Friday, September 19, 2014

Norway summer 2006 - Trondheim, public transport distance - part 1

Part ni aku nak share tempat2 yang aku pergi yang jauh sikit dr city centre tapi taklah jauh sangat.  Kalu nak jalan pun boleh lagi, cuma adalah 2,3 jam kut baru sampai

Personally aku rasa ada banyak tempat dan aktiviti yang boleh buat tapi atas sebab kekangan masa dan kewangan aku tak dapat buat.  

Antara yang aku buat that summer ialah;

** panduan untuk nak pergi ke satu-satu tempat kalau korang tak tahu nak naik bas apa atau korang nak dapatkan apa-apa info sekalipun,  tourist centre ada di city centre.  Dekat dengan square market  



1- Melawat Culture museum  - 

Museum budaya dia di kenali dengan nama Trodelag Folkemuseum. Bila aku wikipedia untuk bagi sikit maklumat, tulisan norwegian lah pulak, so aku kena cerita gaya yang aku faham lah.  Kalu salah sorri lah ye.  

Museum ni tentang koleksi gaya hidup orang Norway sejak zaman dulu kala.  Best jugak sebab siap ada amali .  Ada orang buat amali camana buat roti zaman-zaman abad ke 10 dulu agaknya.  Siap bagi aku rasa. 

Nak gi sini tak silap aku kena naik bas no 81.  Tak jauh sangat dari town pun dalam 15 min dengan bas. Entrance Nok 70/ Adult. Walaupun kena korek duit sikit tapi aku recommend sangat tempat ni kalau nak faham sejarah dan culture Norway. Webpage museum klik sini (official) atau sini (semi official).  Kalau korang nak check ongoing event klik FB page sverresborg tapi dalam bahasa norwegian.  Tak susah sangat sebab sesetengahnya ejaan je lain dr ejaan english. Teka-teka lah sikit-sikit ok.  Aku pernah lah tahu beberapa perkataan basic tapi dah lupa pulak.


 First part museum yang macam biasalah.  Indoor museum.  
Tunjuk barang2 museum standard.  Gambar kiri tengah and 
gambar kanan tu adalah sledge.  Yang kalau kita tengok 
cerita-cerita eskimo yang anjing dia oarng tarik tu.

Kemudian boleh bergerak ke oudoor museum.  Kawasan dia sangat besar.  Macam suku saiz kampung kita.  Kat outdoor ni ada building2 lama dalam real size, samada rumah atau pun church lama.

Church tertua di Trondheim.  Di bina di kurun ke 9 tak silap.  
Boleh masuk dalam kalau join museum tour (ada tour dalam 
English).  Dapatlah bayangkan kehidupan dia orang zaman tu.


Ni pun church jugak tapi lebih baru dari yang kat atas.  Tak silap dari kurun ke 13.

Antara rumah-rumah ladang zaman dulu.  Kebanyakannya 
korang boleh masuk & kat dalam lengkap dengan perabut
yang di gunakan pada zaman tu.


Peredaran zaman, rumah jadi semakin moden. Seperti berjalan di 
historical trail. Siap ada aktiviti farming macam keadaan betul-betul. 

 Ni lah amali buat roti yang aku cakap tu.  Lepas tu bakar 
dalam stove batu yang kat belakang dia tu.  Pakaian yang dia pakai 
tu ialah pakaian farmer.  Rasa roti tu macam rasa capati sikit-sikit.

Ada banyak lagi building termasuk bangunan kedai zaman dulu, sekolah so makan jam jugaklah nak habiskan semua.  Aku spend hampir satu hari lah di sini.  Dan kalau datang sini jangan lupa try waffle dia kat cafe.  Sedap jugak.



2 - Marina.  

Tak ada apa sangat kat sini kecuali banyak boat mewah.  Aku hairan dengan dia orang ni.  Macamana dia orang cari duit untuk beli semua benda ni sebab kat sini semua benda mahal & aku rasa sekurang-kurangnya 5% dari penduduk sini ada bot mewah.  Untuk ke sini korang naik aje tram dan dia di tengah-tengah laluan tram





3 - Ilaparken park 

Tak jauh dari marina bay tadi, ada park.  Masa aku kat sana tu ada banyak gile bunga tulip,  Aku memang rambang mata tengok.  Kat sini juga lah ada local fair yang mana local jual barang-barang dia orang (selected date).  

Aku jumpa an Indonesian lady yang menetap di sini.  Huh, dapat jugak aku buang lenguh mulut aku lama tak dapat bercakap dalam bahasa kita.  Dia bagitau aku yang ada seorang Malaysian menetap di situ.  Aku siap tinggalkan alamat hotel aku mintak dia pass kat Malaysian ni tapi sayang orang tu tak datang jumpa aku.  Aku memang masa tu dah start miss Malaysia.  Itulah satu-satunya masalah aku 2 bulan kat sana.  Tak ada entrance fee, just a normal open park.

 Silalah menjamu mata


 Aktiviti locals

Antara yang di jual


Ilaparken park ni salah satu faveret aku.  Kemeriahan dia memang antara yang terbest.

Untuk elak entry yang panjang sangat dan nanti korang bosan dengan gambar kamera murah aku, maka aku akan buat sambungan entry ni dalam part 2.

Nantikan sambungan ok..

No comments:

Post a Comment