HARI KE 3 (19.12.2013)
Heatwave ada lagi. Kitaorang dragged sangat nak keluar hari ni. Kesan bahang semalam pun tak habis lagi. Tengah berkira-kira nak keluar pukul berapa dari rumah, housemate tuan rumah dah balik dari kerja. Dia ni student Adelaide University & tengah ambik break 1 tahun untuk kumpul duit. Dia kerja buruh binaan & dia kata dia tak tahan duduk kat site & sebab tu dia balik awal. Aku tengok muka dia macam udang dalam minyak panas.
Kitaorang keluar dah dekat nak tengahari, naik shuttle bas pergi ke Adelaide Railway station . Kepuusan spontan je nak stop kat Railway station. Jalan-jalan kejap & beli makanan ringan dan pastu kitaorang ambik inner city shuttle bas (free) pergi ke Adelaide's Art Gallery. Tak jauhpun, 2 stop bus aje
Stesen keretapi dia tak sibuk. Aku rasa keretapi bukan pilihan
ramai sebab tu stesen keretaapi dia macam lenggang je.
Turun dari bas kitaorang lari cari entrance building. Loh entrance
kat belah belakang. Sekali lagi kena lari. Aku rasa kalu kat Malaysia
kita takkan rasa sebahang ni kalaupun dengan suhu 44 degree sebab kita
ada awan tapi kat sini awan memang sangat sikit. Bright sidenya, langit
dia memang bersih & tak puas tengok
Bangunan Art's Gallery. Letak betul-betul sebelah SA Museum
Nak masuk Art Gallery ni strict sikit. Apapun tak boleh bawak tapi dia orang bagi bawak stroller. Susu & bag semua kena tinggal luar. Hall dia ada banyak tingkat tapi kitaorang tak jumpa lift jadi Encik D terpaksa mengusung stoller bawak naik tangga. Interior dia sangat cantik. Kitaorang ni sebenarnya tak pandai nak enjoy paintings tapi aku cuba-cubalah mencelah tour sebelum anak aku buat bising. Art Gallery ni tempatnya sunyi, suara anak aku je dengar. Lady security dia ikut je kami dari jauh. Agaknya sebab muka kami bersawang lepas kena panas bahang 2 hari. So kitaorang tengok sana sini sikit ajelah & ambik keputusan turun.
Aku suka semua hall dia. Combination color yang best.
Ambik gambar di benarkan cuma tak boleh sentuh bahan pameran
Antara paintings kat dalam. Ada juga painting modern tapi terlupa aku nak ambik
Keluar dari main hall kitaorang masuk ke children creativity section. Kat situ budak-budak boleh pilih untuk color atau main play doh. Bahan-bahan di sediakan & boleh bawak balik. Aku tengok ada orang bawa balik. Aku taklah,buat melekit back pack aku je.
Kitaorang makan tengahari di Rundle Place lagi. Lepas makan, aku masuk hypermarket beli grocery. Aku jumpa student Malaysia yang kebetulannya mak dia datang ke Adelaide untuk tengok dia convo. Aku borak-borak & sementelah tu aku tanya lokasi The Swingging Bowl (restoran Melayu), rupanya dekat aje. Adik perempuan tu siap bagi no telefon dia in case aku tak jumpa Swingging Bowl. Aku dengan pantasnya ajak Encik D cari Swingging Bowl. Jumpa. Encik D dengan pantasnya order Teh tarik. Padahal baru 3 hari sampai sini. Kan aku dah cakap, tekak Encik D memang tekak melayu. Siap minum kitaorang tapau lauk untuk makan malam (beras dah beli hari pertama kitaorang sampai).
Nak pergi ke Central market macam dalam iternary dah terlambat sebab CM tutup selepas pukul 5. So kitaorang slowly menyusur King William Rd dan stop kat parks untuk berehat dan bagi baby SJ berlari. Tabiat budak aktif, kalau tak dapat berlari dia akan grumpy. Pastu slowly berjalan balik. Hari ni aku rasa macam jauh pulak sebab kitaorang tak guna short cut. Jalan baru kekonon.
Elder Park & River Torrens
Dari atas kiri clock wise - Cathedral, St Peter Cathedral
& Angelican Church di King Williams Road
Sampai rumah, masak nasi, mandi, makan malam dan lepak tengok TV sambil main arnab tuan rumah. Hati aku berbunga-bunga sebab bila tengok ramalan cuaca, at least seminggu ke depan temparature tak panas sangat. Then berlabuh. Hari yang simple.
Ringkasnya, bulat putih border hitam tempat yang aku pergi hari tu. Dot biru tu route kitaorang. Bukan semua kitaorang jalan kaki, ada yang naik bas. Tapi bila tengok balik ada rasanya 4km jalan hari tu. Abaikan timing tu. Aku print screen gambar ni dr Google map & ada benda tak boleh hide.
Wassalam
No comments:
Post a Comment