunday, November 16, 2014

London_Autumn 2012_Encik SOB & stadiums_Hari ke 7

Keseluruhan entry London 
London Intro     
London #2 - London Bridge, Borough Market, Tower Bridge    
London #3 - Green Park, Buckingham Palace, St. James Park, Trafalgar Square, Paddington, Leceister Square 
London #4 - British Museum, Canary Wharf, Greenwich
London #5  - Emirates Cable Car, O2 Arena, British Music Experience Museum, Big Ben, Westmister Abbey 
London #6 - Shoreditch weekend market, Hyde Park, Harolds, James Street
London #7- Arsenal & Fulham Stadiums, Bishop Park
London #8 - Big Ben, London Sealife Aquarium, Musuem of London, Oxford Street
London #9 - Greenwich, , Science Musuem of London, Oxford Street
 
 


19.11.2012 
 # Hari ke7 di London
 # Hari ke 14 overland Western Europe




Sepatutnya hari ni kitaorang ambik train ke Birmingham dan  bermalam kat rumah Encik SOB & isteri tetapi selepas di timbal2, kitaorang batalkan plan. Aku sebenarnya segan sebab sebenarnya aku tak kenal lagi wife dia, alih-alih nak tidur kat rumah dia. Aku tahu encik D lagi segan sebab Encik SOB tu kawan aku bukan kawan dia.  Lagipun banyak lagi tempat yang aku tak pergi di London.  Kitaorang kansel plan tu malam sebelumnya tu dan dapatlah aku dengar semangkuk dua Encik SOB membebel.  Aku janji sama Encik SOB yang aku akan pos barang-barang dia sebelum kitaorang tinggalkan London.  Esok pagi buta aku dapat call dari Encik SOB yang dia akan ambik train ke London untuk jumpa aku.  Aku rasa bersalah sangat tapi Encik SOB kata dia tak kisah sebab dia memang sentiasa travel Birmingham - London setiap minggu.

Ok, siapakah Encik SOB? Encik SOB adalah kawan ketat aku & CK.  Kitaorang berempat (termasuk Encik D) pernah kerja satu company tapi Encik D & Encik SOB kurang kenal & sebab itulah tak rapat.  Kitaorang yang bertiga lagi memang sangat rapat dan sampailah ke hari ni kitaorang masih rapat walaupun dah lama masing-masing bawak haluan.


Encik SOB (kes nak kena bunuh kalau Encik SOB tahu aku post gambar dia kat sini).  
Siapa pernah jumpa dia sila angkat tangan! Kalau jumpa dia jangan bagi salam tau 
sebab dia ni bukannya melayu.  Seorang kawan yang comel & kepoh.

 

Berbalik kepada cerita Encik SOB naik ke London.  Kitaorang jumpa di station Bayswater underground.  Lega rasanya dapat pass barang-barang kiriman dia dari London.  Semua yang di kirim makanan & bukannya ringan.  Dari situ Encik SOB bawak kitaorang ke Malaysian Hall dan lunch kat sana.  Aku kan tak faham sangat pasal Malaysian Hall ni.  Aku confused samada Malaysian Hall ni sama dengan Bangunan Mara.  Encik SOB pun tak membantu sebab dia pun sama confused.  Katanya kalau hari raya (walaupun dia tak sambut) biasanya dia menyibuk kat Malaysian embassy aje.  Kalau ada antara korang yang tahu tolonglah komen sikit.  Anyway, nikmat sungguh hari tu makan lauk pauk melayu selepas dua minggu jumpa kebab & nasi beriani arab je.  Harga dia taklah semurah nasi arab.  Harga sepingan nasi 2 lauk dalam £7-8

Encik SOB sambil-sambil membebel sebab aku kansel plan, jadi jugak tour guide kitaorang.  Tapi kena tahan telingalah sepanjang hari. Sebab kitaorang tak berjaya pergi ke Anfield stadium (Liverpool FC untuk aku) & Old Trafford (MU FC untuk Encik D), dia volunteer bawak kitaorang pergi ke 2 stadium yang letak kat dalam London sendiri; Stamford bridge stadium (Chelsea FC) & Craven Cottage stadium (Fulham FC).  Musuh ketat team aku tapi hentamlah.  Stamford bridge kitaorang tak masuk sebab kena bayar tapi Craven Cottage kitaorang dapat masuk free.  Aku perasan orang Malaysia kalu pergi UK mesti nak pergi stadium.  Termasuklah aku sebab itu antara benda yang terasa dekat dengan hati.  Kalau kat Malaysia boleh tengok kat TV aje  sambil-sambil pakai jersi tiruan setiap kali team bola pilihan ada match.

Dan first time sejak travel kitaorang dapat amik gambar bertiga sebab Encik SOB jugak memerangkap photographer kitaorang hari tu walaupun bila check kemudiannya banyak gambar hancur sebab bergegar.  Haha

 Stamford Bridge stadium; luar stadium & barisan pemain 2011
Craven Cottage stadium; luar & dalam stadium

Dari satu tempat ke satu tempat kitaorang naik train.  Untuk ke Stamford bridge, turun di Fullham Broadway underground, jalan ke kiri dalam 100m terus jumpa. Untuk ke Craven Cottage, turun kat Putney Bridge station dan jalan 500m ke arah utara & perlu cross Bishop park untuk ke Craven Cottage.  Tak terasapun 500m sebab Bishop park ni lawa & kitaorang menyusuri sungai Thames.  Kat Bishop Park ni jugak ada church & bekas kediaman rasmi Bishop of London. 


Bishop park

Ni kes fefeeling autumn lah ni

Kemudiannya kitaorang naik bas (first time naik bas sejak di London) ke Hammersmith Station.  Ni bukan station terdekat tapi Encik SOB bawak kitaorang sebab dia ada pekan.  Kitaorang ambik train ke Euston station sebab Encik SOB nak kejar train balik ke Birmingham.  Sementara nak tunggu train dia boarding, kitaorang makan fish & chip kat situ.  Boleh tahan sedap.  Then, dia pun naik train balik Birmigham.  Seharian bersama Encik SOB, cukup puas aku gelak. Bagi aku, encik SOB ni antara kawan yang tak boleh bertukar ganti.


Aku kemudiannya ajak Encik D singgah di Angel station sebab sekali lagi aku nak cari author buku Bob The Streets Cat tu.  Selain Convent Garden, Angel Station antara tempat yang selalu dia lepak dulu.  Hampa lagi.  Aku siap tanya orang-orang yang berniaga kat situ.  Kata dia orang dia dah lama tak datang Angel station.  Nampak gayanya aku bawak balik buku tak bersign lah ni. Lepas tu ambik train balik ke Barking.





A good day to remember.

5 comments:

  1. We used to stay at Malaysian Hall London sebab nak jimat duit accommodation. They charged us 11 pound per head. Murah la kot. I don't think its the same building with MARA. My 2 cents.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Zaraab. Selamat berkenalan. 11 pound per head murah lah tu. Tapi dgrnya tak boleh stay more than 2 night kan. tahlah.. aku stay kat Barking je hari tu.

      Delete
    2. Yeap, betul sangat lar tue. Limited to 3 days 2 night jek. Lepas 2 malam tue dah kena keluar. So we stayed at one of hotel owned by Brunei depan tue jek. Kebetulan boss dia dari Brunei ada, so dia cakap, takper lar, i bagi 14 pound per head.

      Eh, salam perkenalan jugak!

      Delete
  2. Memang sungguh ko menjejak author Bob the Street Cats tu kan. Xpe xde rezeki trip ni mana tau next trip terjumpa. Aku baca entries London ko, memang menggamit memori betul. Nak London Calling lagi xtau biler ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bie.. aku memang menjejak kasih James Bowen tu. Baca buku dia buat aku insaf. One of the best book aku pernah baca. Aku sejak2 baca entry Harry Porter John.. rasa dan-dan ni nak divert plan tahun depan. Haha. Kalaulah duit berkepuk

      Delete