Entry yang sebelum ni
Paris_Hari ke 7
Paris_Hari ke 6
Paris_Hari ke 5
Paris_Hari ke 4
Paris_Hari ke 3
Paris_Hari ke 2
Paris_Introduction
13.11.2012
# Hari ke 8 dan terakhir di Paris
# Hari ke 8 overland Western Europe
Trip Paris aku dah sampai ke penghujung. Entry ni serba ringkas aje. Just untuk memaklumkan yang hari ni hari transit kitaorang.
Hari ni kitaorang bertolak ke London. Siang-siang aku dah booked tiket Eurostar ke London. Booked awal dapat harga murah. Aku dapat tiket promosi, cuma €50 sorang. Kalau beli on the spot hampir sekali ganda. Aku ambik tiket non-flexible. Maknanya tak boleh tukar dan no refund kalu tak jadi naik.
Website official Eurostar klik SINI.
Train kitaorang pukul 4 petang dan kitaorang decide nak stay sekitar Marcadet Rue sahaja di sebelah paginya. Aku try cari peti surat nak pos poskad pada kakak aku tapi sampai last aku tak jumpa. Setem aku dah beli hari sebelumnya tapi tak boleh nak pos masa tu sebab aku tertinggal address kat rumah. Sudahnya aku bawak balik kad ke Malaysia dan pos dari sini. Kesian kakak aku.
Kitaorang keluar dari rumah kekununnya dah awal. Dalam kul 1 lebih. Station main, Gare Du Nord dengan rumah kitaorang dalam 10 minit je tapi nak mengangkat sekali lagi barang turun tangga station Marcadet macam nak pengsan. Encik D lah, bukan aku. Aku tukang tengok je sebab aku kena jaga baby SJ. Susah gila process. Dari satu tangga ke satu tangga.
Dum dam dum dam sejam baru sampai Gare Du Nord. Gare du nord besar, jenuh jugaklah ke hulu ke hilir cari mana International platform. Finally jumpa. Terlupa pulak yang ini International train makanya aku kena check in & isi immigration form bagai. Lama rupanya. Siap kena turunkan baby SJ yang tengah tidur dalam stroller sebab dia orang nak inspect body baby SJ. Tak apalah, itu memang dah kerja dia orang.
Finally kitaorang berjaya boarding dan train berlepas on time. Anak aku menyanyi-nyayi sepanjang journey okeh. Sampaikan ada mat salih ketawa dan tegur keramahan baby SJ. Takde gambar sebab aku tak jumpa kat mana aku simpan. Tapi senang cite, 2nd class dia cukup selesa. 2 jam lebih aje pun. An eye opening experience sebab ni first time kitaorang naik train untuk long distance. Siap dengan Cafe kalau lapar.
Berjaya sampai King Cross Station di London dalam pukul 7 p.m dan Aku akan buka cerita London entry akan datang.
Sementara itu, nantikan entry 20 top interest in Paris dari aku.
merci & au revoir / Terima kasih & selamat tinggal
Aku naik Eurostar dari London to Paris haritu. Pastu panik kenapa masa lain, walhal aku yang bijak pandai x adjust jam. Kalau beli tix few days before departure, memang berdarah tengok harga. Aku beli haritu 2 bulan awal, dapat dalam 40 Euro xsilap.
ReplyDeleteHaha. Aku selalu jadi gitu sebab xpandai nak baca jam. Nasib baik sekarang ni ada phone. Boleh set jam banyak-banyak kat phone.
DeleteAku beli tiket sebulan sebelum. Kadang2 iklan kata €29. Europe terbaik plan dr awal lah. Bagi yang tak suka plan, sediakan duit ajelah & jangan tarik muka masam bila beli mahal. Kawan aku yang tak suka plan biasanya drive aje sebab harga kereta sewa rasanya tak de turun naik.