Thursday, October 2, 2014

France - Paris - Autumn 2012 - Introduction



Macam yang aku tulis di entry lepas, bandaraya pertama yang kitaorang jejak autumn 2012 adalah Paris.  Jangan kira transit kat Schipol lah. Part ni aku akan cerita sikit sebanyak pengenalan dan apa yang korang perlu ready kalau nak ke Paris.

** Untuk baca entry yang sebelum ni, korang boleh klik SINI.

Kenapa aku pilih Paris?  Adakah kerana Paris kota cinta?  Rasanya tak lah sampai tahap tu. Aku sebenarnya pernah baca satu blog pasal satu istana yang letak di luar kota Paris.  Tah kenapa, tapi itu yang membawa aku ke Paris.  Eiffel Tower dan Arc De Triomphe reason kedua.  Jangan kata aku tak enjoy Eiffel Tower.  Gila apa tak enjoy structure sehebat Eiffel Tower sehinggakan sampai hari ni aku terkilan tak habis-habis tak boleh naik puncak Tower (kes Encik D gayat & aku tak sampai hati nak tinggalkan dia dan baby SJ kat bawah).

Ok, kita start dengan map France dulu sebelum apa-apa. Aku memang suka map sebab kalau aku baca kisah satu-satu tempat takde map, aku mesti tak dapat nak imagine. 


Peta France & negara-negara sekitar


Bandar-bandarnya

Attractions in Paris

So, macam yang korang nampak kat map, Paris ni macam bersegi aje.  Tak susahpun nak faham dan insyaallah tak sesat. 


Cerita ringkas masa arrival,

Kitaorang samapai di Charles De Gaulle Airport, Paris lebih kurang pukul 7 malam, iaitu selepas lebih kurang 16 jam meninggalkan KL. Kitaorang kemudian find out yang stroller baby SJ hilang.  Stroller masih ada masa transit kat Amsterdam dan bila nak naik flight ke Paris, seperti biasa kitaorang letak stroller kat luar flight.  Apa yang jadi in between aku tak pasti samada di pihak Amsterdam ataupun Paris Airport.  Hampir sejam masa terbuang tunggu stroller di ikuti dengan buat report di pejabat airport.  Nasib baik kitaorang di gantikan dengan stroller sementara yang sebetulnya lebih baik kualitinya berbanding stroller sebenar baby SJ (tapi masih stroller payung).  Aku ada buat komen sikit pasal stroller payung di entry lepas. Boleh baca SINI.
 
Selesai urusan mereport, kami ambik RER train ke tempat penginapan.  Masa ni rupa kitaorang macam orang yang baru lari dari rumah sewa sebab tak termasuk baby SJ & stroller dia, kami ada 6 beg keseluruhannya- 1 backpack 22L untuk barang2 susu, 1 backpack 40+10L, 1 beg kamera, 1 beg beroda yang besar, 1 beg roda hand luggage untuk pakaian sejuk apabila sampai di Paris dan 1 beg plastik besar untuk di isi susu2 bekalan baby SJ (brand yang dia minum tak ada kat Europe so aku kena bawak beberapa kotak susu dia) dan barang2 kiriman kawan aku dari Birmingham.

 
Malam pertama sampai di Paris, aku tidur macam orang mati.  Letihnya sama seperti letih berpindah rumah.




1.  Bahasa

Aku rasa semua orang tahu ini.  Tak perlulah aku yang tak tahu sepatah pun bahasa perancis ni nak cakap panjang pasal topik ni.  Aku cuma belajar satu word aje iaitu messi (terima kasih).  Aku rasa mak cik sebelah umah mak aku yang tak pernah keluar dari kampung pun tahu tu.  Lupa nak belajar padahal bos aku orang Perancis.  (**nota: kami tak akrab).

Orang Perancis sangat bangga dengan bahasa mereka, so korang kena sedia dengan itu.  Akan ada sedikit masalah komunikasi tapi bukanlah tahap ekstrem.  Tapi ada masanya frustlah jugak kalau nak bertanya arah.  

Rancangan TV juga semua dalam bahasa France.  Maybe sekali je aku terserempak dengan rancangan dalam English.  Tapi jangan tak tahu, dia orang siap ada channel Al Jazeera.  Sebenarnya ramai muslim di sini.  Aku pernah di tegur oleh nenek arab yang menetap di sini.  Bukan main suka dia tengok aku yang bertudung sampai pegang-pegang aku sana sini.  Aku layan je lah walau aku tak faham apa dia kata sebab dia tak tahu cakap lain dari bahasa Perancis. Aku pulak cakap kampung pekat.

  

2.  Mata wang 

Mata wang yang di guna di France adalah Euros (€).  Nilai yang aku tengok untuk hari ni adalah RM €1 = RM 4.10.  Aku tukar € kat Malaysia siap-siap sebab tak nak pening.  Ada orang bawak ATM card dan keluarkan kat sana.  Ikut masing-masing punya keselesaan.  Apapun jangan lupa bagitau bank kalau nak travel oversea untuk mengelakkan kesulitan nak keluarkan duit.

Bercakap mengenai duit.  Paris terkenal dengan penyeluk saku.  2 dari 5 orang kawan aku yang pergi Paris pernah jadi mangsa penyeluk saku. So, duit kalau boleh korang jangan bawa semua setiap kali keluar.  Tapi kalau ada isu safety di hotel, maybe yang terbaik, splitkan duit ke beberapa bahagian.  Terbaik pakai baju yang ada poket di bahagian dalam.  

Ada orang letak duit dalam kasut tapi aku tak pernah buat sebab aku tak tahu macamana kaedahnya nak letak duit dalam kasut dan berjalan dengan selesa.  Lagi satu, jangan sekali-kali letak dompet kat poket belakang.  Dompet kalau ada, simpan dalam beg dan make sure orang tak boleh seluk beg.

Untuk kitaorang, Encik D simpan semua duit.  Aku cuma simpan sekeping €20 dalam poket setiap kali.  In case aku terpisah dengan Encik D dan perlu balik ke apartment sendiri.

In general, aku cuma bawak €1500 untuk 3 negara Europe (Paris, Brussels & Amsterdam).  Kitaorang bukan jenis shopping so duit sebanyak tu lebih dari cukup.  Aku berjaya mengelak dari guna sebarang khidmat kawan baik (credit card) semasa di Europe.  CC cuma aku guna untuk bayar accomodation.



3. Penginapan
  
  Aku guna khidmat www.airbnb.com di Paris.  Aku sangat puas hati dengan package yang aku dapat.  Entire apartment (sekali dengan kemudahan memasak dan ada washine machine) dengan kos RM 2279 (penginapan = RM 2036 & Airbnb Charge = RM243) untuk 8D7N.   Walaupun bukan di tengah-tengah city centre tapi sangat dekat dengan Metro station dan grocery store.  Juga ada halal butcher kat area kitaorang duduk tu.   Dari segi keselesaaan sangat selesa.  Juga dekat dengan salah satu tarikan iaitu Sacre Coeur de Montmarte.  Walking distance je.  Purata 1 malam ialah RM325.  



 Bulat hijau tu area tempat kitaorang stay



Living room

Kitchen



4. Pengangkutan

Kitaorang banyak berjalan kaki masa kat Paris, naik metro (train system) cuma di sebelah pagi dan sebelah petang atau malam bila nak balik rumah.  Letih jugak kadang tu tapi itulah kaedah yang terbaik untuk tengok kota Paris.  Kalu naik Metro mesti banyak korang miss.  

Aku buat research sebelum perrgi samada nak beli Paris Pass atau tidak.  Paris Pass adalah Pass untuk naik unlimited public transport, free entrance fee untuk museums (tak semua tapi Paris Pass claim boleh masuk lebih dari 60 museum secara percuma), free Seine river cruise, Musée Grévin dan Tour Montparnasse .  Dengan Paris Pass kita boleh naik public transport sesuka mana kita nak naik sampailah tiket kita expired.  Pemegang pass jugak boleh masuk kebanyakan musuem secara free atau dengan diskaun.

Paris Pass validity antara 2 - 6 hari.  Harga satu adult pass antara €117 -210 (sekarang).  Tahun 2012 kalau tak silap murah banyak juga sebab dulu Seine River Cruise tak ada dalam package .

Kenapa kitaorang tak ambik pass?  Sebab terlalu mahal.  Katakan ambik yang dua hari masa tu cost dia €80 sorang, dua orang dah €160.  Dengan duit sebanyak tu aku dah boleh sampai ke London & patah balik.  Tiket aku gi London cuma €50 sorang.  Keduanya bila aku baca forum baru aku tahu semuanya within walking distance (kes korang kena jalan 4,5 km sehari ni).  Ketiga, aku tahu aku takkan mampu masuk lebih dari 5 museum dalam masa 8 hari kat sini.  Satu atau dua museum mungkin ok tapi lebih dari tu memang tak lah dengan budak kecik. So, rugilah bayar for something yang aku tahu aku barely akan guna. Lagipun dengan 1 tiket metro katakan, kita boleh guna satu jam.  So kalau nak tukar train ke train atau train ke bus, korang masih tak perlu bayar 2 tiket kalau masih dalam duration 1 jam.  Apapun, kena bijak plan.
 
Sistem pengangkutan public di Paris sangatlah smooth dan punctual.  Every ceruk yang kita pergi tak susah nak dapatkan pengangkutan awam.  Yang paling mudah adalah Metro.  Jenis2 keretapi yang di tawarkan adalah RER train & Metro train.  

 Paris Train map atau klik SINI kalau nak enlarge

Dari airport ke city centre kitaorang naik RER train yang costnya cuma  €9.25 sehala/pax. RER train stop di main station iaitu Gare Du Nord dan kemudiannya kitaorang ambik Metro train ke Marcadet (apartment kitaorang).  Turun di MARCADET-POISSONNIERS station dan berjalan dalam 2 minit dan tadaa, sampai rumah.  Bunyi macam senang kan.  Memanglah senang kalau tak ada barang.  Tapi kalau barang banyak macam kitaorang ni memang masaklah jugak.  Kebetulan owner rumah 'lupa' nak offer diri tunggu kitaorang kat train station terdekat.  Kalau ada tu mudahlah sikit hidup aku sebab boleh suruh dia tolong angkat barang. 

Cara yang paling murah untuk travel ke sana sini adalah dengan membeli carnet yang mengandungi 10 individual public transport ticket (1 tiket untuk semua public transport).  Masa tu, 1 carnet costnya adalah €12.70.  Kalau beli asing, 1 tiket harganya €1.70 so lebih jimat kalau beli 1 carnet sekaligus. 8 hari di Paris, kitaorang cuma membelanjakan kurang dari €70 untuk public transport.  Itu adalah sangat menguntungkan. As long as kita pandai plan, banyak dapat kita save dari segi pengangkutan.  Dan walaupun METRO station dia buruk tapi bersih.  Tak ada rasa nak sesak nafas sambil tunggu train.

Bukan semuanya indah mengenai pengangkutan awam.  Masalah terpencil adalah tentang facilities untuk baby.  Setiap kali kitaorang nak naik Metro, Encik D terpaksa angkat stroller turun tangga.  Kadang2 sampaikan lebih dari 20 anak tangga. Di laluan tiketpun, jarang sekali ada laluan yang besar untuk stroller ataupun wheelchair.  Itu sebablah agaknya tidak sekalipun aku nampak orang berkerusi roda menaiki public transport.  In general aku cuma nampak setiap station cuma ada 1 escalator (biasanya yang menaik sahaja) dan kadang-kadang tak ada langsung.

Pada pendapat aku yang naif ini, diaorang patut buat sikit pembaruan dengan kemudahan di stesen Metro sebab aku tengok memang struggle gila solo moms yang bawak stroller.  Kadang ada orang bantu, kadang langsung tak ada.  Encik D selalu tak sampai hati, lepas mengangkat stroller baby SJ dia akan tolong angkat stroller baby-baby lain. Dan satu lagi, janganlah mencari public toilet di station keretapi kerana anda tak akan jumpa.  Sekurang-kurangnya aku tak jumpa.  Mungkin ada.


2 stesen Metro

Aktiviti rutin mengangkat stroller naik tangga di stesen Metro



5.  Makanan halal

Makanan halal tak susah nak dapat. Aku rasa di hampir semua tempat boleh dapat makanan halal.  Kedai kebab merata.  Bila tak jumpa kedai halal, aku biasanya masuk convenience store dan biasanya ada aje sandwich yang ada cop halal.

Harga makanan kat Paris consider murah.  Satu set kebab (datang dengan fries) dalam €6 sahaja.  Kalu mahal sikit pun air lah, itu pun ok lagi.  Aku biasanya share air dengan Encik D dan biasanya ada je aku bawak air mineral sama.  

Malam biasanya aku masak simple-simple.  Nak masak kat sini best sebab aku suka beli grocery kat sini.  Murah dan banyak pilihan.  Aku bawak rempah dalam paket kecik beberapa paket dan ada masanya kitaorang siap boleh makan sup tulang.  Spice seperti garam dan dried herbs semua ada kat apartment yang kitaorang sewa tu so aku tak payah lah susah hati nak cari.  Tapi tak semua hari pun kitaorang masak.  Separuhnya kitaorang beli.  Dalam 50m dari apartment kitaorang tinggal pun ada kebab, jual sekali dengan nasi arab.  Kalau kebab set nasi harga dalam €10.  Ok sangat aku rasa.  Kadang-kadang bila tak berapa lapar, satu bungkus share dua orang.

Bila terdesak dan tak jumpa kedai halal, kitaorang biasanya pilih vegetarian sandwich ataupun sandwich telur.  Untuk baby SJ, dia makan je apa yang kitaorang makan.  Dan aku sentiasa bawak biskut dalam beg in case dia lapar. 



6.  Cuaca

Cuaca semasa late autumn di Paris sekitar 6-10 degree.  Ada hari sejuk bedi, ada hari best aje.  Aku dah ready siap-siap.  Setiap orang ada 2,3 helai baju winter (tapi bukan yang super tebal).  So masa nak start trip ni kami ada beli setiap orang at least satu baju winter baru (kecuali aku) sebab yang kitaorang ada memang untuk extreme winter.  

Encik D invest satu baju winter ultra light dari Uniqlo yang aku rasa memang best.  Baju tu nipis sangat tapi memang tahan sejuk.  Baby SJ pun kitaorang belikan baju baru sebab baju dia dah kecik.  Since aku tak beli baju sejuk di Malaysia, aku ada beli satu winter coat di Paris.  Best gila.  Aku beli kedai-kedai kecik so dapat murah lah.  Knee length wool coat dalam €80.  Itulah satu-satunya benda yang aku beli di Paris untuk diri aku.  Di samping tu aku bawak wind prove jacket aku.  


 
7.  Lain-lain

Tak ada apa sangat yang perlu di pesankan kecuali hati2 dengan penyeluk saku.  Selain dari tu enjoy dan nikmati kota Paris.  Ada kesempatan try makanan tempatan ye.  Belgian walfle kat sini best juga walaupun tak se best di Brussels.

Kalau nak beli souvenier dari penjaja yanga ada je kat mana-mana attractions, pastikan korang bargain kaw-kaw.  Aku secara tak sengaja tahu boleh bargain.  Penjaja offer aku 5 barang untuk €10.  Aku just say thanks sebab aku tak ada mood nak beli.  Terus dia tambah sampai tak silap last-last aku dapat 3,4 kali ganda bilangan barang dari yang mula-mula.  Kedai biasanya tak dapat bargain dan barang kat kedai lebih berkualiti sikit so tak salahlah kalau harganya lebih sikit dari harga penjaja.  

 
 




 

2 comments:

  1. Aku gi Paris sebab Versailles Palace. Selain nak cruising along Seine River. Eiffel jatuh #3. Tapi betul ah, diorang memang kena improve metro st. Aku penah naik time malam, seriau gak ler.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bibie,

      hehe.. samalah aku. Aku pergi sebab Versailles Palace. Plan to go back next year. Insyaallah kalau di Izinkan Allah

      Delete