Aku menangguh-nangguh untuk start travellog overland Western Europe aku selama ni. Sebabnya aku tahu aku akan stress nak perabis semuanya. 23 hari & 4 buah negara kesemuanya. Tapi rasanya dah sampai masa aku start.
Okeh.. camana journey ni boleh start? Sebenarnya this is the journey yang aku dah plan lama. My lifetime dream. Aku cuba mintak cuti berkali-kali tapi tak berjaya. So hujung 2012, aku dengan muka tegas masuk ke bilik bos aku bagitau dia aku ada lebih 30 hari untuk di clear dan by hook or by crook dia kena bagi aku cuti sebab sudah setahun dia sekat cuti aku. Dengan muka kelat dia ambik form cuti aku dan simpan kat meja dia.
Esoknya aku pergi tanya dia lagi, dia kata dia belum fikir. Lusanya aku pergi lagi. Last-last selepas beberapa hari aku tak pernah gagal masuk bilik dia, dia pun sign leave form aku dengan muka yang penuh cekang. Begitulah caranya journey aku start. Risikonya, faham-faham sendirilah. Heheh.
Masa tu aku ada cuma sebulan lebih untuk prepare. Tiket flight tengah sales tapi dah nak habis, maka aku bergelutlah buat calculation untuk berapa hari di perlukan untuk cover 4 capitals. Aku berjaya beli dua hari sebelum sales habis. Sejujurnya aku main redah aje. Duit cukup tak pun aku takut nak pikir sangat. Aku pun booked tiket KLM untuk Encik D, baby SJ dan aku.
Encik D pun terpinga-pinga bila aku cakap tiket return tu jaraknya 23 hari sebab walaupun dia tahu yang kitaorang akan pergi Europe tapi dia tak jangka akan selama tu. Yang dia tahu selama ni, kitaorang kena pergi sebelum December 21 sebab baby SJ akan celebrate hari jadi ke 2 pada hari tu dan maknanya dari tarikh tu kitaorang akan kena bayar tiket flight untuk dia. Aku pilih tarikh perjalanan antara Nov 6, 2012 (KUL-AMS-CDG) hingga Nov 28, 2012 (AMS-KUL) sebab belum terlambat nak enjoy autumn masa tu.
Start dari situ aku mula buat iternary, beli tiket train dan dapatkan accomodation. Kelebihan pergi musim yang bukan summer, accomodation tak susah nak dapat sebab set-set mat salih lebih prefer travel masa summer. Agak extensive jugaklah research aku. Mana nak cari yang murah, mana nak cari yang dekat dengan city centre sebab nak jimat transportation dan mana nak cari accomodation yang family friendly (dan semestinya ada mesin basuh). Walaupun selama ni aku memang dah start tengok area of interest tapi buat iternary is another thing. Nak susun aturkan mana yang dekat dengan mana. Berpeluh jugak.
Hampir setiap malam aku tidur pukul 2 pagi siapkan iternary. Aku banyak baca forum termasuk dari trip advisor. Trust me, itu tool yang paling membantu. Aku juga membaca buku-buku travel. Malam minggu kadang-kadang tidur sejam dua aje nak siapkan semua. Encik D seperti biasa, serahkan semua pada aku. Itu yang aku suka tu, aku tak payah bertekak.
Bandaraya pertama yang akan kitaorang akan singgah adalah Paris, kemudian London, dituruti Brussels dan finally Amsterdam.
Kenapa aku pilih hujung tahun sedangkan masa tu sejuk? Kalau korang ada baca entry aku pasal pemilihan musim dulu, musim favorite aku adalah autumn walaupun dia leceh. Yang belum baca dan berminat nak baca, boleh klik SINI.
Sedikit Overview trip aku
Kuala Lumpur KLIA ke Amsterdam schipol airport by KLM
Amsterdam Schipol airport ke Paris CDG airport by KLM
Brussels ke Amsterdam by Intercity train
Please stay tune ok. Aku akan cuba share bagaimana aku dapat travel secara bajet masa kat Europe. Maybe aku akan ambik masa berbulan-bulan nak siapkan semua cerita tapi insyaallah dengan izinNya aku akan siapkan jugak walaupun aku agak akan ada banyak iklan in between yang mana aku akan tulis some other light things.
Suka baca experience travel orang. I've been to Europe before but am sure cerita ko akan totally different from mine. So, aku akan menanti setiap entry dengan sabar. Who knows esok lusa boleh jadikan reference. Aku xjejak Brussels gak lagi.
ReplyDeleteBtw, salam kenal! :)
Salam kenal Bibie,
DeleteTima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan jejak. Macam ni baru ada semangat nak tulis. Insyaallah aku akan menulis gaya aku. Brussels was ok tapi Bruges(sejam dari Brussels) lagi ok. Nanti aku tulis. Btw, cantik gambar tu. Kat mana tu?
Gambar profile tu eh. Hihi tu kat Nami Island. Poyo nak berwinter katanye.
Deletecantik. Aku tak sampai-sampai Korea. Tergugat iman tengok autumn
Delete