London Intro
London #2 - London Bridge, Borough Market, Tower Bridge
London #3 - Green Park, Buckingham Palace, St. James Park, Trafalgar Square, Paddington, Leceister Square
London #4 - British Museum, Canary Wharf, Greenwich
London #5 - Emirates Cable Car, O2 Arena, British Music Experience Museum, Big Ben, Westmister Abbey
London #6 - Shoreditch weekend market, Hyde Park, Harolds, James Street
London #7- Arsenal & Fulham Stadiums, Bishop Park
London #8 - Big Ben, London Sealife Aquarium, Musuem of London, Oxford Street
London #9 - Greenwich, , Science Musuem of London, Oxford Street
14.11.2012
# Hari ke 2 di London
# Hari ke 9 overland Western Europe
Mula-mula kat tempat baru mesti lemau. Sakit badan menggalas beg semalam pun terasa lagi. Kitaorang keluar dari rumah sudah hampir tengahari. Since aku tak ada buat iternary yang specific makanya terbanggak-banggak lah jugak kitaorang kat train station Barking. Kali ni aku berani berjalan tanpa iternary sebab kitaorang akan spend 9 hari di London, so insyaallah ada banyak masa. Itu kata aku masa awal tulah. Rupa-rupa, di hari last baru aku sedar aku tak sempat nak buat banyak benda.
Pertama, kitaorang beli buku map dari kedai buku & kemudiannya naik train tuju ke arah city. Dalam train Encik D baca map dan last-last dia ajak turun di station Monument. Kelam kabut aku yang tengah melayan perasan tolak stoller baby SJ keluar dari train. Pesanan Mind the Gap sentiasa mengiringi langkah.
Tak ada apa yang menarik kat sini. Yang ada cuma monument yang kecik. Monument ni adalah tugu peringatan untuk mangsa kebakaran besar London yang berlaku pada 1666. Aku tengok ramai budak-budak school trip tengah ambik gambar kat situ. Kitaorang tak stay lama, terus bergerak ke arah selatan menyeberang jambatan.
Di sebelah timur jambatan yang kitaorang naik ni ada satu lagi jambatan. Mati-mati aku ingat jambatan itulah London bridge yang famous tu. Asalkan kawan-kawan pergi London mesti ada gambar atas jambatan itu. Aku pun apa lagi, beria-ria ambik gambar dari atas jambatan yang aku tengah berdiri tu. Yang aku tak tahu jambatan yang aku berdiri atasnya tulah London bridge. Teringat jugak bulan Mei lepas masa aku pergi Melbourne ada tempat nama London Bridge is falling down. Sampai Australia pun sinonim dengan London bridge, walhal aku tak tahu menahu aku tengah berdiri atas London bridge. Haha. Lagi kelakar satu gambar London bridge pun aku tak ambik.
Inilah yang disangkakan London bridge. Nama betul dia Tower bridge.
Gambar di di ambik dari London Bridge yang sebenar
Kami berenti kat atas jambatan menikmati sungai Thames. Antara sungai terfamous dunia. Sungai terpanjang di tanah England & sungai kedua terpanjang di United Kingdom. Ramai kolar biru lepak sambil makan sandwich. Agak aku lunch break.
Masa ni perut dah start berbunyi. Maka selepas kaji map, kitaorang bergerak lebih ke selatan tuju ke Borough market. Hati dah menyanyi-nyanyi girang sebab aku kan suka pasar dan Borough market memang masuk dalam list aku sebab dia famous dengan makanan yang sedap-sedap. On the way nak sampai ke Borough market aku ada nampak kedai kebab tapi aku dengan tak sedar diri menanam azam hari tu tak nak makan kebab. Aku lapar makanan lain di pasar. Maka kitaorang jalan masuk ke market. Mula-mula jumpa kedai-kedai makan non-halal yang penuh orang sana sini tengah makan. Bau tak usah cakap, mampu menguji iman. Nasib baik ada Encik D. Kalau aku sorang mahu goyah.
Berikutnya jumpa dengan gerai roti. Sorry, hari ni roti tak layan.
Hari ni mood karnivor.
Italian food. Bau semerbak tapi sah tak halal, ada bacon.
Sumpah aku memang telan air liur.
Meringue terbesar yang pernah aku jumpa. Niat nak beli sebelum
keluar dari pasar tapi lepas tu sibuk ambik gambar aku terlupa.
Sayur dengan ikan pun ada jual yang bersih dan boleh baring kat atas lantai dia
Encik D dah bising nak cari halal food, maka kitaorang terpaksalah beli kebab yang aku sombong-sombongkan tadi tu. Kiosk kebab bawah jambatan, so kitaorang tapau dan bergerak ke arah timur menuju ke Tower Bridge yang aku sangkakan London bridge tu dengan harapan akan jumpa pangkin nanti.
Memang ada banyak pangkin di pinggir sungai Thames. Maka kamipun berkelah sampai tengok sungai dan kapal yang lalu lalang.
Sambil makan sambil ambik gambar
Di seberang sungai. Bangunan yang macam peuru berpandu tu
disohorkan antara 10 bangunan tercantik di dunia
Ini juga di seberang sungai. The Tower of London (sebuah museum)
Kitaorang sambung jalan menyusuri Sungai Thames. Tempat ni namanya London Riverside. Bangunan2 tu kebanyakannya offices yang moden. Aku dapat bayangkan musim panas mesti ramai traveller lepak kat area ni.
London riverside
The Tower Bridge
Kitaorang terus berjalan. Bila letih stop rehat, kemudiannya sambung balik. Dan inilah hasilnya sebelum kitaorang decide untuk balik sebab nampak baby SJ sangat letih. Kitaorang sepakat untuk datang balik ke Tower of London sebelum tinggalkan London tapi sebenarnya sampai last day pun tak pergi.
Sampai di Barking, kitaorang singgah beli makanan untuk dinner dan balik rumah berehat sambil tengok TV.
Rasa 9 hari tu lama kan walhal memang rasa xpuas merayau. Aku niat nak repeat London sebab British Museum, Harry Potter & nak lepak kat Hyde Park je haha. Kononnye lah. Sekali sampai mesti arah akan berubah.
ReplyDeleteHaha. Repeat jangan tak. Aku nak repeat sebab aku nak drive country side dengan nak gi M&M museum tu. Tu cita-citalah. Tah bila dapat pergi,. Tapi maca kau cakaplah, sampai mesti arah berubah. Kalu pergi British Museum jangan lupa makan scones Bie. Sedap gila.
Delete