Kita mulakan dengan official building, Istana raja Norway. Trondheim ni di kira macam bandar di raja Norway. Norway mengamalkan sistem beraja tapi macam kita jugaklah raja tak banyak interfere urusan negara. Sekali sekali raja akan balik ke sini untuk urusan rasmi tetapi selebihnya dia duduk di tempat lain. Istana ni terletak betul-betul di tengah bandar Trondheim. Korang tak akan miss building ni.
Istana ni tertutup tapi kawan-kawan aku cakap, kadang-kadang di buka untuk orang ramai. Aku tak bernasib baik. Sepanjang aku duduk sana tak de di buka. Satu yang aku perasan, istana raja langsung tak ada pagar. Kalau kat tempat kita, pagar aje dah 2,3 lapis. Signboard yang cakap itu istana pun tak ada. Agaknya memang sebab tak ada kes jenayah dari zaman dulu. Yang aku tahu melalui kawan-kawan aku, rakyat Norway sangat sayangkan raja diaorang.
Royal palace
Kedua, 5 landmark penting Trondheim. Kiranyanya tak lengkap kalau datang ke Trondheim tak tengok sendiri 5 landmark ni.
Landmark pertama
The very famous Trondheim view. Ada antara building ni dah ada
sejak kurun ke 13 (tak silap aku yang ada tulisan Dickens tu
bangunan yang tertua). Sungai Nivelda mengalir di antara
2 tebing yang mana ada banyak shophouses macam ni.
Kalau nak tengok lagi clear, korang boleh join boat tour. 1.5 jam tour untuk Nok 170. Tour Boat akan bawak kita sampai pergi ke muara fiord (orang sini panggil fjords). A nice tour. Aku pernah ambik. Tapi hanya ada di antara bulan Apr sehingga Oct. Masa winter di berhentikan. Info lanjut klik sini.
Landmark kedua
Nidaros Cathedral. Church yang tertua di Trondheim. Wikipedia kata dia di bina pada tahun 1070. Memang cantik dan kalau nak masuk dalam pun di buka jam-jam tertentu setiap hari. Bila summer memang ramai orang datang ke sini, dari pelusuk eropah. Rasanya macam buat small pilgrimage. Aku agaknya dekat nak sepuluh kali pernah ke sini. Aku suka tengok garveyard dia di sebelah church. Ada dated dari kurun ke 13. Biasanya set-set berpangkat yang di kebumi kat sini.
graveyard
Landmark ketiga
Trondheim old bridge (Gamle Bybro). Gambar gegar. Maklumlah kamera murah.
Landmark ke empat
Kristiansten fortress
Fortress lama, terletak di atas sebuah bukit di timur Trondheim. Cantik sebab warna dia putih dan terserlah berdiri di atas bukit. Pemandangan dari sini pun aku suka. Saujana mata memandang dan boleh nampak sebahagian besar bandar Trondheim dari sini. Kata Wikipedia lagi dia di bina 1681 jugak, after kebakaran besar di Trondheim. Yang aku tahu kebakaran besar di Trondheim adalah marking untuk pembangunan Trondheim baru. Macam kejadian wabak di sesetengah negara Europe lain yang mana selepas wabak jadi, keadaan pulih & pembangunan baru start.
Pemandangan dari fortress.
Kristiensten letak tak jauh dari NTNU so kalau ke sini boleh terus langsung pergi ke NTNU untuk tengok sekitar universiti yang masyhur di antara negara-negara Eropah. Yang aku tahu untuk Petroleum Science ini antara universiti terbaik dunia. Kawan Malaysia yang aku yang kenal kat sini ambik Phd dalam Civil Engineering.
NTNU (Norwegian University of Science and Technology)
Landmark ke lima
Olaf Tryggvason monument
Monument ni terletak betul-betul di titik tengah city. Wikipedia kata Olaf Tryggvason ni salah sorang raja Norway di kurun ke 10 & mungkin juga seorang warrior sebab dia ada pegang pedang besar. Lanjut boleh klik wikepedia. Sorrylah gambar yang aku ada semua mengadap belakang dia. Teringat aku pada Olaf dalam cerita Frozen pulak.
Kebanyakan event besar di Trodheim di buat di sini. Setiap hari sabtu akan ada pasar di sini. Konsert, Cultural shows, Krismas market dam macam-macam lagi. Pendek kata di sini lah tempat orang Trondheim berkumpul.
Trondheim overview
In general, macam bandar-bandar Europe yang lain, bangunan-bangunan dia cantik. Kebanyakan bangunan lama di preserve tapi ada banyak jugak bangunan-bangunan baru.
shophouses
Dan aktiviti menyusur lorong-lorong pun best sebab cantik. Kebiasaanya kita akan jumpa banyak small cafe dan juga fine dining restaurant di celah-celah lorong. Ada juga butik-butik kecik.
Since Trondheim ni terletak di fiord, jadi kita akan nampak banyak bangunan penting di sekitar air. The best way to enjoy adalah dengan boat tour macam yang aku tulis dalam post sebelum ni. klik sini untuk baca entry yang sebelum ni.
Trondheim & air
Satu yang aku suggest korang jangan tertinggal ialah melawat pasar dia. Pasar cuma buka seminggu sekali iaitu hari sabtu. Local akan jual barang-barang homemade atau dari ladang. Sangat menarik walaupun tak besar. Hampir setiap minggu aku tak miss pergi pasar wlaupun aku tak mampu beli. Aku cuma beli beberapa batu untuk kenangan. Ya, aku ni geologist jadi minat pada batu memang tak boleh padam.
Square market
Rasa macam nak pitam tengok ni semua.
Gambar ni aku ambik pukul 11 malam
Aku tutup entry ni dengan sajian sunset di sini
Bersambung..
No comments:
Post a Comment