Post sebelumnya
2015 - Amsterdam Intro
2015 - Amsterdam Part 1
Bandaraya Amsterdam di teroka di hari kedua. Since tidur dah cukup malam sebelum tu, masing-masing dah ready by 8 pagi.
Kitaorang ambik tram dari tempat tinggal ke Amsterdam Central. Tiket GVB day (valid 24 jam) dah beli siap-siap dari semalamnya, maka tak payah nak risau pasal tiket. Kalau korang nak tahu serba sikit pasal public transport di Amsterdam, aku ada cerita sikit-sikit yang aku tahu di SINI.
1. Noordermark Farmer's Market
Untuk ke Noordermark Farmer's market boleh naik tram #3 atau #10 tapi tram ni bukan berstation atau lalu di Central. Orang service counter GVB suggest naik bus #18 atau #21 yang berstation di depan canal depan Amsterdam Central.
Public transport kat di sini sangat efisien dan tak sampai 5 minit dapat naik bas. Turun di bus stop Marnixplein, jalan sikit ke depan dah sampai. Noordermark Farmer market adalah pasar yang jual kebanyakan product tempatan (sama konsep dengan pasar tani kita). Pasarnya bukanlah pasar yang besar tapi cukup menarik dan hari tu maybe kitaorang je outsider yang datang. Aku memang suka pasar sebab itulah caranya nak kenal lifestyle orang tempatan.
Produk-product utama kat sini macam cheese, honey, herbs, mushroom, sayuran, buku second hand, pakaian dan plants. Seronok jugaklah menyibuk dengan orang2 local. Sempat juga beli roti dan muffin buat alas perut kemudian nanti.
Gerai cheese
Gerai roti
Sayuran dan buah-buahan
gerai kain. First time aku jumpa orang jual kain lagu ni.
Selesai Noordermark market, kitaorang stop minum kopi di salah satu cafe dekat-dekat dengan market. Order secawan black coffee, datang sekali dengan stroopwaffle. Sedap gila coffee dia.
Photo credit: CK
Selain dari market, sekitar Noordermark jugak cantik. Ada satu old church sepelaung dari market. Juga boleh enjoy building-building di kawasan sini. Juga boleh tengok boathouse di canal berdekatan. Aku dulu memang aim nak merasa duduk di boat house tapi kebetulan tak available.
rumah boat
Kitaorang kemudiaanya naik bas balik ke Amsterdam Central untuk ke destinasi seterusnya
2. Laluan Tram #2
Laluan Tram #2 di sohorkan laluan tram tercantik di dunia. Jadi kalau korang ke Amsterdam jangan lupa cuba. Bolehlah hop-on hop-off macam aku buat. Tiket? Masih boleh guna day ticket yang masih aktif.
According to national geographic, route 2 is most beautiful in the world. The first part is from Central Station to Hoofddorplein takes you along plenty of sights worth seeing such as Voldelpark, the canal, the Rijkmuseum, Stedelijk and van gogh museums - petikan dari satu website.
Di sebabkan kekurangan masa, kitaorang cuma stop di Rijksmuseum. Itupun tak masuk museum. Sekadar di dataran sahaja. Rijksmuseum konsider attraction utama di Amsterdam. Sikit sejarah Rijksmuseum yang aku copy dari website rasmi dia.
The Rijksmuseum first opened its doors in 1800 under the name ‘Nationale Kunstgalerij’. At the time, it was housed in Huis ten Bosch in The Hague. The collection mainly comprised paintings and historical objects. In 1808, the museum moved to the new capital city of Amsterdam, where it was based in the Royal Palace on Dam Square. After King Willem I’s accession to the throne, the paintings and national print collection were moved to the Trippenhuis on Kloveniersburgwal, while the other objects were returned to The Hague. The current building was put into use in 1885. The Netherlands Museum for History and Art based in The Hague moved into the same premises, forming what would later become the departments of Dutch History and Sculpture & Applied Art.
Iamsterdam yang jadi kegilaan ramai. Nak dapat gambar tanpa orang agak mustahil
Ni kes suka memanjat.
Salah satu museum dekat situ. Aku dah lupa museum apa cuma tak silap gallery paintings
Dataran
Dari area sini sebenarnya boleh berjalan ke banyak area menarik. Antaranya Blomenmarkt, Leidseplin dan Vondelpark. Dengarnya di Vondelpark jugak ada Iamsterdam dan orangnya tak ramai. Semua ni aku tak pergi sebab tak sempat. Maybe next visit kata aku :). Dari Rijksmusuem kitaorang ambik Tram #2 lagi menghala ke hujung route dan patah balik ke Amsterdam Central untuk cover mana yang perlu.
*** Bagi yang nak shopping, ada banyak kedai/boutique di sepanjang route #2 ni (sebelum sampai ke Rijksmuseum).
3. Amsterdam Red light District & Damrak area
Dari Amsterdam central cuma perlu cross jalan besar untuk ke Red Light District. Amnya semua orang tahu apa ada kat sini tapi sebenarnya kawasan ni taklah seteruk gambarannya. Aku pernah tinggal di hotel area sini, tak nampak pun apa-apa yang buat aku tak selesa even bila kitaorang keluar malam. Kata orang diaorang cuma aktif selepas tengah malam. So bagi yang cepat tak selesa, tak usah risau.
Apa yang aku paling suka kawasan ni adalah alley dia yang cantik dan boleh tengok orang yang berbagai ragam. Dan juga pilihan makanan halal memang senang nak dapat kat sini. Dulu aku pernah makan makanan Indonesia di sini, juga ada restoran Malaysia yang halal tapi yang paling ketara ialah kebab. Rasanya tak kurang dari 5 kedai kebab sekitar sini. Harga dan menu lebih kurang sama. Yang membezakan ialah sedap dengan tak. Kali ni nasib aku agak baik. Aku jumpa satu restoran kebab yang sangat sedap. Boleh refer SINI, aku ada cerita sikit pasal kedai kebab sedap tu.
Yang menarik minat
Ini memang touching. Tuan hensem dengan anjing tampan.
Street performer memang subject favourite
alley
Tanpa Cannabis & Sex shop, Red light district akan tinggal tanpa nama
Aktiviti mengendap kucing orang (Photo credit: CK)
Damrak Square (Photo credit: CK)
Itulah kisah kitaorang merayap di city centre. Kesimpulannya dengan 2 hari yang ada, banyak benda yang plan ala-ala bionic woman gagal di laksanakan tapi sebagai manusia biasa yang kudus rasanya oklah dapat cover sebanyak ini. Cuma sebagai tour guide kepada CK kekununnya, aku rasa sedikit kecewalah tak dapat memenuhi hajat dia 100%.
Bagi yang ada hajat nak travel ke Amsterdam, it's highly recommended. Paling aku suka tentang Amsterdam ialah kesederhanaan dia. Dan seperti yang aku tulis di entry lepas, ia adalah bandar yang mudah didekati dan disukai.
Post Amsterdam di musim luruh
Amsterdam - Autumn - Introduction
Amsterdam - Autumn - City
Amsterdam - Autumn - Summary
nice sharing
ReplyDeleteThank you MKL.
DeleteSampai memanjat2 ya bergambar kat i amsterdam tu..ha..ha...mcm2 hal.. masa ke sana saya dok kat area leidesplein (x pasti ejaan betol ke idak)... jalan kaki ke damrak about 15 minutes kot.. cheese di mana2...sedapnya...
ReplyDeleteMacam-macam jenis orang Farikica. Street performer sana pun kelakar. Lupa nak cerita hal tu. Leidespelein tu kira kawasan main jugaklah. Kitaorang duduk keluar sikit.
Deletenice sharing
ReplyDeleteMKL.. terima kasih, Gembira kalau dapat membantu
DeleteTerus rindu!! Teringat aku jejalan layan perasaan first day sampai sana dulu. Aku duk dekat ngan IAmsterdam tu dulu. Lintas jalan je dah sampai. Aku gi awal pagi memang xde orang. Tapi tulah, selca sesorang xde sape nak tolong bahahaha. I love Amsterdam! Buildings, canals, people, kedaikedai...semualah. Tenang je rasa kat sini.
ReplyDeletePegh.. mesti mahal duduk city centre.. Amsterdam memang sempoi. aku masih tak jemu dengan Netherland
Deleteassalammualaikum...
ReplyDeleteboleh share stay kat mana?
letih dah nak cari tempat tinggal ni :)
tq..
Wasalam JP,
ReplyDeleteKitaorang tinggal di studio apartment Airbnb. Quite nice gak. Tak mahal sangat pun.
ni link dia https://www.airbnb.com/rooms/4059685
First time dulu tinggal di hotel di red district tapi tak best sangat. Kecik & cukup makan je facilities dia
tq...
Deletebest baca blog u, banyak info.