Saturday, October 18, 2014

Paris - Autumn 2012- Day 6

Entry yang sebelum ni
Paris_Hari ke 5 
Paris_Hari ke 4 
Paris_Hari ke 3 
Paris_Hari ke 2
Paris_Introduction




11.11.2012 
 # Hari ke 6 di Paris 
 # Hari ke 6 overland Western Europe



Hari ni hari yang lemau sikit.  Paris dan kitaorang sendiri.  Hari Ahad dan kebanyakan tempat tutup.  Bila kitaorang ambik train ke downtown, bandar almost empty.  Kedai 90% tutup.  Yang buka kebanyakannya kedai makan.  Yang tinggal hanyalah homeless yang tidur kesejukan.  Aku betul-betul sedih tengok homeless kat sini.  

Target aku almost semua dah tercapai. Ada satu dua yang aku tak cover tapi tak apa lah.  Cuma satu yang aku ralat, aku betul-betul terlupa nak pergi ke flea market.  Entah macamana aku terlupa nak masukkan dalam iternary aku.  Balik Malaysia baru aku teringat.  Hoho.  There will be next time, insyaallah.  Kitaorang ambik keputusan merayau dan later singgah di Luxemborg Park.


 
Saint-Germain Auxerrois Church

Carree Court  (kalu aku translate betul dari google map)

The Louvre Pyramid

Carree Court and the Louvre Pyramid


Dari area The Louvre, kita orang berjalan ke Luxemborg Garden.  Jauh lah jugak sebab terambik jalan yang jauh.  Sekali lagi jumpa ramai homeless di sepanjang jalan.  Sedih sangat sebab homeless kat sini memang terbiar berbanding tempat-tempat lain yang aku pernah pergi.  Bila nampak homeless di temani anjing aku lagi sedih.  Bila bagi duit, aku jadi sebak bila tengok cara dia orang pandang kita. Pandangan yang penuh berterima kasih walaupun bagi cuma sikit.  Tak boleh bayangkan macamana dia orang menghadapi winter.

Luxemborg Garden adalah satu park yang besar dan ramai Parisians datang beriadah di hujung minggu.  Di Malaysia, bila hujung minggu shopping complex yang penuh.  Itu beza yang ketara.

Autumn trees yang saujana mata memandang
  


Luxemborg pool.  Locals main wooden boat.. seronok jugak main tolak-tolak 
boat dengan batang kayu tengok boat siapa yang power.  Boat dan 
wooden stick boleh sewa dalam 4 untuk setengah jam. Last-last 
kitaorang join main sebab tak tahan tengok best.

Ini lah boat kayunya.  Ni kitaorang punya.  Itik tu rilex je main 
celah-celah boat. Kalau aku mesti takut terhantuk kepala dengan boat

Hasil tangkapan untuk hari ni
 
Parisians.  A city of love katakan.

Burung liar yang ramah.  Setengah jam jugak lah aku melayan burung-burung kat sini

Aku & Encik D di sapa oleh Parisian couple yang dah peluk islam.  Dia banyak tanya aku pasal Malaysia.  Aku anak Malaysia jati so aku gorenglah lah.  Kagum betul mat salih tu dengan Malaysia.  Dia banyak berbicara tentang kebebasan muslim di France.  Katanya apa yang kita nampak di luaran tak sama dengan apa yang berlaku sebenarnya.  Kebebasan adalah terhad di sana & dia bercadang untuk pindah ke islamic country satu hari.  Aku & Encik D cuma angguk-angguk.  Takut nak berkata lebih.  Manalah tahu dia ni agen perisik.  Terlebih kata aku kena tangkap nanti.  Huhu

Dah penat di Luxemborg Garden, kita orang menapak ke area St Michels.  St Micthel ni kiranya prime area untuk kita orang sebab senang nak cari makan.

Sempat menangkap belgian waffle.  A daily routine sebenarnya.  Harga satu 
dalam 2.50 - 4, bergantung sos apa yang kita ambik.  Nak jimat punya
pasal, satu waffle share satu family.  Haha.  Kadang-kadang habis satu 
waffle rasa tak cukup baru kitaorang beli yang kedua.

St Michels agak meriah sebab kat sini kebanyakannya kedai makan

Dari St Michel, we decided to call it a day.  Penat juga setiap hari keluar pagi balik malam.  Balik rumah tengok movie france yang lansung tak faham apa.  Hehe.


2 comments:

  1. Kan ramai giler homeless kat sana. Aku nampak area hostel aritu, siap ada tilam Queen ok diorang bentang tepi kedai. Pastu ada baby tidur sekali. Sebak wei. Paris ni kalau wander around pun memang lawa, xde semata nak ke Eiffel je. Aku suka tengok buildings kat sana, feeling2 klasikal gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku sampai ke hari ni sedih ingat homeless yang depan Notre Dame. Muka dia sayu gila sambil peluk 2 eko anak anjing. Aku siap terpikir kalau aku masak nasi goreng nak tak dia makan. Homeless yang muda bolehlah blame drug atau malas tapi kalu yang tua, alamak memang sebak.
      Paris is not so clean, Encik D siap kata Seine River ada bau mayat busuk. Hehe. Terpengaruh dengan cerita wabak yang melanda Paris satu masa dulu lah tu. Building & Monuments mmg terbaiklah.

      Delete