HARI KE 6 (22.12.2013)
Fasa kedua journey kitaorang. Hari ni kitaorang ambik kereta sewa & akan drive keluar city. Samada berpatah balik ke Adelaide petangnya atau bermalam kat luar. Kebanyakannya patah balik je.
Pukul 8, Zul - pekerja tuan sewa kereta datang hantar kereta. Kereta yang lain dari yang masa dia ambik kitaorang kat airport hari tu. Macam yang aku tulis kat entry Adelaide-Mukadimah; klik sini, kereta yang kitaorang sewa bukan kereta baru tapi codition tip top lagi. Cukuplah. Yang penting tak rosak tengah jalan & murah, sesuai dengan orang yang bajet ciput macam aku.
Bagaimana aku pilih tempat-tempat yang nak pergi tu?. Yang paling utama, tempat tu tak terlalu challenging untuk baby SJ dan tempat yang dia boleh enjoy. Mulanya aku ada hajat nak pergi Flinders Range (the famous national park di South Australia) tapi bila aku contact local park organisation untuk tanya pendapat dan kata diaorang tempatnya terlalu remote dan kurang sesuai sebab sekarang musim panas takut ada hutan terbakar. Aku bagi FB link ParksSA supaya kalau berminat boleh contact diaorang mintak nasihat. Selain dari tu aku banyak google dan baca forum. Dan credit to brother Umar yang sewa kereta kat aku tu sebab dia jugak banyak suggest tempat.
Plan aku hari ni nak bawak baby SJ untuk naik miniature train kat Wilfred Taylor Reserve di Morphett Vale sebagai hadiah hari jadi dia yang semalam. Baby SJ memang suka train. More info, ketip sini mvrail. So kami siap-siap dan gerak. Mula-mula isi minyak penuh-penuh dan on GPS.
Kunun-kunun on the way nak singgah di sunday market di tempat nama Brighton sebab bila aku baca weekendnotes.com tempat tu macam best je. Brighton ni dalam 30 minit dari city. Aku memang selalu ada masalah dengan GPS. GPS selalu tak nak kawan dengan aku & hantar aku ke tempat lain. 2,3 kali pusing barulah kitaorang jumpa tempat tu tapi takde pun pasarnya. Cehh. Tapi tak apa. Buang masa nak marah-marahlah. Kitaorang teruskan journey.
Morphett Vale 45min drive dari city. Tempatnya bukan besarpun, macam kampung je. Plan punyalah baik, schedule dah check beberapa kali & hari ni sepatutnya ada train service iaitu ahad terakhir bulan december (Dec 22). Sesampai kami kat situ, senyap sunyi Wilfred Taylor Reserve park. Rupanya kansel last minutes sebab sesetengah australian dah start sambut krismas. Frust sangat-sangat. Tapi itulah, kena belajar seni expect the unexpected. Tapi nasib baiklah Wilfred reserve tu sangat cantik. Kitaorang ambik keputusan untuk piknik & spend sikit masa untuk explore tempat tu. One of the best park yang aku experience kat Adelaide.
Aman damai tempat ni.
Bunga liar
tengok orang main miniature race
2 down 1 left. Kitaorang kemudiannya drive ke Pantai Noarlunga, 15-20 minit dari Morphett Vale. Kali ni berjaya. Tempat tak tutup. Mana pantai boleh tutup. Pantai dia cantik.
Pantainya bersih, orang pun tak ramai. Dapat award Australia's Cleanest
beach in 2009 & 2010. Ramai memancing kat Jeti. Anak aku sempat
jengok ke baldi orang yang tengah memancing dan komen 'No fish'. Pegh.
beach in 2009 & 2010. Ramai memancing kat Jeti. Anak aku sempat
jengok ke baldi orang yang tengah memancing dan komen 'No fish'. Pegh.
Kalu dak boleh amik tanam kat dalam pasu kat umah.
Nipun aku wish ada kat tempat kita. Perasan tak camar yang 1st
gambar tu cuma ada satu kaki. Aku suka dia & dia macam
tau-tau je, asyik ikut aku. Ada beratus-ratus camar
ikut aku sebenarnya sebab aku bagi makan roti.
Kitaorang jalan sampai ke hujung jeti. Tak lama kemudian patah balik
sebab tak tahan sejuk. Sejuklah pulak hari ni. Dalam perkiraan aku sekitar 12 degree.
Kitaorang kemudiannya drive sekitar kawasan tu. Rupanya area Port Noarlunga tu sangat besar. Ramai orang kaya beli beach
house kat sini. Aku ternampak wild kangaroo satu masa ni tapi bila Encik D patah balik, kangaroo dah lari. Kitaorang jumpa satu playground yang cantik dan berenti bagi baby SJ panaskan badan dia. Bukan main suka dia. Sejam lebih terlekat kat situ.
Port Noarlunga playground. Best gile playground ni. Orang tua pun ramai main,
Anak aku tak nak balik. Dah nak senja baru dapat ajak dia balik.
Kitaorang bertolak balik ke city & tapau Domino pizza (seafood) dalam perjalanan. Sampai rumah dah lewat sikit. Duduk di North Adelaide ni tak ada masalah parking sebab kawasan perumahan. System parking dia orang ni berbeza dari satu tempat ke satu tempat. Kat tempat kitaorang tinggal, 5 p.m - 8 a.m, parking free. Siang kalu parking lebih dari 3 jam kena bayar. Pandai-pandai lah ubah kereta kalu duduk kat rumah.
Ringkasan utk hari ni yang kalu ikut google Map, kitaorang drive 120 km,
sila abaikan timing tu.
No comments:
Post a Comment