Sunday, September 7, 2014

Norway summer 2006 - Antara troll dengan Viking. Yang mana satu aku?

Oleh PK

 Summer 2006 (part 1)

First trip aku ke Norway pada tahun 2006.  Aku di hantar company ke head quarter untuk technical training selama 2 bulan.  Company yang aku kerja ni (sehingga sekarang aku masih di company yang sama) based di Trondheim, Norway and teknologinya masih baru.  Boss aku di KL asalnya technical staff dan di angkat jadi vice president company dan aku adalah employee ke 4 dari KL.  Semua masih terlalu baru.  Ofis baru, technology baru, perabot baru, staff baru.  Masa aku join aku tak tahu apa-apa dan since kitaorang masih belum ada technical manager, bos aku decide hantar aku ke Trondheim untuk 2 bulan - bekerja di dalam training lah kira.  ohhh.. aku masih bujang masa tu, so peluang untuk berjimba dengan kawan-kawan baru adalah tinggi.

Aku travel di hujung spring dan balik ke Malaysia di pertengahan summer.  Waktu yang terbaik untuk travel di Norway.  Aku cuma bawak sehelai dua sweater nipis.

Sejujurnya sebelum tu paling jauh aku sampai cumalah Singapore.  Itu pun masa kecik.  Flight kalau naik pun cuma untuk balik kampung dari KL, yang tak sampai sejam pun.  So memanglah cuak.  Nasib baik aku kebetulan travel dengan finance manager ofis aku.  Aku bukan berkenan pun perangai dia tapi kuranglah sikit takut aku naik long flight sorang-sorang.  Dia pun agak aku belum pernah travel pergi Europe tapi sebab dia suka cakap besar makanya aku pun tak dapatlah kepastian betul-betul.  Kitaorang transit di Amterdam dan kemudian naik flight kecik dari Amsterdam ke Trondheim.  Perjalanan dari KL-Amsterdam dalam 12 jam, Amsterdam - Trondheim 2 jam.  So campur dengan 3 jam transit, semuanya 17 jam aku tak mandi.  Itu belum dari rumah ke Aiprort lagi.

Korang kena maafkan tahap kualiti kamera aku.  Aku pakai kamera murah aje sebab aku miskin. Itupun tak silap aku kamera tu aku dapat free masa install astro kat rumah sewa aku. Nasib baik company bagi aku cash dalam RM 12K.  Lepas convert dapatlah dalam 25K NOK (NOK adalah matawang Norway; NOK 1 ~  RM 0.56).  First time aku pegang duit sebanyak tu.  Aku ingat bolehlah hidup mewah dengan duit sebanyak tu, bila sampai sana barulah aku tahu duit sebanyak tu maybe lebih rendah dari gaji cleaner kat sana.  Jadi aku kena berjimat cermat selama dua bulan aku kat sana.  Nasib baik hotel aku company yang bayarkan siap-siap.  Memang budak kampung gilalah aku.  Lebih teruk dari rusa masuk kampung.

 Netherland 
(date salah, sepatutnya dah 30.05.2006).  
Kamera murah mana ada auto detection.

Jakun.  Semua benda pun aku nak tangkap gambar

Masuk ke Norway.  Bergunung ganang negara ni.  Yang putih tu snow baki dari winter.

 
Part pertama:  KL - Ams
Part kedua; Ams - Trondheim

Sampai di Trondheim, bos KL aku (dia banyak berulang alik KL-Trondheim di peringkat awal) jemput kitaorang dari air port.  Masa tu local time dalam pukul 1 tengahari dan hari ahad. Perasaan aku masa first time jejak kaki  ke tanah norway macam sebaklah sikit.  Aku tak pernah mimpi nak datang sini.  Kalau UK, Paris tu rasanya pernahklah berangan tapi Norway ni kiranya jaranglah orang Malaysia terfikir nak melancung.  Kitaorang naik shuttle bas.  Aku dah start terkejut bila tahu tambang suttle bas NOK 70 sedangkan airport ke city centre cuma setengah jam aje.  Bos aku hantar kitaorang ke pintu bilik hotel (aku syak dia tahu aku jakun.. haha).  

Bilik hotel aku boleh tahan.  Tak besar manapun, dalam 20 m persegi tapi oklah, asalkan ada ruang untuk aku solat.  Walaupun mahal dalam kiraan aku (dalam Nok 800 semalam) tapi memang basic.  Since aku dah dapat iron (sebab aku akan duduk 2 bulan sini & perlu iron baju dan tudung pergi ofis), aku tak dapat kettle jug.  Lepas tu baru aku tahu hotel di Europe memang tak semewah hotel di Asia. 

 Bilik hotel aku. Masa tengah kemas lagi lah. 

Trondheim ni walaupun bandar ketiga terbesar di Norway tapi tak besar sangat saiznya.  Dalam perkiraan aku sebesar bandar Ipoh atau Kuantan.  

Bila aku jengok dari tingkap hotel, nampak luar lenggang. Sebelah hotel aku shopping complex. Baru teringat yang bos aku ada bagitau weekend kat Norway, semua bandar akan jadi bandar mati.  Semua kedai akan tutup sebab government dia mahukan rakyat spend quality time dengan family.  Hari sabtu dan hari-hari lain kedai akan tutup pukul 5 petang.  Supermarket ada yang tutup pukul 8 malam so aku kena pandai-pandai plan kalau mahu beli barang. Petang tu bos aku bawak kitaorang jalan-jalan & kenalkan jalan supaya lepas dia balik kitaorang tak sesat. Mamat ni memang baikkan. Jarang sekali bos orang lain yang sanggup bawak 2 budak kampung berjalan-jalan.

Sedikit  teaser


Inilah trademark Trondheim

The Nidaros Cathedral


Tulipppp.. hehe.  Tercapai jugak hajat nak tengok 
tulip hidup.  Aku dah tengok tulip kat airport Schipol 
tapi mana sama tengok yang hidup betul-betul.


Malamnya bos aku bawak kitaorang keluar makan di sebuah kedai asian.  Aku kira bos aku mesti agak kitaorang dah kebulur nasi.  Satu perkara mengenai bandar Trondheim ni.  Kedai halal memang tak ada makanya pandai-pandailah aku nak hidup dua bulan ni.  Sadisnya aku masa tu langsung tak suka sayur, nak tak nak aku terpaksa makan sayur.   Aku boleh ingat lagi yang malam tu aku order nasi goreng vegetarian.  Sebak tau masa makan.  Rasa pahit sayur tu yang aku tak boleh lupa sampai sekarang.

 Malam pertama di Trodheim aku tak boleh tidur.  Sebabnya malamnya pendek.  Sunset dalam pukul 11 malam, sunrise pulak dalam pukul 3 pagi.  Aku dah tarik curtain pun masih tak jalan.  Ada jugak pancaran yang masuk.  Dan panas.  Di sini air cond tu jarang je ada.  Kebiasaannya orang cuma pasang heater. Aiseh, sudahlah esoknya hari pertama aku kat opis baru.


Kiri - pukul 9 malam, kanan - pukul 3 pagi

tunggu sambungan ok..

Menjawab soalan aku sendiri kat entry title aku tu.. aku cuma layak jadi troll.  Viking adalah kumpulan elit manakala troll set-set kampung macam akulah. 

 


No comments:

Post a Comment