Sambungan dari entry sebelum ni. Kalau nak baca entry sebelum ni klik Jogjakarta ke Magelan
Hari kedua
Ok, kitaorang terlepas sunrise. Haha. Tak mampu bangun. Aku boleh dengar orang lalu lalang tepi bilik aku dalam puku 6 pagi tapi tak berjaya jugak aku. Tapi berjaya lah jugak pergi awal pagi. Dalam pukul 7 pagi gitu. Bila sampai di Borobudur orang dah ramai.
Langit sangat cerah. Hari yang baik untuk panjat Borobudur
Masih berkabus. Nyaman sungguh kampung ni. Dari
atas Candi boleh nampak sawah-sawah terbentang
Patung Buddha Borobudur yang femes. Tak caya sila google image
Candi dari level bawah sikit
Dua tiga jam kitaorang berlegar-legar. Dari level atas menurun ke level bawah. By the time kitaorang turun orang dah makin ramai. Fuh, lega, kalau tak bersesak-sesak. Hari pun dah makin panas,
Borobudur dari sudut yang tak femes. Aku tak habis-habis
kagum dengan buruh yang bersengkang tenaga buat ni
Kitaorang kemudiannya pinjam basikal hotel lagi, berkayuh sekeliling compound Borobudur. Besar jugak tempat ni. Dari satu tempat ke satu tempat. Sempat naik Gajah lagi (yang ni aku menyesal sekarang sebab dulu ilmu kurang, tak fikir pasal penganayaian haiwan).
Boleh join main gamelan kalau nak, di perkarangan museum
Lepas tu kitaorang kayuh basikal pergi lunch kat tempat makan yang sama kitaorang dinner malam tadi. Balik hotel, pack barang dan tunggu driver sampai dari Jogjakarta.
Driver datang ambik kitaorang dalam pukul 2, gerak balik ke Jogjakarta. Sempat singgah di kaki Gunung Merapi.
Aku ambik gambar dengan berdiri betul-betul di tengah alur laluan
sisa gubung berapi. Baru 2 tahun sebelum tu gunung Merapi meletup.
Lohong tempat sisa gunung berapi berkumpul. Debu2 tu seme dari sisa dari letusan.
Dari situ, Driver bawak kitaorang pergi ke Candi Prambanan, candi kedua terbesar selepas Borobudur. Sayang masa tu Prambanan sedang dalam kerja2 baik pulih (kesan dari letusan gunung Merapi, banyak runtuhan di sekitar).
Candi Prambanan ni adalah Candi Hindu dan di bina pada kurun ke 9 dan another UNESCO site. Rujuk sini untuk info lanjut Prambanan. So jangan lepaskan peluang kalau ke sini. Kena bayar certain fees untuk masuk. Terkini USD18. Jauh lebih mahal berbanding masa aku pergi dulu. Aku tak ingat dah tapi aku tahu tak semahal tu.
Entrance
Longgokan batu yang runtuh akibat dr gegaran masa gunung Merapi meletup.
Kemudiannya driver hantar kami ke hotel dan malam tu sekali lagi aku demam teruk. so banyak plan terpaksa kansel.
Flight JOG-KUL kitaorang petang esoknya dan sepatutnya aku dan Encik D nak ber Free & Easy di sebelah paginya tapi aku dah lembik masa tu so terpaksa kansel. Aku suruh Endik D pergi tanpa aku tapi dia malas. Kesian dia tapi bukan aku suruh dia tunggu aku kat bilik.
Kitaorang selamat sampai ke KL lewat petangnya. Ok lah kiranya untuk delayed honeymenoon trip.
No comments:
Post a Comment