09.11.2012
# Hari ke 4 di Paris
# Hari ke 4 overland Western Europe
Pagi kitaorang pergi ke Sacre Coeur de Montmartre. Sacre Coeur ni Church Roman Katholic yang masih di gunakan sampai sekarang yang letaknya di Bukit Montmartre, tak jauh dari tempat kitaorang duduk. Kitaorang jalan kaki naik bukit aje ke sini. Sacre Coeur ni terletak di peak paling tinggi di Paris dan di bina pada tahun 1875 bagi mengenangkan kekalahan France dalam perang Franco-Prussian pada tahun 1871. Cerita lanjut pasal Sacre Coeur klik link wikipedia.
Sacre Coeur dari kaki bukit Monmartre
Dekat lagi
Dari sisi
Statue King St Louis, raja France yang memerintah dari tahun 1226 - 1270 (kata wikepedia)
Dua jam lebih jugaklah kitaorang jalan sekitar situ. Walaupun Sacre Coeur de Montmartre. ni letaknya jauh sikit dari tarikan Paris yang lain tapi aku suggest korang datang sini kalau ke Paris. Sangat cantik. Train station yang terdekat dengan Sacre Coeur adalah
- Abbesses – Line 12 (green)
- Anvers – Line 2 (blue)
- Lamarck Caulaincourt – Line 12 (green)
Kalau nak beli souvenier kat sini pun boleh sebab dia murah sikit dari yang dijual kat tengah-tengah city. Kat sini lah mula-mula penjual souvenier offer aku €10 untuk 5 key chain. Aku tolak. Tolak punya tolak, last-last dia bagi aku berbelas key chain untuk price yang sama. Haha. Aku yang pemalas nak beli souvenier ni pun belilah. Aku jugak ada beli poskard dengan harga yang cukup berpatutan - €2 untuk set 10 keping. Aku teringat yang kakak aku mintak aku hantarkan dia poskad dari Paris.
Perasan tak ada subjek putih kat tepi tangga tu. First time aku nampak
orang cat putih macam tu. Selama ni banyak warne silver. Aku ingatkan
dia statue, tersentak aku bila aku lalu tiba-tiba dia bergerak. Haha.
Lepastu kitaorang turun dan jalan-jalan sekitar shoplots di sekitarnya. Since naik kut jalan lain, turun pulak kut jalan lain, meraba jugaklah. Rupa-rupanya turun sekitarnya 1 km dari rumah, so kitaorang ikut je jalan besar sampailah ke area rumah. Balik rumah dulu, lunch kat rumah, tukar diapers baby SJ siap-siap baru lah keluar lagi sekali.
Kitaorang ambik metro tuju ke Charles de Gaulle Etoile station untuk ke Arc De Triomphe (transit di Les Halles station, kemudian baru sampai ke Charles de Gaulle Etoile station). Macam yang aku tulis sebelumnya, transit pubic transport kalau dalam masa satu jam tak payah beli tiket lain, jadi dah boleh jimat kat situ. Keluar dari station, nampak Arc De Triomphe. Arc De Triomphe satu monument untuk mengenangkan askar-askar yang berjuang dan mati untuk France masa Perang Revolusi France dan Perang Napoleon. Lanjut klik SINI.
Arc De Triomphe letak di tengah-tengah simpang jalan Place Charles de Gaulle tapi ada tunnel dari tepi jalan kalau nak ke sini. Masa kitaorang sampai tu ada majlis penghormatan askar-askar terkorban. Aku tak pasti ni aktiviti harian atau sempena event tertentu. Pastu dia jugak ada macam small museum kat bahagian atas monument tapi kitaorang tak naik sebab kena bayar.
Nampak macam dekat tak tak sebenarnya. Kena guna tunnel untuk sampai kat situ.
Ada 4 kumpulan sculpture utama kat sini kata wikepdia. Yang ni nama dia Le Départ de 1792
Bila stay sampai malam, so dapatlah gambar yang lagi best.
Gambar ni di ambik di saat akhir sebelum hujan lebat. Sempat
lari masuk ke satu shopping complex dekat-dekat situ.
Lepas hujan stop, Encik D ajak aku jalan kaki pergi Eiffel Tower. Aku sedikit memberontak sebab aku ingatkan jauh. Rupanya dekat aje. Dalam 1 km dari Arc de Triomphe tapi ikut jalan lorong lah. Kalau ikut jalan besar jauh sikit. Berdebar bila menghampiri Eiffel Tower.
Sikit info untuk yang nak datang ke Eiffel Tower dengan train; Closest train station untuk ke sini adalah Champ de Mars / Tour Eiffel untuk line RER C. Metro stations lain yang juga dekat dengan Tower termasuklah Ecole Militaire on Line 8, dan Bir-Hakeim on Line 6.
Eiffel from infamous side but somehow aku suka gambar ni
From the famous side
dari bawah
Kalau korang pergi Eiffel Tower jangan lupa tunggu light show setiap sejam sekali. Sangat cantik dan berbaloi. Kitaorang dapat merasa 2 rounds tapi aku tak ada gambar sebab masa tu kitaorang guna kamera untuk record video. Info sikit pasal Eiffel Tower bagi yang berminat nak tahu tapi tak rajin nak gugel wikipedia. Eiffel Tower di bina pada tahun 1889 & the most visited monument in the world. Ketinggian Eiffel Tower adalah 324m. Sebenarnya dia lebih rendah dari KL tower. Ketinggian KL tower adalah 421m. Ketinggian maksimum yang visitor boleh naik adalah pada had 276m. Kata architect yang design Eiffel Tower pada tahun 1885 -
"Eiffel Tower is not only the art of the modern engineer, but also the century of Industry and Science in which we are living, and for which the way was prepared by the great scientific movement of the eighteenth century and by the Revolution of 1789, to which this monument will be built as an expression of France's gratitude."
Pada tahun 2012 aku mengangguk setuju.
Aku yang mithali ni terpaksa melupakan hajat nak naik Tower sebab macam aku cakap kat entry lepas, Encik D gayat. Heheh. Walaupun dia suruh aku naik sorang-sorang aku rasa tak sampai hati pulak.
Orang beratur panjang nak beli ticket dan kalau tak nak beratur korang boleh beli online sebelum pergi tapi rasanya bukan semua tiket di jual online. Current harga untuk masuk cam gini; Access to 2nd floor €9, Lift to top €15 dan stairs to top €5. So kalu rasa larat nak naik tangga dan nak jimat bolehlah naik tangga. 2012 tak silap aku murah €1 untuk setiap satu.
Kebetulan jugak masa tu jugak ada united buddy bears exhibition. Kalu korang ingat united teddy bears ni jugak ada datang ke Malaysia sebelum tu & di pamerkan di depan Pavilion. Aku rasa bangga gila bila tengok teddy bear Malaysia. Sempat jugak jumpa beberapa keluarga Malaysian so sempat bertukar cerita.
Bangga tahap gaban tengok patung ni. Aku rasa ni lukisan LAT.
Kitaorang gerak balik dah pukul 10 lebih & penuh dengan rasa puas hati. Encik D kata nak datang lagi sekali sebelum tinggalkan Paris. Berjalan sikit dan ambik train dari Bir Hakiem station dan transit di Gare Montparnasse station untuk ke apartment.
Joinct Papeterie librairie yang letak setentang dengan Eiffel Tower
Sampai rumah baru makan tapi sebenarnya in between jalan-jalan tadi kitaorang makan waffle so tak adalah kebulur sangat.
What a great day to remember. Alhamdullillah, satu lagi impian hidup tercapai. Seeing is believing. Besok ada satu lagi super impian aku yang perlu di selesaikan.
Bersambung..
Huwaa nak nangis tengok Eiffel berlampu. Berbaloi ah ko datang time autumn. Misi aku nak tengok Eiffel lip lap memang padam musnah sebab till kul 10p, cuaca cuma sendu tapi xde tanda nak malam. Read gelap. Aku rasa light show tu bila dah malam pekat kot.
ReplyDeleteIndeed seeing is believing kan. Wishlist ticked! Alhamdulillah.
Bibie, tu masalah bila siang terlalu panjangkan. Benda2 lip lap ni macam hilang fungsi. Setiap season ada pro and cons. Autumn sejuk gedi, beg besar.
DeleteAlhamdullillah.. misi tercapai. One of the best day
Aku tetap jeles sebab aku xsempat jejak Montmarte ni. Haritu masa naik HoHo ingat nak turun kat sini, alih2 baru perasan train to Ams adalah kul 3pm instead of 5pm. Sistem 24jam dia guna hahaha.
Delete