Friday, September 12, 2014

Norway summer 2006 - Panduan bajet ke Norway



Part ke 2 ni aku akan cerita secara ringkas perkara-perkara basic yang perlu di ambil tahu kalau bercadang ke Norway

Kalau berminat nak baca part 1 yang aku tulis, sila klik sini

Selepas sesi bertemu, berkenalan, belajar dan menyesuaikan diri di office (ambik masa dalam seminggu), aku mula kerja macam biasa di bantu oleh peer kat sana.  Kalau ada yang tertanya macamana orang Norway menerima aku, apa yang boleh aku katakan sehingga ke hari ni aku masih berpendapat orang Norway adalah orang asing yang terbaik yang aku pernah jumpa.  Bukan satu, bukan dua tapi rata-rata kesemua yang pernah aku jumpa.   

Paling tepat untuk desribe dia orang adalah humble.  Dari founder company sampailah orang-orang biasa yang aku jumpa kat mana-mana.  

Antara experience aku
1.  Aku datang sebagai the only muslim tapi office aku dah siapkan aku prayer room di office sebelum aku sampai.  
2.  Makanan  kantin di pilihkan mana yang halal untuk aku (sebab aku tak faham label yang dalam bahasa Norway jadi colleague yang tolong pilihkan untuk aku).
3.  bila nak minum beer kat depan aku dia orang akan mintak kebenaran.  
4.  Bos baru dan colleagues bawak aku ke rumah diaorang, masakkan seafood dan nasi vegetarian.  Tak ada sebab untuk aku complain.  

Semua di buat dengan pengetahuan yang sikit mengenai islam.  Semua orang try to protect aku sebab aku perempuan.  Terharu sebab secara jujurnya aku belum pernah di layan bagai menatang minyak yang penuh sehinggalah aku jejak kaki di Norway. 


Ohh.. finance manager (Malaysian) yang aku mention dalam post lepas dah balik selepas spend 1 minggu di sini.  Yang tinggal cumalah aku sorang.

Ok.. start dengan pengenalan serba sikit megenai bandar Trodheim ni. Ia adalah bandar ke 3 terbesar di Norway dan terletak di bahagian tengah Norway.  Di sini ada satu universiti yang sangat fames dan kebanyakan expat yang menetap di Trodheim adalah sebab datang belajar di NTNU

Aku listkan beberapa link penting & kedudukan geography Trondheim kalau nak ke sini

wikipedia - Trondheim 
  
visit Trondheim

Trondheim local webpage 

Trondheim, mark merah tu


 
1.  Mata wang 

Mata wang Norway ialah Norwegian Kroner (NOK).  Nilai yang aku tengok untuk hari ni adalah RM 1 = NOK 1.99.  Darab 2 ajelah duit kita.   Negara-negara scanadivian (Denmark, Norway, Sweden, Ireland & Finland) masing-masing guna matawang sendiri.  Nilai tak banyak beza cuma matawang yang totally lainlah.  Aku pernah guna Norwegian kroner di Sweden tapi bila convert rugilah sikit.  So baik try tukar ke matawang masing-masing kalau plan nak pergi ke negara-negara ni.



2. Penginapan

Apa yang aku boleh kata, Norwegian adalah salah satu negara paling mahal living expenses.  Kena prepare untuk itu.  Untuk penginapan, aku pernah duduk di hotel & juga apartment.  Dua-duanya di bayar company.  Tapi yang aku tahu cost untuk hotel yang aku kira 3 star adalah dalam Nok 800-1100.  Mahalkan.   Jika terpaksa pilih antara dua ni nasihat aku pilihlah apartment sebab sekurang-kurangnya korang boleh masak.  Dapat save dari segi itu.  Dobi pun boleh save.  Charge dobi sehelai jeans sama dengan harga sehelai jeans bundle Gred A kat tempat kita.

Korang juga boleh guna perkhidmatan hostel. Yang aku pernah try hostelbookers di bandar lain tapi untuk Trondheim hostelbookers tak ada list.  Aku suka dengan service dia.  Telus dan clear.  Hostel di Norway tak mengecewakan aku.  Masa aku tinggal di hostel aku ambik family room.  Tak murah sangat tapi murahlah compare dengan hotel.  Untuk 2 malam aku bayar Nok 1200.  Kalau nak lagi murah cari yang jauh dari city centre.  

Tips lain jangan pilih untuk travel di pertengahan summer.  Maybe korang boleh pilih di penghujung summer.  Resam orang Norway ni dia orang biasanya ambik 4-5 weeks off di antara bulan May hingga Ogos jadi hotel rate akan mahal masa ni.  Try pergi awal sikit (maybe April) atau lewat sikit (September)

List beberapa link untuk booking hostel, hotel dan apartment

Hostel via hostelworld.com

Hostel via hostels.com

hotel booking

apartment booking 

Korang juga boleh guna khidmat airbnb untuk sewa private apartment.  Biasanya lebih murah.


 
3. Pengangkutan

Masa untuk berjalan tak banyak sebab aku cuma boleh buat hari sabtu (ahad seluruh bandar akan tutup) tapi sempatlah aku meneroka banyak tempat di sekitar bandar Trondheim.  Hotel sediakan basikal jadi untuk save budget weekend aku biasanya kayuh basikal di serata kawasan memandangkan tambang public transport di Norway sangat mahal.   Aku cuma naik bas jika tempat yang aku nak pergi tu jauh dan tak boleh naik basikal.

1 tiket bas (valid di guna 1 jam iaitu korang boleh guna tiket sama untuk naik turun bas lain-lain dalam masa 1 jam lepas korang beli tiket).  Sesuai kalau korang cuma nak beli grocery, pastikan balik dalam masa 1 jam.  Tambang terakhir aku pergi dalam 2 tahun lepas NOK30 untuk 1 single tiket, NOK50 untuk couple tiket dan NOK120 untuk family tiket 24jam penggunaan (ini yang paling jimat kalau korang nak berjalan sehari suntuk).  So bayangkan NOK30 tu lebih kurang RM15 kita untuk tiket bas sahaja. Oh ya, untuk tiket yang sama korang boleh guna untuk naik tram.  Tram cuma ada ke satu dua tempat kat sini. Salah satunya Liam.  Very nice place tapi masa first aku pergi aku tak tahu kewujudan tempat tu.


Tram

Teksi jangan cerita.  Nasihat aku tak payah bazirkan duit nak naik teksi.  Tambang teksi dari hotel ke office aku yang jarak cuma 2-3 km lebih kurang NOK250.  Aku pernah naik teksi dari apartment yang aku duduk (masa aku pergi kali kedua) ke train station pada hari ahad & jarak cuma dalam 5km, aku kena bayar NOK450.  Rasa macam nak nangis bila bayar lebih-lebih company aku refuse untuk bayar.  So bagi aku terbaik adalah berjalan atau berbasikal.  Korang juga boleh sewa basikal dan pulangkan balik di mana-mana ada station untuk letakkan basikal sewa. 

Satu tip dari kawan aku yang pernah belajar di Trondheim selama 4 tahun (aku jumpa dia di kali kedua aku pergi Norway).  Kawan aku pergi belajar atas scholarship UITM yang hanya cukup-cukup makan.  Kawan aku ni single mother & bawak 4 anak sekali.  Dia bagitau untuk beli grocery dia biasanya naik bus free dari Trondheim pergi ke border Sweden & beli grocery di sana.  Harga barangan di Sweden memang jauh lebih murah.  Aku tak pernah buat tapi kalau aku tinggal lama maybe aku akan buat.  Refer sini kalau berminat.  Bus akan bawak korang ke bandar terdekat border iaitu Storlien.  Bandar kecik tapi ada satu hypermarket di mana ramai orang-orang Norway sendiri pun datang shopping kat sini.  Maybe dengan cara ni jugak korang boleh masuk Sweden tanpa perlu keluarkan duit.  Paling best bila travel ke scanadavian country dari another scanadavian country tak perlukan passport.  Sempoi. 

Kalau plan nak guna perkhidmatan train korang boleh refer sini. Sebaiknya plan dari awal sebab jika beli di train station tiket akan harga normal.  Aku biasa beli awal dan kadang-kadang boleh dapat lebih dari 50% off terutama kalau pilih journey di odd hours.  So kena lah berkorban sikit kalau nak jimat.  


untuk budak-budak.  Cuma ada masa summer

4.  Makanan halal 

Sejujurnya memang tak ada restoran halal di Trondheim.  Ada beberapa yang separuh halal (pork free dan ada serve daging halal) tapi korang kena mintak.  Biasanya kedai kebab dia pun korang kena mention.  Kawan aku ajar mintak kebab doner (doner tu aku rasa sejenis kebab tapi tak faham pulak kenapa dia konfirm guna daging halal).   Kadang bila terdesak pernahlah jugak aku makan fish burger McDonald  (masa tu takde isu boikot lagi & aku lah pemakan paling kerap kalau kat Malaysia) & fish burger Burger King (zaman tu burger king ada fish burger.  Sedap gile).  Aku pernah jugak  makan kat chinese restaurant sebab orang bawak (bila fikir balik rasa geli tekak tapi masa tu tak terfikir pasal dia ada jugak masak pork).  Kedai Vietnamese pun aku pernah redah.  Thailand restaurant.  Pizza.  Semuanya vegetarian food.

Satu cerita pasal makanan halal.  Ada satu ketika aku terserempak dengan Lebanese muslim yang asalnya refugee & kemudiannya menetap di Norway.  Aku tanya pasal daging halal dan dia bagitau aku supaya jangan bimbang sebab semua daging di Norway adalah halal.  Aku yang masa tu dah start berhalusinasi sebab dah hampir dua bulan aku tak makan daging langsung (ada grocery arab jual daging halal tapi sebab aku duduk hotel aku terpaksa lupakan grocery arab).  Maka aku dengan sepantas kilat pergi restoran indian order kari ayam.  Tunggu punya tunggu kari ayam tak sampai.  Aku dah mula gelisah sebab hajat memang tinggi.  Bila aku mahu angkat tangan panggil waiter baru terlintas di hati maybe inilah caranya Allah membantu aku dari makan daging yang tak halal.  So aku mintak waiter tukar menu kepada kari dhal.  

Tapi dalam pada berhati-hati rasanya pernah jugak aku tersalah.  Aku pernah makan dua kali di restaurant Turkish yang kemudiannya aku dapat tahu bukan muslim.  Seingat aku aku dah tanya dia serve halal atau tak, jawabnya halal maka aku redah ajelah.  Kali kedua aku siap bawak client dari Malaysia (ada beberapa muslim) yang melawat head quater.   Di penghujung stay di Trondheim aku berborak dengan bos baru aku (bukan muslim) dan barulah  aku tahu yang meat halal kat sini sangat limited.  Erkkkk..  moga Allah ampunkan aku.  Kata bos aku maybe lebanese tu dia dah duduk lama so dia sedikit mengambil ringan.  Bila aku check dengan kedai grocery arab, dia orang mengkonfirmkan cerita bos aku. 

Aku jugak bawak dalam 10 paket makanan Brahims.  Aku terpaksa berjimat cermat untuk menghilangkan rasa rindu pada Malaysia.  Biasanya di hari kerja aku akan makan roti atau beli nasi dari kedai Vietnamese yang tak jauh dr hotel tempat aku duduk & makan dengan lauk Brahims dengan kadar yang cukup berjimat cermat.  Satu ikan bilis Brahims jatuh ke lantai pun aku kutip.

Ok bercakap pasal isu paling penting iaitu harga makanan.  Aku agak takut nak announce harga makanan di Norway.   Terlalu mahal bagi aku yang miskin ni.  Ok, start dari fast food.  1 set meal McD harganya sekitar Nok 80-100.  Convert duit kita sekitar RM 40-50.  Burger King agak murah yang mana korang boleh dapat sekitar Nok 50.  1 set kebab sekitar 110-130 (bergantung pada pilihan kebab ayam atau daging).  1 tupperware kecik nasi putih (nasi sahaja) harganya dalam Nok 40.  Kalau aku tahu semahal ni aku mesti bawak portable rice cooker.  1 mangkuk tomyam seafood harganya Nok 180.  1 medium pizza dalam Nok 200 dan large Pizza dalam Nok 280-330.  Sebuku roti harga dalam Nok 25-40.  1 set lunch vegetarian di Indian restaurant kos dalam Nok 150 - 200.  1 keping waffle (bukan saiz belgian waffle tau, cuma saiz yang kita biasa dapat di Malaysia) harga Nok 30.  1 botol air orange jus dalam Nok 20-40.  1 papan telur (12 biji) dalam Nok 30-40.  

Jadi untuk jimat duit aku makan breakfast banyak-banyak (breakfast dalam package hotel), aku makan lunch kat kantin office (harga minuman subsidized oleh company so aku bayar harga makanan je).  Biasanya aku spend Nok 30-100 untuk lunch.  Nok 30 tu harga waffle.  Makan malam samada aku makan nasi (dengan lauk Brahims) atau roti atau fast food.  Seminggu sekali atau dua aku akan makan mewah sikit macam nasi goreng vegetarian, tomyam, pasta & pizza.  Weekend biasanya aku akan pau buah sebiji dua dari breakfast hall dan bawak dalam backpack bila aku pergi jalan-jalan sementara nak makan late lunch.  Tapi dalam-dalam pada aku makan dengan berjimat cermat bila aku balik Malaysia di hujung harinya berat badan aku naik dalam 3 kg.  Aku syak sebab cheese.  Cheese yang di hidang di breakfast hall memang banyak jenis.  Tak melampau kiranya aku kata antara 10-20 jenis.  Heheh


5. Cuaca

Cuaca masa aku kat sana di penghujung spring hingga pertengahan summer.  Cuaca yang sangat best.  Di penghujung spring suhu sekitar 7 degree dan bila summer menjengah, suhu slowly mendaki sampai 20 degree.  15-20 degree memang sesuai sangat dengan kulit kering aku ni.  Orang kampung macam aku ni pantang sejuk sikit, mulalah gatal-gatal satu badan.  So pesanan penaja kalau nak jimat bawak losyen.  Korang tak nak belanja Nok 50 untuk loysen yang harganya RM 5 kat tempat kita.  Satu lagi bawa lip balm. Nasihat aku jangan beli yang jenis-jenis toy lipbalm tu (yang kalu kita leset kat bibir buat bibir kita tukar kaler tu). Pilih yang mahal sikit sebab cuaca kat sana betul-betul extreme.  Lagi bagus kalau korang beli jugak Vaseline petroleum jelly (ada jual kat Guardian, botol kecik cuma dalam RM 4.50) sebab kadang-kadang aku guna dia untuk gantikan losyen.  Yang kurang best sikit, vaseline jelly ni melekit sikit.

Pengalaman kedua aku ke Norway adalah di antara penghujung Autumn hingga pertengahan Winter. Cerita winter tu akan akan buka kemudian-kemudian. So kiranya aku bernasib baik dapat rasa ke empat-empat musim di Norway.

Panduan untuk memilih musim untuk di lawati di Norway, boleh refer entry terdahulu aku kat sini. Aku suka summer sebab suhu dia ngam-ngam dengan aku.  Walaupun ada harinya hujan & windy tetapi hari yang mataharinya kelihatan memang best.   Juga bunga ada di pelusuk kawasan,  Dari padang ragut hinggalah kat park.  




  Bunga ada di mana-mana. Tak jemu aku menjamu mata.


Juga summer ada banyak event yang berlaku.  National day Norway jatuh pada 17 May setiap tahun.  National day kat sini memang happening dan semua Norwegian yang aku kenal amat patriotik dengan negara dia orang.  Aku berkesempatan tengok satu culture event dan satu summer fair.  Memang seronok.



 culture event

Local paintings.  Memang tak ada apa yang aku mampu beli kat sini.

Family bonding time.  Sangat normal lelaki menjaga anak masa weekend.  
Wanita Norway ramai yang kerja di hospital atau nursing home 
so kerja shift ni faham-fahamlah.  


 Pancaragam kampung aku rasa.   Nyanyi stail2 lagu country tapi aku 
tak fahamlah sebab lagu dalam bahasa diaorang

Aku tertanya-tanya apa simboliknya kain-kain biru tu




Selain dari tu, summer di trobdheim siangnya sangat panjang iaitu sekitar 18-20 jam.  So korang bolehlah berjalan puas-puas tapi kena ingat perkhidmatan public transport macam biasa.  Tak silap aku stop at 12 tengah malam.  Juga kedai akan tutup seperti biasa iaitu pukul 5 kecuali satu dua hypermarket tutup pukul 8.  Ahad totally shutdown.  Kalau berjalan di pekan jarang sekali jumpa orang.  Memang betul-betul lenggang. Perkhidmatan bas masih ada cuma kekerapan agak kurang.




6.  Lain-lain


Rasanya aku dah cakap semuanya yang perlu di share.  Kalau ada yang tertinggal cuma mengenai Norway semasa winter.  Aku pasal menulis pasal ni di entry akan datang.  

Cuma maybe ada satu lagi,  try to avoid datang ke Norway semasa Krismas.  Orang Norway tutup semua pintu semasa Krismas.  Krismas is 100% family affair & kedai akan tutup dari 24 Dec sehinggalah 2 January.  Aku hampir kehabisan stok makanan di satu ketika sebab aku ingatkan kedai cuma tutup 1,2 hari macam kat tempat kita.  Nasib baiklah ada satu kedai afro africa yang buka dan bolehlah aku beli barang keperluan makan kat situ sementara menunggu hypermarket buka pada 2 January.

Norway juga negara yang kadar jenayah sangat rendah.  Contohnya selepas beberapa hari aku sampai kat sana, aku lepak bersama-sama bos KL aku dan kawan baru aku (kemudiannya jadi bos technical aku di KL) di satu tempat di tengah town.  Tiba-tiba ada kejadian kejar mengejar kereta orang awam dengan polis.  Since tempat yang kitaorang lepak tu dekat dengan roundabout makanya kereta yang berkejaran tu pusing beberapa kali kat tempat sama.  Bos aku excited sampai ambik gambar sebab kata dia ni first time dia tengok ada jenayah di Trondheim.  Aku rasa kelakar sebab kalau dekat KL itu perkara sangat biasa.  Esoknya ada masuk dalam news paper sedangkan orang awam tu bukan penjenayah pun, cuma driver yang mabuk.  

Aku jugak pernah berjalan balik sorang-sorang ke hotel dari office annual dinner dalam pukul 2 pagi. Jarak perjalanan aku dalam 2 km tapi aku langsung tak rasa takut.  Langsung tak ada kejadian buruk berlaku.


Selain dari itu, Norway is a lovely country dan aku jatuh hati sejak dari tahun 2006 sehinggalah aku pernah minta di tukarkan ke Norway. Itu cerita lain lah.  Yang menjadi sedikit halangan buat aku ialah kat sini tak ada kawan Malaysia langsung.  Walaupun aku ada ramai kawan Norwegian tapi manakan sama dengan kawan senegara kita sendiri.  Aku cuma jumpa 2 Malaysian kali kedua aku ke sana tapi kedua-duanya dah balik ke Malaysia. 




bersambung..

8 comments:

  1. wahhh bagus betol akak still ingat tahun 2006 tu. keep on writing! would like to know more abt norway!

    ReplyDelete
    Replies
    1. John.. Insyaallah. Norway is a worth place to visit walaupun kena sediakan bajet yang berkepuk-kepuk sikit. Terbaik travel ramai-ramai & sewa apartment. Akak ada buat sikit penambahan aiaitu harga makanan, so John check balik lah nanti. Thanks kerana sudi melawat blog yang tak seberapa ni.

      Delete
  2. Thank U ...will be in Trondheim next month...very good info! -Yanie-

    ReplyDelete
  3. Wah..

    Please breathe the Trondheim air for me. Really miss this place. A place that I almost call it my home.

    ReplyDelete
  4. Salam bro..ak p Norway hjng bln 4-5.2017.2 mngu je.. location Bergen..p umh mak sdare kat sana..
    Ada cadagn x..tmpt mne nk bley p jalan2..nk snap gmbr sunset n sunrise..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro.. aku sendiri blm pnh sampai Bergen. Tapi Bergen mmg cantik dan kau pun pilih bulan yang cantik untuk ke sana. Bergen itself kau boleh slowly explore, makan seafood, naik cable car dan most importantly kau cari spot yang best untuk ambik gambar building dia. Kau boleh keluar dr bergen, ambik train ke arah selatan atau utara. Selatan ada the famous Pulpit Rock (300km selatan Bergen), Kristiansand. Utara pun banyak juga. Rajin kalu gi lah Alesund atau Trondheim. And jangan lupa naik fjord cruise. Tak silap aku serata Bergen ada offer cruise tapi aku tak sure betul tak.

      Good Luck Bro.. aku jeles ni. Hahaha

      Delete