07.11.2012
# Hari ke 2 di Paris
# Hari ke 2 overland Western Europe
Bangun pagi aku dah berkobar-kobar nak menjelajah. Sementara dua beranak tu masih di katil, aku masak breakfast. Siap-siap kitaorang pun keluar. Buat keputusan nak tengok-tengok sekitar area Rue Marcadet dulu dan jalan melepasi station keretapi yang kitaorang turun semalamnya tu. Rue Marcadet ni pekan kecik, banyak kedai-kedai dan ada pasaraya (Carrefour). Kitaorang jumpa pasar. Ini sudah bagus. Akan di explore kemudiannya.
Kemudian ambik train ke arah city centre. Encik D ambik keputusan untuk stop di St. Mitchel Notre Dame station based on map kat tangan dia. Rue Marcadet dan St. Mitchel station dalam 10 minit perjalanan. Dekat je.
St. Mitchel fountain
Dari situ kitaorang jalan di sekitar St Michel, masuk lorong keluar lorong. Jumpa beberapa kedai kebab. Kemudiannya kitaorang stop lunch kat salah satu kedai kebab.
Lepas makan, Kitaorang jalan kaki ke Notre Dame Cathedral yang letak kat seberang jalan. Notre Dame Cathedral adalah salah satu tarikan terpenting Paris. Ada orang claim dia adalah Cathedral terfamous di dunia. Wikipedia kata dia dibina pada kurun ke 13. Lanjut rujuk wikipedia. Aku tak masuk dalam. Bukan sebab aku pantang masuk church tapi orang yang beratur punya lah ramai. So aku enjoy dari luar je. Memang cantik tapi susah sikit nak ambik gambar yang bagus sebab bangunan dia besar sangat dan orang beratus-ratus berdiri kat depan dia. Gambar walaupun full frame cuma dapat secebis je bahagian church.
Notre Dame dari pelbagai sudut
Kitaorang ada pengalaman kena tipu masa kat Notre Dame. Ada budak-budak datang mintak signature, konon-kononya untuk support charity. Aku pun hulur €2 kat budak tapi tiba-tiba dia marah, mintak lebih. Kitaorang cakaplah kitaorang cuma nak bagi banyak tu. Budak tu terus marah-marah paksa aku bagi €20. Aku & Encik D melarikan diri tapi dia heret kawan-kawan dia kejar kitaorang. Takut tau. Last-last encik D hulur antara €10 kat dia, barulah dia beredar. Seriusly, satu pengalaman yang menakutkan. Lepas-lepas tu baru aku tahu yang budak-budak ni adalah immigrant dari Algeria dan dia orang memang ada sendiket menipu traveller. Kalau kena next time, baik jangan layan langsung dari awal sebab sindiket ni ada di merata Paris.
Selesai hal Notre Dame, kitaorang tengok-tengok Seine River Cruise. Macam best je. Aku simpan niat nak join river cruise tapi tah kenapa, sampai last aku tak sempat curi masa
Selesai hal Notre Dame, kitaorang tengok-tengok Seine River Cruise. Macam best je. Aku simpan niat nak join river cruise tapi tah kenapa, sampai last aku tak sempat curi masa
Ada macam2 jenis boat. Macam best je
Selepas beli sedikit grocery dari pasar & daging dari butcher yang dekat-dekat situ, we decided to call it a day. Balik rumah masak & berehat untuk hari esoknya pulak.
First day impression - aku suka bandaraya ni cuma the coldness of Parisian yang sedikit tak best. Selain itu, semuanya excellent.
Kemudian kitaorang pergi ke jambatan yang ada banyak-banyak mangga tu. Aku sebenarnya tak pernah aware ada benda gini, tapi seronoklah jugak baca apa yang orang tulis kat mangga. Dalam bahasa betulnya di panggil Lock Bridge. A symbol of love. Benda ni start lebih dari 100 tahun lepas dan masih di buat sampai sekarang. Aku agak dari masa ke masa, pihak berkuasa mesti kena buang yang lama supaya dapat bagi ruang untuk mangga baru. Symbolic lah jugak dan sesuai untuk orang yang dalam hatinya ada taman.
Ada beberapa bridge yang ada mangga segini kat Paris. Dan dengar cite, ada satu bridge yang pernah runtuh sebab berat sangat.
Ada beberapa bridge yang ada mangga segini kat Paris. Dan dengar cite, ada satu bridge yang pernah runtuh sebab berat sangat.
Dari situ kitaorang menyusuri lagi sungai Seine dan menikmati keindahan Paris.
Sekitar bandaraya. Cantik bangunan-bangunanya kan
Kitaorang kemudiannya ambik train balik ke Marcadet Rue dan sempat singgah di pasar yang pagi tadi. Pasar adalah lokasi feveret aku setiap kali aku travel sebab itulah cara yang paling baik nak kenal lifestyle orang tempatan.
Selepas beli sedikit grocery dari pasar & daging dari butcher yang dekat-dekat situ, we decided to call it a day. Balik rumah masak & berehat untuk hari esoknya pulak.
First day impression - aku suka bandaraya ni cuma the coldness of Parisian yang sedikit tak best. Selain itu, semuanya excellent.
Huwa! X ada niat nak repeat Paris in the near future BUT seeing all ur pics made me missed that city. Till now wonder kenapa orang panggil city of love. Hihi, kan? Cari makanan halal quite senang kat sana. Aku melantak kat Doner Kebab haritu, siap simpan untuk dinner sebab portion banyak sangat.
ReplyDeleteBibie,
DeleteCamana yer dia orang dapat nama tu? Orang senak macam aku memang susah nak faham. Lupapun nak jalan-jalan pegang tangan dengan Encik D masa kat sana. Haha. Kebab dia memang banyak & blh tahan lah jugak. Yang paling tak sedap adalah kat amsterdam. Aku miss Paris terutama Versailles.
dah lock tempat ne utk honeymoon hehehe...
ReplyDeleteZilla.. jangan lupa naik tower. Semalam diaorang baru lancarkan lantai kaca kat Eiffel. Baru ketar lutut. Aku ralat sebab tak dapat naik :(
Delete