Flight AirAsia landing lebih kurang pukul 9.30 a.m. Imegresen Australia seperti yang umum tahu memang cerewet & kitaorang terpaksa beratur sejam lebih baru dapat lepas. Aku ada bawak makanan segera Brahim's dalam 6,7 kotak. Maka aku declare aje. Sekali dengan susu formula baby SJ. Kena masuk line declare dan hampir semua orang yang declare kena buka beg. Kitaorang tak terlepas. Imegresen dia ok je, sempat lagi puji yang nasi beriani sedap (aku bawak nasi beriani segera). Tak payah risau kalau tak ada buat salah & declare aje kalau tak sure.
Lepas aje dari imegresen kitaorang keluar dan di sapa oleh Zul, pekerja brother yang kitaorang sewa kereta darinya. Zul hantar kitaorang ke penginapan. Tuan rumah tak ada tapi awal-lagi dia dah message bagitau suruh aku ambik kunci dari mailbox. Hebat betul dia orang ni. Kalau kat Malaysia buat lagu ni mesti balik kerja rumah dah kosong kena rompak. Encik D yang memang insomia setiap kali naik flight kejap je dah lebur. Baby SJ pun sama lebur. Tinggal aku je yang memang jenis susah nak tidur siang terkebil-kebil. Lagipun aku tidur lena dalam flight.
Aku sempat jumpa housemate owner rumah yang balik dari kerja dan berborak sebelum ambik keputusan untuk keluar tinjau-tinjau bandar Adelaide. Kitaorang decide untuk berjalan kaki je. Map ada di tangan, so redah ajelah.
Hari ni. Clockwise dari atas; Adelaide Oval (stadium kriket antarabangsa),
Rundle Street, Hindley Street dan Light's Vision memorial.
Rundle Street, Hindley Street dan Light's Vision memorial.
Sekali imbas,yang berkenan di hati
Kedai-kedai termasuk Rundle Mall (shopping district) pun dah almost tutup masa kitaorang sampai. Iternary untuk hari pertama lebur. So kitaorang jenguk sana sini kejap, cari tempat makan, beli grocery dan jalan balik. Sempat terserempak dengan beberapa Malaysian. Ada yang macam datang bercuti, ada yang belajar.
Hari ni. Adelaide waktu malam.
Clockwise dari atas; Port Road semasa dan sebelum sunset dan
South Australian Health and Medical Research Institute (SAHMRI) buiding.
South Australian Health and Medical Research Institute (SAHMRI) buiding.
Ringkasan untuk hari pertama. Abaikan timing tu. Kitaorang xde berlari, berenti sana-sini. Ambik masa dalam sejam pergi dan maybe 40 minit masa balik. Aku masih tak jumpa macamana nak hide timing dari google map.
Malam tu kitaorang berlabuh awal. Menyiapkan diri untuk hari esoknya.
Malam tu kitaorang berlabuh awal. Menyiapkan diri untuk hari esoknya.
No comments:
Post a Comment