Monday, September 1, 2014

Adelaide 2013 - Adelaide Hills (day 1)

Bagi yang belum baca entry hari sebelum ni, klik sini


HARI KE 7 (23.12.2013)

Kitaorang excited lebih hari ni sebab hari ni kitaorang akan ke animal sanctuary.  Lepas breakfast kitaorang bertolak ke Adelaide Hills (AH).  AH  cuma 20km dari city tapi suasana kat sini sangat lain dari city. Sejuk bedi masa aku pergi.  Ini masa summer, kalau winter mahu bawah 10 degree. Tak silap aku AH ni dari segi altitudenya adalah tertinggi di Adelaide. Kebetulannya cuaca sejuk sikit hari ni, even kat city.  So aku prepare untuk bawak sweater nipis siap2 untuk semua orang. 

On the way nak naik ke AH, kitaorang stop untuk beli keperluan kat hypermartket.  Lagi 2 hari nakak krismas. Aku risau esok kedai tutup awal & kitaorang tak cukup keperluan nanti.  Pengalaman krismas kat tempat orang buat aku hati-hati sebab ada sekali aku hampir kehabisan makanan masa krismas sebab kedai tutup seminggu.  Aku jumpa strawberry yang lagi murah kali ni.  Terpaksa beli lagi.

Then kami gerak ke Cleland Wildlife Sanctuary. Maklumat lanjut pasal santuary ni klik sini. Journey kalau tak ada apa halangan, cuma ambik masa dalam setengah jam. Selain dari drive korang juga boleh ambik public bus. Boleh download jadual bas kat sini.  Tak silap aku tiket bas untuk adult dalam AUD3.40 satu hala.  

Tiket masuk AUD24 seorang (kanak-kanak below 4 tak payah bayar).  So aku cuma bayar untuk 2 orang.  Mahal sikit tapi rata-rata sanctuary dan zoo yang aku pernah pegi kat Australia memang harga lebih kurang itu.  Bagi aku Cleland Wildlife Santuary ni tempat yang wajib pergi untuk semua orang.  Kecualilah untuk orang yang memang tak suka langsung haiwan.   Haiwan2 kat sini pun duduk dalam closure yang besar so bagi aku isu haiwan teranaiya tu tak daklah. 

Dari atas kiri, clockwise- Southern Brown Bandicoot, 
pelican, koala, emu & itik air (? - aku reka je sebab aku tak tahu)


Yang paling best inilah.  Semua jenis kanggaro ada dan di biar 
bebas kat sini.  Aku tak ingat nama species tapi ada beratus-ratus
 ekor yang boleh di pegang.  Ada yang pemalu, ada yang peramah.  
Anak aku macam nak pengsan sebab suka boleh kejar.
 Tok batin mengembala.

Untuk lunch kitaorang sebenarnya bawak bekal.  Aku masak nasi goreng siap-siap sebab aku tak tahu what to expect kat sana.  Sebenarnya dia ada cafe tapi aku tak pasti pulak ada tak makanan yang kita boleh makan.  Kitaorang ada singgah sebab baby SJ request nak makan ais krim tapi aku terlupa pulak nak tengok menu.  Harga ais krim kat sini pun murah compare dengan tempat lain.


Sedar tak sedar dah pukul 5 petang.  Kitaorang kat sini lebih dari 5 jam rupanya.  Bau aku pun dah macam bau kangaroo.

On the way balik ke Adelaide city kitaorang singgah ke Mt Lofty Summit.   Tak silap ini highest point di Adelaide.  Boleh lah kalau nak berdrama sikit kat situ.  Aku teringin nak jerit 'I knocked the bast**d off' kuat-kuat, tiru gaya Sir Edmund Hillary lepas dia tawan Everest. Drama habis padahal naik bukit rendah je.  Naik dengan kereta pulak tu.

Kat sini kita boleh tengok lembah2 di Adelaide Hills. Cantik juga cuma tak dapat stay lama sebab babj SJ dah tertidur keletihan dalam kereta selepas satu hari mengejar Kanggaro. So aku dan Encik D ambik turn pergi.  Sekeliling Summit tu banyak walking trail.  Macam best je tapi baby SJ belum ready.  Kalu dak teringin aku nak try.

Mount Lofty Summit. Ada banyak walking trail 
yang consider simple kat sini. 

Sampai ke city centre dah dalam pukul 7 dan kitaorang sempat tapau makanan dari The swingging Bowl untuk dinner.  Kemudiannya bawak baby SJ pergi playground sebelum balik rumah. 


Ringkasan untuk hari ni,

2 comments:

  1. berani baby SJ tu dtg dekat dengan kangaroo.. bagus2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..dia memang jenis tak makan saman, John. Bau kangaroo hari tu sebab sampai ke tahap peluk.

      Delete